Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013
Memaparkan catatan dengan label makanan GMO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan GMO. Papar semua catatan

Rabu, 14 November 2012

Menangani Masalah Penghadaman

Oleh: Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG), terbit dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor pada 13 November 2012.
Sesetengah orang yang mengalami masalah penghadaman akan mudah mengalami simptom tertentu seperti perut buncit, sendawa, buang angin, kembung, sukar buang air besar, kurang rasa lapar dan cirit-birit selepas beberapa jam mereka mengambil sesuatu jenis makanan.
Sesetengah simptom pula sukar dikaitkan dengan makanan tertentu kerana tubuh bertindak balas beberapa hari selepas makanan tertentu diambil.


Gandum termodifikasi secara genetik (GM, genetically modified) dikatakan mengandungi gluten sehingga tujuh kali ganda dibandingkan dengan gandum bukan GM. Mereka yang sensitif kepada gluten akan mengalami pelbagai  masalah kesihatan termasuk masalah penghadaman yang akan menimbulkan keradangan kronik dalam perut dan usus.


Lebih buruk lagi vili dan mikrovili iaitu permukaan usus yang berfungsi menyerap makanan yang dicerna dikatakan akan rosak akibat pengambilan gandum tinggi gluten secara berpanjangan. Ia seterusnya menyebabkan  seseorang akan mengalami penyakit yang mereka tidak terfikir akan menghidapnya contohnya masalah auto imun.



Masalah auto imun


Artritis ialah sejenis masalah kesihatan yang dikaitkan dengan masalah auto imun di mana jentera sistem imun menyerang sel tubuh lalu menyebabkan keradangan. Kerosakan vili dan mikrovili menyebabkan tubuh dipenuhi  toksin dan kekurangan nutrien. Jadi, jangan pandang remeh jika anda telah mengalami masalah penghadaman selama bertahun.


Lebih buruk lagi apabila sel yang sering mengalami keradangan terutama sel usus dikatakan mudah berubah kepada sel kanser! Sifat sel kanser tidak serupa dengan sel normal.


Ini kerana kadar pertambahan bilangan sel kanser amatlah pantas berbanding sel normal. Sel normal berkomunikasi. Jika sesuatu sel normal didapati akan menambah bilangan melebihi kadar biasa, jirannya akan menegur dan ia tidak akan melakukannya. Tidak seperti sel normal, sel kanser tidak berkomunikasi antara satu sama lain.


Yang lebih buruk bukan sahaja bilangan sel kanser bertambah pada kadar yang amat pantas malah ia tidak mati! Pemvaksinan juga dikaitkan dengan masalah penghadaman. Bagaimana pemvaksinan boleh menyebabkan  tindak balas makanan? Tindak balas makanan ialah tindak balas tubuh terhadap sesuatu jenis makanan dan menyebabkan simptom yang tidak menyenangkan termasuk masalah penghadaman. Alahan makanan dikategorikan oleh ramai pakar pemakanan sebagai sejenis tindak balas makanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindak balas makanan sila baca buku saya berjudul Kawal Berat Badan (terbitan ALAF 21).



Vaksin


Hari ini penyediaan vaksin tidak lagi menggunakan keseluruhan sel virus. polio lemah seperti yang digunakan di India.


Sebaliknya serpihan protein virus tertentu digunakan. Ramai yang tidak tahu buah-buahan mengandungi asid amino tertentu. Protein dibina daripada gabungan beberapa jenis protein.


Sesetengah orang mendapati dirinya mengalami tindak balas termasuk mengalami masalah penghadaman serta mengalami simptom tertentu yang tidak menyenangkan. Buah-buahan lazat yang pada suatu ketika dahulu tidak mendatangkan masalah didapati menyumbang masalah kesihatan tertentu.


Puncanya? Asid amino buahbuahan yang mempunyai berat molekul yang serupa dengan berat molekul serpihan virus vaksin dikatakan sebagai punca! Salah satu punca alahan susu juga dikaitkan dengan pemvaksinan. Sila  baca di HYPERLINK: http://www.medpagetoday. com/MeetingCoverage/AAAAI/25520. Pemvaksinan polio di India bawa malapetaka.


