Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Rabu, 14 November 2012

Menangani Masalah Penghadaman

Oleh: Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG), terbit dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor pada 13 November 2012.
Sesetengah orang yang mengalami masalah penghadaman akan mudah mengalami simptom tertentu seperti perut buncit, sendawa, buang angin, kembung, sukar buang air besar, kurang rasa lapar dan cirit-birit selepas beberapa jam mereka mengambil sesuatu jenis makanan.
Sesetengah simptom pula sukar dikaitkan dengan makanan tertentu kerana tubuh bertindak balas beberapa hari selepas makanan tertentu diambil.


Gandum termodifikasi secara genetik (GM, genetically modified) dikatakan mengandungi gluten sehingga tujuh kali ganda dibandingkan dengan gandum bukan GM. Mereka yang sensitif kepada gluten akan mengalami pelbagai  masalah kesihatan termasuk masalah penghadaman yang akan menimbulkan keradangan kronik dalam perut dan usus.


Lebih buruk lagi vili dan mikrovili iaitu permukaan usus yang berfungsi menyerap makanan yang dicerna dikatakan akan rosak akibat pengambilan gandum tinggi gluten secara berpanjangan. Ia seterusnya menyebabkan  seseorang akan mengalami penyakit yang mereka tidak terfikir akan menghidapnya contohnya masalah auto imun.



Masalah auto imun


Artritis ialah sejenis masalah kesihatan yang dikaitkan dengan masalah auto imun di mana jentera sistem imun menyerang sel tubuh lalu menyebabkan keradangan. Kerosakan vili dan mikrovili menyebabkan tubuh dipenuhi  toksin dan kekurangan nutrien. Jadi, jangan pandang remeh jika anda telah mengalami masalah penghadaman selama bertahun.


Lebih buruk lagi apabila sel yang sering mengalami keradangan terutama sel usus dikatakan mudah berubah kepada sel kanser! Sifat sel kanser tidak serupa dengan sel normal.


Ini kerana kadar pertambahan bilangan sel kanser amatlah pantas berbanding sel normal. Sel normal berkomunikasi. Jika sesuatu sel normal didapati akan menambah bilangan melebihi kadar biasa, jirannya akan menegur dan ia tidak akan melakukannya. Tidak seperti sel normal, sel kanser tidak berkomunikasi antara satu sama lain.


Yang lebih buruk bukan sahaja bilangan sel kanser bertambah pada kadar yang amat pantas malah ia tidak mati! Pemvaksinan juga dikaitkan dengan masalah penghadaman. Bagaimana pemvaksinan boleh menyebabkan  tindak balas makanan? Tindak balas makanan ialah tindak balas tubuh terhadap sesuatu jenis makanan dan menyebabkan simptom yang tidak menyenangkan termasuk masalah penghadaman. Alahan makanan dikategorikan oleh ramai pakar pemakanan sebagai sejenis tindak balas makanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindak balas makanan sila baca buku saya berjudul Kawal Berat Badan (terbitan ALAF 21).



Vaksin


Hari ini penyediaan vaksin tidak lagi menggunakan keseluruhan sel virus. polio lemah seperti yang digunakan di India.


Sebaliknya serpihan protein virus tertentu digunakan. Ramai yang tidak tahu buah-buahan mengandungi asid amino tertentu. Protein dibina daripada gabungan beberapa jenis protein.


Sesetengah orang mendapati dirinya mengalami tindak balas termasuk mengalami masalah penghadaman serta mengalami simptom tertentu yang tidak menyenangkan. Buah-buahan lazat yang pada suatu ketika dahulu tidak mendatangkan masalah didapati menyumbang masalah kesihatan tertentu.


Puncanya? Asid amino buahbuahan yang mempunyai berat molekul yang serupa dengan berat molekul serpihan virus vaksin dikatakan sebagai punca! Salah satu punca alahan susu juga dikaitkan dengan pemvaksinan. Sila  baca di HYPERLINK: http://www.medpagetoday. com/MeetingCoverage/AAAAI/25520. Pemvaksinan polio di India bawa malapetaka.


Terdapat 47,500 kes dilaporkan pada 2011 di mana penghidap mengalami simptom lumpuh bukan jangkitan polio (non-polio paralysis). Simptom yang dialami serupa dengan jangkitan polio. Para pemerhati berpendapat  pemvaksinan virus polio punca mangsa mengalaminya. Usaha pemvaksinan tersebut ditaja oleh Bill and Melinda Gates Foundation. Bill Gates pernah mengumumkan bahawa pemvaksinan mampu mengurangkan penduduk  dunia sebanyak 15 peratus. Sila baca lebih lanjut di HYPERLINK: http://www.infowars.com/paralysis-cases-spike-in-wake-of-bill-gatespolio-vaccination-effort-in-india/.


Jika anda ialah penghidap masalah penghadaman dan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk mengatur jenis makanan namun masih terdapat simptom yang tidak menyenangkan, langkah paling baik ialah bincang dengan  doktor yang merawat anda.


Jika anda sering mengalami diarea, berat badan berkurangan tanpa dapat difikirkan puncanya, sakit perut yang tidak terperi sakitnya, sering demam dan berdarah ketika membuang air besar maka segeralah berjumpa doktor. Ia kerana simptom yang disebutkan mempunyai pelbagai kemungkinan.


Mungkin sel usus atau perut anda mengalami keradangan lebih buruk. Mungkin juga sel kanser telah terbentuk lalu memanifestasikan simptom yang disebutkan. Pemeriksaan awal oleh doktor terlatih dipercayai boleh  memanjangkan umur anda jika anda benar-benar menghidap sebarang penyakit serius atau kanser usus.


Sesuatu jenis penyakit secara zahir tidak terbentuk tanpa sebab. Masalah penghadaman yang dibiarkan berlarutan dan kaedah tertentu tidak diamalkan secara sempurna akan bermanifestasi kepada pelbagai jenis penyakit.


Sesungguhnya mencegah lebih baik dari berubat. 



Nutrien


Makanan yang kaya probiotik seperti makanan yang diperam sesuai untuk mengembalikan keseimbangan kehidupan flora usus. Tempoyak, tairu, susu segar, teh kombucha dan kimchi amat sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah penghadaman.


Mereka yang sering mengambil ubat-ubatan moden termasuk antibiotik dan sering makan makanan terproses dikatakan sebagai antara punca ketidakharmonian flora usus. Probiotik dalam bentuk makanan tambahan contohnya suplemen acidophilus bifidus boleh dibeli dari kedai farmasi tertentu.


Masalah penghadaman berpanjangan dikaitkan dengan pembentukan beberapa jenis penyakit usus seperti ulser usus, sindrom usus besar merengsa (irritable bowel syndrom), penyakit Crohn dan diverticulitis. Pengambilan satu sudu besar pelepah aloe vera segar setiap hari dikatakan membantu meredakan penyakit yang disebutkan.


