Sebelum membaca keseluruhan teks, sila baca PENAFIAN di kolum kanan blog,
Hashtag: #brainfogcovid19 #lesucovid19 #sakitbadancovid19 #libidocovid19 #covid19kabutotak #sindrompascacovid19 #lesukronikcovid19 #adaptogenlesukronik #ashwaghandalesukronik #hypocortisolismcovid19 #covid19gayahidupholistikblog #covid19adrenalinsufficiency #longcovid19 #covid19lesupunca #covid19lesurawatan #rawatsimtomgejalalepasCOVID19
Kortisol adalah hormon steroid yang memainkan peranan penting dalam reaksi metabolik tubuh terhadap tekanan - baik secara fisiologi: penyakit, kecederaan, dan trauma; atau psikologi: kesihatan mental yang tidak sihat. Kesannya yang lebih umum sering digambarkan sebagai tindak balas "lawan atau terbang", yang memungkinkan tubuh bereaksi dengan cepat terhadap "ancaman" yang dikesan deria tubuh. Kortisol dirembeskan oleh kelenjar adrenal dan ia adalah hasil interaksi kompleks antara hipotalamus dan kelenjar pituitari di otak dan kelenjar adrenal, yang terletak di bahagian atas setiap buah pinggang - yang dikenali sebagai paksi hipotalamus ‐ pituitari ‐ adrenal. Artikel ini menerangkan bahawa sebahagian penghidap COVID-19 yang telah sembuh (ujian mendapati negatif) yang mengalami Sindrom Pasca COVID-19 sesungguhnya dipercayai mengalami simtom-simtom kekurangan kortisol (hypocortisolism). Pada bahagian akhir artikel penulis mencadangkan kaedah perubatan alternatif bagi mengatasinya. Artikel ini agak panjang dan untuk memahaminya memerlukan seseorang yang ada ilmu asas biologi atau cabang-cabangnya (lebih baik) seperti biokimia, biologi sel dan molekul atau fisiologi.
Sepanjang
tempoh pandemik yang bermula sejak awal tahun 2020, penulis mengikuti
perkembangan berita di samping terus memberi perhatian terhadap penemuan sains
dan pendapat para saintis atau ilmuan berkaitan COVID-19.
Antara focus pemerhatian penulis ialah ramai bekas penghidap COVID-19 mengalami
beberapa simtom antara lain yang biasa dikongsi di media sosial termasuk sesak
nafas, kabut otak (brain fog), lesu kronik, resah dan stres. Simtom-simtom yang
dialami adalah pelbagai jenis dan turun-naik.
Sesetengah orang, COVID-19 menyebabkan beberapa simtom yang dialami
selama beberapa minggu atau bulan selepas jangkitan berakhir. Kadang-kadang
simtom-simtom tersebut dikenali juga sebagai sindrom pasca COVID-19 atau COVID-19
berpanjangan.
Kependekan:
NHS: National Health Services (Perkhidmatan Kesihatan
Kebangsaan), United Kingdom
CDC: Center for Disease Control (Pusat Kawalan
Penyakit), Amerika Syarikat
Menurut NHS, tempoh kesembuhan daripada COVID-19 berbeza-berbeza untuk
setiap penghidap. Ramai yang sihat dalam tempoh beberapa hari atau minggu dan
dikatakan juga sebahagian yang lain sembuh sepenuhnya dalam 12 minggu.
Sebahagian orang akan mengalami simtom-simtom COVID-19 pada tempoh lebih lama –
setelah disahkan pihak hospital bebas jangkitan.
CDC, Amerika Syarikat pula menggunakan istilah masalah pasca-COVID bagi
menerangkan isu kesihatan yang berlanjutan lebih daripada empat minggu.
Peluang untuk mengalami simtom-simtom jangka-panjang dikatakan tiada
kaitan dengan tahap keterukan penyakit semasa anda mula-mula dijangkiti
COVID-19. Misalnya, penghidap yang mengalami simtom-simtom sederhana pada
peringkat awal juga terdedah kepada sindrom pasca COVID-19. Menurut CDC.
Amerika Syarikat ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja yang pernah djangkiti
COVID-19 tidak kira samada mereka mengalami simtom sederhana atau tanpa simtom.
Definisi sindrom pasca COVID-19 menurut NICE guideline scope ialah
keadaan kesihatan di mana terdapat simtom-simtom yang biasa bertindan. Ia boleh
berubah-ubah dan boleh memberi kesan kepada sebarang sistem dalam tubuh. Badan
tersebut juga menekankan bahawa ramai yang mengalami sindrom pasca COVID-19
mengalami sakit seluruh tubuh, lesu, suhu tinggi berterusan dan masalah
psikiatri.
Penulis menaip kata carian berikut untuk Google up,
‘Sindrom Pasca Covid-19 kementerian kesihatan Malaysia’ dan ‘simtom Pasca
Covid-19 kementerian kesihatan Malaysia.’ Tiada sebarang judul utama atau isi
yang dihighlight keluar di laman Google.
Tidak mengapa, penulis harap menggunakan dua rujukan utama iaitu NHS
United Kingdom dan CDC Amerika Starikat lebih daripada memadai bagi membantu
para pengunjung blog penulis untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan sindrom
pasca covid-19 atau COVID-19 jangka-panjang. Sesungguhnya kementerian kesihatan
di seluruh dunia dikatakan sering merujuk kepada dua badan tersebut dalam
menyediakan write-up seperti tertera pada beberapa artikel atau cadangan
berkaitan kesihatan.
Simtom-simtom bagi sindrom pasca COVID-19 yang disenaraikan oleh NHS, UK
ialah:
- · Lesu (keletihan melampau)
- · Sesak nafas
- · Sakit dada
- · Kabut otak (masalah memori dan pemfokusan)
- · Insomnia (sukar tidur, tambahan penulis: mungkin ada
juga yang mengalami gangguan tidur iaitu tidur kerap terjaga)
- · Palpitasi jantung (jantung berdenyut pantas)
- · Pening
- · Sakit mencucuk-cucuk
- · Sakit sendi
- · Murung dan resah
- · Tinnitus, sakit telinga
- · Rasa tidak sihat, diarea, sakit perut, hilang selera
makan
- · Suhu badan tinggi, batuk, sakit kepala, sakit tekak,
perubahan pada deria bau dan rasa (tambahan penulis: hilang/berkurangan)
- · Ruam
- Berikut ialah simtom-simtom yang disenaraikan oleh CDC, Amerika Syarikat:
- · Letih atau lesu
- · Sukar berfikir atau memfokus (kadang-kadang dirujuk
sebagai kabut otak)
- · Sakit kepala
- · Hilang deria bau atau rasa
- · Pening ketika berdiri
- · Palpitasi jantung
- · Sakit dada
- · Sukar bernafas atau sesak nafas
- · Batuk
- · Sakit sendi dan/atau otot
- · Murung dan resah
- · Demam panas
· Simtom-simtom menjadi semakin buruk selepas
menjalankan aktiviti fizikal atau mental
NOTA: Seseorang yang mengalami sindrom pasca COVID-19 dikatakan mengalami
kombinasi simtom yang berbeza-beza.
Menurut CDC, Amerika Syarikat sesetengah masalah pasca-COVID didapati
hampir serupa dengan simtom-simtom penyakit berjangkit lain manakala yang lain
pula lebih khusus kepada COVID-19. Sesetengah
masalah melibatkan simtom-simtom serupa dengan yang disebabkan oleh
masalah kesihatan lain.
Simtom
tambahan - Inflamasi Organ
CDC menerangkan inflamasi atau
keradangan (bengkak; definisi umum inflamasi ialah bengkak, sakit dan merah)
organ akibat jangkitan COVID-19 sebagai simtom masalah pasca-COVID (NHS, United
Kingdom mengenalinya sebagai sindrom pasca-COVID-19 atau COVID-19
berpanjangan).
Organ-organ yang boleh mengalami
inflamasi berlanjutan sungguh pun telah semnbuh daripada COVID-19 termasuk:
jantung, buah pinggang, kulit dan otak serta fungsi masing-masing organ. Inflamasi
berlaku kepada semua organ tersebut atau sebahagian darinya.
Menurut CDC, tidak diketahui
berapa lama kesan pelbagai organ sistem akan berakhir dan samada kesan boleh
menyebkan masalah kesihatan kronik.
Akibat Rawatan COVID-19
atau Hospitalisasi (Masuk Hospital)
Selain dipercayai (?) akibat
COVID-19, CDC, Amerika Syarikat menambah DUA lagi punca bagi sindrom pasca
COVID-19 iaitu
·
Akibat rawatan COVID-19 dan
·
Masuk Hospital (tambahan penulis:
simtom-simtom yang dialami penghidap didapati memenuhi kriterea untuk penghidap
dirawat di hospital)
CDC menegaskan bahawa masalah
pasca-COVID boleh berpunca daripada kesan rawatan jangka-panjang COVID-19 atau
hospitalisasi (masuk hospital). Sesetengah kesan tersebut serupa dengan
simtom-simtom dialami mereka yang masuk hospital kerana jangkitan respiratori
lain atau masalah kesihatan lain.
