Adakah benar rumpai laut Sabah
mengandungi kolagen? Jawapannya ialah rumpai laut tidak
mengandungi kolagen.
Setakat ini tiada sebarang kajian
menunjukkan protein rumpai laut dikelaskan sebagai kolagen. Namun begitu
sifat antipenuaan rumpai laut dipercayai disumbang oleh pelbagai jenis
fitokimia seperti dinyatakan dalam beberapa perenggan terakhir artikel.
Untuk SHARE sila klik butang di kiri blog ini. Moga ALLAH berkahi usaha amal jariah kita.
Sebahagian iklan dan label bungkusan produk
berasaskan rumpai laut Sabah tertera istilah-istilah yang menarik seperti 'marin
kolagen', 'ibu kolagen' atau 'kolagen mentah'. Adakah benar rumpai laut Sabah
mengandungi kolagen?
Jawapannya ialah rumpai laut tidak
mengandungi kolagen. Setakat ini tiada sebarang
kajian sains yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal terkemuka menunjukkan rumpai
laut dari mana pun asalnya didapati mengandungi kolagen. Kolagen hanya terdapat
dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan
tidak bertulang belakang. Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan.
<script async
src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut
hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein. Protein yang memiliki
sifat-sifat kimia dan fizikal yang menepati sifat kolagen barulah boleh
dipanggil sebagai kolagen. Jadi,
menyatakan sesuatu jenis rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana
terdapat protein di dalamnya adalah tindakan yang tidak bijak.
Istilah kolagen menarik perhatian orang
ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein yang
amat penting kepada tubuh. Lebih kurang tiga puluh peratus dari keseluruhan
protein dalam tubuh manusia adalah terdiri dari kolagen.
Bahan penting
Ia merupakan protein berstruktur terdiri
dari kabel-kabel terbina dari molekul yang menguatkan tendon serta lapisan-lapisan
elastik yang menyokong kulit dan organ-organ dalaman. Tulang dan gigi dibina
dengan menambah kristal-kristal mineral kepada kolagen. Jadi, secara umumnya
kolagen merupakan sejenis protein yang bertanggung-jawap menyumbang struktur
kepada tubuh selain menjaga dan menyokong tisu-tisu lembut serta melekatkannya
pada tulang.
Peningkatan usia ialah faktor pembinaan
kolagen semakin berkurangan dari segi paras dan kualiti. Kadar pembinaan
kolagen berkurangan pada purata 1.5 peratus setiap tahuan bermula pada umur 25
- 30. Apabila mencapai umur 45, jumlah paras kolagen berkurangan sebanyak 30
peratus. Kekurangan berterusan ini memberi kesan kepada tisu, tulang, kesihatan
kulit dan kuku.
Kolagen dibina dari asid-asid amino.
Setelah rantai kolagen dibina, ia memerlukan vitamin C untuk mengubahsuai
proline kepada hydroxyproline iaitu molekul yang penting untuk kestabilan
kolagen. Vitamin C diperlukan bagi membantu penambahan oksigen. Kekurangan vitamin C akan mengurangkan pembinaan
hydroxyproline dan memberhentikan pembinaan kolagen baru.
100 gram rumpai laut iaitu
bekalan sebulan yang biasa diambil oleh kaum wanita hanya mengandungi lebih
kurang 35 miligram vitamin C.
Pengambilan 1 miligram lebih vitamin C setiap hari ini dipercayai tidak
mencukupi untuk membina hydroxproline.
Kekurangan vitamin C akan menyebabkan struktur
kolagen tidak kukuh dan membentuk sariawan. Menurut perspektif perubatan moden
sariawan ialah sejenis penyakit dengan simtom-simtom termasuk gusi berdarah,
kulit/bibir merekah (dan berdarah) serta lesu melampau. Doktor tidak memberitahu
anda (kerana mereka tidak tahu) bahawa sariawan
sebenarnya berlaku pada seluruh tubuh termasuk arteri jantung, arteri
karotid dan arteri (dan arteriol) dalam otak!