Aloe vera dan jusnya tidak sesuai kepada mereka yang sering mengalami diarea. Ulser usus atau perut boleh dirawat dengan mengambil minyak kelapa dara.


Pemuliharaan kesihatan usus memerlukan zink. Ia boleh diambil dalam bentuk suplemen satu tablet setiap hari. Ambil setengah camca teh garam ni dibancuh dengan setengah cawan air mineral setiap pagi. Garam gunung  Himalaya dikatakan membantu mengembalikan paras pelbagai jenis mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.


Tips. Kekerapan pengambilan satu sudu madu asli digabungkan dengan seperempat camca teh minyak habatus sauda, seperlapan camca teh serbuk oregano dan secubit serbuk lada hitam diambil pagi dan petang didapati berupaya bukan sahaja merawat pelbagai jenis masalah penghadaman malah mencegahnya dari berlaku.



Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com

Selasa, 6 November 2012

Keburukan Makanan terlalu Garing dan Hangus

Oleh: Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
disiar dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor, Oktober 30, 2012
Acrylamide, PAH dan HAA dipercayai membentuk pelbagai penyakit degeneratif dan seterusnya kematian pramatang
     Ramai orang menganggap bahawa makanan adalah makanan. Tidak kira dengan kaedah mana pun disediakan ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Hakikatnya ialah makanan-makanan yang telah diproses menggunakan suhu tinggi (kecuali teknik rebusan) mengubah struktur kimia bahan-bahan makanan tertentu kepada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk memantapkan kesihatan tubuh.
    Makanan yang disediakan dengan beberapa teknik seperti memanggang, menyalai, menyangrai (dari istilah sangrai) hingga terlalu garing atau hangus dikatakan menghasilkan beberapa bahan kimia bertoksik.     
Karbohidrat dan acrylamide
     Perbincangan artikel ini dimulakan dengan kesan pemanasan suhu tinggi terhadap makanan karbohidrat iaitu makanan berkanji.  Pemanasan suhu tinggi mengubah karbohidrat kepada sebatian kimia bertoksik dikenali sebagai acrylamide.
      Kajian yang dijalankan oleh University of Stockholm dan Stockholm dan Sweden's National Food Administration mendapati acrylamide terbentuk apabila makanan kaya karbohidrat dimasak pada suhu tinggi iaitu dengan kaedah penggorengan biasa, penggorengan secara terendam lama, sangrai, memanggang dan menyalai.  Produk-produk yang biasa dimakan hari ini seperti kerepek kentang, kentang goreng, kentang dibakar dalam ketuhar dan beberapa jenis roti didapati memiliki paras acrylamide yang tinggi.
 
      Makanan seperti makanan ringan rangup yang disediakan dari jagung, biskut kering, roti bakar, bijirin terproses (disediakan samada dengan  disangrai atau dipanaskan dalam ketuhar) dan serbuk kopi pula didapati memiliki paras acrylamide yang rendah berbanding dengan makanan-makanan yang mula-mula disebutkan di atas. Berita asal yang berkaitan perbincangan ini boleh dibaca di HYPERLINK http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/1949413.stm.
 
       Kajian tersebut mendapati produk makanan berkanji yang disediakan dengan cara rebusan tidak berubah kepada acrylamide. Mengapa makanan tinggi kandungan acrylamide digeruni oleh mereka yang mengetahui sifatnya? Acrylamide didapati menyebabkan mutasi gen dan seterusnya menyebabkan pembentukan kanser. 
 
     Kajian ke atas haiwan mendapati ia menyebabkan pembentukan dua jenis ketumbuhan perut iaitu jenis tidak berbahaya dan malignan (dikenali juga sebagai kanser). Sebuah kajian di Itali seperti dilaporkan dalam Internal Journal of Cancer (2006) mendapati diet tinggi dengan roti yang diperbuat dari bijiran terproses dikaitkan dengan peningkatan risiko karsinoma buah pinggang iaitu sejenis kanser buah pinggang utama. Ia juga didapati menyebabkan kerosakan saraf termasuk otak dan keseluruhan saraf tubuh.
 
        Memanaskan karbohidrat pada suhu tinggi juga didapati menghasilkan sejenis bahan karsinogen (menyebabkan kanser) dikenali sebagai 5hydroxymethylfurfural (HMF). Saintis mendapati HMF diubah oleh sejenis enzim dalam tubuh kepada 5sulphooxymethylfurfural. Bahan yang menyebabkan mutasi sel ini didapati amat beracun kepada buah pinggang tikus kajian.
 
      Advanced glycated end products (AGEs) merupakan bahan yang boleh terbentuk dalam tubuh atau diserap dari makanan. Makanan karbohidrat dan berprotein contohnya roti dikatakan membentuk AGEs apabila dipanaskan pada suhu tinggi. AGEs juga adalah bahan bersifat karsinogen.
 
PAH dan HAC
 
     Makanan salai, panggang atau hangus dikatakan mengandungi bahan karsinogen dalam kumpulan polycyclic aromatic hydrocarbon (PAH). Memasak makanan pada suhu tinggi, memasak hingga hangus atau bertukar jadi arang dikatakan menyebabkan paras PAH meningkat. PAH ialah sekumpulan sebatian kimia terdiri dari gabungan cincin benzena.
 
     PAH yang paling terkenal ialah benzopyrene dan naphtalena (bahan ubat gegat). Seseorang yang gemar makanan yang terlalu garing atau terdapat bahagian makanan yang hangus mendedahkan diri mereka kepada bahan-bahan bertoksik dari jenis yang serupa seperti yang terdapat dalam tar, asap rokok, asap pembakaran bahan api dan asap pembakaran tumbuh-tumbuhan.
 
 
    PAH juga terbentuk apabila lemak dipanaskan pada suhu tinggi hingga hangus. Makanan mengandungi lemak seperti sateh atau daging berlemak yang dipanggang pada suhu tinggi hingga terdapat bahagian yang hangus akan membentuk PAH. Dari sisi lain, lemak haiwan yang sudah tentu mengandungi kolesterol akan teroksida apabila dipanaskan. Kolesterol teroksida tidak sesuai untuk kesihatan jantung kerana ia dipercayai dapat merosakkan membran sel termasuk sel-sel epitelia jantung.
 
     Perlu diketahui bahawa makanan berprotein yang dipanaskan hingga hangus juga diubah kepada PAH. Selain PAH, heterocyclic aromatic amines (HAA) juga merupakan sejenis bahan bertoksik terkandung dalam makanan berprotein yang disediakan dengan cara disalai atau dipanggang. Pada September 2006, sekumpulan doktor di Amerika Syarikat telah menyaman tujuh rantaian makanan segera kerana ayam salai mereka mengandungi
2-amino-1-methyl-6-phenylimidazo [4,5,-b] pyridine (PhIP).
 
