Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Khamis, 6 Mei 2021

Sindrom Pasca COVID-19 aka 'Long COVID' – Redakan Lesu, Kabut Otak, Sakit badan dan Simtom-simtom lain Secara Perubatan Alternatif

Sebelum membaca keseluruhan teks, sila baca PENAFIAN di kolum kanan blog, 

Hashtag: #brainfogcovid19 #lesucovid19 #sakitbadancovid19 #libidocovid19 #covid19kabutotak #sindrompascacovid19 #lesukronikcovid19 #adaptogenlesukronik #ashwaghandalesukronik #hypocortisolismcovid19 #covid19gayahidupholistikblog #covid19adrenalinsufficiency #longcovid19 #covid19lesupunca #covid19lesurawatan #rawatsimtomgejalalepasCOVID19



Kortisol adalah hormon steroid yang memainkan peranan penting dalam reaksi metabolik tubuh terhadap tekanan - baik secara fisiologi: penyakit, kecederaan, dan trauma; atau psikologi: kesihatan mental yang tidak sihat. Kesannya yang lebih umum sering digambarkan sebagai tindak balas "lawan atau terbang", yang memungkinkan tubuh bereaksi dengan cepat terhadap "ancaman" yang dikesan deria tubuh. Kortisol dirembeskan oleh kelenjar adrenal dan ia adalah hasil interaksi kompleks antara hipotalamus dan kelenjar pituitari di otak dan kelenjar adrenal, yang terletak di bahagian atas setiap buah pinggang - yang dikenali sebagai paksi hipotalamus pituitari adrenal. Artikel ini menerangkan bahawa sebahagian penghidap COVID-19 yang telah sembuh (ujian mendapati negatif) yang mengalami Sindrom Pasca COVID-19 sesungguhnya dipercayai mengalami simtom-simtom kekurangan kortisol (hypocortisolism). Pada bahagian akhir artikel penulis mencadangkan kaedah perubatan alternatif bagi mengatasinya. Artikel ini agak panjang dan untuk memahaminya memerlukan seseorang yang ada ilmu asas biologi atau cabang-cabangnya (lebih baik) seperti biokimia, biologi sel dan molekul atau fisiologi.


Sepanjang tempoh pandemik yang bermula sejak awal tahun 2020, penulis mengikuti perkembangan berita di samping terus memberi perhatian terhadap penemuan sains dan pendapat para saintis atau ilmuan berkaitan COVID-19.

Antara focus pemerhatian penulis ialah ramai bekas penghidap COVID-19 mengalami beberapa simtom antara lain yang biasa dikongsi di media sosial termasuk sesak nafas, kabut otak (brain fog), lesu kronik, resah dan stres. Simtom-simtom yang dialami adalah pelbagai jenis dan turun-naik.

Sesetengah orang, COVID-19 menyebabkan beberapa simtom yang dialami selama beberapa minggu atau bulan selepas jangkitan berakhir. Kadang-kadang simtom-simtom tersebut dikenali juga sebagai sindrom pasca COVID-19 atau COVID-19 berpanjangan.

Kependekan:

NHS: National Health Services (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan), United Kingdom

CDC: Center for Disease Control (Pusat Kawalan Penyakit), Amerika Syarikat

Menurut NHS, tempoh kesembuhan daripada COVID-19 berbeza-berbeza untuk setiap penghidap. Ramai yang sihat dalam tempoh beberapa hari atau minggu dan dikatakan juga sebahagian yang lain sembuh sepenuhnya dalam 12 minggu. Sebahagian orang akan mengalami simtom-simtom COVID-19 pada tempoh lebih lama – setelah disahkan pihak hospital bebas jangkitan.

CDC, Amerika Syarikat pula menggunakan istilah masalah pasca-COVID bagi menerangkan isu kesihatan yang berlanjutan lebih daripada empat minggu.

Peluang untuk mengalami simtom-simtom jangka-panjang dikatakan tiada kaitan dengan tahap keterukan penyakit semasa anda mula-mula dijangkiti COVID-19. Misalnya, penghidap yang mengalami simtom-simtom sederhana pada peringkat awal juga terdedah kepada sindrom pasca COVID-19. Menurut CDC. Amerika Syarikat ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja yang pernah djangkiti COVID-19 tidak kira samada mereka mengalami simtom sederhana atau tanpa simtom.

Definisi sindrom pasca COVID-19 menurut NICE guideline scope ialah keadaan kesihatan di mana terdapat simtom-simtom yang biasa bertindan. Ia boleh berubah-ubah dan boleh memberi kesan kepada sebarang sistem dalam tubuh. Badan tersebut juga menekankan bahawa ramai yang mengalami sindrom pasca COVID-19 mengalami sakit seluruh tubuh, lesu, suhu tinggi berterusan dan masalah psikiatri.