Kesan Rawatan COVID-19 atau
Hospitalisasi yang lain ialah
·
Sindrom pasca-rawatan intensif -
merujuk kepada simtom-simtom yang berlanjutan selepas penghidap mengalami
penyakit kritikal.
Kesan terakhir ini termasuk letih
melampau (lesu) dan gangguan masalah pasca-trauma (post-traumatic stress disorder, PTSD).
APA YANG DITEMUI KAJIAN
DAN PANDANGAN ILMUAN/SAINTIS
Coronavirus (COVID-19) merosakkan
sistem endokrina
Kajian berbentuk semakan yang
dilaporkan dalam Journal of the Endocrine System menunjukkan mereka yang
mengalami gangguan endokrina akan mendapati simtom-simtom yang dialami menjadi
semakin teruk.
Saintis kajian, Noel Pratheepan Somasundaram dari Hospital
Kebangsaan Sri Lanka di Colombo, Sri Lanka dipetik sebagai berkata bahawa virus
yang menyebabkan COVID-19 iaitu SARS CoV-2 melekap pada reseptor ACE2 iaitu protein
yang terdapat pada pelbagai tisu (tambahan penulis: realiti ni berbeza dengan tanggapan
sebahagian ilmuan, pakar dan orang awam yang percaya bahawa ACE2 hanya terdapat
pada organ respiratori termasuk paru-paru dan organ respiratori bahagian atas).
Ini menyebabkan virus masuk ke dalam sel-sel endokrina dan menyebabkan gangguan
dalam bentuk simtom yang ada kaitan dengan penyakit yang terbentuk.
Merujuk kepada jangkitan
coronavirus terdahulu iaitu epidemik SARS 2003, ramai penghidap mengalami
sindrom pasca-virus dengan salah satu simtomnya ialah kelesuan. Ia boleh
berpunca daripada ‘kekurangan
adrenal,’ keadaan di mana kelenjar
adrenal tidak membina hormon kortisol sebagai akibat daripada kerosakan pada sistem pituitari. Semasa epidemik
SARS pesakit yang mengalami kekurangan adrenal biasanya pulih dalam setahun.
COVID-19
merosakkan hypothalamus, pituitari dan adrenal
Anieszka
Siejka et al. dalam kajian berbentuk semakan antara lain dalam laporannya
menggariskan butir-butir berikut yang diperolehi dengan analisa terhadap
kajian-kajian terdahulu:
·
Kajian-kajian
terhadap penularan SARS (2003) menunjukkan bahwa 39.2% penghidap telah
didiagnos mengalami hypocortisolism (paras
kortisol rendah) 3 bulan sesudah sembuh di mana majoriti (83.3%) daripada
yang sembuh didiagnos dengan central
hypocortisolism (tambahan penulis: berlaku akibat kekurangan perembisan Adrenocorticotropic Hormone; ACTH oleh pituitari.
Kekurangan tersebut seterusnya mengakibatkan adrenal kortex mengeluarkan
kortisol pada paras rendah). Jumlah ketara iaitu 25% daripada
kumpulan tersebut mengalami kekurangan adrenal dan menerima hydrocortisone
selama 12 bulan
·
Beberapa
sebab mengapa SARS-CoV-2 menyebabkan kekurangan adrenal (adrenal insufficiency
(AI) – hypocortisolism) termasuk:
1) AI relatif merupakan
keadaan yang biasa dialami oleh penghidap yang mengalami penyakit secara kritikal.
Ribut sitokin (cytokine storm) yang disebabkan oleh coronavirus membentuk
sua-balik terhadap paksi hipotalamus-pituitari-adrenal.
2) Virus SARS membina
sejenis urutan asid amino meniru ACTH, seterusnya menyebabkan pembinaan
antibodi terhadapnya (tambahan penulis: ACTH palsu, tidak serupa dengan yang
asal yang dikesan sebagai ‘bukan-diri’ lalu menyebabkan sistem imiun membentuk
antibodi) – cetus tindakan autoimiun. Ini dipercayai menjadi punca kepada central
AI (dikenali juga sebagai central hypocortisolism).
Tambahan penulis:
ACTH palsu dikeluarkan oleh virus SARS dalam pituitari. Antibodi yang terbentuk
menyebabkan sistem jentera sistem imiun menyerang sel-sel pituitari dan
menyebabkan keradangan. Keradangan dipercayai menyebabkan semakin kurang ACTH
dibina dan dirembis. Kekurangan ACTH yang diperlukan untuk memberi isyarat
kepada adrenal untuk membina kortisol menyebabkan central hypocortisolism.
3) Hipotalamus dan
kelenjar-kelenjar pituitari dan adrenal membina ACE2 (angiotensin-converting
enzyme2 – coronavirus SARS CoV-2 melekap pada reseptor ini untuk masuk ke dalam
sel). RNA SARS CoV-2 telah dikenalpasti pada hypothalamus selepas mayat
penghidap COVID-19 diautopsi. Dengan demikian, SARS-CoV-2 dipercayai
menyebabkan hypophysitis (keradangan pituitary) dan adrenalitis (keradangan
adrenalitis). Ia seterusnya boleh menyebabkan AI sekunder atau primer.
Apa kata Mayo Clinic?
Mayo
Clinic sering dijadikan rujukan oleh orang ramai, jurnalis, penulis bidang
kesihatan termasuk penulis daripada jabatan/kementerian kesihatan seluruh
dunia.
Dalam artikel
berjudul COVID-19 (coronavirus):
Long-term effects, Mayo Clinic menyatakan bahawa
“Ramai orang yang telah sembuh dari SARS mengalami
sindrom keletihan kronik, gangguan kompleks yang dicirikan oleh keletihan yang
melampau yang bertambah buruk dengan aktiviti fizikal atau mental, tetapi tidak
bertambah baik ketika berehat. Perkara yang sama
mungkin berlaku untuk orang yang pernah menghidap COVID-19.”
Selain
itu penulis yang hanya menggelar dirinya pekerja Mayo Clinic menegaskan bahawa
selain menyebabkan kerosakan kepada organ jantung, paru-paru dan otak, sindronn inflamasi/keradangan pelbagai
sistem (kesan jangka-panjang) pada sesetengah orang dewasa dan kanak-kanak
yang telah dijangkiti COVID-19..
Penulis
artikel juga menambah bahawa COVID-19 juga dapat melemahkan saluran darah dan menyebabkannya bocor, yang
menyumbang kepada masalah berpanjangan dengan hati dan ginjal.
Beliau
tidak menyebut langsung kelenjar adrenal cortex yang berada di bahagian atas
kedua-dua ginjal. Namun segera dapat difahami bahawa inflamasi dan kebocoran
saluran darah pada ginjal akan juga melibatkan keadaan yang serupa pada adrenal
cortex.
Apa kata
ilmuan di Medscape.com
Berikut ialah dua petikan
daripada artikel berjudul Doctors
Scramble to Understand Long COVID, but Causes and Prognosis Are Elusive.
Selepas
jangkitan, sesetengah orang akan terus mengalami gejala awal (ketika positif
COVID-19), sementara yang lain mengalami gejala yang sama sekali baru yang
boleh mempengaruhi pelbagai organ dan sistem. Kajian telah mendokumentasikan beratus-ratus masalah yang berlanjutan,
tetapi kelesuan yang teruk; sakit dada; masalah ingatan dan tumpuan, yang sering disebut sebagai "kabut
otak"; sesak nafas; dan kehilangan rasa dan bau adalah perkara biasa.
Dr. John Brooks, ketua pegawai perubatan CDC dipetik sebagai berkata bahawa apa pun "COVID panjang" diberikan definisi, ia terus mengejutkan pakar perubatan. Sekiranya seseorang mengalami radang paru-paru yang serius, jangkitan yang merembeskan kantung udara di paru-paru, tidak menghairankan jika mereka mengalami batuk teruk selama beberapa bulan ketika tubuh mereka sembuh perlahan-lahan, kata Brooks, dari CDC. Tetapi dengan jangkitan COVID, kadang-kadang batuk itu tidak hilang selama berbulan-bulan, dan seiring dengan itu seseorang mungkin mengalami kabut otak. Yang lain mungkin menghidap ensefalitis iaitu pembengkakan otak. "Ini bukan sekumpulan gejala yang kita lihat setelah jangkitan virus pernafasan biasa," kata Brooks.
Tiada kriterea formal
bagi memberi definisi dan mendiagnos kelesuan adrenal (adrenal fatigue)?
PENGENALAN:
Kelesuan adrenal tidak diterima sebagai diagnosis perubatan, menurut Dr. Ann
Kearns, MD, PhD ketika menjawap soalan Is
there such a thing as adrenal fatigue? Beliau yang memberi reaksi kepada
soalan tersebut bagi pihak Mayo Clinic menerangkan bahawa ia merupakan istilah
orang awam yang merujuk kepada simtom-simtom tidak spesifik seperti sengal/bisa
tubuh, lesu, rasa gementar, tidur terganggu dan masalah pencernaan.