     PhIP merupakan bahagian terbesar dari HAA yang terdapat dalam makanan berproteuin yang disalai atau dipanggang. Presiden kumpulan tersebut mendakwa pengambilan salad ayam salai dapat meningkatkan risiko beberapa jenis kanser termasuk prostat dan payudara.
 
Nutrien rendah
 
     Selain mengandungi bahan-bahan bertoksik yang dipercayai dapat menyebabkan pembentukan kanser dan penyakit-penyakit seperti masalah buah pinggang dan penyakit jantung koronari, makanan yang dimasak terlalu garing dan hangus mengandungi nilai nutrien yang rendah.
 
     Makanan yang dimakan sepatutnya dari jenis yang dapat menyediakan nutrien untuk tubuh. Sebaliknya, makanan jenis ini bukan sahaja kurang/tidak menyumbang malah menyebabkan tubuh kekurangan nutrien tertentu.
 
      Makanan yang mengandungi acrylamide, PAH dan HAA dikatakan meningkatkan risiko keradangan. Terdapat pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan keradangan berpanjangan termasuk kanser, penyakit jantung koronari, masalah oto-imiun (auto-immune disorder, di mana sistem imiun menyerang tisu tubuh) dan masalah buah pinggang.
 
     Kaitan acrylamide, PAH dan HAA dengan kanser merupakan suatu pandangan kontroversi. Namun begitu, seseorang yang ingin terus sihat patut mengurang/mengelakkan makanan-makanan yang mengandunginya  kerana dua sebab utama.  Ia kurang nilai nutrien dan ia mungkin akan mengubah masa hadapan hidup anda secara negatif.
 
     Untuk melihat kesan acrylamide, PAH dan HAA berilah makan dua ekor kucing kembar di mana seekor semata-mata diberi makan makanan mengandunginya dan seekor lagi diberi makan ikan rebus. Selepas beberapa bulan perhatikan kucing mana lebih sihat dan memiliki bulu lebih gebu.
 
    Mereka yang menghidap demam, masalah oto-imiun, masalah penghadaman, baru menjalani pembedahan atau mengalami kanser perlu menjauhi semua jenis makanan yang mengandungi ketiga-tiga bahan tersebut. Makanan yang direbus adalah pilihan terbaik.    

 
Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)

Radiasi Telefon Bimbit sebabkan Ketumbuhan?

OLEH: Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
November 6, 2012 - akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor

Seorang ahli perniagaan Itali, Innocente Marcolini, 60, telah mengalami lumpuh sebelah wajah selepas menggunakan telefon bimbit sehingga enam jam sehari sepanjang tempoh 12 tahun. Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Itali telah memutuskan bahawa terdapat kaitan penyebab antara masalah kesihatan yang dialaminya dengan penggunaan telefon bimbit. Berita gempar ini yang tidak mendapat perhatian media tempatan telah disiarkan oleh pelbagai media utama dunia pada 19 Oktober 2012.


Marcolini biasa menggunakan telefon bimbit semasa berurusan dengan pelanggan di China dan di tempat lain di luar negara. Pakar Onkologi telah mendapati Marcolini mengalami ketumbuhan pada saraf trigeminal. Ketumbuhan yang dikenali sebagai neurinoma itu didapati bukan ketumbuhan kategori kanser (malignan).


Peguam Marcolini menyatakan bahawa Marcolini memerlukan pembedahan dan ketumbuhan tersebut telah menjejaskan kualiti hidupnya. Beberapa pakar telah dipanggil oleh peguam Marcolini bagi memberikan hujah dalam mahkamah bahawa penggunaan telefon bimbit secara berlebihan meningkatkan risiko ketumbuhan otak.



Kes penting


Kes ini merupakan pertama kali sebuah mahkamah tinggi memutuskan bahawa penggunaan telefon bimbit atau telefon tidak berwayar (telefon rumah atau pejabat) dikaitkan secara terus sebagai penyebab ketumbuhan otak. Ia juga memperkuat pandangan ramai saintis yang telah melaungkan bahaya radiasi telefon.


Dua pakar yang telah memberikan keterangan semasa kes sebutan Marcolini belangsung. Dr Angelo Gino Levis iaitu pakar Onkologi (pakar kanser) yang juga profesor bidang mutasi berpunca dari alam sekitar (environmental mutagenesis) bersama seorang pakar bedah saraf iaitu Dr Guiseppe Grasso menunjukkan bukti bahawa radiasi elektromagnet yang dipancarkan oleh telefon bimbit atau telefon tidak berwayar berupaya merosakkan sel.


Ketika ditemu ramah Marcolini menjelaskan, keputusan mahkamah tersebut sangat penting untuk orang lain. Beliau mahu agar masalah yang dihadapinya diketahui oleh orang ramai kerana menurutnya ramai yang masih tidak tahu risiko penggunaan telefon bimbit.


Ketumbuhan yang dialami Marcolini terbentuk pada bahagian kepala di mana Marcolini biasa melekapkan telefon ke telinga. Bukan setakat lumpuh wajah sebelah kiri namun beliau juga mengalami kesakitan bukan kepalang. Keadaan tersebut menyebabkan beliau terpaksa mengambil morfin setiap hari untuk meredakan kesakitan. Beliau terdedah dengan risiko kematian kerana ketumbuhan yang dialami didapati telah merebak ke arteri karotid secara perlahan-lahan. Arteri karotid ialah arteri utama yang membekalkan darah ke otak.


Pada 31 Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memutuskan bahawa telefon bimbit sebagai ‘bahan karsinogen untuk manusia’ (possible human carcinogen). Telefon bimbit telah disenarai dalam Kelas 2B senarai bahan karsinogen. Karsinogen ialah bahan yang dapat membentuk kanser.


Telefon bimbit dan telefon tidak berwayar (yang biasa digunakan di rumah dan pejabat) memancarkan radiasi elektromagnet yang tidak mengionisasi. Ionisasi ialah pembentukan atau pemisahan ion yang dilakukan oleh haba, penyahan caj elektrik, radiasi atau tindak balas kimia. Pancaran radiasi yang rendah menyebabkan ramai saintis percaya telefon bimbit tidak menjejaskan kesihatan manusia dan sukar untuk dikaitkan dengan pembentukan kanser.


Pelbagai kajian sains pada masa lalu telah menunjukkan keputusan yang berbeza. Namun beberapa kajian terkini yang melibatkan pendedahan jangka panjang (10 tahun atau lebih) secara jelas mendapati kewujudan kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan beberapa jenis kanser.



DNA putus


Dr Lai dan Singh dari University of Washington (Mobile Phones and Health Symposium, 1998) yang didedahkan kepada radiasi telefon bimbit telah mengalami kerosakan DNA termasuk helaian DNA (DNA strands) putus. Mereka berdua juga menunjukkan bukti dari pelbagai kajian bahawa helaian DNA putus akibat dedahan kepada radiasi telefon bimbit pada paras radiasi lebih rendah dari paras piawaian persekutuan (Amerika Syarikat).


