Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Sabtu, 6 Januari 2024

Kecekapan Sistem Imiun Ditentukan oleh Cara Hidup

Artikrl ini terbit dalam Sinar Harian pada 23 April 2017.

Keimunan atau kekebalan merujuk kepada keupayaan tubuh anda mencegah infeksi. Anda mengalami kesihatan yang baik apabila keimunan anda sentiasa kuat. Ia menunjukkan jentera sistem imiun sel-sel darah putih anda mampu melawan kuman dan anda jarang mengalami jangkitan atau infeksi.

Dari sisi lain sistem imun yang menjadi tunggak keimunan sebenarnya bertugas membunuh sel-sel kanser. Hanya keimunan yang serba cekap mampu menumpaskan sel-sel kanser yang sentiasa terbentuk sepanjang hidup anda.
 
Anda boleh memiliki keimunan yang kuat tanpa memerlukan belanja yang besar. Beberapa cadangan yang penulis gariskan berikut ini dipercayai dapat membantu mengoptima kecekapan fungsi sistem imun anda.
 
ELAKKAN MAKANAN-MAKANAN INI
 
Kanak-kanak malah orang dewasa yang sering minum bertin-tin air berkarbonat setiap hari mudah terdedah kepada penyakit-penyakit berpunca daripada serangan kuman seperti batuk dan demam selsema. Setin air berkarbonat mengandungi 39 gram bersamaan 9½ camca teh gula.
 
Mengurangkan gula dalam minuman seperti gula dan kopi atau tidak menambahnya sama sekali adalah langkah bijak. Lidah anda sebenarnya boleh diasuh dengan rasa makanan/minuman kurang manis asalkan anda bersedia melakukan perubahan.
Makan makanan ‘merapu’ (junk food) secara keterlaluan atau kerap juga dikatakan boleh melemahkan fungsi sistem imiun.
Diet atau makanan seharian yang tidak seimbang daripada segi jenis dan nilai nutrien misalnya menjadikan hotdog, burger atau makanan bergoreng secara terendam lama sebagai makanan utama setiap hari tanpa makan makanan lain dikatakan mengurangkan kecekapan fungsi sistem imiun.
MAKAN MAKANAN YANG SESUAI
 
Terdapat pelbagai makanan yang boleh membantu menguatkan sistem imun anda. Kekurangan nutrien tertentu bukan sahaja boleh menyebabkan anda mudah terdedah kepada infeksi malah boleh memanjangkan tempoh sesuatu penyakit berpunca daripada infeksi.
 
Jadi, mengambil makanan yang sesuai pada kuantiti yang betul adalah penting. Sebahagian daripada makanan berkhasiat dan mempengaruhi kecekapan sistem imun secara positif termasuk sayur-sayuran hijau/berwarna-warni, pelbagai jenis ikan, pelbagai jenis cendawan, yogurt, buah-buah sitrus (lemon, limau nipis, oren dan limau bali).
 
Tingkatkan makanan berfiber tinggi dengan fiber larut dan fiber kebal (resistant starch) kerana ia bukan sahaja baik untuk keseimbangan mikrobiota kolon malah sistem imun secara keseluruhan.
 
Drs. Michael and Mary Eades menyatakan dalam buku mereka berjudul ‘The 6-Week Cure for the Middle-Aged Middle’ bahawa lemak tepu terdapat dalam mentega susu asli dan minyak kelapa (asid myristic dan asid lauric) memainkan peranan penting kepada sistemn imiun. Kekurangan lelemak asid tepu pada sel-sel darah putih mengurangkan keupayaannya untuk mengenalpasti dan memusnahkan virus, bakteria dan kulat.
 
Ranai saintis, doktor dan pakar dietetik masih menyarankan penggunaan minyak masak omega-6 yang kaya dengan lemak poli tak tepu. Malangnya lemak ini paling mudah teroksida apabila terdedah kepada cahaya, haba masakan dan ketika berada di dalam tubuh! Struktur lemak tepu yang bengkang-bengkok menyebabkan membran sel tidak kukuh – jangka panjang dipercayai akan melemahkan sistem imun dan membunuh sel-sel darah putih.
 
“Lemak poli tak tepu paling mudah teroksida samada apabila terdedah kepada cahaya, haba masakan dan ketika berada di dalam tubuh. Struktur lemak tepu yang bengkang-bengkok menyebabkan membran sel tidak kukuh – jangka panjang dipercayai akan melemahkan sistem imun dan membunuh sel-sel darah putih”
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai manffaat lemak tepu kepada kesihatan sila lawati laman sawang Weston A Price Foundation.
 