Marcelo
Campos, MD yang bertugas sebagai doktor rawatan utama di Harvard Vanguard dan
pensyarah di Harvard Medical School dalam artikelnya berjudul Is adrenal fatigue “real”? yang terbit
dalam Harvard Health Blog (milik Harvard Health Publishing, Harvard Medical
School) menyatakan bahawa:
· Terdapat banyak laman
sawang yang berkongsi bagaimana untuk mendiagnos dan merawat adrenal lesu.
Walau bagaimana pun, Endrocrinology Society (Persatuan Endokrinologi) dan semua
persatuan/badan perunatan lain juga tidak mengakui kewujudan keadaan kesihatan
ini. The Endrocrinologists misalnya menyatakan bagawa tidak bukti sains wujud
untuk menyokong kelesuan adrenal sebagai masalah perubatan yang tulen. Menurut
Dr. Campos kenyataan tersebut yang memutuskan hubungan antara perubatan
konventional dan komplementari amat mengecewakan.
· Dr. Campos merujuk kepada
kajian berbentuk semakan berjudul Adrenal fatigue does not exist: a systematic
review (BMC Endocr Disord, Ogos 2016) yang
melibatkan semakan terhadap 58 kajian. Saintis kajian tersebut melaporkan
bahawa terdapat kekurangan pada kajian-kajian tersebut. Penulis: Untuk
mengetahuinya sila baca laporan kajian asal. Mereka seterusnya menyimpulkan
iaitu semakan sistematik saintis kajian mendapati tiada bukti penguat bahawa
kelesuan adrenal sebagai masalah kesihatan sebenar. Oleh itu kelesuan adrenal
masih lagi MITOS (?) Menurut Dr. Campos kesimpulan kajian membawa maksud bahawa
tiada sebarang kriterea formal bagi mendefinasi dan mendiagnos kelesuan
adrenal.
Bagaimana jika
simtom-simtom yang anda alami ialah benar-benar kelesuan adrenal?
Dr.
Campos menjawap soalan tersebut dengan menegaskan jika anda mengalami antara
lain keletihan, kurang motivasi anda harus diperiksa sepenuhnya oleh doktor
perubatan. Ia kerana beberapa keadaan kesihatan atau penyakit boleh menyebabkan
simtom-simtom tersebut termasuk antara lain anemia, tidur berdengkur, penyakit
autoimiun, jangkitan, ketidakharmonian hormone, sakit mental, masalah jantung
dan paru-paru, penyakit hati dan buah pinggang.
Jika
pemeriksaan dan ujian (jika ada, misalnya ujian air liur) mendapati anda normal
tetapi anda percaya anda mengalami kelesuan adrenal, Dr. Campos mencadangkan
anda bertanya soalan asas berikut,
“MENGAPA
ADRENAL ANDA TIDAK BERFUNGSI SEPENUHNYA?”
Langkah
utama ialah melihat kepada jenis tekanan yang mungkin memberi kesan kepada
adrenal anda. Bagi ramai orang, kesibukan dengan rutin kerja harian mungkin
boleh menjadi punca.
Sampai tahap ini anda
tahu bahawa:
AI = hypocortisolism
Penulis
artikel meneruskan penulisannya…….
Di mana harus istilah
kelesuan adrenal diletakkan?
Kelesuan adrenal ialah istilah yang
biasa digunakan oleh para pengamal perubatan alternatif pelbagai modaliti. Pada
kebanyakan mereka, kelesuan adrenal terbentuk apabila kortisol dirembes para
paras lebih tinggi daripada normal bagi mengatasi stres tertentu yang dihadapi
seseorang pada jangka panjang akan menyebabkan kelenjar adrenal lesu dan
lantaran itu ia merembes kortisol pada paras rendah lalu membentuk
hypocortisolism.
Setakat mana kepercayaan terhadap
‘fenomena’ tersebut benar tidak diketahui.
Pada hemat penulis, dua cara utama
bagaimana kelenjar adrenal kurang merembes kortisol iaitu pertama apabila
berlaku kekurangan ACTH. ACTH berkurangan dalam pituitari misalnya akibat
autoimiun atau keradangan akan mengurangkan perembesan kortisol oleh kelenjar
adrenal.
Kedua, kerana kerosakan pada kelenjar
adrenal misalnya kerana tecedera akibat salur darah pecah (misalnya laporan
kajian menunjukkan ia berlaku pada segelintir penghidap COVID-19) atau mereka
yang mengalami keradangan kelenjar adrenal (misalnya akibat COVID-19, kelenjar
adrenal juga membina reseptor ACE2 yang membolehkan coronavirus melekap padanya
dan masuk ke dalam kelenjar seterusnya berhadapan dengan jentera sistem imun
dan tercetus keradangan). Kerosakan kelenjar adrenal dan seterusnya menjadikan
perembesan kortisol dan aldosterone berkurangan ini lebih cocok jika dikenali
sebagai disfungi adrenal.
Daripada sisi ini, hypocortisolism atau
kekurangan adrenal lebih layak digunapakai berbannding kelesuan adrenal. Ia
kerana disfungsi adrenal à hypocortisolism.
Penyakit Addison
sinonim dengan adrenal insufficiency (AI: kekurangan adrenal), sedangkan banyak
laporan kajian menunjukkan hypocortisolism sama dengan AI. AI yang dibincangkan
dalam artikel ini berada pada sisi mana : paras kortisol amat rendah atau paras
kortisol sederhana rendah?
Seperti yang dilaporkan dalam banyak
kajian mengenai adrenal insufficiency akibat jangkitan COVID-19, AI yang
dibincangkan dalam artikel ini merujuk kepada paras kortisol sederhana rendah.
Adakah Sindrom
Kelesuan Kronik serupa dengan Kelesuan Adrenal?
Sindrom kelesuan adrenal dan sindrom
kelesuan kronik (chronic fatifue syndrome) adalah dua keadaan yang mempunyai
simptom yang serupa, tetapi mempunyai sebab yang berbeza. Walau bagaimanapun,
memang terdapat kaitan hubungan keletihan berterusan (kronik) dan kekurangan
adrenal, dan kelesuan kelenjar adrenal memang biasa terjadi dalam kes-kes
sindrom kelesuan kronik. Jadi, mengamalkan perubahan yang dapat memulihara dan menyokong
fungsi adrenal anda harus menjadi bagian dari rancangan untuk mengurus CFS.
Bagaimana membezakan
antara fibromyalgia dengan hypocortisolism (adrenal insufficiency)?
Seseorang yang mengalami fibromyalgia
boleh juga mengalami hypocortisolism atau kelesuan adrenal apabila mendapati
dirinya:
·
Stamina
berkurangan
·
Kelesuan
teruk pada waktu pagi
SIMTOM-SIMTOM
HYPOCORTISOLISM
Di sini penulis menyenaraikan
simtom-simtom hypocorticolism. Seperti dibincangkan di atas, penulis maksudkan
hypocortisolism yang juga sinonim dengan kekurangan adrenal (adrenal
insufficiency) ialah paras kortisol sederhana rendah. Ia tidak serupa dengan
penyakit Addison di mana paras kortisol terlalu rendah.
Paul Robinson, pakar belajar sendiri
(beliau ada latar-belakang ilmu sains) yang pernah mengalami hipotiroidism dan
merawat dirinya sendiri dan berjaya kemudian berkecimpung membantu penghidap
hipotiroidism dan korstisol rendah melalui tulisannya menyenaraikan
simtom-simtom hipocortisolism seperti berikut:
• Gula
darah rendah - pening, tidak sihat, kelaparan.
•
Keletihan, keletihan yang teruk.
• Pening
(walaupun ketika duduk).
• Tekanan
darah rendah.
• Intoleransi
terhadap ubat tiroid dos rendah.
• Tindak
balas yang buruk terhadap rawatan tiroid atau kenaikan dos.
•
Kebimbangan atau ketidakupayaan untuk mengatasi tekanan.
• Rasa
marah atau marah atau panik.
• Merasa
sejuk / rendah suhu badan.
• Suhu
badan yang turun naik.
•
Sakit-sakit badan.
• Kulit
pucat atau sedikit kegelapan pada kulit.
• Kulit
kelihatan lebih nipis.
• Masalah
pencernaan - termasuk cirit-birit.
• Loya.
• Hilang
berat badan jika kortisol sangat rendah.
• Alahan
yang semakin teruk.
•
Gementar, goyah atau perasaan gelisah / hiper.
• Denyutan
jantung yang cepat terutamanya selepas ubat tiroid.
•
Kesukaran tidur.
• Gejala
seperti selesema.
·
Mengalami penyakit atau jangkitan dan sukar sembuh
·
Tekanan darah rendah
·
Paras gula darah rendah
·
Dorongan s e k s atau libido rendah
• Cincin
gelap di bawah mata.
• Sakit
belakang bahagian pinggang (di mana kelenjar adrenal terletak).
• Gejala bertanbah
buruk sekiranya terdapat tekanan.
• Kekok.
•
Keletihan pada waktu pagi tetapi lebih baik pada waktu petang.
Banyak simtom yang disenarai oleh Paul serupa
seperti disenaraikan oleh CDC Amerika Syarikat dan NHS United Kingdom, bukan?