Penemuan mereka serupa seperti yang dijangka oleh Dr Andrew Goldsworthy dalam artikelnya The Biological Effects of Weak Electromagnetic Fields (2007) iaitu radiasi elektromagnet yang rendah menyebabkan membran sel membebaskan kalsium.


Kalsium adalah unsur penting untuk penstabilan fosfolipid yang menjadi sebahagian dari bahan struktur membran sel. Kekurangannya pada membran sel dikatakan menyebabkan kebocoran sel. Ia menyebabkan lisosom (lysosome, kilang dalam sel yang memproses bahan buangan) memuntahkan sejenis enzim dikenali sebagai DNAase yang akan merosakkan DNA!


Pesuruhjaya Eropah (European Commission) dalam brosurnya berjudul Health and Magnetic Field menunjukkan kajian makmal terhadap sel manusia yang didedahkan pada isyarat bimbit selama 24 jam didapati menyebabkan DNA putus. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kajian ini sila layari sub-judul The Reflect Project di HYPERLINK: http://ec.europa.eu/health/archive/ph_determinants/environment/emf/brochure_en.pdf.



Kesan sinar gamma


Fenomena ini serupa keadaannya dengan sel yang terdedah kepada bahan radioaktif yang memancar sinar gamma. Sinar gamma juga dikatakan menyebabkan kebocoran sel. Penyelidik The Refelct Project juga menemui bukti bahawa sel tertentu yang didedahkan kepada radiasi menyerupai radiasi telefon bimbit tersebut mengalami kesan dalam bentuk ekspresi gen dan beberapa jenis protein yang bertanggungjawab terhadap pembahagian sel, penambahan bilangan sel dan proses diferensiasi sel.


Dr Martin Blank, PhD, telah menyampaikan syarahan yang cukup bermakna pada 18 November 2010 dalam program Commonwealth Club of California. Dalam syarahan tersebut beliau menjelaskan mengapa DNA mudah dipengaruhi (dirosakkan) oleh semua jenis medan magnet.


Seperti dijelaskan dalam International Journal of Radiation Biology (April 2011), DNA terdiri dari dua buah struktur yang bersifat antena, pengalir elektrik dan simetri diri sendiri (self symetry). Apa maksudnya? Sifat DNA sebagai antena dan pengalir caj elektrik yang lebih reaktif terhadap medan magnet berbanding komponen tisu tubuh lain sepatutnya diberi perhatian penuh oleh saintis dan pengikut jenis ‘angguk dan geleng’. Ia kerana kesan pendedahan jangka panjang dipercayai dapat menjejaskan kesihatan manusia terutama seperti terlibat dalam pembentukan beberapa jenis kanser.


Dr Blank menyatakan bahawa terdapat bukti radiasi telefon bimbit adalah berbahaya dan bahaya yang dicetuskannya adalah amat ketara. Beliau juga menjelaskan bahawa bukti sains menunjukkan keburukan radiasi telefon bimbit telah disemak dan diterbitkan. Kajian yang telah berjaya diulang semula, dinilai dan dipertimbangkan oleh saintis yang memang berkelayakan untuk mempertimbangkannya.


Kegilaan menggunakan telefon bimbit semakin menjadi-jadi kerana caj untuk perbualan boleh dikatakan murah, terutama kepada golongan pendapatan sederhana dan ke atas. Namun risiko meningkatkan kanser dikatakan sama atau lebih tinggi daripada aktiviti menghisap rokok. Jika anda mengalami ketumbuhan di bahagian kepala di mana telefon bimbit sering dilekapkan dan anda mengadu kepada syarikat pengeluar telefon bimbit, adakah anda fikir mereka peduli?


Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com 

Selasa, 16 Oktober 2012

Makanan GM kurangkan Penduduk Dunia?

