Bagaimana statin berfungsi dalam
menurunkan paras kolesterol? Semua jenis statin menghalang enzim dikenali sebagai
3-hydroxy-3-methylglutaryl-coenzyme (HMG-CoA) reductase dari berfungsi. HMG-CoA ialah enzim yang bertanggung-jawap membentuk kolesterol dalam hati.
3-hydroxy-3-methylglutaryl-coenzyme (HMG-CoA) reductase dari berfungsi. HMG-CoA ialah enzim yang bertanggung-jawap membentuk kolesterol dalam hati.
Pengambilan statin dapat
mengurangkan LDL (dikenali oleh ramai sebagai kolesterol jahat) yang dibawa ke
sel-sel. Pada masa sama ia juga dikatakan meningkatkan HDL. Kebanyakan orang
termasuk saintis bijak pandai dan doktor menganggap LDL (lipoprotein ketumpatan
rendah) dan HDL (lipoprotein ketumpatan tinggi) sebagai kolesterol. Sebenarnya
kedua-duanya bukan kolesterol tetapi gabungan lipid dan protein.
Kolesterol ialah sejenis lipid dan ia tidak larut dalam plasma. Jadi,
oleh sebab protein larut dalam air maka ALLAH gabungkan kolesterol dengan
protein agar ia boleh diangkut melalui darah ke mana sahaja menuju sel-sel
seluruh tubuh.
Pembaca
yang biasa mengikuti tulisan penulis samada dalam bentuk artikel atau membaca
buku penulis berjudul Serangan Jantung (terbitan Alaf 21) akan mendapati bahawa
penulis membawakan pandangan yang berbeza mengenai pembentukan plak berlemak dalam arteri.
Dengan beberapa alasan tertentu termasuk memaparkan hujah-hujah ramai pakar,
penulis tidak bersetuju dengan teori yang mengaitkan paras kolesterol tinggi
dengan pembentukan plak berlemak dalam arteri.
Pelbagai jenis
Beberapa jenis ubatan statin yang terdapat
di pasaran ialah rosuvastatin
(jenama Crestor keluaran AstraZeneca), atorvastatin (jenama Lipitor keluaran Pfizer), simvastatin (jenama
Zocor keluaran Merk and Co), pravastatin (jenama Pravachol/Pravigard keluaran
Bristol-Meyers Squibb), fluvastatin
(jenama Lescol/Lescol XL, keluaran Norvartis), dan lovastatin (jenama Mevacor, Advicor atau Altoprev keluaran Merck and Co). Lovastatin, simvastatin dan pravastatin
dihasilkan dari kulat. Fluvastatin, atorvastatin dan rosuvasatin pula adalah
100% sintetik.
Artikel-artikel yang disiarkan dalam
media cetak atau kenyataan demi kenyataan yang anda dengan melalui media
elektronik biasa mengagungkan keupayaan statin. Kenyataan utama yang biasa
dihebahkan ialah statin mencegah seseorang dari mengalami serangan jantung kerana
fungsinya mengawal paras kolesterol.
Keburukan statin dalam bentuk kesan
sampingan jarang dibincangkan dan biasanya ditepis oleh para doktor dengan
alasan statin telah menjalani kajian saintifik sebelum mendapat kelulusan untuk
diedarkan. Hakikatnya kajian-kajian sains menunjukkan statin dikaitkan dengan
lebih tiga ratus jenis kesan sampingan yang buruk. Memang terdapat bukti-bukti
termasuk dalam bentuk bukti dari kajian-kajian sains yang telah dilaporkan
dalam pelbagai jurnal terkemuka.
Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan
pengambilan statin dengan pembentukan diabetes jenis 2. Apakah yang dimaksudkan
dengan diabetes jenis 2? Ia merupakan sejenis masalah kesihatan yang memiliki
tanda-tanda seperti paras insulin tinggi dan paras glukos tinggi dalam darah.
Sebahagian besar masyarakat termasuk
sebahagian doktor dan pakar pemakanan moden percaya bahawa diabetes jenis 2
terbentuk kerana pankreas kurang merembis insulin. Ilmu terkini menunjukkan
sebaliknya. Penghidap diabetes jenis 2 sebenarnya mengalami paras insulin yang
tinggi disamping paras glukos yang tinggi dalam darah.
