Sebuah kajian meta-analisa berasaskan semakan sistematik dengan turutan menurun
mendapati penghidap tekanan darah tinggi, penyakit jantung,
diabetes, merokok, penyakit paru-paru tersumbat kronik (chronic obstructive
pulmonary disease (COPD), misalnya lelah atau semput), kanser dan penyakit buah
pinggang kronik merupakan penyakit-penyakit sedia dialami penghidap dengan
peratusan lebih tinggi berbanding keseluruhan penghidap COVID-19 di hospital
(1).
Hasil analisa ke atas 76993 yang
dilaporkan dalam 10 artikel kajian menunjukkan peratusan paling tinggi ialah
pesakit yang menhidap tekanan darah tinggi iaitu 16.37% diikuti oleh sakit
jantung 12.11%, kemudian oleh mereka dengan diabetes 7.87% dan sejarah merokok
7.63% (2).
Beberapa kajian
menunjukkan seseorang yang sedang mengalami penyakit bukan sahaja mudah
dijangkiti COVID-19 malah lebih mudah meninggal dunia akibat jangkitan virus
tersebut.
Obesiti teruk juga mendedahkan diri seseorang
kepada kematian akibat COVID-19. Malah kajian mendapati risiko kematian
didapati lebih tinggi berbanding mereka yang mengalami tekanan darah tinggi dan
diabetes (3).
Para penghidap penyakit-penyakit sedia ada (co-mormidity)
dikatakan bukan sahaja mudah menghidap COVID-19 malah mereka juga lebih mudah
mengalami cytokine storm dengan gejala inflamasi (keradangan) yang teruk pada
paru-paru (4).
Setiap orang samada sihat atau tidak memiliki reseptor ACE 2 pada
alveoli paru, hidung dan nasofaring iaitu tempat melekap S glycoprotein yang
dimiliki virus SARS CoV-2. Namun begitu seseorang yang menghidap
penyakit-penyakit yang disebutkan di atas serta orang tua terutama yang
malnourished (nutrien tak seimbang) dipercayai:
a. lebih mudah dijangkiti
virus SARS CoV-2
b. lebih mudah mengalami
cytokine storm
c. lebih mudah
meninggal dunia
berbanding mereka yang sihat. Seseorang sihat juga akan dijangkiti
namun sistem imiun mereka yang berfungsi dengan baik biasanya akan dapat
melawan virus SARS CoV-2 dengan jayanya. Sebab itu mereka yang sihat dikatakan
samada langsung tidak mengalami simtom atau mengalami simtom ringan seperti
demam ringan dan sakit kepala sahaja.
Kajian menunjukkan berlaku peningkatan ekspresi ACE2 pada
penghidap tekanan darah tinggi dan diabetes terutama pada orang lelaki dan
berusia muda.
Seperti dibincangkan dalam beberapa coretan Lebah yang lalu, Lebah
mengikuti mazhab yang percaya tubuh mengalami ketidakseimbangan dahulu dan
virus hadir/wujud pada tahap tertentu selepas berlaku ketidak seimbangan.
Dalam kes COVID-19 ketidakseimbangan berlaku lebih awal termasuk
antara lain ialah peningkatan bilangan reseptor ACE2 dan peningkatan molekul
pengisyaratan pro-inflamasi seperti interleukin 6 (IL6) dan beberapa jenis
molekul lain iaitu TNF-α, IL-1, IL-8, and
MCP-1 yang mencetus cytokine storm seterusnya mengakibatkan
hiperinflamasi (hiperkeradangan) pada alveoli paru-paru. Hasilnya penghidap
COVID-19 menghidap ARDS acute respiratory distress syndrome. Air berkumpul
dalam paru-paru akibat hiperinflamasi tersebut.
Pada kaki botol atau kaki minum alcohol, etanol dikatakan
melemahkan fungsi sistem imiun termasuk pada paru-paru iaitu ia mencegah
pembinaan molekul-molekul cytokine dan fagositosis dan penghantaran antigen
(kepada sel T). Sebaliknya ia meningkatkan macrophages activating sytem (MAS).
Peningkatan MAS yang melibatkan makstofaj sirkulasi dan hati akan mencetus
inflamasi (5).
Daripada satu sudut poli-farmasi (ambil 5 atau lebih ubat-ubatan
pada satu masa, digelar sebagai ko-proksi morbiditi oleh sebahagian saintis)
juga dikaitkan dengan simtom COVID-19 yang teruk. Kajian kawalan kes di
Scotland (REACT-SCOT) yang berdasarkan rekod pesakit keluar hospital sejak
2015 dan preskripsi oleh penjagaan kesihatan utama sejak 240 hari
terakhir menunjukkan COVID-19 teruk dikaitkan secara kukuh dengan pengpreskripsian
ubatan bukan berkaitan dengan jantung (6).
Saintis kajian tersebut menyimpulkan bahawa COVID-19 dikaitkan
dengan poli-farmasi dan ubat yang menyebabkan sedation (rasa relaks atau
tidur), hipoventilasi (memperlahan pernafasan), dyskinesia (otot bergerak
sendiri), kesan antikolinergik atau yang memberi kesan kepada sistem
gastro-usus.
BACAAN LANJUT:
1. Amir Imami et al,
Prevalence of Underlying Diseases in Hospitalized Patients with COVID-19: a
Systematic Review and Meta-Analysis. Arch Acad
Emerg Med, Mar 2020.
2. Nancy Chow et al, Preliminary Estimates
of the Prevalence of Selected Underlying Health
Conditions Among Patients with Coronavirus Disease 2019 - United States,
February 12-March 28, 2020. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. 2020 Apr 3.
3. Sara Y. Tarto et al,
Obesity and Mortality Among Patients Diagnosed With COVID-19: Results From an
Integrated Health Care Organization. Annal of
Internal Medicine, 17 Nov 2020.
4. Chandreyee
Datta et al, Cytokine Storm and its Implication in Coronavirus
disease 2019 (COVID-19). Journal of Immunological Science, Sep 2020.
5. Kristina
L. Bailey et al, Alcohol use disorder: A pre-existing condition for
COVID-19? Alcohol, Sep 2020; doi: 10.1016/j.alcohol.2020.10.003.
6. Paul M McKeigue et al,
Associations of severe COVID-19 with polypharmacy in the REACT-SCOT
case-control study. ResearchGate, July 2020; doi:
10.11-1/2020.07.23.20160747
Coretan:
Lebah
Hakcipta Terpelihara 2020
GayaHidupHolistik_blog