Oktober 16, 2012 - Sinar Harian edisi KL/Selangor. Oleh Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
      Ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia membenarkan pengimpotan makanan terubahsuai secara genetik (GM, genetically modified) namun mewajibkan pelabelan pada bungkusan yang mengandunginya.   Pelabelan makanan GM membantu konsumer membuat pilihan antara makanan yang berasal dari makanan terubahsuai secara genetik, konvensional dan organik.  
     Makanan GM merujuk kepada makanan yang berasal dari tanaman dimana benihnya terubahsuai secara genetik. Mengapa makanan GM (istilah GMO juga digunakan) amat ditakuti oleh golongan yang dikatakan bersikap skeptik?
    Sesungguhnya penyelidikan benih-benih tanaman GM dipelopori oleh Monsanto. Pada awal abad kedua puluh Monsanto menumpukan pengeluaran terhadap dua produk bertoksik utama iaitu Agen Oren dan PCB (polychlorinated buphenyl) selama lima puluh tahun.
    Apabila penggunaan PCB diharamkan pada tahun 70an, Monsanto beralih kepada pengeluaran bahan kimia untuk kegunaan pertanian. Ia mengeluarkan racun rumpai Roundup pada tahun 80an. Kemudiam ia merekacipta benih terubahsuai secara genetik agar tanam-tanaman kebal kepada racun rumpai ciptaannya
Monsanto sebagai pelopor
     Benih kacang soya pertama rekaannya diluluskan oleh di Amerika Syarikat pada tahun 1996.  Monsanto merekacipta benih-benih tanaman lain yang kebal kepada Roundup antara lain seperti jagung, tomato, tebu, betik, squash (sejenis labu), padi, gandum, chicory, jagung manis, kacang pea. lobak gula, kapas, rapeseed (canola) dan kentang. 
    Antara tahun 1995 - 2005, Monsanto dikatakan membeli lima puluh buah syarikat pembekal benih tanaman di seluruh dunia.  Setakat tahun 2009 jagung GM dikatakan ditanam di sebelas buah negara termasuk Amerika Syarikat (85 %), Argentina (83%), Brazil (36%) Afrika Selatan (57%). Kanada (84%), Filifina (19%) dan Sepanyol (20%). 95 peratus kacang soya yang ditanam di Amerika Syarikat dikatakan adalah kacang soya GM. 80 peratus betik yang ditanam di Hawaii dikatakan adalah dari benih GM. China merupakan negara terbesar penanam tanam-tanaman GM.
     Terkini Monsanto mengeluarkan benih jagung GM menggabungkan  gen memiliki kod Bt toxin (bakteria Bacillus thuringiensis). Ia dikatakan nampu mengeluarkan bahan bertoksik bagi melindungi tanaman jagung dari serangan makhluk perosak seperti bakteria dan serangga. Benih jagung hibrid GM yang kebal kepada kedua-dua racun rumpai dan serangga makhluk perosak juga telah dihasilkan.
     Sebaliknya sebuah penyelidikan yang dijalankan di Switzerland seperti dilaporkan dalam jurnal Environmental Sciences Europe mendapati sejenis ulat kumbang ladybird  (Adalia bipunctata L.) mengalami kadar kematian yang lebih tinggi apabila terdedah kepada Bt toxin berbanding dengan ulat yang tidak didedahkan kpd Bt toxin. Berdasarkan hasil kajian ini, para pengkritik menyatakan bahawa Bt toxin boleh memudaratkan organism yang bukan dalam kumpulan sasaran termasuk manusia. 
 Pelbagai jenis emping sarapan pagi terutama milik syarikat dari Amerika Syarikat dibimbangi mengandungi bijiran GM
     The American Academy of Environmental Medicine merupakan antara badan yang percaya bahawa makanan GM tidak selamat untuk dimakan. Beberapa kajian melibatkan haiwan mendapati ia menyebabkan risiko kesihatan yang serius termasuk kemandulan, masalah sistem imiun, penuaan awal, masalah pengawalan insulin dan perubahan besar kepada organ-organ utama serta sistem penghadaman.
    Beberapa orang saintis FDA sendiri telah berulang-kali memberi amaran bahawa makanan GM boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak dijangka dan sukar dikesan. Ia termasuk alahan, keracunan, penyakit-penyakit baru dan masalah berkaitan pemakanan. Mereka mencadangkan kajian jangka panjang tetapi ia tidak diendahkan.
Kesan negatif
     Beberapa penemuan dan pemerhatian terhadap kesan negatif GMO antara lain beribu kambing biri-biri, kerbau dan kambing di India mati selepas makan pokok kapas mengandungi Bt toxin. Tikus yang makan jagung GM secara berpanjangan menghasilkan bilangan bayi yang berkurangan dan bersaiz lebih kecil. Lebih saparuh dari bayi tikus di mana ibunya diberi makan kacang soya GM mati dalam masa tiga minggu selain bersaiz kecil. Sel-sel buah zakar tikus yang makan kacang soya GM berubah secara signifikan.
    Hamsters yang diberi makan kacang soya GM kehilangan keupayaan melahirkan anak pada generasi ketiga. Roden yang diberi makan kacang soya dan jagung GM menunjukkan tndakan sistem imiun dan tanda-tanda ketoksikan. Kacang soya yang dimasak mengandngi alergen kacang soya sebanyak tujuh kali ganda. Tikus yang diberi makan kentang GM menunjukkan pertumbuhan sel secara berlebihan iaitu sejenis keadaan yang dipercayai boleh membentuk kanser.
    Beberapa kajian menunjukkan pengambilan makanan GM mencederakan organ, mengubah sel hati, mengubah sel pankreas dan mengubah paras enzim. Baru-baru ini para doktor dari Hospital Universiti Sherbrook di Kanada mendapati Bt toxin berada dalam tubuh 93 peratus dari tiga puluh wanita mengandung. Kajian sama juga mendapati ia terdapat pada 80 peratus dalam tali pusat anak-anak subjek yang serupa.
     Di Perancis pula, saintis mendapati tikus yang mengambil makanan GM didapati menghidap kanser dan mati lebih awal berbanding dengan tikus kawalan. Kajian ini ditentang oleh ramai saintis yang menyatakan penyelidikan yang dijalankan memiliki kelemahan dalam beberapa segi termasuk dikatakan tidak sah dari segi statistik, beberapa faktor tidak dkawal dan jenis tikus yang digunakan.
    Mereka mendakwa tikus yang digunakan dalam kajian memang mudah menghidap kanser. Sebaliknya para saintis yang menyokong kajian tersebut berkata tikus yang digunakan tidak sama jenisnya dengan tikus yang dimaksudkan oleh pengkritik iaitu jenis tikus yang pernah digunakan dalam kajian lain yang dikatakan mudah menghidap kanser.
    Ramai yang tidak tahu bahawa Bill Gates merupakan antara orang penting yang menentukan hala tuju Monsanto. Untuk mengetahui mengenai Bill Gates dan usahanya dalam mengurangkan penduduk dunia sila baca dua buah artikel saya dalam Sinar Harian edisi KL/Selangor keluaran 13 Mac 2012. Artikel berjudul Di sebalik Bill Gates dan Vaksin ini boleh dibaca secara atas talian di HYPERLINK: http://www.sinarharian.com.my/rencana/di-sebalik-bill-gates-dan-vaksin-1.31792.
     Untuk mengetahui muslihat Bill Gates melabur dalam Monsanto sila baca artikel tulisan saya juga yang berjudul Bill Gates mempromosi Benih GMO? yang terbit dalam akhbar Sinar Harian pada 26 Mac 2012. Ia boleh dibaca secara atas talian di weblog saya di HYPERLINK: http://gayahidupholistik.blogspot.com/2012/10/bill-gates-mempromosi-benih-gmo.html.
    Untuk mengetahui bagaimana seorang saintis Monsanto, Alex Blaine Layder yang mengaku dalam temubual telefonnya dengan pakar pemakanan Amerika Syarikat yang terkenal, Mike Adams, bahawa makanan GM menyebabkan kanser dan menyebabkan kemandulan seterusnya dapat mengawal penduduk dunia sila lawati HYPERLINK: http://www.naturalnews.com/037382_Monsanto_scientists_interview.html.

Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)

Khamis, 11 Oktober 2012

Bill Gates mempromosi Benih GMO?

Mac 20, 2012 (terbit dalam Sinar Harian edisi KL/Selangor) - Semakin banyak negara yang menggunakan benih GMO terutama negara-negara miskin maka semakin cerah usaha Gates dalam mengurangkan penduduk dunia - Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
      Minggu lepas penulis mendedahkan Bill Gates iaitu pemilik Microsoft Corporation mencadangkan penduduk dunia bo;leh dikurangkan dengan menjayakan pemvaksinan, perancangan keluarga dan penjagaan kesihatan (moden) secara bersungguh-sungguh.
     Minggu ini penulis mendedahkan muslihat Bill Gates disebalik pembelian saham Monsanto. Monsanto merupakan syarikat biotek gergasi dunia yang antara lain bertindak sebagai pembekal benih GMO. Apakah maksud GMO? Secara umum GMO (genetically modified organism, dalam bahasa Melayu: organisme terubahsuai genetik) merujuk kepada pengubahsuaian genetik dengan menggabungkan gen virus tertentu dengan DNA haiwan, tumbuh-tumbuhan atau mikroorganisme contohnya bakteria.
       Sel-sel tanam-tanaman GMO mengeluarkan bahan beracun yang menyebabkan ia kebal terhadap serangan bakteria (dan makhluk perosak) tertentu. Ini menyebabkan tanam-tanaman GMO tahan lasak dan mengeluarkan hasil tuaian yang tinggi. Namun tanam-tanaman GMO dikatakan menyebabkan penularan rumpai jenis sukar dikawal dan membunuh pelbagai organisme yang tidak berbahaya kepada tanam-tanaman.
      Terkini (Januari 2012), Bill Gates ketika ditemuramah oleh Bill Wear dari ABC Nighlines ( http://abcnews.go.com/Nightline/video/exclusive-bill-gates-back-15436128) menyatakan tanam-tanaman GMO boleh membantu mengurangkan kebuluran di negara-negara miskin. Pada 2010 The Guardian (http://www.guardian.co.uk/global-development/poverty-matters/2010/sep/29/gates-foundation-gm-monsanto) mendedahkan Bill Gates telah membeli 500,000 saham Monsanto bernilai lebih dari 23 juta dolar. Pada 24 Januari 2012, ABC News melaporkan Gates membeli saham tersebut dengan harga 27 juta dolar.
      Melalui Bill & Melinda Gates Foundation, Bill Gates dikatakan bersungguh-sungguh melabur berbilion dolar atas nama kemanusiaan bagi memonopoli makanan berasaskan tanam-tanaman dan benih GMO.