Beliau tidak menyenaraikan dorongan s e k s atau libido
rendah. Ia bermaksud penghidap hypocortisolism masih memiliki dorongan s e k s
atau libido yang bagus kerana paras kortisol rendah memberi laluan kepada
hormon DHEA untuk disintesis kepada hormon lelaki dan wanita.
Namun begitu, penulis mengandaikan terdapat ramai
lelaki yang mengalami hypocortisolism akan mengalami libido rendah dan
disfungsi ereksi kerana mereka sering lesu di samping mood tidak bagus termasuk
resah dan murung, sering pening atau sakit kepala, sakit-sakit badan, sakit
pinggang (ini lagi parah, ia antara punca disfungsi ereksi) serta beberapa
simtom lain yang menyebabkan seorang lelaki tidak bersedia untuk hubungan s e k
s.
Adakah
hypocortisolism yang dibincangkan dalam artikel ini boleh reda?
Daripada pembacaan penulis dan
desas-desus yang penulis dengar setakat ini golongan perubatan moden akan
membantu penghidap sindrom pasca COVID19 berdasarkan simtom. Pening atau sakit
kepala dipreskripsi misalnya acetaminophen, begitu juga dengan demam selsema.
Ia reda dan kemudian kemungkinan untuk berulang adalah tinggi.
Adakah perubatan
alternatif menawarkan peredaannya?
Ya, terutama oleh pengamal perubatan
alternatif yang terlatih, berpengalaman dan mahir.
Bagaimana perubatan
alternatif mengenalpasti sindrom dan seterusnya mencadangkan kaedah peredaan?
Pertama, ia
bergantung kepada pengamal perubatan alternatif yang mana satu anda maksudkan.
Jika anda pergi
mendapatkan perhidmatan pawang atau bomoh yang menggunakan bisikan jin sudah tentu
mereka memberitahu misalnya ia perbuatan orang dekat (sihir, santau, jampi
mengarut) atau anda kena sampuk semasa lalu di bawah pokok itu ini. Ada juga
yang menggunakan ayat uran dan dicampur aduk dengan kepercayaannya misalnya
‘nenek’ (sebenarnya jin) mereka akan datang bantu penghidap. Dan pelbagai
lagila sembang buang masa, tenaga dan wanh ringgit. Daripada sisi agama Islam
sudah tentu perbuatan berjumpa dan minta tolong daripada kahin membawa kepada
kesyirikan.
Bagaimana dengan pakcik/atok itu ini yang misalnya
tinggal di tepi hutan?
Sebahagian mereka memang biasa dengan ubatan tradisional terdiri daripada akar kayu, ranting, kulit pokok, daun atau buah. Apabila pulang anda akan dibekalkan samada air rebusan herba atau herba kering yang anda perlu rebus dan minum airnya pada dos dan kekerapan tertentu.
Jika resepi herba mengena atau serasi (biasanya dalam setiap ramuan herba menawarkan pelbagai aktiviti biologi) maka simtom-simtom dan mungkin penyakit yang anda alami akan reda pada tempoh tertentu.
Perbazaan mereka dengan pengamal seperti penulis, mereka tidak faham sedikit pun atau sangat sedikit jika anda terangkan apa yang penulis bincangkan dalam artikel ini.
Kalau jumpa Tok imam atau ustaz?
Mereka ini lebih banyak membantu meredakan sebarang penyakit atau masalah kesihatan dengan berdoa kepada Allah. Sebahagian daripada mereka ada juga yang faham ilmu perubatan alternatif dan mungkin anda akan dicadangkan mengamalkan kaedah tertentu.
Kadang-kadang usaha dan doa mereka ini mustajab, dikabulkan Allah walau pun sekadar minum air rukyah segelas. Kalau rasa hendak jalan mudah, anda jumpa golongan ini. Namun, begitu, kesan dan keefektifannya anda yang akan alami sendiri.
Kaedah penulis?
Sekali imbas ia agak renyah.
Mereka yang kurang berkemampuan akan mendapati protokol yang penulis cadangkan tidak mampu untuk dihadapi. Namun begitu, kepada mereka yang ingin berusaha penulis alu-alukan usaha anda.
NOTA: jika anda disahkan doktor mengalami penyakit tertentu selepas tamat mengalami infeksi COVID19 (telah disahkan negatif) termasuk beberapa jenis masalah jantung, diabetes jenis 2, penyakit buah pinggang atau organ hati maka anda harus menjauhi daripada teringin mencuba cadangan yang diberikan dalam artikel ini.
SARANAN PENULIS
Sekarang penulis pergi ke poin yang akan dapat membantu anda dalam usaha meredakan sindrom pasca COVID19 anda.
Tiga perkara yang anda harus amalkan iaitu:
PERTAMA: Perubahan gaya/cara hidup
KEDUA: Penokok diet
KETIGA: Herba
Bagi mengoptima keberkesanan kaedah peredaan, anda dinasihatkan agar mengamalkan ketiga-tiga perkara tersebut serentak.
PERTAMA: Perubahan gaya/cara hidup
Perubahan gaya/cara hidup adalah keutamaan. Amalan gaya hidup yang sesuai seharusnya diadopsi sebagai strategi asas dalam usaha menormalkan paras kortisol:
- · mengawal
inflamasi atau keradangan. Ia penting kerana inflamasi menghalang ekspresi gen
yang sterusnya melambatkan proses pembaikpulihan organ dan kelenjar yang rosak. Keradangan boleh berpunca daripada banyak perkara
misalnya makan makanan bergula secara berlebihan dan berterusan menyebabkan
molekul radikal bebas sebagai produk hiliran pembinaan tenaga dalam mitokondria
akan bertambah. Keradangan juga boleh berpunca daripada phagositosis dan autophagy
berterusan kerana memusnahkan sel-sel rosak dan mati, Stres emosi berpanjangan
adalah punca keradangan. Stres emosi dan fizikal kerana mengalami penyakit tertentu atau masuk
hospital. Proses detoksifikasi bahan makanan (terutama sering makan berlebihan)
dan ubat-ubatan disertai dengan nutrien bagi mengimbangi detoks tidak seimbang
juga punca keradangan. Makan makanan rendah antioksidan secara berpanjangan
juga punca keradangan.
- · mencegah stres
oksidatif (molekul radikal bebas
lebih tinggi daripada antioksidan yang jika tidak dicegah akan menyebabkan
kerosakan oksidatif (kerosakan banyak jenis bimolekul termasuk pelbagai jenis
organ).
- · Sebahagian daripada elemen gaya hidup dan perubahan gaya hidup secara keseluruhan dipercayai membantu tubuh menggunakan nutrien secara cekap
Elemen-elemen gaya/cara hidup holistik:
1. Makan secara
seimbang pada waktunya, mencukupi dan tidak berlebihan. Paling elok amalkan tabiat makan berdasarkan
cadangan Rasulullah SAW iaitu 1/3 perut untuk makanan; 1/3 untuk minuman; 1/3
untuk bernafas. Jika anda makan pada 3 waktu utama secara tetap, minum air
kosong/mineral dan sepotong dua buah-buahan seperti jambu batu, nenas, tembikai
atau manga pada waktu minum teh antara dua waktu makan leibih baik daripada
minum teh tarik manis dan roti canai atau kuih muih kaya karbohidrat. Apabila
rasa lapar pada waktu malam memadai minum air kosong/mineral sahaja. Anda boleh
ajar diri anda bahawa rasa lapar itu sebenarnya anda dahaga. Alah bisa tegal
biasa.
2. Elakkan
daripada makan makanan tinggi karbohidrat secara berlebihan termasuk nasi, tepung gandum, gula dan
makanan/minuman bergula.
3. Minum air
kosong/mineral secukupnya, 6-8 gelas sehari. Minum air manis pada kuantiti sama sepanjang hari
boleh mengundang penyakit dan meningkatkan toksin dalam tubuh termasuk molekul
radikal bebas berlebihan (dibina sebagai produk hiliran ketika proses pembinaan
tenada dalam mitokondria). Begitu juga dengan nasi, tepung berlebihan. Kerap
minum air kosong membantu mengganti air yang berkurangan dalam tubuh dan
membantu menyah bahan-bahan bertoksin daripada tubuh. Air kosong ditambah
perahan limau nipis atau lemon ialah amalan yang baik.
4. Elakkan
daripada makan makanan menggunakan aditif tiruan termasuk pewarna dan perisa
tiruan. Mengenai bahan awet,
penulis terbuka menerima asid benzoik atau natrium benzoat sebagai bahan awet
kerana asid benzoik ialah wujud dalam tumbuh-tumbuhan sdbagai prekursor
sintesis pelbagai fitokimia yang bermanfaat kepada tumbuhan dan manusia. Kicap
dan kecap (sos) biasanya mengandungi asid benzoik pada paras dibenarkan pihak
otoriti.
