Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Ahad, 31 Januari 2021

5 Kategori Penghidap COVID19

Ketua Pengarah KKM, Dr Noorhisham Abdullah dalam sidang medianya 7 April menyatakan lima kategori penghidap COVID-19:

Kategori pertama: penghidap positif tetapi tiada gejala.

Kategori kedua: penghidap positif ada gejala ringan. 

Kategori ketiga: penghidap mengalami radang paru-paru tetapi tidak memerlukan oksigen

Kategori keempat: penghidap mengalami radang paru-paru dan memerlukan oksigen 

Kategori kelima: penghidap memerlukan bantuan pernafasan (penulis: ventilasi mekanikal)

Coretan Pakcik Lebah 

Hakcipta Terpelihara 2021 GayaHidupHolistik_blog



Khamis, 28 Januari 2021

Apa Punca Asal Penyakit?

 "Tahap kesihatan terhasil dari interaksi antara genome, epigenome dan exposome"

Oleh Bahrain Samah, MD (AM)

Terbit dalam Sinar Harian Jun 10, 2016

Sungguh pun sesetengah masalah kesihatan misalnya penyakit jantung koronari benar-benar difahami oleh golongan perubatan moden, namun sebahagian masalah kesihatan lain masih diterima sebagai penyakit misteri oleh golongan tersebut. Tanda utama penyakit-penyakit tertentu menjadi misteri ialah penghidap sering kali menerima jawapan punca penyakit tidak diketahui. 

Masalah kesihatan atau penyakit seperti sindrom usus rengsa, lesu kronik, candidiasis, fibromyalgia atau penyakit autoimiun dihidapi oleh jutaan penduduk dunia pada satu-satu masa.  Namun pada kebanyakan kes, pengamal perubatan moden tidak mengkategori atau mengaitkan simtom-simtom atau punca tertentu dengan panggilan (nama penyakit) sepertimana penulis nyatakan di atas.

Sebaliknya, ubat-ubatan akan dipreskripsi  untuk meredakan simtom-simtom yang dialami penghidap. Jadi, pada kebanyakan kes penyakit-penyakit atau masalah kesihatan tidak diatasi sepenuhnya atau sembuh kerana rawatan sekadar tertumpu kepada peredaan simtom-simtom yang dialami. 

Namun, adakah benar kita tidak tahu apakah punca atau sebab-sebab yang membentuk penyakit termasuk penyakit kronik? Pada masa sama sedia maklum terdapat beberapa faktor berkaitan pembentukan penyakit yang masih belum difahami atau hanya diketahui secara samar-samar.

Sebahagian pengamal perubatan alternatif pakar percaya bahawa terdapat faktor-faktor yang memainkan peranan kepada pembentukan kepada semua jenis penyakit termasuk penyakit kronik. Dengan mengadopsi peranan faktor-faktor tersebut memudahkan seseorang pengamal membantu penghidap untuk mencegah atau (harap tidak keterlaluan untuk dinyatakan) untuk meredakan (baca dengan maksud: merawat atau menyembuh) pelbagai jenis penyakit.

Patologi Utama Punca Penyakit

Lapan patologi utama dipercayai membentuk semua penyakit termasuk penyakit kronik. Patologi ialah sejenis ilmu sains digunakan bagi mengenalpasti punca sesuatu penyakit.

Patologi pertama ialah disfungi usus yang merujuk kepada bakteria membiak tidak terkawal, infeksi (parasit, bakteria patogenik, paras asid perut rendah, pembinaan cecair hempedu terganggu,  pembinaan enzim terganggu, ketelapan usus dan tidak toleran kepada makanan.

Patologi kedua ialah ketidakseimbangan nutrien yang meliputi kekurangan nutrien misalnya B12, zat besi, folat, magnesium, zink, EPA/DHA (omega-3) dan vitamin-vitamin larut lemak. Berlebihan nutrien seperti berlebihan zat besi juga tergolong dalam patologi ini.