Agenda keluarga Gates
      Berdasarkan sejarah keluarga Bill Gates yang giat terlibat dalam pelbagai urusan global, ia jelas menunjukkan disamping bertujuan mengawal pembekalan makanan dunia, Bill Gates dipercayai berusaha mengurangkan penduduk dunia pada jumlah yang ketara.
     Ayah Bill Gates mengetuai sebuah pertubuhan dikenali sebagai Planned Parenthood. Beliau juga adalah salah orang pengerusi terpenting dalam Gates Foundation yang membimbing visi dan strategi Gates Foundation. Gates Foundation sedang berusaha bersungguh-sungguh menyalurkan benih-benih GMO dengan menyuntik dana ke dalam Alliance for a Green Revolution in Africa (AGRA).
      Gates Foundation telah mengaku telah menyumbang sekurang-kurangnya 264.5 juta dolar dalam bentuk gran kepada AGRA (www.gatesfoundation.org/about/Documents/BMGFFactSheet.pdf). Ia juga melaporkan telah mengambil Dr. Robert Horsch iaitu santis yang telah membina racun Roundup. Beliau ialah mantan eksekutif Monsanto yang telah berhidmat selama 25 tahun dengan syarikat tersebut.
     Beberapa kegiatan Gates Foundation dalam menyalur dana bagi mempromosi benih-benih GMO seperti berikut: http://www.organicconsumers.org/articles/article_21606.cfm dan http://healthfreedoms.orghttp://www.organicconsumers.org/articles/article_21606.cfm
     Penduduk dunia menjadi keliru dengan kenyataan pengeluar benih GMO iaitu tiada apa salahnya dengan GMO kerana setiap organisme yang hidup menjalani pengubahsuaian genetik. Ia merupakan kenyataan yang amat umum.    
     Pengubahsuaian dari jenis 'pemilihan genetik' (genetic selection) yang mengambil masa selama berjuta tahun seperti yang berlaku kepada padi atau gandum memang tidak merbahaya. Pemilihan genetik pada rumput-rumput tertentu selama berjuta tahun yang telah mewujudkan pokok padi atau gandum dengan buah yang lebih besar dari rumput asal hingga menjadi sumber makanan manusia dikatakan tidak berbahaya kepada kesihatan.
     Pendebungaan lintang (cross pollination) juga menghasilkan tanam-tanaman tidak berbahaya.  Makanan GMO berbahaya   Benih-benih GMO yang dibina oleh Monsanto amat berbeza dengan pengubahsuaian genetik berasaskan pemilihan genetik atau pendebungaan lintang. Jadi, ramai saintis dan pengkritik menyuarakan kebimbangan mereka berkaitan kesan negatif makanan GMO kepada kesihatan manusia. Antara lain makanan GMO dipercayai menyebabkan alahan.
     Setiap sel tanam-tanaman GMO dikatakan memiliki racun Bt-toxin yang berupaya membunuh mukhluk perosak seperti bakteria atau serangga yang cuba makan tanaman berkaitan. Kesan jangka panjang Bt-toxin terhadap kesihatan manusia tidak diketahui.
     Sesetengah syarikat biotek mendakwa keselamatan Bt-toxin telah diluluskan untuk kegunaan peladang. Kepekatan Bt-toxin dalam makanan GMO dikatakan jauh lebih berbanding kepekatan racun makhluk perosak jenis semburan. Ramai saintis percaya DNA yang terkandung dalam makanan musnah apabila dimasak pada suhu tinggi atau dimusnahkan oleh asid dalam perut.
     Penulis berpendapat makanan yang dibakar menjadi arang seratus peratus sahaja sukar untuk dikenalpasti DNAnya sepertimana pakar forensik sukar untuk mengenalpasti DNA mayat terbakar hangus sepenuhnya. DNA virus pada kromosom! Dua kajian sains mendapati DNA dari bakteria yang mengandungi virus bersatu dengan kromosom ibu dan dipindahkan ke janin dalam kandungan.
     Kajian pertama bejudul The fate of forage DNA in farm animals yang dijalankan oleh Einspanier dan rakan-rakan (2001) manakala kajian kedua pula berjudul On the fate of foreign DNA in mice oleh Shubbert dan rakan-rakan (1998). Kedua-dua kajian ini jelas menunjukkan DNA makanan tidak terjejas oleh tindakan asid perut.
     Pemakan makanan GMO tegar dipercayai akan mengalami kesan-kesan negatif kelainan sel bperunca dari sel-sek yang bermutasi. Ia akan menyebabkan ketidakseimbangn fungsi organ sistem termasuk sistem imun. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan seseorang mudah terdedah kepada jangkitan virus/bakteria.
     Sel-sel yang bermutasi juga boleh menyebabkan kanser. Kita tidak mengetahui samada produk yang kita makan seperti produk kacang soya dan emping sarapan pagi bebas dari GMO atau tidak kerana masih tidak terdapat undang-undang di negara kita yang mewajibkan syarikat pengeluar/pembekal makanan menambah GMO pada label makanan yang mengandungi makanan-makanan dari kategori ini.
     Janin-janin generasi akan datang yang dilahirkan oleh pemakan makanan GMO tegar mungkin mengalami kelainan fisiologi dari pelbagai segi. Masa akan membuktikan kebenaran kebimbangan para pengkritik tehadap keburukan tanaman/makanan GMO dan muslihat Gates.

Bahrain, RH (AHG)
www.gayahidupohoklistik.blogspot.com

Selasa, 9 Oktober 2012

Makanan Bergoreng Secara Terendam Lama Berbahaya?