Insulin ialah enzim yang bertanggung-jawap
melekap pada reseptor insulin yang terletak pada membran sel. Pada keadaan
normal (tanpa diabetes atau hiperinsulinemia), setelah insulin berlabuh sel
akan membina GLUT 4 iaitu sejenis pengangkut yang akan melekat pada membran
sel. GLUT 4 akan menerima dan membawa glukos masuk ke dalam sel menuju
mitokondria.
Teori
menyergah minda
Terdapat beberapa teori yang digunakan
untuk menerangkan bagaimana statin boleh menyebabkan diabetes. Penulis sendiri
percaya statin menyebabkan paras kalsium sentiasa tinggi dalam beta sel
pankreas. Kalsium merupakan elemen utama yang diperlukan oleh sel beta pankreas
bagi membina insulin. Pada keadaan normal setiap kali selepas makan makanan
berkarbohidrat, insulin akan dirembis pada jumlah yang tinggi bertujuan
membantu menurunkan paras glukos darah.
Namun, pengambilan statin mungkin
menyebabkan laluan kalsium yang terdapat pada membran sel beta rosak. Laluan
kalsium yang telah rosak menyebabkan kalsium boleh masuk tetapi tidak boleh
keluar dari sel beta. Beberapa kemungkinan dapat difikirkan. Antara lain
metabolit statin (produk hasil tindak-balas) mungkin secara langsung merosakkan
laluan kalsium.
Salah satu fungsi kolesterol ialah
membaikpulih membran sel yang rosak berpunca dari komponen lipid yang
teroksida. Kekurangan kolesterol berpunca dari pengambilan statin akan
mengganggu kekukuhan stuktur membran beta sel (ia juga berlaku pada membran sel-sel
lain yang terdapat reseptor insulin padanya). Ini ialah kemungkinan kedua.
Kemungkinan ketiga pula ialah kemungkinan
pertama dan kedua berlaku secara serentak.
Hasilnya insulin sentiasa dirembis pada paras tinggi walau pun seseorang
tidak makan makanan berkarbohidrat pada kadar yang boleh mencetus hiperglisemia!
Pada sel-sel biasa pula paras insulin yang
sentiasa tinggi akibat pengambilan statin secara berterusan menyebabkan
reseptor insulin tidak sentisitif terhadap kehadiran insulin. Maskudnya ia
tidak membenarkan insulin untuk berlabuh padanya lalu membentuk kekebalan
insulin.
Alasan
Setelah anda memahami mekanisme yang
penulis terangkan barulah anda faham mengapa sebahagain orang yang mengambil
statin secara berterusan mudah menghidap diabetes jenis 2! Jika anda bertanya
kepada doktor bagaimana statin yang anda baru ambil boleh menyebabkan diabetes
mungkin mereka akan jawap perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan statin.
Anda tidak bersenam, usia tua, perut buncit, badan berlemak, sindrom metabolik,
genetik dan pelbagai alasan lain.
Adakah doktor anda tahu mengenai kaitan
antara statin dan diabetes? Mungkin mereka tahu tetapi apa pilihan mereka untuk
menggantikan statin? Mereka juga mungkin tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Adakah
mereka akan syorkan cuka epal, cuka tamar, vitamin C, asid alfa lipoic,
co-enzyme Q10, buah-buahan kaya bioflavonoids dan beberapa jenis suplemen lain
sebagai alternatif? Ia tidak mungkin berlaku.
Untuk lebih lanjut sila baca antara lain laporan kajian terkini berjudul Statin Use and Risk of Diabetes Mellitus in Postmenopausal Women in the Women's Health Initiative yang terbit dalam Journal of The American Medical Associations (JAMA). Baca juga rencana berjudul FDA adds diabetes, memory loss warnings to statins di www.reuters.com.
Untuk lebih lanjut sila baca antara lain laporan kajian terkini berjudul Statin Use and Risk of Diabetes Mellitus in Postmenopausal Women in the Women's Health Initiative yang terbit dalam Journal of The American Medical Associations (JAMA). Baca juga rencana berjudul FDA adds diabetes, memory loss warnings to statins di www.reuters.com.
Hakcipta Terpelihara
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)