5. Biasakan diri
makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Belajar suka makan ulam-ulaman. Antioksidan
seperti karotenoid dan bioflavonoid amat penting kepada kesihatan bio-molekul
dan komponen sel termasuk DNA. Kesan epigenetik utama bahan-bahan
berantioksidan ialah ia mempastikan ekspresi gen berjalan dengan lancar. Jadi,
pemuliharaan sel-sel tubuh pada tahap molekul dapat dilakukan dengan baik.
Antioksidan antara lain juga berfungsi membantu detoksifikasi (menyahtoksin)
dan meredakan INFLAMASI (keradangan).
6. Makan
makanan yang sesuai dengan jenis metabolism anda. Anda lebih mengetahui jika anda: boleh makan
serba-serbi, sesuai makan makanan berlemak dan berprotein tinggi atau sesuai
makan makanan tinggi sayur-sayuran dan buah-buahan, protein sederhana dan
rendah lemak. Makanan yang sesuai dengan jenis metabolism bantu ke arah tahap
kesihatan baik sebaliknya makanan yang tidak sesuai mengundang masalah misalnya
kerap kembung perut dan diarea. Inflamasi berpanjangan dipercayai merencat atau
melambatkan proses peredaan.
7. Elakkan merokok Jika merokok cuba berhenti secara beransur-ansur
dan ramai yang mengalami manfaat yang baik daripada segi kesihatan fizikal dan
mental. Anda bukan sahaja bakar duit malah anda membawa mala-petaka ke dalam
tubuh. Untuk peroses pemuliharaan sel dan komponennya berjalan lancar, molekul kategori
tar buat jalan-raya dan molekul radikal bebas daripada asap rokok (penghisap
dan terpakai) sepatutnya dielakkan sama-sekali. Asap rokok mengurangkan paras
banyak jenis antioksidan dengan ketara. Mengapa anda mesti membazir dan
mendedahkan diri kepada bahan yang berbahaya dan tidak bermanfaat kepada
kesihatan tubuh?
8. Kurangkan
makanan bergoreng secara terendam lama. Jika benar-benar teringin makan ayam goring bersalut tepung yang
digoreng warna keemasan, makanlah dengan kadar berpada-pada. Sesekali cuba
makan dengan buang kulit yang garing itu.
9. Elakkan
sembelit – simpan najis lebih
daripada dua hari. Kekerapan sembelit menjadikan racun akibat sembelit dikitar
dalam tubuh dan membebankan fungsi organ hati. Penulis kenal dengan seseorang
yang membiarkan dirinya sembelit selama bertahun-tahun mengalami kanser otak.
10.Bersenam
secukupnya. Lain ahli/pakar/pengamal
lain saranannya. Jika berlari 30 min sehari 3 kali seminggu tidak mampu
dilakukan, anda hanya perlu berjalan kaki biasa samada dalam pasaraya ketika
membeli-belah (bersiar-siar), dalam taman, tepi tasik, dalam kawasan perumahan
atau hutan lipur. Berjalan sekurang-kurangnya 30 min setiap kali, 3 kali
seminggu. Bersenam secukupnya antara lain bantu anda mudah tidur tidur lebih
lena, libido lelaki dan wanita lebih baik (misalnya terhadap sentukan dan
gesekan kulit), mengharmoni sistem imiun dan menenangkan fikiran. Sesekali
amalkan mandian belentara ‘forest bathing’ di mana haruman daripada flora dalam
hutan dapat merehatkan emosi, tubuh dan sosialisasi (jika anda ditemani
seseorang atau berinteraksi dengan orang lain).
12. Urus stres dengan baik dan bijak. Jika
misalnya punca stres anda dalam bentuk kewangan, carilah jalan untuk
mengatasinya misalnya dengan mengecilkan perbelanjaan. Kerja diberhentikan, maka
berusahalah mencari perkerjaan. Stres kerana kematian seseorang, anda beritahu
diri, aku harus move on, aku doakan moga ALLAH ampuni semua dosanya dan akan
ditemukan disyurga nanti. Mengamalkan hidup dalam sejarah setiap hari hanya
akan mengundang bala termasuk kemuruangan dan keresahan.
Allah nyatakan dalama uran bahawa
wali Allah (orang beriman) tidak
khuatir (gusar dan sebangsanya) dan
bersedih hati)
13.Mendekatkan
diri dengan ALLAH dengan bertakwa dan sholat lima waktu secara tetap. Sentiasa berdoa mohon kebaikan kehidupan dunia dan
akhirat. Jika mengalami musibah berdoa kepadaNya mohon diangkat musibah atau
diberi jalan penyelesaian dan jangan lupa meminta kepada-Nya terus dibekalkan
dengan perasaan sabar dalam menghadapi sebarang ujian. Luangkan masa untuk
membaca dan mendengar bacaan uran dan dengar kuliah-kuliah agama. Ia bagi
membantu hati anda menjadi lembut dan bersedia mengalami atau melakukan
perubahan.
14.
Jika
anda seorang yang cerewet, maka belajarlah banyak
bersabar. Memang sifat cerewet bantu kehidupan dan perniagaan
seseorang menjadi maju. Belajar terima hakikat bahawa terlalu cerewet
menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling. Guna teknik atau strategini lain
untuk mencapai matlamat. Teknik alternatif sentiasa ada. Tepuk dada tanya
selera. Terlalu cerewet bukan sahaja
buat anda stres dan memburukkan lagi simtom yang dialami malah ia melambatkan proses peredaan.
15.
Berinteraksi
dengan orang tersayang dan orang sekeliling.
Mengadu masalah tertentu
dengan teman karib juga langkah bijak. Anda
melakukan aktiviti positif untuk
psiko-emosi, fizikal dan kerohanian
(jaga silaturrahim moga ALLAH limpahkan
rezeki termasuk kesabaran
yang tinggi menghadapi dugaan dan
kesembuhan.
16.
Dedahkan diri kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya
10 minit sehari. Sungguh pun kita tinggal di
negara yang keamaatan cahaya matahari tinggi namun ramai yang samada tinggal di
rumah atau bekerja di pejabat tidak sempat mendedahkan diri kepada sinaran
matahari. Jika dapat sinaran matahari pagi lebih baik. Jika tidak sesekali
keluarlah waktu makan tengah hari dengan berjalan kaki menuju tempat makan
(selain bulan puasa). Ultraungu amat penting bagi membantu penjaanaan vitamin D
daripada kolesterol. Vitamin D pula amat penting dalam membantu kelancaran
ekpresi gen dan fungsi enzim serta hormon.
17.
Sentiasa
bersedia dan menerima perubahan yang berlaku dalam hidup. Contohnya jika setelah berkali-kali anda berusaha
berjumpa doktor namun nasihat dan prespriksi yang diberikan kurang membantu
meredakan sindrom pasca COVID19 maka bukalah hati untuk mencari kaedah peredaan
alternatif dengan berbekalkan diri anda sebagai ‘informed citizen’ untuk
menjadi lebih educated. Ia akan membekalkan anda pengetahuan baru yang dapat
membantu anda untuk melakukan keputusan yang tepat.
KEDUA: Penokok diet
Makanan tambahan makanan berperanan
sangat penting dalam meredakan hypocortisolism dengan membantu memulihara
pituitari dan/atau kelenjar adrenal.
Pertimbangkan untuk menambah penokok diet yang dicadangkan ke dalam diet harian anda. Pastikan anda berjumpa dengan doktor anda sebelum anda memulakannya bagi menentukan dos yang sesuai.
Kepentingan dan fungsi masing-masing penokok diet akan dijelaskan secara ringkas kerana anda perlu memahami mengapa ia disertakan sebagai sebahagian daripada program mengembalikan paras kortisol anda ke tahap normal dan keperluan pengambilannya secara berkala.
Vitamin C
Sebenarnya, kelenjar adrenal anda adalah salah satu organ dengan kepekatan vitamin C tertinggi dan memanfaatkan vitamin ini untuk menjalankan tugasnya. Sifat antioksidan dan antiradang vitamin C dipercayai dapat membantu ekspresi gen secara umum menjalankan tugas secara sempurna. Inilah sebabnya mengapa penulis meletak vitamin C di bahagian paling atas dalam senarai pemuliharaan hypothalamus, pituitari dan adrenal.
Vitamin C digunakan oleh kelenjar adrenal dalam penghasilan semua hormon adrenal, terutama kortisol. Apabila anda menghadapi situasi tertekan, vitamin C anda cepat habis dalam penghasilan kortisol dan hormon tindak balas tekanan yang berkaitan. Selain memulihara dengan mengambalikan kesihatan asal hypoyhalamus, pituitari dan adrenal, vitamin C dipercayai membantu tindakan epigenetik yang baik pada pituitari dan adrenal, masing-masing dalam menghasilkan ACTH dan kortisol.
Cadangan untuk dos vitamin C
2,000 – 4,000 mg untuk orang dewasa.
Ia diambil dalam dos berasingan hingga mencecah toleransi. Untuk menguji toleransi anda ambil 500 mg untuk peringkat awal. Ambil 500 mg lagi 4 jam selepas itu dan 500 lagi 4 jam berikutnya. Jika anda tidak mengalami diarea, maka cuba gandakan kepada 1,000 setiap kali ambilan. Jika katakan anda mula mengalami diarea untuk ambilan 1,500 (sekali ambil), maka dos maksimum yanhg sesuai dan ‘boleh diserap’ oleh tubuh anda ialah di bawah 1,500 untuk setiap ambilan iaitu maksimum 1,000 mg setiap ambilan.
