ngn
Pengumuman Penting - Saya bukan TSM
Rabu, 30 Oktober 2024
Rabu, 2 Oktober 2024
SEL STEM aka. SEL BELUM MATANG (STEM CELL) - INFO UMUM
Pengenalan
Beberapa dekad kebelakangan ini sibuk diperkatakan mengenai stem cell yang dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai sel belum matang. Dari semasa ke semada kajian-kajian terbaru berkaitan sel belum matang ditemui.
Tidak ketinggalan suplemen termasuk produk herba yang mendakwa ia sesuai untuk menjaga sel tersebut tumbuh bagai cendawan. Berikut adalah penerangan umum dan asas berkaitan sel belum matang yang diharapkan bermanfaat untuk para pengunjung blog ini.
Sel belum matang pada manusia
Embrio berkembang daripada telur yang disenyawakan. Sel pada peringkat awal perkembangan embrio dikenali sebagai sel stem atau sel belum matang. Ia adalah sel yang tidak mengalami diferensiasi iaitu sel yang belum menjadi sebarang sel khusus.
Sel yang dikeluarkan daripada embrio boleh menjalani diferensiasi kepada sebarang jenis sel. Ia dipanggil sel embrio belum matang.
Sesetengah sel belum matang kekal dalam tubuh orang dewasa sebagai sel belum matang dewasa.
Sel belum matang dewasa boleh ditemui dalam bilangan terhad di beberapa kawasan tubuh termasuk:
- mata
- darah
- hati
- jantung
- otak
- sumsum tulang
- kulit
- otot
Sel belum matang dewasa boleh menjalani diferensiasi kepada jenis sel yang berkaitan sahaja, contohnya sel sumsum tulang boleh diferensiasi kepada sel darah dan sel sistem imun tetapi bukan jenis sel lain.
Menggunakan sel belum matang manusia
Sel belum matang boleh membahagi untuk menghasilkan sel baru yang kemudiannya boleh membahagi kepada jenis sel yang berbeza. Oleh itu, mereka berpotensi untuk dipindahkan kepada pesakit untuk merawat penyakit tertentu. Ia dikatakan boleh digunakan untuk menggantikan sel yang telah rosak atau musnah contohnya:
• pada penghidap diabetes jenis 1
• pada kes multiple sclerosis
• pada kes saraf tunjang atau kecederaan otak yang telah menyebabkan lumpuh
Sel belum matang yang boleh digunakan untuk setiap tujuan tersebut :
• sel embrio belum matang
• sel belum matang dewasa
Sel belum matang embrio boleh menjalani diferendiasi kepada pelbagai jenis sel namun ia sukar diperoleh. Sumber terbaik ialah embrio berusia lima hari.
Sel belum matang dewasa menjalani diferensiasi kepada beberapa jenis sel dengan julat lebih sempit berbanding sel embrio belum matang. Pemindahan sumsum tulang adalah contoh pemindahan sel belum matang dewasa. Sel-sel sumsum tulang akan menjalani diferensiasi kepada sel darah. Pemindahan sumsum tulang dilakukan:
• pada kes kanser sel darah contohnya leukemia dan limfoma
• apabila sel darah telah dimusnahkan contohnya semasa rawatan kanser
Faedah dan risiko yang berkaitan dengan penggunaan sel belum matang dalam perubatan
Sel belum matang mempunyai potensi yang besar contohnya dalam merawat pesakit dengan keadaan yang tidak boleh dirawat pada masa ini, pembesaran organ untuk pemindahan dan penyelidikan. Faedah menggunakan sel belum matang anda sendiri termasuk:
• tiada penolakan (rejection)
• tidak perlu mencari penderma
• tidak perlu melapah tisu
Tetapi terdapat isu klinikal, etika dan sosial yang berkaitan dengan penggunaannya. Isu-isu ini berbeza untuk pertumbuhan dan pemindahan sel stem dewasa, embrio atau klon terapeutik. Mereka juga akan bergantung kepada sama ada sel stem akan digunakan untuk terapi atau penyelidikan.
