Mesej tular terkini yang penulis jumpa baru-baru ini ialah pandangan seorang ahli/pakar dietetik (dietitian) tempatan yang menyanggah pandangan bahawa makan nasi menyebabkan kolesterol dalam tubuh meningkat.
Alasan yang beliau gunakan ialah nasi TIDAK mengandungi kolesterol jadi bagaimana mungkin ia boleh meningkatkan kolesterol dalam tubuh. Beliau juga beralasan nasi tidak seperti makanan seperti telur, daging dan ayam yang memang mengandungi kolesterol dan boleh meningkatkan paras kolesterol dalam tubuh.
Pada pandangan penulis ahli dietetik ini terlalu bergantung kepada LOGIK BATU (kaku, beku)
1. Makanan tidak mengandungi kolesterol tidak akan menambah kolestrerol dalam tubuh
2. Nasi tidak mengandungi kolesterol
Jadi makan nasi tidak akan menambah paras kolesterol tubuh!
Pada pandangan penulis premis 1 beliau tidak benar.
Yang benar ialah sungguh pun nasi tidak mengandungi kolesterol namun ia boleh meningkatkan paras kolesterol tubuh.
Bagaimana mana ia berlaku sedemikian?
Nota: Yang ahli dietetik maksudkan dengan nasi putih iaitu nasi yang berasal daripada beras ceruh.
Penjelasan penulis begini:
Semasa menjalani proses pencernaan karbohidrat nasi terurai menjadi GLUKOS. Sedia diketahui glukos ialah bahan api utama yang diproses dalam mitokondria untuk penjanaan tenaga.
3 peratus daripada produk penjanaan tenaga dalam mitokondria ialah RADIKAL BEBAS. Radikal bebas juga dihasilkan dalam hati ketika proses detoksifikasi, proses pemusnahan bahan-bahan bukan-diri (non-self substances) termasuk virus, bakteria atau patogen lain atau pemusnahan debris tubuh misalnya protein yang rosak. Radikal bebas juga terhasil akibat tindak-balas biokimia antara bahan-bahan kimia tertentu yang mengitari tubuh, salah satu misalnya polycyclic hydrocarbon (PAH) yang terdapat pada makanan yang dipanggang hangus dan makanan bergoreng secara terendam lama yang menyerang bahan kimia tertentu tubuh dan mengubahnya kepada molekul radikal bebas.
Namun, penjelasan di sini hanya memfokus kepada radikal bebas hasil pemprosesan glukos untuk dijadikan dalam mitokondria.
Lipid merupakan satu komponen penting membran sel. Terdapat bebebrapa jenis lipid yang membentuk membran sel. Kolesterol merupakan salah satu jenis lipid yang terdapat pada membran sel. Antara fungsi pentingnya ialah bertindak sebagai penyangga membran bagi memperkukuh struktur membran sel atau struktur tertentu yang terdapat pada membran sel,
Selain terdapat pada membran sel kolestrol juga terdapat pada membran mitokondria.
Jadi, KEKURANGAN antioksidan yang dijana tubuh dan kekurangan pengambilan makanan berantiioksidan akan menyebabkan radikal bebas yang terhasil daripada proses penjanaan tenaga dalam mitokondria akan menyerang dan mengoksida kolesterol yang terdapat pada membran mitokondria dan membran sel.
Akibatnya?
Paras LDL boleh meningkat dan HDL menurun!
Mengapa?
LDL adalah lipoprotein yang membawa kolesterol ke sel. Ia akan MENINGKAT apabila kolesterol yang terdapat pada membran sel dan membran mitokondria mengalami kerosakan.
Keadaan tersebut menyebabkan paras HDL menurun. Lipoprotein yang sering digelar sebagai kolesterol 'BAIK,' pada pandangan penulis semua jenis lipoprotein adalah baik. Orang atau pakar yang mengcapnya sebagai ini baik itu jahat menyatakan perkara tersebut kerana kekurangan ilmu. Maaf ya.
Ia kerana keseimbangan baru terbentuk iaitu paras LDL tinggi dan HDL rendah apabila kolesterol tulen lebih banyak diperlukan sel untuk pembaikpulihan berbanding keadaan normal apabila terdapat banyak kolesterol teroksida (rosak).
DIABETIK
Penghidap kencing manis yang tidak mengawal pengambilan gula atau tidak mengmbil ubatan anti-diabetik terdedah kepada paras kolesterol tubuh yang tinggi. Ini adalah sebuah contoh mudah bagaimana glukos berlebihan dikaitkan dengan peningkatan kolesterol tubuh.
Glukos berlebihan dalam darah ditambah kekurangan antioksidan daripada dan antioksidan tubuh menyebabkan berlaku proses glycation. Glycation ialah proses di mana karbohidrat ringkas membentuk ikatan kovalen dengan protein. Pada penghidap diabetes, hemoglobin menjadi mangsa. Membran sel darah merah di mana di dalamnya terkandung hemoglobin menjadi radikal bebas oksigen yang terbentuk daripada proses glycation, Advanced glycated end products pula menyerang sesetengah jenis reseptor pada membran sel dan mencetus stres oksidatif - komponen memrabn termasuk lipid akan diserang dan mengalami kerosakan. Fenomena inilah yang meningkatkan paras kolesterol darah.
KUANTITI SEDERHANA
Ahli dietetik tersebut mencadangkan agar orang normal (tanpa diabetes) makan nasi pada kuantiti sederhana.
Apa tujuan beliau berkata begitu?
Adakah makan nasi secara sederhana disaran sebagai langkah untuk elak makan berlebihan atau seseorang akan mengalami kesan fisiologi negatif apabila makan nasi secara berlebihan secara berterusan termasuk berisiko mengalami paras gula tinggi, tekanan darah tinggi, obes dan paras kolesteriol tinggi (HDL rendah LDL tinggi) dan trigliserida tinggi (semua ini simtom-simtom Sindrom Metabolik)?
Adakah makan nasi secara sederhana disaran sebagai langkah untuk elak makan berlebihan atau seseorang akan mengalami kesan fisiologi negatif apabila makan nasi secara berlebihan secara berterusan termasuk berisiko mengalami paras gula tinggi, tekanan darah tinggi, obes dan paras kolesteriol tinggi (HDL rendah LDL tinggi) dan trigliserida tinggi (semua ini simtom-simtom Sindrom Metabolik)?
Sila baca sumber asal yang mempertahankan nasi putih tidak akan meningkatkan kolesterol KERANA ia tidak mengandungi kolesterol di Henti Fitnah Nasi, Dietician ini Terangkan Kolesterol vs Lemak
Bacaan Lanjut:
Bacaan Lanjut:
1. Murakami K et al., Dietary glycemic index and load in relation to
metabolic risk factors in Japanese female farmers with traditional dietary
habits. Am
J Clin Nutr. 2006 May;83(5):1161-9
2. Ahn Y et Al., Rice-eating pattern
and the risk of metabolic syndrome especially waist circumference in Korean
Genome and Epidemiology Study (KoGES). BMC Public Health. 2013 Jan 22;13:61.
doi: 10.1186/1471-2458-13-61
3. Krittanawong C et al., Is white rice consumption a risk for metabolic and
cardiovascular outcomes? A systematic review and meta-analysis. Heart Asia. 2017 Aug 31;9(2):e010909.
doi: 10.1136/heartasia-2017-010909. eCollection 2017
4. P. Gillery. Advanced glycation end products (AGEs), free radicals and diabetes. J Soc Biol. 2001;195(4):387-90.
Artikel tulisan Pakcik Lebah
Hakcipta Terpelihara di www.gayahidupholistik.blogspot.com