Seorang doktor wanita, Dr. Mary Newport
telah bertugas sebagai pengarah perubatan unit rawatan rapi bayi yang baru
dilahirkan di sebuah hospital di Florida sejak tahun 2003. Pada tempoh yang
sama ketika unit tempat beliau bertugas dibuka, suami beliau yang ketika itu
berumur 53 tahun telah mula mengalami dementia iaitu sejenis
penyakit dengan gejala-gejala masalah memori dan personaliti.
Selepas didiagnos beliau didapati menghidap
penyakit Alzheimer. Menurut Dr. Newport beliau menjadi pelupa selama beberapa
hari berturut-turut. Beliau tidak menjumpai sudu atau mengingati untuk
mendapatkan air dari peti sejuk.
Pada peringkat awal rawatan yang dijalani
oleh suami Dr. Newport adalah dalam bentuk ubat-ubatan moden seperti Aricept,
Namenda dan Exelon. Malang sekali penyakit yang dialaminya semakin parah. Setelah
Dr. Newport tidak berjaya untuk menyertai ujian ke atas ubatan baru penyakit
Alzheimer, beliau mula mencari mekanism penyakit Alzheimer.
Ramai tidak tahu (barangkali sebahagian
besar doktor juga) bahawa kajian-kajian terkini mendapati pelbagai ubat-ubatan
moden untuk merawat penyakit Alzheimer langsung tidak memberangsangkan -- tahap
kebaikan yang mengecewakan dan kesan-kesan sampingan yang buruk.
MCT
Berdasarkan kajian sains, Dr. Newport
mendapati sesetengah saintis percaya bahawa penyakit Alzheimer berpunca dari
ketidakupayaan otak untuk memproses glukos lalu menyebabkan kematian sel-sel
otak. Apabila tubuh kita kekurangan glukos ia akan secara otomatik membina
ketona. Tubuh kita membina ketona dari trigliserida rantai sederhana (medium-chain
trigyseride, MCT) seperti yang terdapat dalam minyak kelapa.
Makan makanan tinggi lemak serta tanpa
karbohidrat akan menyebabkan tubuh membina ketona. Ia merupakan diet ketonik (ketonic
diet) yang keterlaluan kerana ia tidak mengandungi karbohidrat. Namun terdapat
cara yang mudah tanpa bersusah payah menjalani diet ketonik yang barangkali
terdiri dari makanan-makanan berlemak yang tidak menyelerakan terutama apabila
diambil untuk jangka panjang. Mengambil minyak kelapa adalah cara yang mudah
tanpa perlu mengubah diet yang sedia ada.
Apabila trigliserida rantai pendek yang
terdapat dalam minyak kelapa dicerna, hati akan mengubahnya kepada beberapa
jenis ketona. Ramai orang tidak tahu bahawa beberapa minggu kehidupan awal bayi
yang baru lahir sebenarnya bergantung kepada ketona. Ia membekal 25 peratus
tenaga untuk kehidupan bayi. Susu ibu kaya dengan kandungan asid laurik iaitu
lemak tepu kuantiti tertinggi yang terdapat dalam minyak kelapa dan santan
kelapa.
Dr. Newport mendapat tahu dari penyelidikan yang
dilakukannya (melalui pembacaan) bahawa bahan dalam ujian ubatan penyakit
Alzheimer yang didapati amat berkesan sebenarnya ialah trigliserida rantai
pendek yang didapati dari minyak kelapa atau minyak isi rong kelapa sawit. Dos
yang digunakan dalam ujian ialah 20 gram iaitu lebih kurang 20 mililiter atau 4
camca teh.
Rawat pelbagai penyakit
Kajian
terkini mendapati ketona yang dibina oleh tubuh dari trigliserida rantai pendek
setelah menjalani metabolism bukan sahaja mengelakkan seseorang dari mengalami
penyakit Alzheimer malah membantu memulihkan seseorang yang mengalaminya.
Selain itu, ia juga dipercayai berpotensi untuk merawat penyakit Parkinson,
Huntington, multiple sclerosis, penyakit Lou Gehrig, epilepsi kebal ubat,
diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2.
Suami Dr.