Terdapat 47,500 kes dilaporkan pada 2011 di mana penghidap mengalami simptom lumpuh bukan jangkitan polio (non-polio paralysis). Simptom yang dialami serupa dengan jangkitan polio. Para pemerhati berpendapat  pemvaksinan virus polio punca mangsa mengalaminya. Usaha pemvaksinan tersebut ditaja oleh Bill and Melinda Gates Foundation. Bill Gates pernah mengumumkan bahawa pemvaksinan mampu mengurangkan penduduk  dunia sebanyak 15 peratus. Sila baca lebih lanjut di HYPERLINK: http://www.infowars.com/paralysis-cases-spike-in-wake-of-bill-gatespolio-vaccination-effort-in-india/.


Jika anda ialah penghidap masalah penghadaman dan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk mengatur jenis makanan namun masih terdapat simptom yang tidak menyenangkan, langkah paling baik ialah bincang dengan  doktor yang merawat anda.


Jika anda sering mengalami diarea, berat badan berkurangan tanpa dapat difikirkan puncanya, sakit perut yang tidak terperi sakitnya, sering demam dan berdarah ketika membuang air besar maka segeralah berjumpa doktor. Ia kerana simptom yang disebutkan mempunyai pelbagai kemungkinan.


Mungkin sel usus atau perut anda mengalami keradangan lebih buruk. Mungkin juga sel kanser telah terbentuk lalu memanifestasikan simptom yang disebutkan. Pemeriksaan awal oleh doktor terlatih dipercayai boleh  memanjangkan umur anda jika anda benar-benar menghidap sebarang penyakit serius atau kanser usus.


Sesuatu jenis penyakit secara zahir tidak terbentuk tanpa sebab. Masalah penghadaman yang dibiarkan berlarutan dan kaedah tertentu tidak diamalkan secara sempurna akan bermanifestasi kepada pelbagai jenis penyakit.


Sesungguhnya mencegah lebih baik dari berubat. 



Nutrien


Makanan yang kaya probiotik seperti makanan yang diperam sesuai untuk mengembalikan keseimbangan kehidupan flora usus. Tempoyak, tairu, susu segar, teh kombucha dan kimchi amat sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah penghadaman.


Mereka yang sering mengambil ubat-ubatan moden termasuk antibiotik dan sering makan makanan terproses dikatakan sebagai antara punca ketidakharmonian flora usus. Probiotik dalam bentuk makanan tambahan contohnya suplemen acidophilus bifidus boleh dibeli dari kedai farmasi tertentu.


Masalah penghadaman berpanjangan dikaitkan dengan pembentukan beberapa jenis penyakit usus seperti ulser usus, sindrom usus besar merengsa (irritable bowel syndrom), penyakit Crohn dan diverticulitis. Pengambilan satu sudu besar pelepah aloe vera segar setiap hari dikatakan membantu meredakan penyakit yang disebutkan.


Aloe vera dan jusnya tidak sesuai kepada mereka yang sering mengalami diarea. Ulser usus atau perut boleh dirawat dengan mengambil minyak kelapa dara.


Pemuliharaan kesihatan usus memerlukan zink. Ia boleh diambil dalam bentuk suplemen satu tablet setiap hari. Ambil setengah camca teh garam ni dibancuh dengan setengah cawan air mineral setiap pagi. Garam gunung  Himalaya dikatakan membantu mengembalikan paras pelbagai jenis mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.


Tips. Kekerapan pengambilan satu sudu madu asli digabungkan dengan seperempat camca teh minyak habatus sauda, seperlapan camca teh serbuk oregano dan secubit serbuk lada hitam diambil pagi dan petang didapati berupaya bukan sahaja merawat pelbagai jenis masalah penghadaman malah mencegahnya dari berlaku.



Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com

Khamis, 11 Oktober 2012

Bill Gates mempromosi Benih GMO?

