Mac 20, 2012 (terbit dalam Sinar Harian edisi KL/Selangor) - Semakin banyak negara yang menggunakan benih GMO terutama negara-negara miskin maka semakin cerah usaha Gates dalam mengurangkan penduduk dunia - Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
Minggu lepas penulis mendedahkan Bill Gates iaitu pemilik Microsoft Corporation mencadangkan penduduk dunia bo;leh dikurangkan dengan menjayakan pemvaksinan, perancangan keluarga dan penjagaan kesihatan (moden) secara bersungguh-sungguh.
Minggu ini penulis mendedahkan muslihat Bill Gates disebalik pembelian saham Monsanto. Monsanto merupakan syarikat biotek gergasi dunia yang antara lain bertindak sebagai pembekal benih GMO.
Apakah maksud GMO? Secara umum GMO (genetically modified organism, dalam bahasa Melayu: organisme terubahsuai genetik) merujuk kepada pengubahsuaian genetik dengan menggabungkan gen virus tertentu dengan DNA haiwan, tumbuh-tumbuhan atau mikroorganisme contohnya bakteria.
Sel-sel tanam-tanaman GMO mengeluarkan bahan beracun yang menyebabkan ia kebal terhadap serangan bakteria (dan makhluk perosak) tertentu. Ini menyebabkan tanam-tanaman GMO tahan lasak dan mengeluarkan hasil tuaian yang tinggi. Namun tanam-tanaman GMO dikatakan menyebabkan penularan rumpai jenis sukar dikawal dan membunuh pelbagai organisme yang tidak berbahaya kepada tanam-tanaman.
Terkini (Januari 2012), Bill Gates ketika ditemuramah oleh Bill Wear dari ABC Nighlines ( http://abcnews.go.com/Nightline/video/exclusive-bill-gates-back-15436128) menyatakan tanam-tanaman GMO boleh membantu mengurangkan kebuluran di negara-negara miskin. Pada 2010 The Guardian (http://www.guardian.co.uk/global-development/poverty-matters/2010/sep/29/gates-foundation-gm-monsanto) mendedahkan Bill Gates telah membeli 500,000 saham Monsanto bernilai lebih dari 23 juta dolar.
Pada 24 Januari 2012, ABC News melaporkan Gates membeli saham tersebut dengan harga 27 juta dolar.
Melalui Bill & Melinda Gates Foundation, Bill Gates dikatakan bersungguh-sungguh melabur berbilion dolar atas nama kemanusiaan bagi memonopoli makanan berasaskan tanam-tanaman dan benih GMO.
Agenda keluarga Gates
Berdasarkan sejarah keluarga Bill Gates yang giat terlibat dalam pelbagai urusan global, ia jelas menunjukkan disamping bertujuan mengawal pembekalan makanan dunia, Bill Gates dipercayai berusaha mengurangkan penduduk dunia pada jumlah yang ketara.
Ayah Bill Gates mengetuai sebuah pertubuhan dikenali sebagai Planned Parenthood. Beliau juga adalah salah orang pengerusi terpenting dalam Gates Foundation yang membimbing visi dan strategi Gates Foundation.
Gates Foundation sedang berusaha bersungguh-sungguh menyalurkan benih-benih GMO dengan menyuntik dana ke dalam Alliance for a Green Revolution in Africa (AGRA).
Gates Foundation telah mengaku telah menyumbang sekurang-kurangnya 264.5 juta dolar dalam bentuk gran kepada AGRA (www.gatesfoundation.org/about/Documents/BMGFFactSheet.pdf). Ia juga melaporkan telah mengambil Dr. Robert Horsch iaitu santis yang telah membina racun Roundup. Beliau ialah mantan eksekutif Monsanto yang telah berhidmat selama 25 tahun dengan syarikat tersebut.
Beberapa kegiatan Gates Foundation dalam menyalur dana bagi mempromosi benih-benih GMO seperti berikut: http://www.organicconsumers.org/articles/article_21606.cfm dan
http://healthfreedoms.orghttp://www.organicconsumers.org/articles/article_21606.cfm
Penduduk dunia menjadi keliru dengan kenyataan pengeluar benih GMO iaitu tiada apa salahnya dengan GMO kerana setiap organisme yang hidup menjalani pengubahsuaian genetik. Ia merupakan kenyataan yang amat umum.
