Oleh: Lebah
Makanan & Minuman Viral Merah/Oren di Malaysia: Kerepek Cheese, Ayam Goreng, Ayam/Daging Masak Merah, Kek Red Velvet & Bubble Tea – Bahaya Senyap Pewarna Tiruan (Red 40 dll.) Update 2026
Siapa patut baca?
✔ Remaja & belia ketagih makanan/minuman viral TikTok (kerepek cheese, ayam goreng, ayam masak merah, kek red velvet, bubble tea strawberry/rose)
✔ Ibu bapa risau anak susah fokus, migrain kerap, letih atau hiperaktif
✔ Individu dengan masalah usus, hati, sendi atau berat naik
✔ Peniaga gerai, restoran mamak, pembuat kek, peniaga pasar malam, kedai bubble tea mahu upgrade ke versi lebih selamat
Makanan/minuman berwarna merah/oren terang jadi kegilaan di pelbagai peringkat umur: kerepek/snek tepung goreng dgn salutan serbuk cheese atau tidak, ayam goreng jingga/merah du restoran mamak, ayam/daging masak merah di gerai masakan Thai dan temparan, kek red velvet, serta bubble tea varian pink/merah (strawberi, ros, buah naga atau red velvet-inspired). Warna merah/pekat ni nampak jelas & tarik perhatian – buat minuman kelihatan fresh, manis & appetizing. Warna tersebut sering berpunca dari penggunaan pewarna tiruan sintetik (Red 40 / Allura Red untuk mendapatkan warna merah/pekat, Yellow 5/6 campur untuk oren/pink cerah) dicampur dalam sirap, pearl topping, adunan kek atau serbuk cheese.
Statistik tempatan relevan: Pasaran bubble tea di Malaysia bernilai USD 53.17 juta pada 2024 dan dijangka capai USD 87.34 juta menjelang 2032 (CAGR 6.4%), dengan Gen Z & Millennials sebagai pendorong utama melalui budaya kafe & sosial media. Ramai kanak-kanak/remaja kerap minum bubble tea (harian atau mingguan), meningkatkan risiko pendedahan kepada pewarna tiruan lebih tinggi – terutama varian pink/merah cerah yang viral di TikTok/IG.
Gabungan dengan maltodextrin (meningkatkan gula darah tersembunyi), gula tinggi (minuman man garam/perisa umami (sodium monoglutamat), digabung lemak teroksida dari penggorengan – jadikan ia ultra-proses berisiko tinggi jika kerap dimakan/minum.
Nota kunci: Warna pink/merah cerah ni bukan dari buah asli (strawberry beri pink pudar), tapi pewarna murah untuk "boost" visual & tarik pelanggan.
🔥 Update 2025-2026: Larangan Global Pewarna Tiruan Merah/Oren
FDA/HHS AS mencadangkan penamatan berperinhkat secara sukarela untuk pewarna Red 40, Yellow 5, Yellow 6 menjelang akhir 2026-2027 (Red 3 sudah diban kerana dikaitkan dengan kanser haiwan). California & West Virginia ban di peringkat sekolah/negeri. Di Malaysia, KKM benarkan ikut had Codex, kesedaran pengguna meningkat – ramai elak pewarna sintetik.
🔥 1. Pewarna Tiruan Merah/Oren dalam Serbuk “Cheese” Kerepek
Serbuk cheese mengandungi Red 40 (merah), Yellow 5/6 (oren/jingga) – campuran bagi warna menarik. Kajian menunjukkan terdapat kaitan Red 40 dengan kerosakan DNA, keradangan kolon & stres oksidatif.
🔥 1.5. Pewarna Sama pada Ayam Goreng di Restoran/Gerai
Ayam goreng varian jingga/merah terang guna Red 40 atau campuran Yellow 6 + Red – kunyit asli menghasilkan warna kuning pucat.
🔥 1.6. Pewarna Merah Tiruan pada Ayam Masak Merah & Daging Masak Merah di Gerai Mamak
Ayam/daging masak merah di sebahagian gerai makan nampak merah pekat pada permukaan luar – ramai guna Red 40 untuk buat masakan kelihatan menarik.
🔥 1.7. Pewarna Merah Velvet Tiruan pada Kek Red Velvet
Kek red velvet guna Red 40 untuk warna merah velvet terang & pekat untuk menarik perhatian konsumer.
🔥 1.8. Pewarna Merah/Pink Tiruan pada Bubble Tea
Bubble tea varian merah/pink cerah (strawberry, rose, red velvet atau buah naga) sering guna pewarna merah tiruan (Red 40 / Allura Red) untuk warna vibrant. Warna pink/merah asli dari buah lebih pudar – tak secerah neon macam yang viral di kedai bubble tea.
🔥 2. Penggorengan/Gula Tinggi + Pewarna = Beban Hati & Keradangan
Lemak teroksida (goreng) + gula/pewarna merah/oren + maltodextrin → enzim hati naik, keradangan kronik.👈🏻
🔥 3. Kesan Otak & Tingkah Laku
Pewarna Red 40/Yellow 5/6 ganggu neurotransmitter → susah fokus, mood swing, gejala seperti ADHD pada remaja.
🔥 4. Usus & Mikrobiom
Pewarna (terutama Red 40) + maltodextrin → leaky gut, keradangan kolon, letih kronik.
🔥 5. Migrain, Sakit Badan, Artritis & Risiko Jangka Panjang
Migrain dari histamin/pewarna; lenguh/cramp dari retensi air; artritis/Alzheimer dari neuroinflamasi.