Mac 20, 2012 (terbit dalam Sinar Harian edisi KL/Selangor) - Semakin banyak negara yang menggunakan benih GMO terutama negara-negara miskin maka semakin cerah usaha Gates dalam mengurangkan penduduk dunia - Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
      Minggu lepas penulis mendedahkan Bill Gates iaitu pemilik Microsoft Corporation mencadangkan penduduk dunia bo;leh dikurangkan dengan menjayakan pemvaksinan, perancangan keluarga dan penjagaan kesihatan (moden) secara bersungguh-sungguh.
     Minggu ini penulis mendedahkan muslihat Bill Gates disebalik pembelian saham Monsanto. Monsanto merupakan syarikat biotek gergasi dunia yang antara lain bertindak sebagai pembekal benih GMO. Apakah maksud GMO? Secara umum GMO (genetically modified organism, dalam bahasa Melayu: organisme terubahsuai genetik) merujuk kepada pengubahsuaian genetik dengan menggabungkan gen virus tertentu dengan DNA haiwan, tumbuh-tumbuhan atau mikroorganisme contohnya bakteria.
       Sel-sel tanam-tanaman GMO mengeluarkan bahan beracun yang menyebabkan ia kebal terhadap serangan bakteria (dan makhluk perosak) tertentu. Ini menyebabkan tanam-tanaman GMO tahan lasak dan mengeluarkan hasil tuaian yang tinggi. Namun tanam-tanaman GMO dikatakan menyebabkan penularan rumpai jenis sukar dikawal dan membunuh pelbagai organisme yang tidak berbahaya kepada tanam-tanaman.
      Terkini (Januari 2012), Bill Gates ketika ditemuramah oleh Bill Wear dari ABC Nighlines ( http://abcnews.go.com/Nightline/video/exclusive-bill-gates-back-15436128) menyatakan tanam-tanaman GMO boleh membantu mengurangkan kebuluran di negara-negara miskin. Pada 2010 The Guardian (http://www.guardian.co.uk/global-development/poverty-matters/2010/sep/29/gates-foundation-gm-monsanto) mendedahkan Bill Gates telah membeli 500,000 saham Monsanto bernilai lebih dari 23 juta dolar. Pada 24 Januari 2012, ABC News melaporkan Gates membeli saham tersebut dengan harga 27 juta dolar.
      Melalui Bill & Melinda Gates Foundation, Bill Gates dikatakan bersungguh-sungguh melabur berbilion dolar atas nama kemanusiaan bagi memonopoli makanan berasaskan tanam-tanaman dan benih GMO.