Pengubahsuaian dari jenis 'pemilihan genetik' (genetic selection) yang mengambil masa selama berjuta tahun seperti yang berlaku kepada padi atau gandum memang tidak merbahaya.
Pemilihan genetik pada rumput-rumput tertentu selama berjuta tahun yang telah mewujudkan pokok padi atau gandum dengan buah yang lebih besar dari rumput asal hingga menjadi sumber makanan manusia dikatakan tidak berbahaya kepada kesihatan.
Pendebungaan lintang (cross pollination) juga menghasilkan tanam-tanaman tidak berbahaya.
Makanan GMO berbahaya
Benih-benih GMO yang dibina oleh Monsanto amat berbeza dengan pengubahsuaian genetik berasaskan pemilihan genetik atau pendebungaan lintang. Jadi, ramai saintis dan pengkritik menyuarakan kebimbangan mereka berkaitan kesan negatif makanan GMO kepada kesihatan manusia. Antara lain makanan GMO dipercayai menyebabkan alahan.
Setiap sel tanam-tanaman GMO dikatakan memiliki racun Bt-toxin yang berupaya membunuh mukhluk perosak seperti bakteria atau serangga yang cuba makan tanaman berkaitan.
Kesan jangka panjang Bt-toxin terhadap kesihatan manusia tidak diketahui.
Sesetengah syarikat biotek mendakwa keselamatan Bt-toxin telah diluluskan untuk kegunaan peladang. Kepekatan Bt-toxin dalam makanan GMO dikatakan jauh lebih berbanding kepekatan racun makhluk perosak jenis semburan.
Ramai saintis percaya DNA yang terkandung dalam makanan musnah apabila dimasak pada suhu tinggi atau dimusnahkan oleh asid dalam perut.
Penulis berpendapat makanan yang dibakar menjadi arang seratus peratus sahaja sukar untuk dikenalpasti DNAnya sepertimana pakar forensik sukar untuk mengenalpasti DNA mayat terbakar hangus sepenuhnya.
DNA virus pada kromosom!
Dua kajian sains mendapati DNA dari bakteria yang mengandungi virus bersatu dengan kromosom ibu dan dipindahkan ke janin dalam kandungan.
Kajian pertama bejudul The fate of forage DNA in farm animals yang dijalankan oleh Einspanier dan rakan-rakan (2001) manakala kajian kedua pula berjudul On the fate of foreign DNA in mice oleh Shubbert dan rakan-rakan (1998). Kedua-dua kajian ini jelas menunjukkan DNA makanan tidak terjejas oleh tindakan asid perut.
Pemakan makanan GMO tegar dipercayai akan mengalami kesan-kesan negatif kelainan sel bperunca dari sel-sek yang bermutasi. Ia akan menyebabkan ketidakseimbangn fungsi organ sistem termasuk sistem imun. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan seseorang mudah terdedah kepada jangkitan virus/bakteria.
Sel-sel yang bermutasi juga boleh menyebabkan kanser.
Kita tidak mengetahui samada produk yang kita makan seperti produk kacang soya dan emping sarapan pagi bebas dari GMO atau tidak kerana masih tidak terdapat undang-undang di negara kita yang mewajibkan syarikat pengeluar/pembekal makanan menambah GMO pada label makanan yang mengandungi makanan-makanan dari kategori ini.
Janin-janin generasi akan datang yang dilahirkan oleh pemakan makanan GMO tegar mungkin mengalami kelainan fisiologi dari pelbagai segi. Masa akan membuktikan kebenaran kebimbangan para pengkritik tehadap keburukan tanaman/makanan GMO dan muslihat Gates.
Bahrain, RH (AHG)
www.gayahidupohoklistik.blogspot.com
Pengumuman Penting - Saya bukan TSM
Assalaamu3alaikum....
Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini.
Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN.
Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT.
Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi.
Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya.
Terimakasih.
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com
April 20, 2013