Penulis menaip kata carian berikut untuk Google up,

‘Sindrom Pasca Covid-19 kementerian kesihatan Malaysia’ dan ‘simtom Pasca Covid-19 kementerian kesihatan Malaysia.’ Tiada sebarang judul utama atau isi yang dihighlight keluar di laman Google.

Tidak mengapa, penulis harap menggunakan dua rujukan utama iaitu NHS United Kingdom dan CDC Amerika Starikat lebih daripada memadai bagi membantu para pengunjung blog penulis untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan sindrom pasca covid-19 atau COVID-19 jangka-panjang. Sesungguhnya kementerian kesihatan di seluruh dunia dikatakan sering merujuk kepada dua badan tersebut dalam menyediakan write-up seperti tertera pada beberapa artikel atau cadangan berkaitan kesihatan.

Simtom-simtom bagi sindrom pasca COVID-19 yang disenaraikan oleh NHS, UK ialah:

  • ·       Lesu (keletihan melampau)
  • ·       Sesak nafas
  • ·       Sakit dada
  • ·       Kabut otak (masalah memori dan pemfokusan)
  • ·       Insomnia (sukar tidur, tambahan penulis: mungkin ada juga yang mengalami gangguan tidur iaitu tidur kerap terjaga)
  • ·       Palpitasi jantung (jantung berdenyut pantas)
  • ·       Pening
  • ·       Sakit mencucuk-cucuk
  • ·       Sakit sendi
  • ·       Murung dan resah
  • ·       Tinnitus, sakit telinga
  • ·       Rasa tidak sihat, diarea, sakit perut, hilang selera makan
  • ·       Suhu badan tinggi, batuk, sakit kepala, sakit tekak, perubahan pada deria bau dan rasa (tambahan penulis: hilang/berkurangan)
  • ·       Ruam
  •  
  • Berikut ialah simtom-simtom yang disenaraikan oleh CDC, Amerika Syarikat:
  •  
  • ·       Letih atau lesu
  • ·       Sukar berfikir atau memfokus (kadang-kadang dirujuk sebagai kabut otak)
  • ·       Sakit kepala
  • ·       Hilang deria bau atau rasa
  • ·       Pening ketika berdiri
  • ·       Palpitasi jantung
  • ·       Sakit dada
  • ·       Sukar bernafas atau sesak nafas
  • ·       Batuk
  • ·       Sakit sendi dan/atau otot
  • ·       Murung dan resah
  • ·       Demam panas

·       Simtom-simtom menjadi semakin buruk selepas menjalankan aktiviti fizikal atau mental

NOTA: Seseorang yang mengalami sindrom pasca COVID-19 dikatakan mengalami kombinasi simtom yang berbeza-beza.

Menurut CDC, Amerika Syarikat sesetengah masalah pasca-COVID didapati hampir serupa dengan simtom-simtom penyakit berjangkit lain manakala yang lain pula lebih khusus kepada COVID-19. Sesetengah  masalah melibatkan simtom-simtom serupa dengan yang disebabkan oleh masalah kesihatan lain.

Simtom tambahan - Inflamasi Organ

CDC menerangkan inflamasi atau keradangan (bengkak; definisi umum inflamasi ialah bengkak, sakit dan merah) organ akibat jangkitan COVID-19 sebagai simtom masalah pasca-COVID (NHS, United Kingdom mengenalinya sebagai sindrom pasca-COVID-19 atau COVID-19 berpanjangan).

Organ-organ yang boleh mengalami inflamasi berlanjutan sungguh pun telah semnbuh daripada COVID-19 termasuk: jantung, buah pinggang, kulit dan otak serta fungsi masing-masing organ. Inflamasi berlaku kepada semua organ tersebut atau sebahagian darinya.

Menurut CDC, tidak diketahui berapa lama kesan pelbagai organ sistem akan berakhir dan samada kesan boleh menyebkan masalah kesihatan kronik.

Akibat Rawatan COVID-19 atau Hospitalisasi (Masuk Hospital)

Selain dipercayai (?) akibat COVID-19, CDC, Amerika Syarikat menambah DUA lagi punca bagi sindrom pasca COVID-19 iaitu

·       Akibat rawatan COVID-19 dan

·       Masuk Hospital (tambahan penulis: simtom-simtom yang dialami penghidap didapati memenuhi kriterea untuk penghidap dirawat di hospital)

CDC menegaskan bahawa masalah pasca-COVID boleh berpunca daripada kesan rawatan jangka-panjang COVID-19 atau hospitalisasi (masuk hospital). Sesetengah kesan tersebut serupa dengan simtom-simtom dialami mereka yang masuk hospital kerana jangkitan respiratori lain atau masalah kesihatan lain.