Ketidakkukuhan kolagen dan kerosakan sel
kulit akan bermanifestasi dalam bentuk kulit berkedut. Sebab itulah sebahagian pengeluar
produk kecantikan menggabungkan kolagen dengan vitamin C. Oleh
sebab kolagen juga berfungsi sebagai gam kepada sel-sel endotelia arteri maka
produk berasaskan kolagen bukan sahaja dibeli oleh kaum wanita malah oleh kaum
lelaki.
Produk-produk yang didakwa berasaskan
kolagen memang benar-benar mengandungi kolagen. Yang peliknya hari ini ialah
apabila sebahagian pengeluar dan pengiklan berani mendakwa rumpai laut atau
produk berasaskan rumpai laut yang mereka peragakan mengandungi kolagen! Ramai
wanita yang bersungguh-sungguh mengamalkan pengambilan gel rumpai laut
semata-mata kerana percaya ia mengandungi kolagen.
Pengambilan pada dos yang sesuai dan secara
berterusan memang didapati menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan
kulit. Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut
membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah
paras protein yang amat rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut
dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara
pelbagai jenis protein.
<script async
src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Berdasarkan kandungan tertinggi protein
yang terdapat dalam rumpai laut Sabah seperti yang didapati dari hasil kajian
para penyelidik Universiti Putra Malaysia (Synthesis, 11 Jun 2011) iaitu 10.4
peratus (pada Caulerpa lentillifera, rumpai laut hijau) maka penulis andaikan
hanya 11 gram terdapat dalam sediaan gel untuk dimakan selama sebulan
(berdasarkan 100 gram rumpai laut kering). Maksudnya, hanya 0.367 gram protein
yang diambil melalui gel rumpai laut setiap hari!
Jumlah pengambilan harian protein yang
dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat ialah antara 0.8 - 1.1 gram
(bergantung kepada umur dan keadaan) bagi seiap kilogram berat tubuh seseorang.
Maksudnya, seseorang yang memiliki berat 60 kilogram maka mereka perlu ambil
antara 48 - 66 gram makanan berprotein setiap hari!
Pelbagai produk protein
Dalam usus kecil setiap jenis protein
termasuk kolagen dan gelatin yang sebelumnya diurai kepada peptide dalam perut akan
diurai kepada asid-asid amino yang ringkas. Tubuh akan menentukan jenis protein
yang akan dibina menurut keperluan. Pelbagai kajian mendapati suplemen kolagen
membantu membina kolagen baru.
Melalui ekspresi gen, asid-asid amino akan
digabungkan bagi membentuk jenis protein yang diperlukan contohnya antara lain
untuk dijadikan enzim, protein penanda sel (terletak pada sel bagi memudahkan
saintis mengenalpasti sesuatu jenis sel), pintu laluan mineral (terletak pada
membran sel) dan kolagen.
<script async
src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Jadi, oleh sebab paras protein dari pengambilan
harian rumpai laut tidak mencukupi maka sebahagian besar protein perlu diambil
dari sumber-sumber makanan lain.
Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai
berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai
laut. Sifat detoksifikasi rumpai laut adalah kerana kandungan polifenol, zink
dan magnesium serta beberapa jenis vitamin.
Sebatian-sebatian polifenol, vitamin C,
alfa-tocopherol, omega-3, pelbagai karotenoid, zink dan selenium menyumbang
sifat antioksidan. Bahan-bahan antioksidan membantu mencegah berlakunya stres oksidatif (berpunca dari serangan
radikal bebas) terhadap kolagen, pelbagai jenis enzim dan komponen sel.
Magnesium mebantu mengawal hormon termasuk
keseimbangan estrogen-progesterone. Zink dan magnesium yang dibantu oleh folat
serta fitokimia-fitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen. Selenium dan
iodin bertanggung-jawab membina hormon tiroksin yang berfungsi mengawal
metabolisme.
