Ia
mendapati lima darinya mengandungi kadmium. Tiga dari lima sampel tersebut
didapati mempunyai paras kadmium empat kali ganda had yang dibenarkan. Di
Malaysia had tertinggi kadmium yang dibenarkan dalam makanan laut ialah 1 bahagian
per sejuta (1 miligram per 1 kilogram, kependekan: ppm). Berita hasil ujian
telah dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan pada 29 September 2009.
Bernama (1
Oktober, 2009) melaporkan kenyataan pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (BKKMKK). Beliau
dipetik sebagai berkata bahawa jabatan
itu mendapati produk makanan laut masih selamat untuk dimakan. Ia berdasarkan
hasil pemantauan melalui sampel yang diuji di mana kurang daripada satu peratus
produk makanan laut positif kadmium.
Suatu ketika
dahulu tersebar berita yang menakut-nakutkan orang ramai agar tidak makan udang
dengan vitamin C akan menyebabkan kematian. Ia kerana konon kandungan arsenik
dalam udang akan bertindak-balas dengan vitamin C dan menghasilkan racun yang
boleh membunuh. Cerita yang dihebohkan kononnya melibatkan seorang wanita yang
makan udang dan kemudian minum air mengandungi suplemen vitamin C dalam bentuk
larutan. Darah dikatakan keluar dari dari mata, telinga, mulut, hidung, kulit
dan lidah beliau.
Cerita rekaan
Suplemen vitamin C yang diambil oleh wanita tersebut dipercayai
telah mengubah arsenik pentoksida kepada arsenik trioksida. Arsenik
pentoksida dan arsenik trioksida
merupakan sebatian arsenik tidak organik. Arsenik pentoksida dikatakan
amat beracun kepada kesihatan manusia manakala arsenik trioksida jauh lebih
beracun.
Namun pengambilan
makanan yang mengandungi arsenik pentoksida biasanya tidak menyebabkan
keracunan. Pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam makanan yang dimakan
mungkin menutralkan atau melemahkan kesan racun arsenik pentoksida dan mungkin
juga arsenik trikoksida.
Sebuah kajian oleh
para penyelidik di makmal haiwan University of Illinois seperti dilaporkan
dalam akhbar Chicago Tribune (25 Ogos, 1985) telah mendapati vitamin C mengubah
arsenik pentoksida kepada arsenik trioksida. Namun tidak diketahui samada para penyelidik
di jabatan sains haiwan tersebut menggunakan udang dalam kajian yang mereka
jalankan. Berita tersebut juga tidak menyatakan berlakunya sebarang kematian kepada
haiwan kajian akibat keracunan arsenik trioksida.
Cerita wanita mati
kerana makan udang dan vitamin C yang telah tersebar diinternet sejak tahun
2001 ini dikatakan oleh ramai penganalisa sebagai sesuatu yang direka dan
dibuat-buat. Begitu juga dengan cerita terkini kononnya seorang wanita
meninggal setelah makan mi dan cokelat.
Hasil ujian oleh BKKMKK pada Januari hingga Jun tahun 2009 ke atas
1,372 sampel makanan laut mendapati dua belas sampel mengandungi paras arsenik
melebihi dari had yang dibenarkan iaitu antara 1.1 - 10.75 ppm. Berita Bernama
berjudul Sotong
Kering Masih Selamat Untuk Dimakan (1 oktober, 2009) tidak pula menyatakan makanan
laut tertentu secara khusus yang mengandungi paras arsenik tertinggi.
Arsenik organik
Menurut dokumen berjudul Guidance Document for Arsenic
in Shellfish (1993) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Amerika (pautan: http://www.speciation.net/Database/Links/US-FDA-Guidance-Document-for-Arsenic-in-Shellfish-;i762), 90 peratus arsenik dalam makanan laut ialah arsenik
organik manakala 10 peratus adalah arsenik tidak organik. Arsenobetaine iaitu
arsenik organik dikatakan kurang beracun dibandingkan dengan arsenik pentoksida
(tidak organik).