Patologi ketiga ialah ketidakharmonian paksi HPA (hipotalamus, pituitari dan kelenjar-kelenjar adrenal). Ia meliputi gangguan terhadap pengawalan komunikasi antara hipotalamus, pituitari dan kelenjar adrenal serta pengharmonian pengeluaran hormon-hormon oleh kelenjar berkaitan (misalnya DHEA dan kortisol).

Patologi seterusnya ialah tubuh terbeban dengan bahan-bahan bertoksik. Ia termasuk pendedahan kepada bahan-bahan kimia (misalnya BPA, phthalate), logam berat (misalnya merkuri, arsenic), biotoksin (misalnya kulapok, mycotoxin). Ia juga berpunca dari keupayaan detoks terganggu berpunca dari kekurangan nutrien, masalah gastro-usus atau sebab-sebab lain.

Patologi kelima ialah infeksi kronik termasuk infeksi parah berpunca dari gigitan kutu (melibatkan patogen seperti virus, bakteria, protozoa), sel diserang bakteria (misalnya Mycoplasma, Chlamydophila), virus (misalnya HHV-6, HPV dan bakteria gigi).

Patologi keenam ialah ketidakseimbangan hormon termasuk hormon-hormon berkaitan metabolism (seperti insulin, leptin), tiroid dan gonad (seperti estrogen, progesterone dan testosterone).

Patologi ketujuh ialah ketidakharmonian sistem imiun meliputi autoimuniti, fungsi sistem imiun spara aktif dan keradangan kronik (melibatkan jentera sistem imiun).

Patologi terakhir ialah disfungsi sel yang meliputi gangguan proses methylation (penambahan methyl kepada molekul tertentu), pembinaan tenaga dan fungsi mitokondria. Kerosakan oksidatif (berpunca dari stres oksidatif) juga tergolong dalam patologi ini. 

Semua patologi tersebut serta interaksi exposome-genome-epigenome yang menimbulkan patologi-patologi tersebut dipercayai sebagai punca asas kepada semua jenis penyakit termasuk antara lain obesiti, Hashimoto, thyroiditis, asma, gangguan spektrum autism atau kemurungan. 

Pemahaman terhadap peranan lapan patologi di atas dipercayai amat penting dalam mengenalpasti punca-punca sebahagian besar penyakit termasuk penyakit kronik yang dapat membantu seseorang mencegah dan merawat penyakit dengan kaedah atau modaliti tertentu.

Interaksi 

Tahap kesihatan seseorang dipercayai terhasil dari interaksi antara genome, epigenome dan exposome. Genome merujuk kepada set lengkap DNA yang mengandungi semua informasi yang diperlukan untuk membina dan memulihara kehidupan manusia.

Epigenome pula mengandungi bahan-bahan kimia yang mengubah genome dengan memberitahunya apa yang perlu dilakukan,  di mana ia harus dilakukan dan bila ia harus dilakukan. Modifikasi tidak mengubah gen-gen namun hasil modifikasi boleh diturunkan kepada generasi akan datang.

Exposome pula mewakili jumlah keseluruhan pendedahan bukan genetik yang dialami seseorang sejak ia dalam bentuk janin hingga ia meninggal dunia, Ia termasuk diet, udara, pendedahan kepada bahan-bahan kimia, sikap, hubungan kemasyarakatan dan persekitaran.

Proses tubuh seperti keradangan, peroksidasi lipid, stres oksidatif, penyakit, infeksi dan keadaan mikrobiota usus juga ialah exposome. Tahap spiritual iaitu hubungan dengan  ALLAH SWT dianggap sebagai exposome.

Rawat Simtom

Penulis bawakan contoh mudah menunjukkan perbezaan pendekatan antara golongan perubatan moden dan pakar perubatan berfungsi dalam membantu penghidap menangani paras kolesterol tinggi. Golongan perubatan moden biasanya memfokus kepada penyakit dan simtom-simtomnya misalnya dengan pengpreskripsi ubatan statin. Pendekatan ini digelar ‘dari luar ke diam’. 

Golongan tersebut menganggap paras kolesterol tinggi sebagai patologi terhadap penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular. 

