Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Selasa, 8 Disember 2020

Ko-morbiditi dan Keterukan COVID-19

Sebuah kajian meta-analisa berasaskan semakan sistematik dengan turutan menurun mendapati  penghidap tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes, merokok, penyakit paru-paru tersumbat kronik (chronic obstructive pulmonary disease (COPD), misalnya lelah atau semput), kanser dan penyakit buah pinggang kronik merupakan penyakit-penyakit sedia dialami penghidap dengan peratusan lebih tinggi berbanding keseluruhan penghidap COVID-19 di hospital (1).

Hasil analisa ke atas 76993 yang dilaporkan dalam 10 artikel kajian menunjukkan peratusan paling tinggi ialah pesakit yang menhidap tekanan darah tinggi iaitu 16.37% diikuti oleh sakit jantung 12.11%, kemudian oleh mereka dengan diabetes 7.87% dan sejarah merokok 7.63% (2).

Beberapa kajian menunjukkan seseorang yang sedang mengalami penyakit bukan sahaja mudah dijangkiti COVID-19 malah lebih mudah meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut.

Obesiti teruk juga mendedahkan diri seseorang kepada kematian akibat COVID-19. Malah kajian mendapati risiko kematian didapati lebih tinggi berbanding mereka yang mengalami tekanan darah tinggi dan diabetes (3).

Para penghidap penyakit-penyakit sedia ada (co-mormidity) dikatakan bukan sahaja mudah menghidap COVID-19 malah mereka juga lebih mudah mengalami cytokine storm dengan gejala inflamasi (keradangan) yang teruk pada paru-paru (4).

Setiap orang samada sihat atau tidak memiliki reseptor ACE 2 pada alveoli paru, hidung dan nasofaring iaitu tempat melekap S glycoprotein yang dimiliki virus SARS CoV-2. Namun begitu seseorang yang menghidap penyakit-penyakit yang disebutkan di atas serta orang tua terutama yang malnourished (nutrien tak seimbang) dipercayai:

     a.   lebih mudah dijangkiti virus SARS CoV-2

     b.   lebih mudah mengalami cytokine storm

     c.    lebih mudah meninggal dunia

berbanding mereka yang sihat. Seseorang sihat juga akan dijangkiti namun sistem imiun mereka yang berfungsi dengan baik biasanya akan dapat melawan virus SARS CoV-2 dengan jayanya. Sebab itu mereka yang sihat dikatakan samada langsung tidak mengalami simtom atau mengalami simtom ringan seperti demam ringan dan sakit kepala sahaja.

Kajian menunjukkan berlaku peningkatan ekspresi ACE2 pada penghidap tekanan darah tinggi dan diabetes terutama pada orang lelaki dan berusia muda.

Seperti dibincangkan dalam beberapa coretan Lebah yang lalu, Lebah mengikuti mazhab yang percaya tubuh mengalami ketidakseimbangan dahulu dan virus hadir/wujud pada tahap tertentu selepas berlaku ketidak seimbangan.

Dalam kes COVID-19 ketidakseimbangan berlaku lebih awal termasuk antara lain ialah peningkatan bilangan reseptor ACE2 dan peningkatan molekul pengisyaratan pro-inflamasi seperti interleukin 6 (IL6) dan beberapa jenis molekul lain iaitu TNF-α, IL-1, IL-8, and MCP-1 yang mencetus cytokine storm seterusnya mengakibatkan hiperinflamasi (hiperkeradangan) pada alveoli paru-paru. Hasilnya penghidap COVID-19 menghidap ARDS acute respiratory distress syndrome. Air berkumpul dalam paru-paru akibat hiperinflamasi tersebut.

Pada kaki botol atau kaki minum alcohol, etanol dikatakan melemahkan fungsi sistem imiun termasuk pada paru-paru iaitu ia mencegah pembinaan molekul-molekul cytokine dan fagositosis dan penghantaran antigen (kepada sel T). Sebaliknya ia meningkatkan macrophages activating sytem (MAS). Peningkatan MAS yang melibatkan makstofaj sirkulasi dan hati akan mencetus inflamasi (5).

Daripada satu sudut poli-farmasi (ambil 5 atau lebih ubat-ubatan pada satu masa, digelar sebagai ko-proksi morbiditi oleh sebahagian saintis) juga dikaitkan dengan simtom COVID-19 yang teruk. Kajian kawalan kes di Scotland (REACT-SCOT) yang berdasarkan rekod pesakit keluar hospital sejak 2015  dan preskripsi oleh penjagaan kesihatan utama sejak 240 hari terakhir menunjukkan COVID-19 teruk dikaitkan secara kukuh dengan pengpreskripsian ubatan bukan berkaitan dengan jantung (6).

Saintis kajian tersebut menyimpulkan bahawa COVID-19 dikaitkan dengan poli-farmasi dan ubat yang menyebabkan sedation (rasa relaks atau tidur), hipoventilasi (memperlahan pernafasan), dyskinesia (otot bergerak sendiri), kesan antikolinergik atau yang memberi kesan kepada sistem gastro-usus.

BACAAN LANJUT:

1.  Amir Imami et al, Prevalence of Underlying Diseases in Hospitalized Patients with COVID-19: a Systematic Review and Meta-Analysis. Arch Acad Emerg Med, Mar 2020.

2.  Nancy Chow et al, Preliminary Estimates of the       Prevalence of Selected Underlying Health Conditions Among Patients with Coronavirus Disease 2019 - United States, February 12-March 28, 2020. MMWR Morb Mortal Wkly Rep. 2020 Apr 3.

3. Sara Y. Tarto et al, Obesity and Mortality Among Patients Diagnosed With COVID-19: Results From an Integrated Health Care Organization. Annal of Internal Medicine, 17 Nov 2020.

4. Chandreyee Datta et al, Cytokine Storm and its Implication in Coronavirus disease 2019 (COVID-19). Journal of Immunological Science, Sep 2020.

5. Kristina L. Bailey et al, Alcohol use disorder: A pre-existing condition for COVID-19? Alcohol, Sep 2020; doi: 10.1016/j.alcohol.2020.10.003.

6. Paul M McKeigue et al, Associations of severe COVID-19 with polypharmacy in the REACT-SCOT case-control study. ResearchGate, July 2020; doi: 10.11-1/2020.07.23.20160747

Coretan:

Lebah

Hakcipta Terpelihara 2020 GayaHidupHolistik_blog