JANGAN LUPA
Ambil vitamin C anda dengan bioflavonoid misalnya dengan sirap pekat delima Turki, 1 camca teh dibancuh dengan secawan air mineral dan diambil dengan sukatan vitamin C yang sesuai dengan anda.
PERINGATAN, jika anda mengalami gout elak daripada mengambil vitamin C dos tinggi. Secara umum, walau bagaimana pun, 1 sudu cuka epal/tamar ditambah ke dalam air yang ditambah sirap pekat Turki di atas dipercayai berupaya mencegah daripada pembentukan asid urik.
Vitamin C memperkuat kesan ubatan moden bersifat mencairkan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Jika anda mengambil ubat-ubaan tersebut anda dinasihatkan mengambil vitamin C sekurang-kurangnya 1 jam atau sebelum mengambil ubat-ubatan tersebut.
ELAKKAN daripada mengambil vitamin C dos tinggi jika anda mengalami masalah buah pinggang.
Aktiviti biologi vitamin C: anioksidan, antiradang, antivirus, antibakteria, antiflu, immunomodulatori (memodulasi sistem imiun), vulnerari (merawat luka), antistres.
Sediaan vitamin C yang baik
- a Tablet yang mengandungi vitamin C dan bioflavonoid
- b. Tablet pelepasan perlahan (slow release) bagus untuk
mereka yang tidak tahan dengan makanan berasid
- c. Liposomal vitamin C (vitamin C yang dibaur dengan
lecithin menggunakan mesin altrasonik. Penyerapannya lebih baik daripada
vitamin C biasa . Dos pengambilan jenis ini dicadangkan pada 1,000 – 1,500 mg
sehari. Vitamin jenis ini dikatakan dapat mengelakkan sakit perut dan diarea.
Sariawan
Jika anda ingin berhenti daripada mengambil vitamin,
kurangkan dos secara berperingkat, misalnya daripada 1,000 mg kepada 500 setiap
ambilan. Berhenti mendadak mendedahkan anda kepada simtom pengunduran dalam
bentuk sariawan dalam mulut (putih berlopak dan pedih).
Vitamin
B kompleks
Kekurangan vitamin B boleh mempengaruhi kesihatan
keseluruhan malah boleh menyebabkan kelesuan adrenal. Banyak jenis vitamin B
penting untuk kesihatan yang optimum namun vitamin B tertentu, vitamin B5 (asid
pantotenik), sangat penting untuk kesihatan adrenal. Berikut adalah beberapa
vitamin B yang perlu anda amalkan ketika anda menghadapi tekanan dan kelesuan
adrenal
Tiamin
(vitamin B1)
Vitamin B1 (tiamin) penting untuk sel berfungsi
dengan cekap dan fungsi saraf dan otot yang mencukupi. Ia berperanan bukan
sahaja dalam membantu sel menghasilkan tenaga tetapi juga membantu tubuh anda
memproses glukosa. Paras glukosa yang tinggi atau rendah dapat menyebabkan masalah
pada penderita kelesuan adrenal, kekurangan vitamin B1 sangat merisaukan.
Sesetengah orang menganggap kekurangan vitamin B1
hanya berlaku pada orang yang menyalahgunakan alkohol; namun ramai orang
terutama mereka yang menghidap penyakit kronik dikhuatiri mengalami kekurangan
vitamin ini.
Sekiranya anda pernah berada di hospital misalnya
kerana menjalani rawatan COVID19 terutama dalam rawatan kritikal, kemungkinan
besar anda mengalami kekurangan vitamin B1.
Sejumlah masalah kesihatan dikaitkan dengan
kekurangan vitamin B1. Kekurangan vitamin B1 yang ketara dapat mempengaruhi fungsi
jantung yang boleh menyebabkan kegagalan jantung dan kematian.
Kekurangan vitamin B1 yang teruk boleh merangkumi
keadaan yang disebut ensefalopati Wernicke, yang merangkumi kekeliruan akut dan
kesukaran berjalan. Keadaan ini biasa dilihat pada orang yang mempunyai sejarah
alkohol.
Perhatikan bahawa ramai orang mempunyai tahap
vitamin B1 yang rendah tanpa mengalami gejala akut. Sekiranya doktor anda
mengesyaki anda mungkin kekurangan vitamin B1 anda boleh menjalani ujian darah.
Walau pun begitu, ujian biasanya tidak diperlukan dan selalunya pengamal yang
bijak anda akan mencadangkan mengenai perubagan diet anda atau menggunakan
suplemen. Makanan yang tinggi vitamin B1 termasuk ikan, kacang, dan biji.
Riboflavin
(vitamin B2)
Vitamin B2 (riboflavin) penting untuk fungsi
mitokondria (pusat tenaga / tenaga sel) dan kelenjar adrenal. Para penyelidik
percaya bahawa vitamin B2 berfungsi dengan vitamin C, pada dasarnya
meningkatkan fungsi sel-sel di kelenjar adrenal. Vitamin B2 juga merupakan
kunci untuk mengekalkan sistem saraf yang sihat.
Tanda-tanda kekurangan B2 yang teruk boleh merangkumi kelemahan, sakit tekak, keretakan kulit (terutama di sudut luar mulut), dan lidah yang bengkak. Mata boleh terjejas terutamanya; simptom termasuk penglihatan kabur, penglihatan berganda, dan fotofobia (kepekaan terhadap cahaya). Perhatikan bahawa seperti vitamin lain, tahap yang lebih rendah daripada biasa tidak menyebabkan gejala ini.
Sayuran hijau, ikan, dan bijirin yang diperkaya
adalah sumber vitamin B2 yang sangat baik.
Niacin
(vitamin B3)
Niacin adalah vitamin B yang membantu meningkatkan
kadar HDL. Ia juga penting dalam fungsi kelenjar adrenal dengan bertindak
sebagai bahan penting dalam penghasilan hormon adrenal.
Penurunan niasin yang ketara boleh menyebabkan keadaan
yang disebut pellagra. Gejala pellagra termasuk tiga: dermatitis, cirit-birit,
dan kemurungan. Walau bagaimanapun, tahap vitamin ini yang lebih rendah
daripada biasa jarang menyebabkan gejala ini berlaku.
Makanan yang tinggi vitamin B3 termasuk ikan, unggas,
dan kacang-kacangan.
Asid
pantotenik (vitamin B5)
Daripada semua vitamin B, vitamin B5 (asid
pantotenik) mungkin yang paling
penting untuk fungsi kelenjar adrenal. Kajian berasaskan makmal yang
berbeza-beza menunjukkan bahawa ia dapat meningkatkan suplemen hormon adrenal
termasuk kortisol dan progesteron.
Di samping itu, ia dapat membantu mengatur tindak-balas
reseptor kelenjar adrenal dan mencegahnya daripada menjadi sangat responsif.
Tanpa suplemen B5 yang betul, seseorang yang mengalami keletihan adrenal
berisiko mengalami keletihan adrenal; kelenjar adrenal tidak akan dapat
memenuhi permintaan metabolik badan. Seperti vitamin B yang lain, vitamin B5
penting untuk pemprosesan karbohidrat dan juga sokongan sistem saraf.
Gejala kekurangan vitamin B5 termasuk peningkatan
perasaan mudah marah, masalah kualiti
tidur, kelesuan, dan kemurungan.
Makanan yang dapat membantu meningkatkan kadar B5
termasuk sayur-sayuran hijau (seperti brokoli dan asparagus) serta yogurt dan
telur.
Pyridoxine
(vitamin B6)
Vitamin B6 (pyridoxine) penting untuk fungsi
kelenjar adrenal dan ia merupakan salah satu vitamin B yang penting dalam
penghasilan hormon adrenal.
Paras vitamin B6 yang rendah dapat mempengaruhi
fungsi saraf dan merupakan faktor risiko untuk kemurungan. Kekurangan
sepenuhnya vitamin ini sangat jarang berlaku di negara perindustrian. Gejala
umum kekurangan B6 adalah neuropati periferal, yang menyebabkan mati rasa
(kebas) dan kesemutan di tangan dan kaki. Perhatikan bahawa ubat-ubatan
tertentu dapat menghalang pengeluaran B6; contoh yang biasa ialah isoniazid
(isonicotinylhydrazine, atau INH), yang digunakan untuk merawat batuk kering.
Makanan dengan kandungan vitamin B6 tinggi termasuk
ikan, kacang, dan biji.
Cyanocobalamin
(vitamin B12)
Vitamin B12 (cyanocobalamin) penting untuk fungsi
saraf dan kesihatan sel. Seperti semua vitamin B yang lain, vitamin B12 penting
untuk sintesis hormon adrenal.
Penyebab kekurangan B12 termasuk anemia yang
merosakkan (keadaan autoimun di mana tubuh membentuk antibodi terhadap sel-sel
perut tertentu yang bertanggungjawab untuk pengeluaran dan penyerapan B12) dan
ubat-ubatan tertentu; contoh biasa adalah metformin (Glucophage) iaitu ubat
yang paling biasa dipreskripsi doktor untuk penghidap diabetes.