Pada sesetengah kes penghidap akan dinasihatkan agar bersenam dan menjalani gaya hidup sihat. Punca-punca peningkatan paras kolesterol dikatakan jarang-jarang dibincangkan bersama penghidap.

Golongan perubatan berfungsi pula mengaitkan peranan beberapa patologi seperti antara lain fungsi kelenjar tiroid terganggu, ketelapan usus kecil, ketidakharmonian koloni mikrobiota (istilah baru dan lebih tepat untuk mikroflora), infeksi virus, infeksi bakteria, kekebalan insulin, kekebalan leptin dan ketidakseimbangan nutrien. 

Bagi mereka paras kolesterol tinggi adalah simtom dari salah satu atau gabungan patologi tersebut. Memang tidak dinafikan paras kolesterol tinggi sebagai patologi kepada penyakit-penyakit lain seperti penyakit kardiovaskular atau hati berlemak. Namun, pengamal perubatan berfungsi yang mahir lebih memfokus kepada patologi yang menghasilkan simtom sebagai tekanan darah meningkat.

Perubatan berfungsi merujuk kepada amalan perubatan atau rawatan yang memfokus kepada fungsi optima tubuh dan organ-organ – biasanya menggunakan sistem perubatan holistik atau alternatif.

Jadi, mereka akan membantu penghidap merawat patologi-patologi tersebut ‘dari dalam ke luar’ yang akhirnya berjaya mengatasi isu paras kolesterol tinggi!

Berdasarkan prinsip perubatan berfungsi, beberapa patologi yang boleh menyebabkan peningkatan paras kolesterol termasuk antara lain fungsi kelenjar tiroid terganggu, tahap ketelapan usus kecil, ketidakharmonian koloni mikroflora usus (microbiome usus terganggu), infeksi virus, infeksi bakteria, kekebalan insulin, kekebalan leptin dan ketidakseimbangan nutrien.

Pengamal perubatan alternatif yang mahir yang didatangi penghidap paras kolesterol tinggi akan memeriksa semua patologi yang disebutkan di atas bagi mengenalpasti punca atau penyebab kepada peningkatan paras kolesterol tinggi yang dialami penghidap.

Sudah pasti faktor-faktor seperti genetik (biasanya amat jarang berlaku walau pun tidak mustahil misalnya seseorang yang dilahirkan dengan gen yang menyebabkan paras koelsterol sentiasa tinggi, suatu keadaan dikenali sebagai familial Hypercholesterolemia), gaya hidup atau  elemen-elemen exposome (misalnya antara lain hubungan kekeluargaan dan dengan orang lain, hubungan dengan ALLAH SWT dan cara diri menghadapi dan mengawal stres) yang boleh mempengaruhi penghidap secara epigenetik juga diambil kira.

Apabila patologi-patologi telah dkenalpasti dan penghidap mengamalkan nasihat yang diberi dengan misalnya membuang tabiat makan makanan karbohidrat terproses (faktor gaya hidup – diet),  mengawal amarah (jika penghjidap seorang pemarah, termasuk mengawal stres dengan  bijak)mengamalkan pengambilan lemak jenis sihat pada setiap kali makan (bertujuan mengawal paras gula dan agar merasa kenyang lebih lama), mengambil cuka epal/tamar dan mengamalkan pelbagai sayuran dan buah-buahan tinggi antioksidan tabiat merokok jika merokok, bersenam dengan sekurang-kurangnya 30 min berjalan kaki 3 kali seminggu, menambahbaik hubugan dengan ALLAH SWT. Cadangan yang diberikan biasanya akan dapat membantu menurunkan paras kolesterol ke paras normal pada tempoh tertentu.

DIPETIK OLEH:

Hajjah Makiah Tussaripah Jamil, Haniwarda Yaakob. Penyakit-penyakit genetik dan Penyaringan Embyo melalui Teknologi PGD. Journal of Global Business and Social Enterpreneurship, Mei 2018.

Hakcipta Terpelihara 2021 GayaHidupHolistik_blog