Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Selasa, 16 April 2013

Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen

Artikel tulisan Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) terbit dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor pada April 16, 2013 

Adakah benar rumpai laut Sabah mengandungi kolagen? Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen. 
Setakat ini tiada sebarang kajian menunjukkan protein rumpai laut dikelaskan sebagai kolagen. Namun begitu sifat antipenuaan rumpai laut dipercayai disumbang oleh pelbagai jenis fitokimia seperti dinyatakan dalam beberapa perenggan terakhir artikel.

Untuk SHARE sila klik butang di kiri blog ini. Moga ALLAH berkahi usaha amal jariah kita. 

Sebahagian iklan dan label bungkusan produk berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti 'marin kolagen', 'ibu kolagen' atau 'kolagen mentah'. Adakah benar rumpai laut Sabah mengandungi kolagen?
   Jawapannya ialah rumpai laut tidak mengandungi kolagen.  Setakat ini tiada sebarang kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen. Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan.

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
     data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

</script>

    Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein. Protein yang memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.  Jadi, menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.
    Istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen. 

Bahan penting
    Ia merupakan protein berstruktur terdiri dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan elastik yang menyokong kulit dan organ-organ dalaman. Tulang dan gigi dibina dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen. Jadi, secara umumnya kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggung-jawap menyumbang struktur kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya pada tulang.
    Peningkatan usia ialah faktor pembinaan kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti. Kadar pembinaan kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahuan bermula pada umur 25 - 30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30 peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan kulit dan kuku.
    Kolagen dibina dari asid-asid amino. Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan kolagen. Vitamin C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen. Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru.
    100 gram rumpai laut iaitu bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi lebih kurang 35 miligram vitamin C.  Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak mencukupi untuk membina hydroxproline.
    Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut perspektif perubatan moden sariawan ialah sejenis penyakit dengan simtom-simtom termasuk gusi berdarah, kulit/bibir merekah (dan berdarah) serta lesu melampau. Doktor tidak memberitahu anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa sariawan  sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak!
    Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut. Sebab itulah sebahagian pengeluar produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C.  Oleh sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum lelaki.
   Produk-produk yang didakwa berasaskan kolagen memang benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah apabila sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau produk berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen! Ramai wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai laut semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen.
    Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara berterusan memang didapati menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit. Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein yang amat rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein.

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
     data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

</script>

     Berdasarkan kandungan tertinggi protein yang terdapat dalam rumpai laut Sabah seperti yang didapati dari hasil kajian para penyelidik Universiti Putra Malaysia (Synthesis, 11 Jun 2011) iaitu 10.4 peratus (pada Caulerpa lentillifera, rumpai laut hijau) maka penulis andaikan hanya 11 gram terdapat dalam sediaan gel untuk dimakan selama sebulan (berdasarkan 100 gram rumpai laut kering). Maksudnya, hanya 0.367 gram protein yang diambil melalui gel rumpai laut setiap hari!
     Jumlah pengambilan harian protein yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ialah antara 0.8 - 1.1 gram (bergantung kepada umur dan keadaan) bagi seiap kilogram berat tubuh seseorang. Maksudnya, seseorang yang memiliki berat 60 kilogram maka mereka perlu ambil antara 48 - 66 gram makanan berprotein setiap hari! 


Pelbagai produk protein
    Dalam usus kecil setiap jenis protein termasuk kolagen dan gelatin yang sebelumnya diurai kepada peptide dalam perut akan diurai kepada asid-asid amino yang ringkas. Tubuh akan menentukan jenis protein yang akan dibina menurut keperluan. Pelbagai kajian mendapati suplemen kolagen membantu membina kolagen baru.
    Melalui ekspresi gen, asid-asid amino akan digabungkan bagi membentuk jenis protein yang diperlukan contohnya antara lain untuk dijadikan enzim, protein penanda sel (terletak pada sel bagi memudahkan saintis mengenalpasti sesuatu jenis sel), pintu laluan mineral (terletak pada membran sel) dan kolagen.

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
     data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

</script>

     Jadi, oleh sebab paras protein dari pengambilan harian rumpai laut tidak mencukupi maka sebahagian besar protein perlu diambil dari sumber-sumber makanan lain.
      Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai laut. Sifat detoksifikasi rumpai laut adalah kerana kandungan polifenol, zink dan magnesium serta beberapa jenis vitamin.
    Sebatian-sebatian polifenol, vitamin C, alfa-tocopherol, omega-3, pelbagai karotenoid, zink dan selenium menyumbang sifat antioksidan. Bahan-bahan antioksidan membantu mencegah berlakunya  stres oksidatif (berpunca dari serangan radikal bebas) terhadap kolagen, pelbagai jenis enzim dan komponen sel. 
     Magnesium mebantu mengawal hormon termasuk keseimbangan estrogen-progesterone. Zink dan magnesium yang dibantu oleh folat serta fitokimia-fitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen. Selenium dan iodin bertanggung-jawab membina hormon tiroksin yang berfungsi mengawal metabolisme.
    Fiber pula membantu proses pencernaan berjalan dengan lancar. Pengambilan suplemen vitamin C dos tinggi antara 2,000 - 3,000 miligram sehari bersama jus buah-buahan kaya bioflavonoids dipercayai membantu aktiviti-aktiviti biologi rumpai laut secara lebih sempurna. 

Nota Tambahan: 

1. Penulis menganggap rumpai laut termasuk dari Sabah sebagai makanan super dan menerima ia sebagai agen antipenuaan. Sila lihat empat perenggan akhir artikel. Terdapat sedikit perbezaan antara penulis dengan artikel berjudul Rahsia Rumpai Laut (Berita Harian 15 April, 2013 di HYPERLINK: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/) dalam menanggapi jumlah kandungan protein rumpai laut Sabah di mana penulis menganggap kandungannya amat rendah (berdasarkan pengambilan harian berbanding berat badan keseluruhan). Namun dalam menyokong pengambilan rumpai laut penulis menggariskan khasiat-khasiat kandungan bahan-bahan kimia dan fungsinya secara positif dalam tubuh. Ia bermula dari ayat, "Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai laut........."

Mengenai pengambilan protein, penulis berpendapat semua orang yang mengambil produk rumpai laut biasanya memang mengambil protein setiap hari di mana jumlah pengambilannya jauh lebih tinggi berbanding jumlah protein yang diambil melalui pengambilan harian rumpai laut. Mereka yang vegetarian pun mengambil protein dari sumber-sumber tumbuh-tumbuhan. Jadi, penulis berpandangan bahawa jumlah kesemua jenis protein yang membantu membina dan memulihara pelbagai jenis protein dalam tubuh termasuk kolagen sendiri.  
 

2. Pengeluar produk berasaskan rumpai laut sepatutnya menyatakan sumber kolagen (contohnya dari ikan) jika mereka benar-benar menambah kolagen dalam produk mereka. Sebagai contoh kolagen yang ditambah adalah dari ikan sepat maka  mendakwa produk mereka mengandungi marin kolagen (atau disebut kolagen marin) adalah kurang bijak kerana marin merupakan istilah menunjukkan sesuatu perkara mempunyai kaitan dengan LAUT.  

Alangkah baik jika pengeluar yang mendakwa produk mereka mengandungi 'marin kolagen', 'kolagen murni', 'ibu kolagen' atau 'kolagen mentah' (atau istilah yang mengindikasi produk mereka mengandungi kolagen) agar menimbangkan untuk menggunakan istilah yang paling sesuai iaitu contohnya tulis kolagen dan kemudian sumber kolagen ditulis dalam kurungan.
 
Hakcipta Terpelihara
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)