Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Selasa, 16 Oktober 2012

Makanan GM kurangkan Penduduk Dunia?

Oktober 16, 2012 - Sinar Harian edisi KL/Selangor. Oleh Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
      Ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia membenarkan pengimpotan makanan terubahsuai secara genetik (GM, genetically modified) namun mewajibkan pelabelan pada bungkusan yang mengandunginya.   Pelabelan makanan GM membantu konsumer membuat pilihan antara makanan yang berasal dari makanan terubahsuai secara genetik, konvensional dan organik.  
     Makanan GM merujuk kepada makanan yang berasal dari tanaman dimana benihnya terubahsuai secara genetik. Mengapa makanan GM (istilah GMO juga digunakan) amat ditakuti oleh golongan yang dikatakan bersikap skeptik?
    Sesungguhnya penyelidikan benih-benih tanaman GM dipelopori oleh Monsanto. Pada awal abad kedua puluh Monsanto menumpukan pengeluaran terhadap dua produk bertoksik utama iaitu Agen Oren dan PCB (polychlorinated buphenyl) selama lima puluh tahun.
    Apabila penggunaan PCB diharamkan pada tahun 70an, Monsanto beralih kepada pengeluaran bahan kimia untuk kegunaan pertanian. Ia mengeluarkan racun rumpai Roundup pada tahun 80an. Kemudiam ia merekacipta benih terubahsuai secara genetik agar tanam-tanaman kebal kepada racun rumpai ciptaannya
Monsanto sebagai pelopor
     Benih kacang soya pertama rekaannya diluluskan oleh di Amerika Syarikat pada tahun 1996.  Monsanto merekacipta benih-benih tanaman lain yang kebal kepada Roundup antara lain seperti jagung, tomato, tebu, betik, squash (sejenis labu), padi, gandum, chicory, jagung manis, kacang pea. lobak gula, kapas, rapeseed (canola) dan kentang. 
    Antara tahun 1995 - 2005, Monsanto dikatakan membeli lima puluh buah syarikat pembekal benih tanaman di seluruh dunia.  Setakat tahun 2009 jagung GM dikatakan ditanam di sebelas buah negara termasuk Amerika Syarikat (85 %), Argentina (83%), Brazil (36%) Afrika Selatan (57%). Kanada (84%), Filifina (19%) dan Sepanyol (20%). 95 peratus kacang soya yang ditanam di Amerika Syarikat dikatakan adalah kacang soya GM. 80 peratus betik yang ditanam di Hawaii dikatakan adalah dari benih GM. China merupakan negara terbesar penanam tanam-tanaman GM.
     Terkini Monsanto mengeluarkan benih jagung GM menggabungkan  gen memiliki kod Bt toxin (bakteria Bacillus thuringiensis). Ia dikatakan nampu mengeluarkan bahan bertoksik bagi melindungi tanaman jagung dari serangan makhluk perosak seperti bakteria dan serangga. Benih jagung hibrid GM yang kebal kepada kedua-dua racun rumpai dan serangga makhluk perosak juga telah dihasilkan.
     Sebaliknya sebuah penyelidikan yang dijalankan di Switzerland seperti dilaporkan dalam jurnal Environmental Sciences Europe mendapati sejenis ulat kumbang ladybird  (Adalia bipunctata L.) mengalami kadar kematian yang lebih tinggi apabila terdedah kepada Bt toxin berbanding dengan ulat yang tidak didedahkan kpd Bt toxin. Berdasarkan hasil kajian ini, para pengkritik menyatakan bahawa Bt toxin boleh memudaratkan organism yang bukan dalam kumpulan sasaran termasuk manusia. 
 Pelbagai jenis emping sarapan pagi terutama milik syarikat dari Amerika Syarikat dibimbangi mengandungi bijiran GM
     The American Academy of Environmental Medicine merupakan antara badan yang percaya bahawa makanan GM tidak selamat untuk dimakan. Beberapa kajian melibatkan haiwan mendapati ia menyebabkan risiko kesihatan yang serius termasuk kemandulan, masalah sistem imiun, penuaan awal, masalah pengawalan insulin dan perubahan besar kepada organ-organ utama serta sistem penghadaman.
