Bakar memang sudah terkenal di mana-mana. Ia bukan sahaja nama orang iaitu Abu Bakar namun ia juga adalah kata kerja. Selain itu bakar terkenal kerana ia digandingkan dengan nama makanan seperti cendol bakar, ikan bakar, tahu (tofu) bakar, ayam bakar, ubi bakar, pisang bakar, jagung bakar dan kelapa muda bakar.
Ikan bakar sebenarnya ialah ikan panggang. Ayam bakar juga ialah ayam yang dipanggang.
Apa beza bakar dan panggang?
Membakar sesuatu bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam api yang sedang menyala manakala panggang ialah memasak sesuatu di atas bara.
Kamus Dewan Bahasa Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) atas talian mendefinasi bakar (definasi nombor 2.) sebagai memanaskan atau memanggang sesuatu di atas bara api. Untuk konteks tulisan ini penulis gunakan definasi ini. Ia juga digunakan oleh orang secara bertukar ganti. bersama panggang.
Definasi panggang menurut PRPM ialah memanggang sesuatu dia atas bara api.
Apa maksud bara? Bara dihidupkan menggunakan kayu kering, arang atau arang batu walau pun kadang-kadang terbakar sebenarnya tidak bernyala. Kamus PRPM mendefinasi bara sebagai api api yang masih ada pada arang atau pada kayu tetapi tidak bernyala.
Kelapa muda bakar jarang-jarang di dengari ramai. Penulis minum air dan makan isi kelapa muda bakar di sebuah gerai tepi pantai berhampiran Kota kinabalu beberapa tahun dahulu.
Telur bakar?
Ia boleh ditemui di pantai peranginan tertentu di Thailand seperti di Pattaya atau Phuket yang dijual oleh penjaja jalanan yang menjual buah-buahan tempatan seperti mangga dan jambu mawar.
Sateh merupakan daging haiwan seperti daging lembu, kambing atau ayam yang dibakar di atas bara api namun ia tidak dipanggal sebagai daging atau ayam bakar. Daging dan ayam bakar pula sebenarnya berbeza dengan sateh. Betul kan?
Bagaimana dengan cendol bakar, laksa bakar dan mi rebus bakar? Adakah ia dibakar?
Artikel tulisan Pakcik Lebah
Hakcipta Terpelihara di www.gayahidupholistik.blogspot.com