Kesan Rawatan COVID-19 atau Hospitalisasi yang lain ialah

·       Sindrom pasca-rawatan intensif - merujuk kepada simtom-simtom yang berlanjutan selepas penghidap mengalami penyakit kritikal.

Kesan terakhir ini termasuk letih melampau (lesu) dan gangguan masalah pasca-trauma (post-traumatic stress disorder, PTSD).

APA YANG DITEMUI KAJIAN DAN PANDANGAN ILMUAN/SAINTIS

Coronavirus (COVID-19) merosakkan sistem endokrina

Kajian berbentuk semakan yang dilaporkan dalam Journal of the Endocrine System menunjukkan mereka yang mengalami gangguan endokrina akan mendapati simtom-simtom yang dialami menjadi semakin teruk.

Saintis kajian, Noel Pratheepan Somasundaram dari Hospital Kebangsaan Sri Lanka di Colombo, Sri Lanka dipetik sebagai berkata bahawa virus yang menyebabkan COVID-19 iaitu SARS CoV-2 melekap pada reseptor ACE2 iaitu protein yang terdapat pada pelbagai tisu (tambahan penulis: realiti ni berbeza dengan tanggapan sebahagian ilmuan, pakar dan orang awam yang percaya bahawa ACE2 hanya terdapat pada organ respiratori termasuk paru-paru dan organ respiratori bahagian atas). Ini menyebabkan virus masuk ke dalam sel-sel endokrina dan menyebabkan gangguan dalam bentuk simtom yang ada kaitan dengan penyakit yang terbentuk.

Merujuk kepada jangkitan coronavirus terdahulu iaitu epidemik SARS 2003, ramai penghidap mengalami sindrom pasca-virus dengan salah satu simtomnya ialah kelesuan. Ia boleh berpunca daripada ‘kekurangan adrenal,’ keadaan di mana kelenjar adrenal tidak membina hormon kortisol sebagai akibat daripada kerosakan pada sistem pituitari. Semasa epidemik SARS pesakit yang mengalami kekurangan adrenal biasanya pulih dalam setahun.

COVID-19 merosakkan hypothalamus, pituitari dan adrenal

Anieszka Siejka et al. dalam kajian berbentuk semakan antara lain dalam laporannya menggariskan butir-butir berikut yang diperolehi dengan analisa terhadap kajian-kajian terdahulu:

·       Kajian-kajian terhadap penularan SARS (2003) menunjukkan bahwa 39.2% penghidap telah didiagnos mengalami hypocortisolism (paras kortisol rendah) 3 bulan sesudah sembuh di mana majoriti (83.3%) daripada yang sembuh didiagnos dengan central hypocortisolism (tambahan penulis: berlaku akibat kekurangan perembisan Adrenocorticotropic Hormone; ACTH oleh pituitari. Kekurangan tersebut seterusnya mengakibatkan adrenal kortex mengeluarkan kortisol pada paras rendah). Jumlah ketara iaitu 25% daripada kumpulan tersebut mengalami kekurangan adrenal dan menerima hydrocortisone selama 12 bulan

·       Beberapa sebab mengapa SARS-CoV-2 menyebabkan kekurangan adrenal (adrenal insufficiency (AI) – hypocortisolism) termasuk:

1)   AI relatif merupakan keadaan yang biasa dialami oleh penghidap yang mengalami penyakit secara kritikal. Ribut sitokin (cytokine storm) yang disebabkan oleh coronavirus membentuk sua-balik terhadap paksi hipotalamus-pituitari-adrenal.

2)   Virus SARS membina sejenis urutan asid amino meniru ACTH, seterusnya menyebabkan pembinaan antibodi terhadapnya (tambahan penulis: ACTH palsu, tidak serupa dengan yang asal yang dikesan sebagai ‘bukan-diri’ lalu menyebabkan sistem imiun membentuk antibodi) – cetus tindakan autoimiun. Ini dipercayai menjadi punca kepada central AI (dikenali juga sebagai central hypocortisolism).

Tambahan penulis: ACTH palsu dikeluarkan oleh virus SARS dalam pituitari. Antibodi yang terbentuk menyebabkan sistem jentera sistem imiun menyerang sel-sel pituitari dan menyebabkan keradangan. Keradangan dipercayai menyebabkan semakin kurang ACTH dibina dan dirembis. Kekurangan ACTH yang diperlukan untuk memberi isyarat kepada adrenal untuk membina kortisol menyebabkan central hypocortisolism.