Paras arsenik tertinggi
dalam makanan basah di Amerika Syarikat ialah 30 ppm. Maksudnya dalam makanan
kering tertentu bacaan arsenik mungkin 4-5 ganda lebih tinggi! Jabatan
Pemeliharaan Alam Sekitar Ameriaka (EPA) tidak menetapkan sebarang had selamat
arsenik dalam makanan. Ia hanya menetapkan had 10 bahagian ber bilion untuk air
minuman dan air yang dibotolkan.
Dokumen yang dijadikan
bimbingan itu menitik-beratkan kadar
pendedahan arsenik dalam tempoh tertentu.
Dokumen tersebut mencadangkan paras maksima yang dibenarkan untuk
pengambilan harian mengandungi arsenik tidak organik dari makanan bercengkerang
ialah 130 ppm bagi setiap orang!
Jadi, jika dokumen
Jabatan Pertanian Amerika ini digunakan untuk mengukur paras arsenik dalam tiga
sampel hasil ujian PPP yang mendapati paras arsenik empat kali ganda dari had
yang dibenarkan, sebenarnya ia diterjemahkan sebagai hanya 0.4 ppm kandungan
arsenik tidak organik. Andai kata angka 10.75 ppm hasil ujian pihak BKKMKK adalah untuk sotong kering maka arsenik tidak
organik cuma mewakili 1.075 ppm dari jumlah keseluruhan arsenik.
Keadah dipersoalkan
PPP tidak menyatakan
kaedah ujian dijalankan. Ujian dengan kaedah (atau mesin) yang berbeza akan
menghasilkan keputusan yang berbeza. Sesetengah kaedah ujian dan penggunaan
mesin tertentu menyebabkan paras elemen yang diuji menjadi lebih tinggi dari
paras yang sepatutnya. Mesin berteknologi rendah (dan murah) dikatakan
meningkatkan risiko gangguan gelombang logam-logam lain yang akan meningkatkan
bacaan paras logam yang sedang diuji.
Oleh sebab terdapat
pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi bacaan paras logam yang diuji. Jadi, ujian
yang dijalankan dengan mesin jenis paling canggih dengan hasil bacaan paling
jitu perlu antara lain mempastikan tiada pencemaran sebarang logam berat di
dalam udara makmal.
Salah satu cara berkesan
untuk mengelakkan keracunan logam-logam berat ialah mengelakkan sumber
pencemaran sedaya yang mungkin.
Menggunakan garam gunung Himalaya dalam masakan harian adalah antara
cara mudah untuk mengelakkan keracunan. Ia membantu menyelaras paras pelbagai
mineral dalam tubuh. Pengambilan rumpai laut secara kerap juga mampu menyah logam
berat termasuk bahan radioaktif.
Chlorella, daun ketumbar,
bawang, bawang putih dan burdock biasa digunakan untuk menyah logam berat.
Tanah liat bentonite, karbon teraktivasi dan zeolite juga membantu. Karbon
teraktivasi dari buluh ialah antara pilihan yang baik.
Herba seperti shisandra
(wu wei ji), milk thistle. amla (buah Melaka), triphala dan putrawali (patawali)
membantu detoks hati dan seluruh tubuh. Sebahagian pengamal mencadangkan
pengambilan makanan tinggi lemak terutama lemak tepu, tinggi protein dan rendah
karbohidrat.
Makanan lemak tinggi
memang membantu penyerapan logam berat. Namun dari suatu sisi, makanan tinggi
lemak dikatakan mengeluarkan logam berat yang terkumpul dalam sel-sel lemak. Bersauna dengan pancaran infra merah
gelombang jauh dikatakan membantu mengeluarkan logam-logam berat dari sel-sel
lemak.
Kurangkan karbohidrat
terproses termasuk makanan bergula. Elakkan makanan terproses. Makanan organik adalah
pilihan lebih baik dan sempurna kerana ia menyumbang pelbagai nutrien yang
diperlukan oleh tubuh. Buah-buahan kaya vitamin C dan bioflavonoids dipercayai membantu. Suplemen multivitamin gred tinggi
dicadangkan untuk membantu menyeimbangkan fisiologi.
Sila baca artikel berjudul Keracunan Logam Berat
Sila baca artikel berjudul Keracunan Logam Berat
Hakcipta:
Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com