Paras vitamin B12 yang rendah adalah faktor risiko
untuk kemurungan. Gejala kekurangan B12 boleh merangkumi cirit-birit, mati rasa
(kebas) dan kesemutan di tangan dan kaki (neuropati), demensia, dan masalah
dengan keseimbangan dan koordinasi.
Makanan yang tinggi kandungan B12 termasuk ikan,
unggas, dan telur.
Tablet
Jika anda dapati diri anda tidak mungkin berupaya
mendapatkan kesemua vitamin-vitamin B tersebut daripada makanan yang anda
makan, maka anda disaran untuk mengambil tablet yang mudah dibeli di kedai
farmasi atau atas talian,
Dos dan cara
pengambilan
1 tablet
setiap hari
Zink
Berbanding dengan mineral lain, zink merupakan zat yang
sangat difahami oleh ramai pengamal dan orang awam kategori informed citizen di
luar komuniti perubatan dan saintifik. Penghidap keletihan harus menyedari
sifat penting bekalan zink tubuh dan keletihan serta gejala lain yang boleh
menyertai kekurangan zink.
Simtom-simtom utama kekurangan zink termasuk:
- ·
kehilangan tenaga (lesu)
- ·
kehilangan selera
makan
- ·
kemurungan
- ·
mudah mengalami jangkitan
namun lambat pulih.
- ·
berat badan berkurangan
- ·
keguguran rambut
- ·
kekurangan libido
- ·
ereksi disfungsi
- ·
fungsi neuropsikologi
bermasalah - menyebabkan masalah dengan fokus, rentang perhatian dan kemahiran
motor. Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada kesan tersebut.
Sindrom usus bocor (leaky gut syndrome) yang dihadapi
oleh ramai orang yang mengalami kelesuan juga boleh disebabkan oleh paras zink.
Ia boleh menyebabkan masalah dengan penyerapan pelbagai nutrien, suatu keadaan
membatasi kemampuan tubuh untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk
berfungsi dengan baik.
Zink AMAT PENTING untuk kesihatan tubuh kerana ia
membantu pertumbuhan, pembinaan dan pembahagian sel. Selain itu ia terlibat
secara langsung dengan ekspresi gen. Ekspresi gen yang cekap amat diperlukan
tubuh dalam proses penjagaan dan pemuliharaan kesihatan secara keseluruhan dan
dalam kes anda ialah membaikpulih dan mengembalikan perembesan ACTH oleh
pituitari serta kortisol dan aldosterone yang dirembes oleh kelenjar adrenal korteks
kepada paras normal.
Mengesahkan
kekurangan zink
Doktor berilmu dan bijak terutama yang mengamal
perubatan intergratif berupaya mengesan kekurangan zink melalui pemeriksaan fizikal pesakit dan diagnosis klinikal
berdasarkan gejala atau simtom. Doktor biasanya mendeduksi kekurangan zinc apabila mengesan simtom seperti tindak-balas
imun yang lemah, kemurungan, deria rasa dan bau berkurangan/hilang, keguguran
rambut, cirit-birit dan sudah tentu keletihan. Kemahiran ini sebenarnya
dimiliki juga oleh ramai pengamal perubatan alternatif terlatih, berpengalaman
dan mahir.
Kuantiti
zink yang perlu diambil
Sebahagian pakar menyarankan 15 mg (elemental)
setiap hari memadai. Antara jenama utama yang penulis sendiri sering guna untuk
diri dan keluarga ialah jenama Solaray. Zink ini dalam bentuk sebatian zinc picolinate
yang dikapsul dalam kapsul berasaskan tumbuhan. Penyerapannya lebih cekap
dengan pengambilan secara bersama dengan vitamin B6 (daripada makanan tertentu
atau yang terdapat dalam suplemen B kompleks yang anda ambil.
ADAPTOGEN
Herba bersifat adaptogen merupakan sekumpulan herba kategori luas yang terkenal
dalam membantu tubuh dengan pelbagai cara terutama meningkatkan cara kita
bertindak balas terhadap tekanan. Ia meningkatkan dan mengatur kemampuan tubuh
untuk menahan tekanan dengan meningkatkan fungsi adrenal.
Adaptogen berfungsi dengan melaras paksi hypothalamus-pituitari-adrenal (HPA: otak
dan adrenal anda berkomunikasi) dalam membantu mengimbangkan pengeluaran
kortisol anda. Herba adaptogen ini biasa digunakan dalam Perubatan Tradisional
Cina, Ayruvedic, dan ubat-ubatan tradisional yang lain untuk jangka masa yang
lama untuk meningkatkan kesuburan, stamina, sokongan kekebalan tubuh dan
melambatkan penuaan.
Terdapat pelbagai jenis herba adaptogen termasuk antara lain Ashwagandha, Amalaki (amla), Ginseng Siberia, Dang Shen, Likoris, Ruku-ruku (varian Tulasi), Rhodiola, Ganoderma dan Schizandra, Pegaga, Goji dan Burdock.
Artikel ini hanya mencadangkan dua jenis adaptogen iaitu Ashwagandha dan Pegaga. Untuk menggunakan herba lain dalam senarai di atas anda harus melakukan kajian dengan mencari maklumat mengenai kegunaan tradisionalnya, aktiviti biologi, keberkesanan sebagai adaptogen (ada yang berkesan cepat ada yang lambat), cara mengambil, dos dan masa pengambilan, interaksi dengan ubatan moden (jika ada) dan keselamatan.
PEGAGA
Ayurveda menggunakan
herba ini untuk membantu menguatkan fungsi otak. Teks Sanskrit kuno memuji penggunaan jus gotu kola secara
kerap (juga disebut brahmi dan pennywort) dengan faedah kognitif yang ajaib
termasuk memori kategori fotografi.
Kajian awal menyokong banyak dakwaan perubatan tradisional terhadap manfaat pegaga dalam meningkatkan fungsi mitokondria, bertindak sebagai neuroprotektif, nootropik (agen pintar), antioksidan, anti-radang, mendorong pertumbuhan semula saraf dan mengurangkan kesan negatif plak beta amiloid (bantu cegah atau memperlahan Alzheimer).
Keselamatan
Secara umum penggunaannya untuk perubatan secara tradisional boleh diterima dan selamat samada untuk untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Namun, ia boleh menghalang konsepsi dan harus dielakkan semasa kehamilan. Kebimbangan mengenai ketoksikan hati berpunca dari tiga kajian kes pada wanita Amerika Latin yang melibatkan suplemen penurunan berat badan berasaskan pegaga yang menunjukkan ia berpunca kerana mencampurkan herba lain atau masalah kualiti (biasa berlaku pada suplemen penurunan berat badan). Ia bukan masalah keselamatan pegaga itu sendiri.
Sebenarnya pegaga tidak sesuai dijadikan ramuan penurunan berat badan. Sebatian terpencil dalam pegaga dilaporkan mendorong pertumbuhan tumor pada tikus, namun kajian-kajian lain mengenai pegaga dan konstituennya mendapati aktiviti anti-tumor, anti-barah (sila semak kajian mengenai asiaticosides dan kajian mengenai asid asiatik). Sila dapatkan nasihat doktor kesihatan sebelum mengambil makanan tambahan.
Cara Menggunakan Pegaga
Teh: 1 sudu teh herba kering per 1 cawan air 5 minit selepas mendidih, tutup cawan selama 10 min, Minum 1-3 cawan setiap hari. Dicampur dengan halia, kayu manis, teh hijau, atau ruku-ruku – setiap satu ada fungsinya, sila kaji.
Kapsul: 500 hingga 1000 mg setiap hari, untuk kapsul standard ikut arahan pada label:
ASHWAGANDHA
Ashwagandha (Withania somnifera) yang juga mendapat jolokan ginseng India merupakan salah satu adaptogen yang diketahui dapat mengimbangkan tahap kortisol dengan baik. Ia telah digunakan selama berabad-abad dalam perubatan Ayurveda. Ia dianggap sebagai 'Rasayana' - sediaan herba yang membantu dalam menjaga kesihatan dan melambatkan penuaan.
Withanolides adalah sebatian aktif utama yang terdapat dalam ashwagandha yang menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Akar, daun, bunga dan biji biasa digunakan untuk sifat terapeutiknya. Ia mempunyai sifat anti-kelesuan, tindakan anti-stres, aktiviti anti-keresahan disamping melindungi kesihatan seksual dan imun.
Kemampuannya dalam menyokong sistem saraf membantu memulihkan keseimbangan metabolism — terutama ketika telah mengalami kegemukan, kekurangan gizi atau sangat tertekan. Ashwagandha mendorong tenaga berkualiti sepanjang hari, tidur nyenyak di malam hari, dan menghasilkan fikiran tenang dan fisiologi yang seimbang.