3)   Hipotalamus dan kelenjar-kelenjar pituitari dan adrenal membina ACE2 (angiotensin-converting enzyme2 – coronavirus SARS CoV-2 melekap pada reseptor ini untuk masuk ke dalam sel). RNA SARS CoV-2 telah dikenalpasti pada hypothalamus selepas mayat penghidap COVID-19 diautopsi. Dengan demikian, SARS-CoV-2 dipercayai menyebabkan hypophysitis (keradangan pituitary) dan adrenalitis (keradangan adrenalitis). Ia seterusnya boleh menyebabkan AI sekunder atau primer.

Apa kata Mayo Clinic?

Mayo Clinic sering dijadikan rujukan oleh orang ramai, jurnalis, penulis bidang kesihatan termasuk penulis daripada jabatan/kementerian kesihatan seluruh dunia.

Dalam artikel berjudul COVID-19 (coronavirus): Long-term effects, Mayo Clinic menyatakan bahawa

“Ramai orang yang telah sembuh dari SARS mengalami sindrom keletihan kronik, gangguan kompleks yang dicirikan oleh keletihan yang melampau yang bertambah buruk dengan aktiviti fizikal atau mental, tetapi tidak bertambah baik ketika berehat. Perkara yang sama mungkin berlaku untuk orang yang pernah menghidap COVID-19.”

Selain itu penulis yang hanya menggelar dirinya pekerja Mayo Clinic menegaskan bahawa selain menyebabkan kerosakan kepada organ jantung, paru-paru dan otak, sindronn inflamasi/keradangan pelbagai sistem (kesan jangka-panjang) pada sesetengah orang dewasa dan kanak-kanak yang telah dijangkiti COVID-19..

Penulis artikel juga menambah bahawa COVID-19 juga dapat melemahkan saluran darah dan menyebabkannya bocor, yang menyumbang kepada masalah berpanjangan dengan hati dan ginjal.

Beliau tidak menyebut langsung kelenjar adrenal cortex yang berada di bahagian atas kedua-dua ginjal. Namun segera dapat difahami bahawa inflamasi dan kebocoran saluran darah pada ginjal akan juga melibatkan keadaan yang serupa pada adrenal cortex.

Apa kata ilmuan di Medscape.com

Berikut ialah dua petikan daripada artikel berjudul Doctors Scramble to Understand Long COVID, but Causes and Prognosis Are Elusive.

Selepas jangkitan, sesetengah orang akan terus mengalami gejala awal (ketika positif COVID-19), sementara yang lain mengalami gejala yang sama sekali baru yang boleh mempengaruhi pelbagai organ dan sistem. Kajian telah mendokumentasikan beratus-ratus masalah yang berlanjutan, tetapi kelesuan yang teruk; sakit dada; masalah ingatan dan tumpuan, yang sering disebut sebagai "kabut otak"; sesak nafas; dan kehilangan rasa dan bau adalah perkara biasa.

Dr. John Brooks, ketua pegawai perubatan CDC dipetik sebagai berkata bahawa apa pun "COVID panjang" diberikan definisi, ia terus mengejutkan pakar perubatan. Sekiranya seseorang mengalami radang paru-paru yang serius, jangkitan yang merembeskan kantung udara di paru-paru, tidak menghairankan jika mereka mengalami batuk teruk selama beberapa bulan ketika tubuh mereka sembuh perlahan-lahan, kata Brooks, dari CDC. Tetapi dengan jangkitan COVID, kadang-kadang batuk itu tidak hilang selama berbulan-bulan, dan seiring dengan itu seseorang mungkin mengalami kabut otak. Yang lain mungkin menghidap ensefalitis iaitu pembengkakan otak. "Ini bukan sekumpulan gejala yang kita lihat setelah jangkitan virus pernafasan biasa," kata Brooks.

Tiada kriterea formal bagi memberi definisi dan mendiagnos kelesuan adrenal (adrenal fatigue)?

PENGENALAN: Kelesuan adrenal tidak diterima sebagai diagnosis perubatan, menurut Dr. Ann Kearns, MD, PhD ketika menjawap soalan Is there such a thing as adrenal fatigue? Beliau yang memberi reaksi kepada soalan tersebut bagi pihak Mayo Clinic menerangkan bahawa ia merupakan istilah orang awam yang merujuk kepada simtom-simtom tidak spesifik seperti sengal/bisa tubuh, lesu, rasa gementar, tidur terganggu dan masalah pencernaan.