Oleh Bahrain Samah, RH (AHG). Disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor pada Oktober 9, 2012
      Negara kita memang mewah dengan pelbagai makanan termasuk makanan bergoreng secara terendam lama. Selain ayam goreng, buah-buahan seperti pisang, sukun dan cempedak yang digoreng secara terendam lama juga mudah didapati dijual terutama pada waktu petang.
      Makanan yang disediakan dengan cara menggoreng secara terendam lama menjadikan rasa sesuatu makanan menjadi unik samada dari segi rupa fizikal, rasa dan tekstur. Namun di sebalik keunikan rasa makanan bergoreng secara terendam lama sebenarnya tersembunyi bahan-bahan kimia yang dipercayai dapat mengubah fisiologi tubuh secara negatif.
      Bahan yang digunakan untuk proses penggorengan secara terendam lama ialah minyak masak dan bahan makanan untuk digoreng. Minyak masak yang biasa digunakan secara umum di seluruh dunia hari ini ialah minyak sayur-sayuran. Setiap jenis minyak masak mengandungi asid lemak tidak tepu yang mudah teroksida samada ketika dipanaskan atau ketika berada dalam tubuh.
      Minyak-minyak seperti minyak bunga matahari, kacang, kacang soya, jagung, safflower dan canola mudah rosak apabila dipanaskan berbanding dengan minyak masak yang kaya dengan asid lemak tepu seperti minyak kelapa sawit dan minyak kelapa. Pengecualian ialah minyak dedak padi.
      Minyak dedak padi memang termasuk dalam kategori asid lemak poli tidak tepu. Namun ia dikatakan tidak mudah rosak seperti minyak-minyak tersebut. Gamma-oryzanol Ia dipercayai kerana kandungan gamma-oryzanol iaitu sejenis vitamin E yang unik. Kajian oleh Xu Z dan rakan-rakan seperti dilaporkan dalam jurnal Agriculture Food Chemicals (2001) mendapati kadar kekesanan antioksidan gamma-oryzanol jauh lebih itnggi dari beberapa jenis vitamin E yang terkandung dalam minyak dedak padi.
      Mengapa minyak-minyak masak yang tinggi dengan kandungan lemak tidak tepu mudah rosak apabila dipanaskan ketika proses penggorengan secara terendam lama? Struktur kimia asid lemak tidak tepu tidak serupa dengan asid lemak tepu. Asid lemak tidak tepu sekurang-kurangnya mengandungi satu ikatan ganda dua. Asid lemak tepu langsung tidak mengandungi sebarang ikatan ganda dua. Ikatan ganda dua mudah menderma elektron kepada molekul yang memerlukannya contohnya oksigen.
       Jadi, secara umum minyak-minyak yang kaya dengan kandungan asid lemak tidak tepu mudah rosak apabila dipanaskan pada suhu tinggi. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Dr. Kamsiah Jarin dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan judul Repeatedly Heated Vegetable Oils and Lipid Peroxidation (2012, diterbitkan dalam buku Lipid Peroxidation, Intech atas talian) mendapati paras vitamin E didapati berkurangan secara jelas dari minyak kacang soya berbanding dengan minyak sawit apabila dipanaskan pada suhu tinggi.
       Perubahan penurunan vitamin E dan peningkatan lipid teroksida diperhatikan dengan membandingkan kedua-dua jenis minyak iaitu minyak segar, dipanaskan satu kali dan dipanaskan lima kali. Penyelidik berpendapat sejenis vitamin E yang terkandung dalam minyak sawit iaitu toco-trienol melindungi asid lemak tepu dalam minyak sawit dari teroksida iaitu dengan menutralkan molekul-molekul radikal bebas yang terbentuk ketika minyak sawit dipanaskan pada suhu tinggi.
      Namun beberapa pendapat menyatakan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu seperti minyak sapi, minyak sawit dan minyak kelapa (walau pun mengadungi jumlah tertentu asid lemak tidak tepu) tidak mudah teroksida kerana kandungan asid lemak tepu itu sendiri. Di penghujung laporan kajian, Dr. Kamsiah menyarankan agar kita menggunakan minyak masak untuk proses menggoreng hanya sekali sahaja.
      Secara logik pun kita boleh mengandaikan bahawa minyak dari katogeri mana pun akan rosak (walau pun pada tahap yang berbeza) walau pun dipanaskan pada suhu tinggi apatah lagi apabila dipanaskan berkali-kali. Kajian yang dijalankan oleh Dr Kamisah mendapati paras lipid teroksida dalam minyak kacang soya yang dipanaskan sebanyak lima kali melebihi paras yang dicadangkan oleh American Oil Chemists’ Society. Persatuan ini mencadangkan paras selamat lipid teroksida untuk tujuan dijadikan makanan ialah 10 meq per kilogram.
      Berdasarkan cadangan Food Sanitation Law of Japan pula paras 30 meq per kilogram pula adalah selamat untuk dimakan. Jika semua orang menggunakan cadangan ini maka semuia jenis minyak samada dalam bentuk segar dan dipanaskan hingga lima kali adalah selamat untuk dimakan. Kajian UKM Namun seperti yang disebutkan oleh Dr Kamsiah terdapat kajian di mana tikus yang diberi makan minyak kacang soya teroksida kerana dipanaskan pada suhu tinggi dengan nilai lipid peroksda 14 meq per kilogram mendapati lipid teroksida terkumpul dalam hati, buah pinggang, buah zakar dan otak.
      Kajian sains mengaitkan lipid teroksida dengan pelbagai penyakit seperti katarak, tekanan darah tinggi dan kanser. Jadi, jika anda dapati seseorang yang menyatakan bahawa makanan bergoreng secara terendam lama membawa keburukan contohnya kepada tekstur kulit dan pembentukan penyakit-penyakit lain mempunyai dasarnya dari kajian sains. Ingatlah bahawa lipid teroksida boleh menyebabkan stres oksidatif di mana ia merosakkan komponen sel seperti membran dan juga DNA.
      Asid-asid lemak dari minyak masak dijadikan binaan utama membran sel sebagai stuktur penngukuh dan pelindung setiap sel malah memiliki fungsi fisiologi yang berbagai. Jadi jika seseorang menuruti nasihat doktor yang mengamalkan ilmu pemakanan yang terkebelakang (menghafal ilmu yang tertinggal beberapa dekad kerana sekadar menuruti bahan yang diajar dalam kuliah dan buku karangan saintis barat yang berat sebelah atau buta biokimia) iaitu dengan menggunakan minyak-minyak seperti bunga matahari, safflower, kacang dan jagung maka terimalah padahnya suatu hari nanti.
       Kerana mengandungi ikatan ganda dua, minyak-minyak ini juga dikatakan mudah teroksida ketika ia menjadi sebahagian dari komponen sel. Kesempurnaan sifat lipid seperti yang telah direka oleh ALLAH SWT dan tidak berubah sifat contohnya kerana teroksida memiliki sifat-sifat penting dalam membantu fungsi membran sel termasuk membran mitokondria menjalankan fungsi fisiologi secara optima. Jadi, sebab itulah struktur membran sel yang mengandungi lipid teroksida atau rosak dikatakan boleh mengganggu fungsi pelbagai jenis reseptor yang terdapat pada membran sel, mengubah kecekapan enzim dan mengubah gen ekspresi (kesan epigenetik).
      Gangguan ini dipercayai punca kepada pelbagai penyakit. Penggunaan minyak-minyak tersebut secara berterusan dipercayai menyebabkan penyakit-penyakit yang sedang dialami contohnya tekanan darah tinggi, obesiti, diabetes, sakit jantung koronari, kanser, Alzheimer dan katarak menjadi lebih buruk. Jadi, dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini termasuk dalam buku saya berjudul Serangan Jantung (tetrbitan ALAF 21) saya sarankan agar orang ramai tidak menggunakan minyak-minyak yang kaya dengan asid lemak tidak tepu untuk memasak.
      Minyak-minyak yang digunakan untuk menyediakan salad eloklah dari minyak bunga matahari dan minyak biji anggur perahan sejuk (cold pressed).