    Beberapa orang saintis FDA sendiri telah berulang-kali memberi amaran bahawa makanan GM boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak dijangka dan sukar dikesan. Ia termasuk alahan, keracunan, penyakit-penyakit baru dan masalah berkaitan pemakanan. Mereka mencadangkan kajian jangka panjang tetapi ia tidak diendahkan.
Kesan negatif
     Beberapa penemuan dan pemerhatian terhadap kesan negatif GMO antara lain beribu kambing biri-biri, kerbau dan kambing di India mati selepas makan pokok kapas mengandungi Bt toxin. Tikus yang makan jagung GM secara berpanjangan menghasilkan bilangan bayi yang berkurangan dan bersaiz lebih kecil. Lebih saparuh dari bayi tikus di mana ibunya diberi makan kacang soya GM mati dalam masa tiga minggu selain bersaiz kecil. Sel-sel buah zakar tikus yang makan kacang soya GM berubah secara signifikan.
    Hamsters yang diberi makan kacang soya GM kehilangan keupayaan melahirkan anak pada generasi ketiga. Roden yang diberi makan kacang soya dan jagung GM menunjukkan tndakan sistem imiun dan tanda-tanda ketoksikan. Kacang soya yang dimasak mengandngi alergen kacang soya sebanyak tujuh kali ganda. Tikus yang diberi makan kentang GM menunjukkan pertumbuhan sel secara berlebihan iaitu sejenis keadaan yang dipercayai boleh membentuk kanser.
    Beberapa kajian menunjukkan pengambilan makanan GM mencederakan organ, mengubah sel hati, mengubah sel pankreas dan mengubah paras enzim. Baru-baru ini para doktor dari Hospital Universiti Sherbrook di Kanada mendapati Bt toxin berada dalam tubuh 93 peratus dari tiga puluh wanita mengandung. Kajian sama juga mendapati ia terdapat pada 80 peratus dalam tali pusat anak-anak subjek yang serupa.
     Di Perancis pula, saintis mendapati tikus yang mengambil makanan GM didapati menghidap kanser dan mati lebih awal berbanding dengan tikus kawalan. Kajian ini ditentang oleh ramai saintis yang menyatakan penyelidikan yang dijalankan memiliki kelemahan dalam beberapa segi termasuk dikatakan tidak sah dari segi statistik, beberapa faktor tidak dkawal dan jenis tikus yang digunakan.
    Mereka mendakwa tikus yang digunakan dalam kajian memang mudah menghidap kanser. Sebaliknya para saintis yang menyokong kajian tersebut berkata tikus yang digunakan tidak sama jenisnya dengan tikus yang dimaksudkan oleh pengkritik iaitu jenis tikus yang pernah digunakan dalam kajian lain yang dikatakan mudah menghidap kanser.
    Ramai yang tidak tahu bahawa Bill Gates merupakan antara orang penting yang menentukan hala tuju Monsanto. Untuk mengetahui mengenai Bill Gates dan usahanya dalam mengurangkan penduduk dunia sila baca dua buah artikel saya dalam Sinar Harian edisi KL/Selangor keluaran 13 Mac 2012. Artikel berjudul Di sebalik Bill Gates dan Vaksin ini boleh dibaca secara atas talian di HYPERLINK: http://www.sinarharian.com.my/rencana/di-sebalik-bill-gates-dan-vaksin-1.31792.
     Untuk mengetahui muslihat Bill Gates melabur dalam Monsanto sila baca artikel tulisan saya juga yang berjudul Bill Gates mempromosi Benih GMO? yang terbit dalam akhbar Sinar Harian pada 26 Mac 2012. Ia boleh dibaca secara atas talian di weblog saya di HYPERLINK: http://gayahidupholistik.blogspot.com/2012/10/bill-gates-mempromosi-benih-gmo.html.
    Untuk mengetahui bagaimana seorang saintis Monsanto, Alex Blaine Layder yang mengaku dalam temubual telefonnya dengan pakar pemakanan Amerika Syarikat yang terkenal, Mike Adams, bahawa makanan GM menyebabkan kanser dan menyebabkan kemandulan seterusnya dapat mengawal penduduk dunia sila lawati HYPERLINK: http://www.naturalnews.com/037382_Monsanto_scientists_interview.html.

Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)