Marcelo Campos, MD yang bertugas sebagai doktor rawatan utama di Harvard Vanguard dan pensyarah di Harvard Medical School dalam artikelnya berjudul Is adrenal fatigue “real”? yang terbit dalam Harvard Health Blog (milik Harvard Health Publishing, Harvard Medical School) menyatakan bahawa:

·       Terdapat banyak laman sawang yang berkongsi bagaimana untuk mendiagnos dan merawat adrenal lesu. Walau bagaimana pun, Endrocrinology Society (Persatuan Endokrinologi) dan semua persatuan/badan perunatan lain juga tidak mengakui kewujudan keadaan kesihatan ini. The Endrocrinologists misalnya menyatakan bagawa tidak bukti sains wujud untuk menyokong kelesuan adrenal sebagai masalah perubatan yang tulen. Menurut Dr. Campos kenyataan tersebut yang memutuskan hubungan antara perubatan konventional dan komplementari amat mengecewakan.

·       Dr. Campos merujuk kepada kajian berbentuk semakan berjudul Adrenal fatigue does not exist: a systematic review (BMC Endocr Disord, Ogos 2016) yang melibatkan semakan terhadap 58 kajian. Saintis kajian tersebut melaporkan bahawa terdapat kekurangan pada kajian-kajian tersebut. Penulis: Untuk mengetahuinya sila baca laporan kajian asal. Mereka seterusnya menyimpulkan iaitu semakan sistematik saintis kajian mendapati tiada bukti penguat bahawa kelesuan adrenal sebagai masalah kesihatan sebenar. Oleh itu kelesuan adrenal masih lagi MITOS (?) Menurut Dr. Campos kesimpulan kajian membawa maksud bahawa tiada sebarang kriterea formal bagi mendefinasi dan mendiagnos kelesuan adrenal.

Bagaimana jika simtom-simtom yang anda alami ialah benar-benar kelesuan adrenal?

Dr. Campos menjawap soalan tersebut dengan menegaskan jika anda mengalami antara lain keletihan, kurang motivasi anda harus diperiksa sepenuhnya oleh doktor perubatan. Ia kerana beberapa keadaan kesihatan atau penyakit boleh menyebabkan simtom-simtom tersebut termasuk antara lain anemia, tidur berdengkur, penyakit autoimiun, jangkitan, ketidakharmonian hormone, sakit mental, masalah jantung dan paru-paru, penyakit hati dan buah pinggang.

Jika pemeriksaan dan ujian (jika ada, misalnya ujian air liur) mendapati anda normal tetapi anda percaya anda mengalami kelesuan adrenal, Dr. Campos mencadangkan anda bertanya soalan asas berikut,

“MENGAPA ADRENAL ANDA TIDAK BERFUNGSI SEPENUHNYA?”

Langkah utama ialah melihat kepada jenis tekanan yang mungkin memberi kesan kepada adrenal anda. Bagi ramai orang, kesibukan dengan rutin kerja harian mungkin boleh menjadi punca.

Sampai tahap ini anda tahu bahawa:

     AI = hypocortisolism

Penulis artikel meneruskan penulisannya…….

Di mana harus istilah kelesuan adrenal diletakkan?

Kelesuan adrenal ialah istilah yang biasa digunakan oleh para pengamal perubatan alternatif pelbagai modaliti. Pada kebanyakan mereka, kelesuan adrenal terbentuk apabila kortisol dirembes para paras lebih tinggi daripada normal bagi mengatasi stres tertentu yang dihadapi seseorang pada jangka panjang akan menyebabkan kelenjar adrenal lesu dan lantaran itu ia merembes kortisol pada paras rendah lalu membentuk hypocortisolism.

Setakat mana kepercayaan terhadap ‘fenomena’ tersebut benar tidak diketahui.

Pada hemat penulis, dua cara utama bagaimana kelenjar adrenal kurang merembes kortisol iaitu pertama apabila berlaku kekurangan ACTH. ACTH berkurangan dalam pituitari misalnya akibat autoimiun atau keradangan akan mengurangkan perembesan kortisol oleh kelenjar adrenal.

Kedua, kerana kerosakan pada kelenjar adrenal misalnya kerana tecedera akibat salur darah pecah (misalnya laporan kajian menunjukkan ia berlaku pada segelintir penghidap COVID-19) atau mereka yang mengalami keradangan kelenjar adrenal (misalnya akibat COVID-19, kelenjar adrenal juga membina reseptor ACE2 yang membolehkan coronavirus melekap padanya dan masuk ke dalam kelenjar seterusnya berhadapan dengan jentera sistem imun dan tercetus keradangan). Kerosakan kelenjar adrenal dan seterusnya menjadikan perembesan kortisol dan aldosterone berkurangan ini lebih cocok jika dikenali sebagai disfungi adrenal.

Daripada sisi ini, hypocortisolism atau kekurangan adrenal lebih layak digunapakai berbannding kelesuan adrenal. Ia kerana disfungsi adrenal à hypocortisolism.