Sabtu, 6 Oktober 2012

Gaya Hidup Holistik - Pengenalan

Assalaamu3alaikum

       Zaman dahulu tidak terdapat pokok burger, pokok kerepek kentang dan pokok air berkarbonat. Hari ini pun tidak terdapat pokok-pokok yang disebutkan. Namun produk-produk tersebut dikeluarkan oleh kilang dengan cara diproses secara keterlaluan.

      Makanan-makanan terproses amat berbeza dari segi rasa dan nilai nutrisi. Namun kepada mereka yang sejak lahir telah biasa mengambil makanan-makanan terproses maka lidah mereka menerima makanan-makanan tersebut sebagai makanan yang paling lazat.

      Orang dulu-dulu menerima makanan-makanan bersunber dari tanaman yang ditanam sendiri di sekeliling rumah atau di kebun seperti beras, pegaga, petola, kacang panjang dan kelapa. Ayam itik pun mereka pelihara sendiri. Pendek kata sebelum baja moden digunakan secara meluas, mereka menggunakan baja organik contohnya baja kompos.

    Sebab itulah orang dulu-dulu tahan nyawa mereka. Beberapa dekad kebelakangan ini saintis mendapati flora usus mempunyai kaitan dengan keutuhan sistem imiun. Makanan-makanan yang orang dulu-dulu makan membantu memulihara flora usus dengan baik. Sebaliknya makanan yang dimakan oleh kebanyakan orang moden hari ini dipercayai mengganggu kehidupan flora usus.

    Ramai juga yang takut makan santan. Mereka ditakut-takutkan konon santan meningkatkan paras kolesterol. Padahal tidak makan santan dan menjauhi minyak kelapa menyebabkan kehidupan flora usus terganggu. Lebih buruk lagi jika gangguan teruk berlaku. candida albicans iaitu sejenis kulat akan meningkat bilangannya.

    Jenis makanan yang dimakan oleh orang dulu-dulu dipandang kuno oleh sebahagian orang moden. Namun itulah sebab mengapa orang dulu-dulu tidak mudah mengalami penyakit-penyakit seperti yang dialami oleh orang moden. Mereka minum air perigi (telaga), air yang turun dari gunung dan air sungai.

    Semuanya kaya dengan zat galian walau pun ia dilihat oleh sebahagian orang moden sebagai minuman yang tidak terjamin kebersihannya. Pernah suatu ketika seorang wartawan 'tidak habis baca' (tidak cukup ilmu, kurang mengkaji) membuat kesimpulan konon kanak-kanak di Kelantan mengalami kerosakan gigi berpunca dari air di beberapa daerah di negeri Kelantan yang tidak dirawat secara sempurna.

     Selain makanan, mereka tidak takut terdedah kepada cahaya matahari. Kita pula bak putri lilin baik yang lelaki atau perempuan. Cahaya matahari amat penting untuk pembinaan vitamin D di bawah kulit. Orang putih pakai losyen bagi mengelakkan pancaran ultra ungu kita pun buat sama. Hasilnya, kita yang dapat kanser.

     Orang dulu-dulu mahir dalam menjalani kehidupan. Ini kerana sejak kecil mereka terdedah kepada pelbagai hal dan kebanyakan tugas dilakukan sendirian. Ketiadaan teknologi moden menyebabkan mereka menjadi manusia kreatif. Jadi, kebiasaan menyelesaikan masalah dan menangani tugas secara inovatif menyebabkan mereka bersifat mandiri.

     Tugas-tigas yang dijalankan samada hasil didikan orang tua atau ketika menjalani hidup sendiri menyebabkan mereka cekal dan kebal. Apabila menghadapi sesuatu rintangan atau kecelakaan mereka tidak mudah putus harapan.

     Kepada yang menyerahkan diri kepada ALLAH dengan beribadah secara ikhlas sifat-sifat tersebut menjadi semakin terserlah dari hari ke hari. Kerana kebiasaan menggantungkan harapan hanya kepada ALLAH setelah berusaha maka usaha-usaha yang mereka jalankan dalam kehidupan menjadi lebih sempurna.

    Orang dulu-dulu boleh dikatakan menjalani gaya hidup holistik. Menjalani hidupan dengan mengintegrasi elemen-elemen fizikal, psiko-emosi dan kerohanian dipercayuai dapat membantu mereka mencapai kesihatan yang lebih cemerlang. Bilangan mereka yang obes tidak seramai yang dialani oleh orang moden. Begitu juga dengan bilangan yang menghidapi kencing manis.

    Kematian mereka mungkin berpunca dari faktor usia (wear and tear) bukan sebab serangan jantung. Penyakit-penyakit yang mereka alami bukan kerana makan secara berlebihan atau makan ubat-ubatan moden sepanjang hayat. Mereka mengalaminya mungkin kerana kesusahan hidup yang menyebabkan keseimbangan nutrien menjadi tidak harmoni.

    Orang sekarang mudah mengalami penyakit seperti sakit perut (pelbagai jenis) yang berpanjangan. Ia mungkin berpunca dari makanan-makanan mengarut/merapu yang diambil ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Ia dipercayai menyebabkan ketidakseimbangan kehidupan flora usus. Vaksin dan makanan termodifikasi secara  genetik juga dipercayai boleh mencetus keadaan serupa.

     Tiada salahnya kita hidup pada zaman moden yang serba maju dari segi serba-serba ini. Yang penting kita berupaya berfikir untuk memilih perkara yang paling sesuai untuk kesejahteraan diri kita samada dari segi keutuhan mental, kesihatan fizikal dan kesempurnaan dalam beribadah kepada-Nya.

    Apa yang kita alami hari ini dan esok berpunca dari kegiatan gaya hidup kita suatu ketika dahulu.

Bahrain, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com