Analgesik
Ekstrak akar Ashwagandha didapati bertindak sebagai analgesik penghilang (analgesik) semula jadi. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Behavioral Pharmacology, 2016 menunjukkan bahawa ekstrak ashwagandha melegakan kesakitan dengan mengatur sistem opioidergik dan sistem glutaminergik pada model haiwan. Sistem glutaminergik merujuk kepada laluan otak yang diatur secara dominan oleh neurotransmitter, glutamat.
Kajian lain menunjukkan ashwagandha mampu menjaga dan menguatkan fungsi memori pada manusia. Kajian juga menunjukkan ashawagandha dapat meredakan kemurungan dan keresahan. Kajian juga mendapati ia mampu memperbaiki mutu tidur. Sifat antioksidannya didapati dapat membantu memperbaiki pergerakan tubuh pada mereka yang mengalami fibromyalgia (sakit otot seluruh tubuh disertai kelesuan).
Keselamatan
Kajian ketoksikan menunjukkan ashwagandha selamat. Bukti anekdot menunjukkan ia sukar dicerna kerana itu ia harus dielakkan sekiranya anda mengalami gangguan pencernaan atau refluks asid yang serius. Ashwagandha harus dihindari oleh individu dengan Pitta dosha atau mereka yang cenderung mengalami refluks asid. Dalam kes seperti itu, lebih baik berunding dengan pengamal Ayurveda mengenai penggabungannya dengan herba lain.
Kajian menunjukkan menggunakan dos 300mg ekstrak dua kali sehari dilaporkan menimnilkan kesan sampingan ringan seperti kesesakan hidung, sembelit, mengantuk, penurunan selera makan, batuk, dan selsema. Kajian lain melaporkan kesan sampingan pada dos tinggi (750mg, sekali ambil) seperti peningkatan selera makan, libido, halusinasi, dan vertigo. Tidak ada banyak data untuk mengulas keselamatan penggunaan asgwagandha semasa kehamilan dan menyusui. Jadi elak daripada mengambilnya ketika anda mengalami keadaan itu. Sila dapatkan nasihat doktor kesihatan sebelum mengambil makanan tambahan.
PERHATIAN: Jika anda ingin memandu elakkan daripada mengambil ashwagandha bersendirian kerana ia bersifat merehatkan otak dan saraf yang menjadikan anda mudah mengantuk.
Dos dan Cara Pengambilan
Ashwagandha boleh didapati dalam bentuk seperti kapsul dan akar kering.
Julat dos selamat suplemen ashwagandha standard ialah 300-500mg, 1-2 kali sehari.
Rebusan: 3
sudu teh akar kering (ditumbuk separuh lumat) direbus dengan 1 liter air hingga
air berkurang kepada 750 ml. Asingkan serdak dan minum air rebusan 1 cawan
setiap kali, 3 X sehari.
SARANAN: Tambah beberapa hiris halia atau cebisan kayu manis bagi mengurangkan kesan sedatif ashwagandha.
NOTA: Kedua-dua pegaga dan asgwagandha boleh disediakan secara bersama. Misalnya dengan merebus 1.5 camca teh herba kering masing-masing pegaga dan ashwagandha dengan kaedah penyediaan yang serupa seperti digariskan di atas.
Jika ambil kapsul: ambil 300 mg pegaga dan 300 mg ashwagandha serentak, 3 X sehari. Jenama yang disyor penulis ialah Gotu Kola dan Ashwagandha (kedua-duanya kapsul vege.) keluaran Himalayan Herbal Heathcare.
Untuk pengetahuan, penulis sama sekali tiada kena mengena daripada sebarang segi dengan pengeluar jenama Solaray dan syarikat Himalayan Herbal Heathcare. Penulis mencadangkan kedua-duanya kerana penulis biasa menggunanya di samping ia mudah didapati termasuk pembelian atas talian.
Gabungan Ashwagandha, Pegaga dan Tulasi dan lain-lain herba
Gabungan tiga jenis herba ini dipercayai dapat mempercepat proses pemulihan meningkatkan paras kortisol dan meredakan kabut otak di samping bertindak sebagai antioksidan dan antiradang. Himalayan Herbal Heathcare menawarkan produk mengandungi ketiga-tiga herba tersebut dengan panggilan StressCare.
Menurut deskripsi (pinjam) ia membantu:
- ·
meredakan tekanan berasaskan tumbuhan tanpa merasa mengantuk
- · Projek Bukan GMO disahkan dengan Ashwagandha, Holy Basil, Gotu Kola dan
ramuan herba lain
- ·
Meningkatkan tenaga anda dan menurunkan tahap tekanan anda
- ·
merehatkan minda dan badan
- · Memelihara fungsi adrenal anda dan menyokong tahap normal hormon stres kortisol
- Menyokong sistem saraf pusat anda untuk mencapai kerehatan dan ketenangan yang normal
Sebelum
melakukan sebarang kaedah yang dicadangkan anda disarankan agar baca Bismillah
penuh diikuti dengan doa misalnya (dalam Bahasa Melayu pun baik), “Ya, Allah,
Sesungguhnya Engkau yang memberi penyakit dan Engkau juga yang memberi
kesembuhan. Aku bermohon kepadaMu agar disembuhkan masalah kesihatanku ini.
Aaaaaamiin” Lebih baik jika dmulai dengan ayat memujinya diikuti dengan selamat
ke atas Rasulullah SAW dan keluarganya dan ditutup dengan selawat kepada
Rasulullah SAW dan keluarganya dan diikuti dengan ayat memujinya (semua dalam
bahasa Arab seperti diajarkan oleh ustaz dan ulamak.
AKHIR BICARA
Penulis sudahi artikel dengan doa yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang sahih: وروينا في كتابي أبي داود والنسائي بإسنادين صحيحين عن أنس – رضي الله عنه – : أنَّ النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يقول اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ ، والجُنُونِ ، والجُذَامِ ، وَسَيِّيءِ الأسْقَامِ. رواه أَبُو داود بإسناد صحيحٍ Maksudnya, “Diriwayatkan kepada kami di kitab Abu Dawud dan An-Nasa’i dengan sanad yang baik dari Anas ra., Nabi Muhammad SAW berdoa, ‘Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari lepra, gila, kusta, dan penyakit-penyakit buruk.’ (HR Abu Dawud dengan sanad sahih.
BACAAN LANJUT:
1. Long-term effects of coronavirus (long COVID)
HYPERLINK: https://www.nhs.uk/conditions/coronavirus-covid-19/long-term-effects-of-coronavirus-long-covid/
2. Post-COVID
Syndrome (Long COVID)
HYPERLINK: https://www.england.nhs.uk/coronavirus/post-covid-syndrome-long-covid/
3. NICE, SIGN and RCGP set out further details about
the UK guideline on management of the long-term effects of COVID-19
4. Coronavirus damages the endocrine system
HYPERLINK: https://translate.google.com/?sl=en&tl=ms&text=insufficiency&op=translate
5.
Ashley
Barry Grossman et al, The Impact of
SARS-Cov-2 Virus Infection on the Endocrine System. Journal of the
Endocrine Society, 2020; DOI: 10.1210/jendso/bvaa082
6. Agnieszka Siejka et al., Adrenal
insufficiency in the COVID19 era. Am J
Physiol Endocrinol Metab. 2021 Apr 1;320(4):E784-E785. doi: 10.1152/ajpendo.00061.2021.
7.
Is
adrenal fatigue “real”? - Harvard Health Blog
HYPERLINK: https://www.health.harvard.edu/blog/is-adrenal-fatigue-real-
2018022813344. Dilihat pada 1 Mei,
2021.
8.
Ann Kearns. Adrenal fatigue: What causes it? (Is there such a
thing as adrenal fatigue? Mayo Clinic HYPERLINK: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/addisons-disease/expert-answers/adrenal-fatigue/faq-20057906. Dilihat pada 1
Mei 2021.
9. How does COVID-19 impact the adrenal gland? Baylor
college of Medicine
22 April, 2021.
HYPERLINK: https://blogs.bcm.edu/2021/04/22/how-does-covid-19-impact-the-adrenal-gland/ Dilihat pada 3 Mei 2021
10.COVID-19 (coronavirus): Long-term effects. Mayo Clinic
Dilihat pada 4 Mei 2021.
11.Doctors Scramble to Understand Long COVID,
but Causes and Prognosis Are Elusive. Medscape.com
HYPERLINK: https://www.medscape.com/viewarticle/949800 Dilihat pada Mei 4 2021.
12.Symptoms of Low Cortisol, High Cortisol and Aldosterone Issues. Paulrobinsonthyroid.com
HYPERLINK: https://paulrobinsonthyroid.com/symptoms-of-low-cortisol-high-cortisol-and-aldosterone-issues/ Dilihat pada 4 Mei 2021.
13.Alessandro Orru et al., Withania somnifera (L.) Dunal root extract alleviates
formalin-induced nociceptio;27(1):57-68.doi:
10.1097/FBP.0000000000000195. n in mice:
involvement of the opioidergic system. Behav Pharmacol, 2016
Feb
Disediakan
oleh:
Bahrain
Samah, MD (Alt. Med.), AHG
Hakcipta 2021 @ blogGAYAHIDUPHOLISTIK