Newport mengambil minyak kelapa dengan kekerapan dua kali sehari. Pada
peringkat awal beliau tidak mampu untuk melakar sebuah jam. Selepas dua minggu
menjalani rawatan menggunakan minyak kelapa, lakaran jam beliau semakin
bertambah baik. Selepas 37 hari, lakaran suami Dr. Newport menjadi bertambah
sempurna. Minyak kelapa yang diambilnya dipercayai mengalih kabus dari otaknya.
Pada hari
ke 60 suami Dr. New Port telah mengalami perubahan yang amat menarik. Setiap
pagi beliau berasa sensitif akan keadaan sekeliling dan gembira. Beliau mula
banyak bercakap dan buat kelakar. Bahagian anggota yang menggigil semakin
kurang kelihatan. Beliau mula menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan yang
beliau ingin lakukan dan terus melakukan perbuatan yang sedang dilakukan.
Sebelum rawatan minyak kelapa perhatian beliau mudah terganggu. Beliau
jarang-jarang dapat melakukan atau menghabiskan sesuatu perbuatan kecuali jika
dibantu.
Selepas
setahun, sifat pelupa beliau semakin berkurangan. Beliau boleh berlari. Selain
itu pembacaan beliau semakin bertambah baik. Memori jangka pendek juga
bertambah baik. Imbasan menggunakan mesin magnetic
resonance imaging terbaru menunjukkan proses kerosakan otak yang beliau
alami selama ini telah berhenti sama sekali.
Apakah
sebenarnya yang berlaku di sini? Ubat-ubatan yang dipatenkan bagi merawat
penyakit Alzheimer semuanya gagal. Trigliserida rantai sederhana seperti yang
terdapat dalam minyak kelapa dan minyak isi rong kelapa sawit tidak boleh
dipatenkan. Namun sebuah syarikat pengeluar ubat-ubatan moden telah berusaha
menggunanya dalam ujian yang diselia oleh FDA. Ia didapati berkesan.
Seorang
doktor yang pintar iaitu Dr. Newport telah menggunakan minyak kelapa setelah
menggunakan pelbagai ubat-ubatan mahal yang tidak berkesan malah menjadikan
penyakit Alzheimer yang dialami suaminya semakin parah. Penulis ingin berkongsi
sesuatu yang semua pembaca perlu tahu iaitu ketona yang dibina oleh tubuh dari
minyak kelapa semulajadi tahan lebih lama berbanding dari versi ubatan. Ketona dibina dari minyak kelapa tahan selama
lapan jam sebaliknya ketona yag dibina dari versi ubatan hanya bertahan tiga
jam.
Nenek
moyang kita menggunakan santan dalam masakan tanpa pernah bimbang dengan kenaikan
paras kolesterol. Mereka menggoreng menggunakan minyak kelapa yang dibuat
sendiri tanpa bimbang dengan sakit jantung koronari di mana hari ini ia
dikaitkan dengan pengambilan makanan tinggi kolesterol dan lemak tepu.
Keburukan
lemak tak tepu
Hakikatnya
ialah lemak tepu ialah lemak yang menyihatkan. Ia tidak mudah teroksida
berbanding minyak kaya lemak tak tepu (kerana mengandungi ikatan ganda dua).
Lemak tepu mengukuhkan struktur membran sel dan seterusnya menjaga keutuhan
pelbagai jenis reseptor dan laluan ions. Sebaliknya stuktur lemak tak tepu yang
bengkok akan menjadikan struktur membran sel tidak kukuh dan seterusnya
mengganggu fungsi (mungkin juga mengurangkan bilangan, istilah bahasa Ingeris:
down regulate) reseptor dan laluan ion.
Dengan
menggunakan ilmu biokimia, ilmu mengenai kaitan jenis lemak dan keutuhan
membran sel di atas dapat dikaitkan dengan perawatan atau pembentukan pelbagai
penyakit.
Minyak
kelapa terbaik untuk merawat penyakit Alzheimer dan penyakit-penyakit lain
ialah minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara disediakan dengan proses pemeraman
dikatakan lebih baik dari beberapa segi berbanding dnegan yang disediakan
dengab dimasak.
Untuk
mengetahui berita lanjut mengenai kisah Dr. Newport merawat suaminya sila
lawati HYPERLINK http://www.coconutketones.com/
Hakcipta,
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)