Penyakit Addison sinonim dengan adrenal insufficiency (AI: kekurangan adrenal), sedangkan banyak laporan kajian menunjukkan hypocortisolism sama dengan AI. AI yang dibincangkan dalam artikel ini berada pada sisi mana : paras kortisol amat rendah atau paras kortisol sederhana rendah?

Seperti yang dilaporkan dalam banyak kajian mengenai adrenal insufficiency akibat jangkitan COVID-19, AI yang dibincangkan dalam artikel ini merujuk kepada paras kortisol sederhana rendah.

Adakah Sindrom Kelesuan Kronik serupa dengan Kelesuan Adrenal?

Sindrom kelesuan adrenal dan sindrom kelesuan kronik (chronic fatifue syndrome) adalah dua keadaan yang mempunyai simptom yang serupa, tetapi mempunyai sebab yang berbeza. Walau bagaimanapun, memang terdapat kaitan hubungan keletihan berterusan (kronik) dan kekurangan adrenal, dan kelesuan kelenjar adrenal memang biasa terjadi dalam kes-kes sindrom kelesuan kronik. Jadi, mengamalkan perubahan yang dapat memulihara dan menyokong fungsi adrenal anda harus menjadi bagian dari rancangan untuk mengurus CFS.

Bagaimana membezakan antara fibromyalgia dengan hypocortisolism (adrenal insufficiency)?

Seseorang yang mengalami fibromyalgia boleh juga mengalami hypocortisolism atau kelesuan adrenal apabila mendapati dirinya:

·       Stamina berkurangan

·       Kelesuan teruk pada waktu pagi

SIMTOM-SIMTOM HYPOCORTISOLISM

Di sini penulis menyenaraikan simtom-simtom hypocorticolism. Seperti dibincangkan di atas, penulis maksudkan hypocortisolism yang juga sinonim dengan kekurangan adrenal (adrenal insufficiency) ialah paras kortisol sederhana rendah. Ia tidak serupa dengan penyakit Addison di mana paras kortisol terlalu rendah.

Paul Robinson, pakar belajar sendiri (beliau ada latar-belakang ilmu sains) yang pernah mengalami hipotiroidism dan merawat dirinya sendiri dan berjaya kemudian berkecimpung membantu penghidap hipotiroidism dan korstisol rendah melalui tulisannya menyenaraikan simtom-simtom hipocortisolism seperti berikut:

• Gula darah rendah - pening, tidak sihat, kelaparan.

• Keletihan, keletihan yang teruk.

• Pening (walaupun ketika duduk).

• Tekanan darah rendah.

• Intoleransi terhadap ubat tiroid dos rendah.

• Tindak balas yang buruk terhadap rawatan tiroid atau kenaikan dos.

• Kebimbangan atau ketidakupayaan untuk mengatasi tekanan.

• Rasa marah atau marah atau panik.

• Merasa sejuk / rendah suhu badan.

• Suhu badan yang turun naik.

• Sakit-sakit badan.

• Kulit pucat atau sedikit kegelapan pada kulit.

• Kulit kelihatan lebih nipis.

• Masalah pencernaan -  termasuk cirit-birit.

• Loya.

• Hilang berat badan jika kortisol sangat rendah.

• Alahan yang semakin teruk.

• Gementar, goyah atau perasaan gelisah / hiper.

• Denyutan jantung yang cepat terutamanya selepas ubat tiroid.

• Kesukaran tidur.

• Gejala seperti selesema.

·       Mengalami penyakit atau jangkitan dan sukar sembuh

·       Tekanan darah rendah

·       Paras gula darah rendah

·       Dorongan s e k s atau libido rendah

• Cincin gelap di bawah mata.

• Sakit belakang bahagian pinggang (di mana kelenjar adrenal terletak).

• Gejala bertanbah buruk sekiranya terdapat tekanan.

• Kekok.

• Keletihan pada waktu pagi tetapi lebih baik pada waktu petang.

Banyak simtom yang disenarai oleh Paul serupa seperti disenaraikan oleh CDC Amerika Syarikat dan NHS United Kingdom, bukan?

Beliau tidak menyenaraikan dorongan s e k s atau libido rendah. Ia bermaksud penghidap hypocortisolism masih memiliki dorongan s e k s atau libido yang bagus kerana paras kortisol rendah memberi laluan kepada hormon DHEA untuk disintesis kepada hormon lelaki dan wanita.  

Namun begitu, penulis mengandaikan terdapat ramai lelaki yang mengalami hypocortisolism akan mengalami libido rendah dan disfungsi ereksi kerana mereka sering lesu di samping mood tidak bagus termasuk resah dan murung, sering pening atau sakit kepala, sakit-sakit badan, sakit pinggang (ini lagi parah, ia antara punca disfungsi ereksi) serta beberapa simtom lain yang menyebabkan seorang lelaki tidak bersedia untuk hubungan s e k s.