BERFIKIR SECARA POSITIF DAN OPTIMISTIK
 
Sheldon Cohen, profesor psikologi dari Carnegie Melon University telah menjalankan kajian di mana beliau mendapati individu yang ceria dan bertenaga/bersemangat adalah tiga kali ganda kurang mengalami penyakit berbanding dengan mereka yang sedih dan murung.
 
Sesungguhnya emosi positif membantu tubuh meningkatkan pembinaan cytokine bagi melatih sel-sel imiun melawan jangkitan kuman. Sebaliknya, mereka yang sering sedih dan murung mengalami paras kortisol tinggi yang boleh menjejas fungsi sistem imiun.
 
AKTIF SECARA FIZIKAL
 
Senaman merupakan salah satu elemen cara/gaya hidup sihat. Antara lain, senaman terutama senaman gred sederhana seperti jogging, berenang dan hubungan biologi suami isteri dikatakan dapat membantu meningkatkan kecekapan sistem imiun anda melawan penyakit.
 
Walau bagaimana pun, senaman atau berkerja mengguna tenaga fizikal melampau (strength training) boleh meningkatkan inflamasi atau keradangan dan seterusnya mengganggu kecekapan sistem imiun. Makanan tertentu terutama yang tinggi dengan antioksidan harus diambil bagi menangani inflamasi.
 
REHAT, BERHIBUR DAN KETENANGAN
 
Sesungguhnya menghibur hati tidak hanya dikala duka. Ia harus dijadikan kebiasaan kehidupan seharian agar anda sentiasa berasa tenang.
 
Senda gurauan kepada teman, suami/isteri atau anak boleh menghibur dan menenangkan hati. Begitu juga dengan membelai tanam-tanaman hiasan di halaman atau membelai haiwan peliharaan.
 
Menikmati pemandangan di pantai, deruan air terjun atau berjalan dalam taman/hutan juga boleh membantu menghibur hati.
 
Semua aktiviti tersebut meningkatkan perembisan hormon serotonin (hormon gembira) dan nitrik oksida. Nitrik oksida antara lain berperanan membantu mencegah penyakit berjangkit, tumor, proses otoimiun dan penyakit-penyakit degeneratif kronik.
 
Bersosial juga didapati membantu meningkatkan kecekapan sistem imiun. Pastikan anda bersosial dalam batas dibenarkan agama dan norma masyarakat.
 
Jangan lupa, bagi orang Islam membaca/mendengar syarahan agama dan bacaan Quran harus dijadikan sumber mengaktifkan otak, ilmu dan Dari sisi lain sistem imun yang menjadi tunggak keimunan sebenarnya bertugas membunuh sel-sel kanser. Hanya keimunan yang serba cekap mampu menumpaskan sel-sel kanser yang sentiasa terbentuk sepanjang hidup anda.
 
Jangan lupa, bagi orang Islam membaca/mendengar syarahan agama dan bacaan Quran harus dijadikan sumber hiburan utama. hiburan utama.

Info tambahan:

Baik, lifetsyle di atas ada elemen2 yg tidak disentuh tetapi ia penting termasuk.....

Regular bowel movement

Sehari 1-2 kali

Elak sembelit. Sembelit: tidak buang air besar 2 hari atau lebih, sesekali ok, berulang2 setiap minggu n bulan cari jalan utk mengatasinya.

Sembelit akn menyebabkan racun dpd colon diserap masuk ke dalam aliran darah, membebankan fungsi hati.

Congested liver berpanjangan akn mengganggu kecekapan sistem imiun.

Rajin2 keluar rumah sekurang2nya 10-20 min sehari utk dapat cahaya matahari. Vitamin D penting utk kecekapan sistem imiun.

Kpd yg ambil ubat2an moden terutama yg banyak qty pd satu2 masa jgn lupa amalkan gata hidup sihat.....

Ambil makanan variety yg menyihatkan termasuk membiasakan diri makan mknn kaya antioksidan.

Mkanan berantioksidan terdiri dpd pelbagai sayuran/buah2an penting utk proses detoks dalam hati terutamanya.

Antioksidan juga penting bagi menutral radikal bebas secara umum dan radikal bebas hasil detoks ubatan dlm hati.

Selain itu antioksidan penting utk memelihara/-mulihara mitokondria, komponen sel dan pelbagai bahan biokimia tubuh.

== SELESAI ==

 .