Isu klinikal
• Tidak ada jaminan sejauh mana kejayaan terapi ini contohnya, penggunaan sel tidak matang dalam menggantikan sel saraf yang hilang pada penghidap Parkinson
• Kesukaran mendapatkan penderma sel tidak matang yang sesuai
• Kesukaran untuk mendapatkan dan menyimpan sel embrio belum matang. Ia perlu dikumpulkan sebelum kelahiran - sesetengah klinik menawarkan untuk menyimpan darah dari tali pusat apabila bayi dilahirkan
• Mutasi telah didapati pada sel belum matang yang dikultur selama beberapa generasi, dan beberapa sel belum matang yang bermutasi telah didapati bersifat seperti sel kanser
• Sel belum matang yang dikultur boleh tercemar oleh virus yang akan memdaratkan apanila dipindahkan kepada pesakit
Isu etika
• Satu-satunya sumber sel embrio belum matanh adalah embrio yang tidak digunakan yang dihasilkan oleh persenyawaan in vitro (IVF) - persenyawaan tabung uji
• Untuk pengklonan terapeutik adakah mencipta embrio semata-mata untuk tujuan terapi dan memusnahkannya ketika pemprosesan tidak menyalahi etika?
• Embrio boleh dianggap sebagai komoditi dan bukan sebagai embrio yang boleh berkembang menjadi manusia
• Pada peringkat manakah perkembangan embrio harus dianggap sebagai dan ditangani sebagai peringkat awal manusia?
Isu sosial
• Mendidik orang ramai tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh sel belum matang adalah penting
• Lakukan pertimbangan sama ada faedah penggunaan sel belum matang melebihi risikonya
• Kebanyakan penyelidikan sedang dijalankan oleh klinik komersial, jadi kejayaan yang dilaporkan tidak tertakluk kepada semakan pier review - panelis berkelayakan
• Pesakit boleh dieksploitasi dengan membayar rawatan yang mahal dan diberi harapan palsu untuk sembuh kerana terapi sel belum matang hanya dalam peringkat awal pembangunan
Maksud istilah
Diferendiasi: Dalam biologi, menggambarkan proses di mana sel-sel yang belum matang menjadi sel-sel matang dengan fungsi-fungsi tertentu
COPYRIGHT 2024 @gayahidupholistikblogspot
#stemcell #stemcelltherapy #selstem #terapiselstem #seltidakmatang #definasiselstem #selsteminfo
Jumaat, 13 September 2024
Kompleks Keunggulan (Superiority complex) dan Contoh Realiti
Kompleks keunggulan merujuk kepada seseorang percaya keupayaan atau pencapaian mereka lebih baik daripada orang lain. Orang yang mempunyai kompleks keunggulan biasanya sombong dan mudah merendah-rendahkan orang lain yang ridak setuju dengan sesuatu tindakan mereka.
Ada pihak yang percaya punca kepada kompleks keunggulan ialah jati diri - kepercayaan terhadap keupayaan diri - rendah. Namun, pada masa sama ada pihak ;ain yang percaya ia juga boleh berpunca daripada jati diri tinggi.
Mereka yang mempunyai jati diri rendah bertindak membesar-besarkan pencapaian atau keupayaan mereka di hadapan orang lain bertujuan menutup kelemahan mereka. Yang benar adalah pencapaian atau keupayaan mereka tidak seberapa tetapi sengaja perbesar-besarkan.
Pakcik Lebah ingin berkongsi pengalaman Pakcik L:ebah sendiri yang pernah berhadapan dengan seseorang yang mengalami kompleks keunggulan. Seorang juruteknik Telekom pada tahun 90an telah datang ke rumah Pacik Lebah untuk membetulkan litar talian telefon yang rosak. Pakcik Lebah tidak bercakap banyak sedangkan jueuteknik tersebut membebek tak tentu hujung pangkal sejak masuk ke rumah Pakcik Lebah. Antara lain beliau berkata beliau boleh je beli kereta mahal dan canggih tetapi tak mahu walau pun pendapatan lumayan.
Pakcik Lebah tidak berkata apa-apa sejak awal dan tidak cetus perbualan pun bercerita hal kereta.
#superiotycomplex #komplekskeunggulan
#perasanbest #jatidirirendah
#lowselfesteem
Sabtu, 22 Jun 2024
Menghidap Flu harus Uji Darah setiap hari?
Ini kisah benar.
Seoarng wanita disahkan doktor menghidap flu. Doktor tmmeberitahu flu tiada ubat dan flu yang dihidapinya akan reda sendiri.
Wanita tersebut bertindak pergi buat ujian darah setiap hari bagi di sebuah klinik bagi mempastikan paras virus (?) dalam darah. Beliau membelanjakan RM40 ringgit setiap hari untuk tambang Grab di samping caj yang harus dibayar kepada klinik.