Agenda keluarga Gates
      Berdasarkan sejarah keluarga Bill Gates yang giat terlibat dalam pelbagai urusan global, ia jelas menunjukkan disamping bertujuan mengawal pembekalan makanan dunia, Bill Gates dipercayai berusaha mengurangkan penduduk dunia pada jumlah yang ketara.
     Ayah Bill Gates mengetuai sebuah pertubuhan dikenali sebagai Planned Parenthood. Beliau juga adalah salah orang pengerusi terpenting dalam Gates Foundation yang membimbing visi dan strategi Gates Foundation. Gates Foundation sedang berusaha bersungguh-sungguh menyalurkan benih-benih GMO dengan menyuntik dana ke dalam Alliance for a Green Revolution in Africa (AGRA).
      Gates Foundation telah mengaku telah menyumbang sekurang-kurangnya 264.5 juta dolar dalam bentuk gran kepada AGRA (www.gatesfoundation.org/about/Documents/BMGFFactSheet.pdf). Ia juga melaporkan telah mengambil Dr. Robert Horsch iaitu santis yang telah membina racun Roundup. Beliau ialah mantan eksekutif Monsanto yang telah berhidmat selama 25 tahun dengan syarikat tersebut.
     Beberapa kegiatan Gates Foundation dalam menyalur dana bagi mempromosi benih-benih GMO seperti berikut: http://www.organicconsumers.org/articles/article_21606.cfm dan http://healthfreedoms.orghttp://www.organicconsumers.org/articles/article_21606.cfm
     Penduduk dunia menjadi keliru dengan kenyataan pengeluar benih GMO iaitu tiada apa salahnya dengan GMO kerana setiap organisme yang hidup menjalani pengubahsuaian genetik. Ia merupakan kenyataan yang amat umum.    
     Pengubahsuaian dari jenis 'pemilihan genetik' (genetic selection) yang mengambil masa selama berjuta tahun seperti yang berlaku kepada padi atau gandum memang tidak merbahaya. Pemilihan genetik pada rumput-rumput tertentu selama berjuta tahun yang telah mewujudkan pokok padi atau gandum dengan buah yang lebih besar dari rumput asal hingga menjadi sumber makanan manusia dikatakan tidak berbahaya kepada kesihatan.
     Pendebungaan lintang (cross pollination) juga menghasilkan tanam-tanaman tidak berbahaya.  Makanan GMO berbahaya   Benih-benih GMO yang dibina oleh Monsanto amat berbeza dengan pengubahsuaian genetik berasaskan pemilihan genetik atau pendebungaan lintang. Jadi, ramai saintis dan pengkritik menyuarakan kebimbangan mereka berkaitan kesan negatif makanan GMO kepada kesihatan manusia. Antara lain makanan GMO dipercayai menyebabkan alahan.
     Setiap sel tanam-tanaman GMO dikatakan memiliki racun Bt-toxin yang berupaya membunuh mukhluk perosak seperti bakteria atau serangga yang cuba makan tanaman berkaitan. Kesan jangka panjang Bt-toxin terhadap kesihatan manusia tidak diketahui.
     Sesetengah syarikat biotek mendakwa keselamatan Bt-toxin telah diluluskan untuk kegunaan peladang. Kepekatan Bt-toxin dalam makanan GMO dikatakan jauh lebih berbanding kepekatan racun makhluk perosak jenis semburan. Ramai saintis percaya DNA yang terkandung dalam makanan musnah apabila dimasak pada suhu tinggi atau dimusnahkan oleh asid dalam perut.
     Penulis berpendapat makanan yang dibakar menjadi arang seratus peratus sahaja sukar untuk dikenalpasti DNAnya sepertimana pakar forensik sukar untuk mengenalpasti DNA mayat terbakar hangus sepenuhnya. DNA virus pada kromosom! Dua kajian sains mendapati DNA dari bakteria yang mengandungi virus bersatu dengan kromosom ibu dan dipindahkan ke janin dalam kandungan.
     Kajian pertama bejudul The fate of forage DNA in farm animals yang dijalankan oleh Einspanier dan rakan-rakan (2001) manakala kajian kedua pula berjudul On the fate of foreign DNA in mice oleh Shubbert dan rakan-rakan (1998). Kedua-dua kajian ini jelas menunjukkan DNA makanan tidak terjejas oleh tindakan asid perut.
     Pemakan makanan GMO tegar dipercayai akan mengalami kesan-kesan negatif kelainan sel bperunca dari sel-sek yang bermutasi. Ia akan menyebabkan ketidakseimbangn fungsi organ sistem termasuk sistem imun. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan seseorang mudah terdedah kepada jangkitan virus/bakteria.
     Sel-sel yang bermutasi juga boleh menyebabkan kanser. Kita tidak mengetahui samada produk yang kita makan seperti produk kacang soya dan emping sarapan pagi bebas dari GMO atau tidak kerana masih tidak terdapat undang-undang di negara kita yang mewajibkan syarikat pengeluar/pembekal makanan menambah GMO pada label makanan yang mengandungi makanan-makanan dari kategori ini.
     Janin-janin generasi akan datang yang dilahirkan oleh pemakan makanan GMO tegar mungkin mengalami kelainan fisiologi dari pelbagai segi. Masa akan membuktikan kebenaran kebimbangan para pengkritik tehadap keburukan tanaman/makanan GMO dan muslihat Gates.

Bahrain, RH (AHG)
www.gayahidupohoklistik.blogspot.com