Fiber pula membantu proses pencernaan
berjalan dengan lancar. Pengambilan suplemen vitamin C dos tinggi antara 2,000
- 3,000 miligram sehari bersama jus buah-buahan kaya bioflavonoids dipercayai
membantu aktiviti-aktiviti biologi rumpai laut secara lebih sempurna.
Nota Tambahan:
1. Penulis menganggap rumpai laut termasuk dari Sabah sebagai makanan super dan menerima ia sebagai agen antipenuaan. Sila lihat empat perenggan akhir artikel. Terdapat sedikit perbezaan antara penulis dengan artikel berjudul Rahsia Rumpai Laut (Berita Harian 15 April, 2013 di HYPERLINK: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/) dalam menanggapi jumlah kandungan protein rumpai laut Sabah di mana penulis menganggap kandungannya amat rendah (berdasarkan pengambilan harian berbanding berat badan keseluruhan). Namun dalam menyokong pengambilan rumpai laut penulis menggariskan khasiat-khasiat kandungan bahan-bahan kimia dan fungsinya secara positif dalam tubuh. Ia bermula dari ayat, "Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai
berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai
laut........."
Mengenai pengambilan protein, penulis berpendapat semua orang yang mengambil produk rumpai laut biasanya memang mengambil protein setiap hari di mana jumlah pengambilannya jauh lebih tinggi berbanding jumlah protein yang diambil melalui pengambilan harian rumpai laut. Mereka yang vegetarian pun mengambil protein dari sumber-sumber tumbuh-tumbuhan. Jadi, penulis berpandangan bahawa jumlah kesemua jenis protein yang membantu membina dan memulihara pelbagai jenis protein dalam tubuh termasuk kolagen sendiri.
2. Pengeluar produk berasaskan rumpai laut sepatutnya menyatakan sumber kolagen (contohnya dari ikan) jika mereka benar-benar menambah kolagen dalam produk mereka. Sebagai contoh kolagen yang ditambah adalah dari ikan sepat maka mendakwa produk mereka mengandungi marin kolagen (atau disebut kolagen marin) adalah kurang bijak kerana marin merupakan istilah menunjukkan sesuatu perkara mempunyai kaitan dengan LAUT.
Alangkah baik jika pengeluar yang mendakwa produk mereka mengandungi 'marin kolagen', 'kolagen murni', 'ibu kolagen' atau 'kolagen mentah' (atau istilah yang mengindikasi produk mereka mengandungi kolagen) agar menimbangkan untuk menggunakan istilah yang paling sesuai iaitu contohnya tulis kolagen dan kemudian sumber kolagen ditulis dalam kurungan.
Hakcipta Terpelihara
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
<script async
src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Bahan penting
<script async
src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Pelbagai produk protein
<script async
src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block; text-align:center;"
data-ad-layout="in-article"
data-ad-format="fluid"
data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Nota Tambahan:
1. Penulis menganggap rumpai laut termasuk dari Sabah sebagai makanan super dan menerima ia sebagai agen antipenuaan. Sila lihat empat perenggan akhir artikel. Terdapat sedikit perbezaan antara penulis dengan artikel berjudul Rahsia Rumpai Laut (Berita Harian 15 April, 2013 di HYPERLINK: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/) dalam menanggapi jumlah kandungan protein rumpai laut Sabah di mana penulis menganggap kandungannya amat rendah (berdasarkan pengambilan harian berbanding berat badan keseluruhan). Namun dalam menyokong pengambilan rumpai laut penulis menggariskan khasiat-khasiat kandungan bahan-bahan kimia dan fungsinya secara positif dalam tubuh. Ia bermula dari ayat, "Proses awet muda dan mencantikkan kulit dipercayai berpunca dari kombinasi beberapa aktiviti biologi pelbagai fitokimia rumpai laut........."