Adakah hypocortisolism yang dibincangkan dalam artikel ini boleh reda?

Daripada pembacaan penulis dan desas-desus yang penulis dengar setakat ini golongan perubatan moden akan membantu penghidap sindrom pasca COVID19 berdasarkan simtom. Pening atau sakit kepala dipreskripsi misalnya acetaminophen, begitu juga dengan demam selsema. Ia reda dan kemudian kemungkinan untuk berulang adalah tinggi.

Adakah perubatan alternatif menawarkan peredaannya?

Ya, terutama oleh pengamal perubatan alternatif yang terlatih, berpengalaman dan mahir.

Bagaimana perubatan alternatif mengenalpasti sindrom dan seterusnya mencadangkan kaedah peredaan?

Pertama, ia bergantung kepada pengamal perubatan alternatif yang mana satu anda maksudkan.

Jika anda pergi mendapatkan perhidmatan pawang atau bomoh yang menggunakan bisikan jin sudah tentu mereka memberitahu misalnya ia perbuatan orang dekat (sihir, santau, jampi mengarut) atau anda kena sampuk semasa lalu di bawah pokok itu ini. Ada juga yang menggunakan ayat uran dan dicampur aduk dengan kepercayaannya misalnya ‘nenek’ (sebenarnya jin) mereka akan datang bantu penghidap. Dan pelbagai lagila sembang buang masa, tenaga dan wanh ringgit. Daripada sisi agama Islam sudah tentu perbuatan berjumpa dan minta tolong daripada kahin membawa kepada kesyirikan.

Bagaimana dengan pakcik/atok itu ini yang misalnya tinggal di tepi hutan?

Sebahagian mereka memang biasa dengan ubatan tradisional terdiri daripada akar kayu, ranting, kulit pokok, daun atau buah. Apabila pulang anda akan dibekalkan samada air rebusan herba atau herba kering yang anda perlu rebus dan minum airnya pada dos dan kekerapan tertentu.

Jika resepi herba mengena atau serasi (biasanya dalam setiap ramuan herba menawarkan pelbagai aktiviti biologi) maka simtom-simtom dan mungkin penyakit yang anda alami akan reda pada tempoh tertentu.

Perbazaan mereka dengan pengamal seperti penulis, mereka tidak faham sedikit pun atau sangat sedikit jika anda terangkan apa yang penulis bincangkan dalam artikel ini.

Kalau jumpa Tok imam atau ustaz?

Mereka ini lebih banyak membantu meredakan sebarang penyakit atau masalah kesihatan dengan berdoa kepada Allah. Sebahagian daripada mereka ada juga yang faham ilmu perubatan alternatif dan mungkin anda akan dicadangkan mengamalkan kaedah tertentu.

Kadang-kadang usaha dan doa mereka ini mustajab, dikabulkan Allah walau pun sekadar minum air rukyah segelas. Kalau rasa hendak jalan mudah, anda jumpa golongan ini. Namun, begitu, kesan dan keefektifannya anda yang akan alami sendiri.

Kaedah penulis?

Sekali imbas ia agak renyah.

Mereka yang kurang berkemampuan akan mendapati protokol yang penulis cadangkan tidak mampu untuk dihadapi. Namun begitu, kepada mereka yang ingin berusaha penulis alu-alukan usaha anda.

NOTA: jika anda disahkan doktor mengalami penyakit tertentu selepas tamat mengalami infeksi COVID19 (telah disahkan negatif) termasuk beberapa jenis masalah jantung, diabetes jenis 2, penyakit buah pinggang atau organ hati maka anda harus menjauhi daripada teringin mencuba cadangan yang diberikan dalam artikel ini.

SARANAN PENULIS

Sekarang penulis pergi ke poin yang akan dapat membantu anda dalam usaha meredakan sindrom pasca COVID19 anda.

Tiga perkara  yang anda harus amalkan  iaitu:

PERTAMA: Perubahan gaya/cara hidup

KEDUA: Penokok diet

KETIGA: Herba

Bagi mengoptima keberkesanan kaedah peredaan, anda dinasihatkan agar mengamalkan ketiga-tiga perkara tersebut serentak.