🔥 6. Psikologi Ketagihan
Warna merah/oren terang + manis/umami + rangup = hiper-menyelerakan, dopamine melonjak.
🔥 7. Lebih Bahaya Tanpa Sayur/Buah
Kurang antioksidan → NAFLD (Hati berlemak bukan alkohol), kulit kusam, letih mental.
🛑 8. Bukan Racun, Tapi Risiko Kumulatif & Sensitiviti Individu Jika Kerap
Sekali-sekala ok. Setiap hari (bubble tea + ayam goreng/masak merah + kek + kerepek) = beban pada badan.
Apa Kata Pakar
Harvard Health Publishing (Harvard Medical School) menyatakan bahawa pewarna tiruan boleh meningkatkan simtom hyperaktiviti pada kanak-kanak sensitif (terutama ADHD). Jadi, lebih baik elak makanan proses (dan ultra proses). Bukti tak kuat untuk semua orang, tapi pilih makanan semula jadi tanpa aditif untuk kesihatan optimum.
UC Berkeley School of Public Health (melalui laporan OEHHA California 2021, pakar seperti Profesor Asa Bradman) menyatakan pewarna sintetik makanan (termasuk Red 40) boleh menyebabkan hypertiviti dan masalah neurotingkah laku lain pada sesetengah kanak-kanak sensitif. Pendedahan berlaku lebih tinggi pada kanak-kanak dan mungkin melebihi garis panduan regulasi – cadangan mengurangkan makanan ultra-proses dengan pewarna ini.
✔️ 9. Cara Elak & Kurangkan Risiko
Nikmati sekali-sekala.
Makan/minum sayur/buah dulu.
Ganti: rempah kunyit + beetroot/rosel/safflower (warna merah/oren semula jadi untuk bubble tea sirap, kek, kuah, kerepek).
Sediakan Bubble tea sendiri: guna strawberi segar, serbuk beetroot, jus delima, rosel untuk warna pink semulajadi – sedap & sihat.
Diet anti-radang: sayur hijau, ulam segar atau celur, buah beri, bawang, bawang putih, halia, kunyit.
🔥 10. Peluang Peniaga untuk Tambahbaik
USP: “Tanpa Pewarna Tiruan – Warna Alami Sahaja!”
Guna beetroot/annatto untuk merah/pink sihat pada bubble tea, kek. Ayam/dahing masak merah guna pes tomato dan cili.
Pilihan: variasi minuman/herba asli tanpa pewarna.
🔥 11. Makanan lain Mengandungi Pewarna Serupa
Risiko Umum Pewarna Tiruan (Termasuk Biru, Ungu, Hijau, Kuning, Cokelat)
Penafian Penting
Artikel ini bertujuan semata-mata untuk kesedaran umum mengenai pewarna makanan tertentu dan potensi risikonya berdasarkan kajian serta laporan kesihatan awam.
Ia BUKAN generalisasi atau tuduhan kepada semua produk. Tidak semua makanan berwarna menggunakan pewarna yang dibincang; ramai pengeluar mematuhi peraturan dan menggunakan pewarna semula jadi atau dibenarkan. Contoh dan senarai yang dikongsi adalah berdasarkan kes lazim atau isu yang dilaporkan, bukan menuduh setiap produk tersebut mengandungi bahan berkenaan.
Maklumat dirujuk daripada sumber seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Keselamatan Makanan) serta kajian saintifik terkini. Pengetahuan ini boleh berubah berdasarkan kemajuan saintifik dan kemas kini peraturan.
Artikel ini BUKAN nasihat perubatan, pemakanan atau cadangan rasmi. Penulis dan blog ini tidak bertanggungjawab atas sebarang tindakan, keputusan atau akibat yang diambil pembaca berdasarkan kandungan artikel ini tanpa pengesahan daripada pakar kesihatan atau pihak berkuasa rasmi.
Pembaca digalakkan:
- Sentiasa semak label ramuan dan sijil halal/selamat.
- Berunding dengan doktor atau pakar pemakanan untuk nasihat peribadi.
- Laporkan sebarang kebimbangan kepada Bahagian Keselamatan Makanan, KKM.
Kami komited kepada maklumat bertanggungjawab. Terima kasih kerana membaca dan menilai dengan bijak.
Kesimpulan
Makanan/minuman merah/oren viral (kerepek cheese, ayam goreng, ayam/daging masak merah mamak, kek red velvet & bubble tea) bergantung pada pewarna tiruan Red 40 & Yellow 5/6 – sumber keradangan senyap yang ditamatkan secara berperingkat di seluruh dunia. Warna terang tarik perhatian tapi membebankan hati, usus, otak – terutama risiko hiperaktiviti pada kanak-kanak sensitif. Kunci: kembali kepada pilihan alami – pilih warna dari beetroot/tomato/buah asli untuk membantu badan lebih bertenaga & sihat.
Rujukan
Calder, P.C. (2021). Nutrition & inflammation. Lancet.
FDA/HHS (2025). Phase-out petroleum-based synthetic dyes.
Harvard Health Publishing (2018). Common food additives and chemicals harmful to children.
Laudisi et al. (2019). Maltodextrin & gut inflammation.
Monteiro et al. (2019). Ultra-processed foods.
OEHHA (2021). Health Effects Assessment: Potential Neurobehavioral Effects of Synthetic Food Dyes in Children.
Zhang et al. (2023). Red 40 & colonic inflammation. Toxicology Reports.
Copyright © 2026 www.gayahidupholistik.blogspot.com All Rights Reserved.


.jpeg)
.jpeg)