Seorang blogger yang menulis artikel berjudul 'Tiada Kolagen dalam Rumpai Laut' menyatakan dalam artikelnya bahawa saintis tidak mendapati rumpai laut bermanfaat untuk awet muda. Menurutnya saintis mendapati beberapa jenis rumpai laut hanya bermanfaat untuk kanser dan tiroid.
Untuk SHARE sila klik butang di kiri blog ini. Moga ALLAH berkahi usaha amal jariah kita.
Mungkin blogger ini masih belum dapat menyelami maksud awet muda dan
kaitannya dengan pelbagai penemuan sains terhadap manfaat rumpai laut. Carian
penulis menggunakan Google scholar
dengan kata kunci 'seaweed antiaging' menunjukkan terdapat 3,600 judul
berkaitan kata kunci ini. Setelah mengimbas beberapa halaman hasil carian tersebut
penulis dapati terdapat pelbagai kajian sains telah dijalankan menunjukkan
pelbagai jenis rumpai laut adalah besifat antipenuaan.
Sifat-sifat antioksidan, antikeradangan, mengharmoni fungsi kelenjar
tiroid dan sifat anti-kanser merupakan antara sifat yang terkandung dalam sifat
antipenuaan. Antipenuaan ialah sifat yang membantu seseorang awet muda. Apakah
maksud awet muda? Dalam bahasa mudah ia bermaksud seseorang
selalu kelihatan muda walau pun umur biologinya sudah tua.
Dalam artikel berjudul 'Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen' (Sinar
Harian, 16 April 2013) penulis berpendapat bahan-bahan dalam rumpai laut Sabah
yang membantu proses awet muda ialah antara lain polifenol, zink, magnesium,
selenium, vitamin C, alfa-tocopherol, karotenoid dan fiber. Rumpai laut juga
didapati mengandungi beberapa jenis vitamin B termasuk folat.
Carrageenan fiber larut
Beberapa hari selepas artikel tulisan penulis berjudul 'Rumpai Laut
tidak Mengandungi Kolagen' (Sinar Harian, 16 April 2013) tersiar, Professor Dr.
Madya Mohamad Salleh Kamaruddin yang bertugas sebagai pensyarah nutrisi
akuakultur di Universiti Putra Malaysia telah menghantar emel kepada saya.
Beliau menunjukkan beberapa bukti hasil kajian antara lain sebuah kajian lama
(1956) berjudul 'Connective Tissue Growth Stimulated by Carrageenin.'
Carrageenin yang digunakan dalam kajian diekstrak dari lumut Irish
(Chondrus crispus). Carrageenin ialah
nama lama bagi Carrageenan. Kolagen tak larut (insoluble collagen) didapati
terbentuk antara 5 - 9 hari selepas carragenin disuntik ke dalam tikus kajian. Rumpai
laut Sabah Euchema cottoni kaya
dengan kappa-carrageenan (mengandungi satu kumpulan sulfur untuk setiap unit
disakarida).
Kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh
manusia. Ia bukan sahaja diperlukan untuk membina tisu lembut, malah ia penting
untuk pembinaan tulang, gigi, kuku dan saluran darah. Ia juga terdapat pada
permukaan sel dan dasar membran sel. Seperti penulis nyatakan dalam artikel
'Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen', pertama rumpai laut tidak mengandungi
kolagen dan kedua protein yang terdapat dalam rumpai laut hijau Sabah (berdasarkan
pengambilan dos harian) tidak mencukupi untuk membina dan memulihara kolagen
seluruh tubuh.
Kebanyakan orang percaya protein dengan pelbagai asid amino yang lengkap
terkandung dalam rumpai laut membantu proses tersebut. Penulis pula berpandangan
kajian perlu dijalankan untuk menunjukkan samada kandungan protein, bahan-bahan
lain tanpa protein atau semua bahan secara lengkap yang membantu proses
tersebut.
Pada pandangan penulis, oleh sebab kuantiti protein amat rendah
(berdasarkan dos harian) maka bahan-bahan lain diperlukan untuk tujuan tersebut.
Bahan-bahan yang dimaksudkan seperti yang penulis sebutkan dalam empat
perenggan terakhir artikel 'Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen' termasuk
antara lain polifenol, zink, magnesium, selenium, vitamin C, alfa-tocopherol,
karotenoid dan fiber.