Berbaloi ke langkah sedemikian?aspek pemakanan. Ambil makanan
Tidak diketahui samada doktor menyarankan amalan gaya hidup termasuk aspek pemakanan dan pengurusan stres. Pada hemat Pakcik Lebah jika seseorang mengalami flu apa yang harus dilakukan ialah memerhatikan makanan yang dimakan setiap hari.
Jika ada selera makanlah makanan yang tinggi antioksidan. Sayur-sayuran dan buah-buahan memang sedia maklum tinggi dengan kandungan antioksidan. Antioksidan membantu memodulasi sistem imiun. Apabila sistem imuin berfungsi dengan sempurna maka temoh flu biasanya akan menjadi pendek.
Pada masa sama elakkan daripada memakan makanan yang mengorbankan antioksidan seperti makanan bergoreng secara terendam lama, makanan/minuman mengandungi pewarna tiruan dan karbohidrat proses. NElakkan daripada mengamnil asi dan minuman bergula secara berlebihan.Dua jenis makanan ini jika diambil berlebihan akan menyebakan peningkatan molekul radikal bebas dalam tubuh dan seterusnya mengakibatkan keradangan kerana ia mengirbankan atioksidan daripada makanan dan antioksidan tubhh - melambatkan proses peredaan flu.
Cuba ni:
Minum jus jambu batu asli tanpa ais dan tanpa gula, 2-3 ge;las sehari.
ATAU
Jus epal hijau/merah yang ditambah 1/2 perahan lemon atau sebiji oren. Tanpa gula. Ambil 2-3 gelas sehari.
ATAU
Teh cengkih digabung dengan halia. Rendam 10 kuntum cengkih dan 5 hirisan halia dengan secawan air panas. Tutup cawan selama 10 minit dan minum teh ketika masih suam. Ambil 2-3 cawan sehari.
Moga bermanfaat
Pakcik Lebah
HAKCIPTA TERPELIHARA 2024 @ Bloggayahidupholistik
Sabtu, 1 Jun 2024
Ebook DISFUNGSI EREKSI tulisan Pakcik Herba akan terbit SELEWAT-LEWATNYA Julai 7, 2024
Assalaamu3alaikum, semua
Pakcik Lebah sedang menyemak ebook berjudul Disfungsi Ereksi yang Pakcik Lebah telah tulis. Ebook ini sesuai bukan sahaja untuk lelaki yang mengalami mati pucuk, namun ia juga sesuai dimiliki oleh lelaki yang mengalami ereksi normal yang ingin tahu cara untuk sentiasa terus mengalami ereksi mantap.
Selain itu, isteri dan wantia yang belum berkahwin juga boleh membacanya. Para isteri boleh mendapatkan pelbagai info berkaitan punca suami masing-masing boleh mengalami disfungsi ereksi. Adakah puncanya adalah saluran darah arau saraf bermasalah? Adakah kerana kekurangan testosteron? Atau kerana kuat dan kerap m a s t u r b a s i ? Atau kerana ketagih pornografi? Terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan disfungsi ereksi dibincangkan.
Amalan gaya hidup sihat yang sesuai dicadangkan selain herba yang dapat membantu memperbaiki ereksi.
Pada bahagian awal ebook Pakcik Lebah menerangkan beberapa topik teknikal berkaitan ereksi. Jangan bimbang kerana Pakcik Lebah menggunakan bahasa penyampaian yang mudah untuk difahami. Yang penting, bacalah keseluruhan isi ebook bertujuan memudahkan anda untuk memahami kaitan antara topik-topik yang dibincangkan.
Ebook ini dijangka terbit selewat-lewatnya Julai 7, 2024
Updated: Nov 4, 2024
Masih lagi dalam semakan, pinda beberapa perkara
Pakcik Lebah
Sabtu, 6 Januari 2024
Kecekapan Sistem Imiun Ditentukan oleh Cara Hidup
Artikrl ini terbit dalam Sinar Harian pada 23 April 2017.
Keimunan atau kekebalan merujuk kepada keupayaan tubuh anda mencegah infeksi. Anda mengalami kesihatan yang baik apabila keimunan anda sentiasa kuat. Ia menunjukkan jentera sistem imiun sel-sel darah putih anda mampu melawan kuman dan anda jarang mengalami jangkitan atau infeksi.