Rumpai laut juga didapati mengandungi beberapa jenis vitamin B termasuk
folat. Selain itu carrageenan seperti dinyatakan dalam kajian usang (dianggap
lapok oleh sesetengah pihak namun amat berguna) berjudul 'Connective Tissue
Growth Stimulated by Carrageenin' juga membantu proses pembentukan kolagen.
Protein kitar semula
Kemungkinan besar semua bahan yang disebutkan membantu membina dan
memulihara pelbagai komponen tubuh samada yang berasaskan protein atau pun
bukan protein secara sinergi. Kepada mereka yang kurang mengambil makanan
berprotein, kuantiti protein rumpai laut yang rendah akan dibantu oleh 100
hingga 300 gram protein yang di kitar semula setiap hari oleh tubuh dalam
membantu proses awet muda.
Penulis nyatakan dalam artikel berjudul 'Rumpai Laut Tidak Mengandungi Kolagen', contohnya zink dan magnesium yang dibantu oleh folat serta fitokimia-fitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen. Ekpresi gen yang sempurna membantu pelbagai jenis tindakan dan tindak-balas yang diperlukan organ sistem dalam membantu tubuh memulihara kesihatan. Hasilnya pengambilan dan penggunaan rumpai laut terutama apabila kedua-duanya dilakukan secara serentak dipercayai membantu seseorang mengalami awet muda.
Pengambilan(makan) dan penggunaan secara luaran rumpai laut Sabah Eucheuma cottoni didapati mempercepat
proses penyembuhan luka. Sesetengah pihak
berpendapat ia mungkin berpunca dari kandungan pelbagai jenis antioksidan
seperti dinyatakan dalam laporan
berjudul 'Wound healing properties of Eucheuma cottonii extracts
in Sprague-Dawley rats' yang terbit dalam Journal of Medicinal Plants Research
(2011). Sebaliknya penulis berpandangan bahawa ia berpunca dari tindakan
pelbagai jenis bahan terkandung dalam rumpai laut yang bertindak secara
sinergi.
Ramai pengguna yang telah biasa menggunakan produk berasaskan rumpai
laut Sabah seperti mengambil dalam bentuk gel mendakwa kulit mereka tegang,
najis lawas, penghadaman sempurna dan kurang/hilang sakit sendi/otot. Semua
keadaan ini termasuk luka cepat sembuh membantu proses awet muda.
Akibat gila glamer
Selepas beberapa hari artikel penulis
bejudul 'Rumpai Laut Tidak Mengandungi Kolagen', dua orang rakan bagi pihak
penulis telah menegur seorang pemilik laman Facebook kerana telah bertindak
secara tidak adil. Beliau yang mungkin gila glamer ini telah menampal foto sebahagian
keratan akhbar yang tertera judul artikel tulisan penulis iaitu 'Rumpai Laut
tidak Mengandungi Kolagen.'
Di bawah foto tersebut hamba ALLAH tersebut
menampal seluruh isi sebuah artikel yang didakwanya sebagai isi artikel yang
tersiar dalam akhbar. Yang benar ialah artikel tersebut ditulis oleh seorang
blogger dengan judul 'Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut.'
Setakat ini lebih dari sepuluh ribu orang
telah berkongsi maklumat ini. Kekeliruan yang timbul ialah orang menyangka
artikel yang ditampal benar-benar disiarkan dalam akhbar. Setakat
ini tiada sebarang jawapan apatah lagi tindakan daripada pemilik laman Facebook
tersebut. Mungkin beliau terlepas pandang maksud niat tidak menghalalkan cara.
Sesungguhnya blogger yang menulis artikel
tersebut tidak diketahui kredibilitinya. Mesej artikelnya didapati cuba
mempengaruhi para pembaca dengan menyatakan tiada yang ajaib tentang rumpai
laut dengan alasan terdapat pelbagai makanan dari darat dengan nilai nutrien
yang sama atau lebih baik dari rumpai laut.
Apa pandangan penulis tentang rumpai laut?
Penulis menganggap rumpai laut sebagai makanan super dan salah satu agen antipenuaan yang baik.
Artikel berkaitan dengan yang ini: Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen
Artikel berkaitan dengan yang ini: Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen
Hakcipta:
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com