PERTAMA: Perubahan gaya/cara hidup

Perubahan gaya/cara hidup adalah keutamaan. Amalan gaya hidup yang sesuai seharusnya diadopsi sebagai strategi asas dalam usaha menormalkan paras kortisol:

  • ·       mengawal inflamasi atau keradangan. Ia penting kerana inflamasi menghalang ekspresi gen yang sterusnya melambatkan proses pembaikpulihan organ dan kelenjar yang rosak. Keradangan boleh berpunca daripada banyak perkara misalnya makan makanan bergula secara berlebihan dan berterusan menyebabkan molekul radikal bebas sebagai produk hiliran pembinaan tenaga dalam mitokondria akan bertambah. Keradangan juga boleh berpunca daripada phagositosis dan autophagy berterusan kerana memusnahkan sel-sel rosak dan mati, Stres emosi berpanjangan adalah punca keradangan. Stres emosi dan fizikal  kerana mengalami penyakit tertentu atau masuk hospital. Proses detoksifikasi bahan makanan (terutama sering makan berlebihan) dan ubat-ubatan disertai dengan nutrien bagi mengimbangi detoks tidak seimbang juga punca keradangan. Makan makanan rendah antioksidan secara berpanjangan juga punca keradangan.
  • ·       mencegah stres oksidatif (molekul radikal bebas lebih tinggi daripada antioksidan yang jika tidak dicegah akan menyebabkan kerosakan oksidatif (kerosakan banyak jenis bimolekul termasuk pelbagai jenis organ).
  • ·       Sebahagian daripada elemen gaya hidup dan perubahan gaya hidup secara keseluruhan dipercayai membantu tubuh menggunakan nutrien secara cekap
Contoh keradangan: Diarea boleh berpunca daripada keradangan dan ia sendiri mencetus keradangan. Pening, sakit kepala, sengal sendi.tubuh ialah keradangan. Demam panas, demam selsema, flu, batuk, sakit telinga, luka semuanya keradangan. Kerosakan adrenal berpunca daripada pecah salur darah mencetus keradangan. Toksin mengitari tubuh kerana detoks hati tidak cekap atau sering sembelit juga sebahagian daripada keradangan.

Memodulasi sistem imiun: Manfaat yang dipercayai akan diraih dengan amalan gaya hidup holistik disertai gengan pengambilan penokok diet dan herba adaptogen ialah fungsi imiun sistem yang cekap

Elemen-elemen gaya/cara hidup holistik: 

1.   Makan secara seimbang pada waktunya, mencukupi dan tidak berlebihan. Paling elok amalkan tabiat makan berdasarkan cadangan Rasulullah SAW iaitu 1/3 perut untuk makanan; 1/3 untuk minuman; 1/3 untuk bernafas. Jika anda makan pada 3 waktu utama secara tetap, minum air kosong/mineral dan sepotong dua buah-buahan seperti jambu batu, nenas, tembikai atau manga pada waktu minum teh antara dua waktu makan leibih baik daripada minum teh tarik manis dan roti canai atau kuih muih kaya karbohidrat. Apabila rasa lapar pada waktu malam memadai minum air kosong/mineral sahaja. Anda boleh ajar diri anda bahawa rasa lapar itu sebenarnya anda dahaga. Alah bisa tegal biasa.

2.   Elakkan daripada makan makanan tinggi karbohidrat secara berlebihan termasuk nasi, tepung gandum, gula dan makanan/minuman bergula.

3.   Minum air kosong/mineral secukupnya, 6-8 gelas sehari. Minum air manis pada kuantiti sama sepanjang hari boleh mengundang penyakit dan meningkatkan toksin dalam tubuh termasuk molekul radikal bebas berlebihan (dibina sebagai produk hiliran ketika proses pembinaan tenada dalam mitokondria). Begitu juga dengan nasi, tepung berlebihan. Kerap minum air kosong membantu mengganti air yang berkurangan dalam tubuh dan membantu menyah bahan-bahan bertoksin daripada tubuh. Air kosong ditambah perahan limau nipis atau lemon ialah amalan yang baik.

4.   Elakkan daripada makan makanan menggunakan aditif tiruan termasuk pewarna dan perisa tiruan. Mengenai bahan awet, penulis terbuka menerima asid benzoik atau natrium benzoat sebagai bahan awet kerana asid benzoik ialah wujud dalam tumbuh-tumbuhan sdbagai prekursor sintesis pelbagai fitokimia yang bermanfaat kepada tumbuhan dan manusia. Kicap dan kecap (sos) biasanya mengandungi asid benzoik pada paras dibenarkan pihak otoriti.

5.   Biasakan diri makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Belajar suka makan ulam-ulaman. Antioksidan seperti karotenoid dan bioflavonoid amat penting kepada kesihatan bio-molekul dan komponen sel termasuk DNA. Kesan epigenetik utama bahan-bahan berantioksidan ialah ia mempastikan ekspresi gen berjalan dengan lancar. Jadi, pemuliharaan sel-sel tubuh pada tahap molekul dapat dilakukan dengan baik. Antioksidan antara lain juga berfungsi membantu detoksifikasi (menyahtoksin) dan meredakan INFLAMASI (keradangan).

6.   Makan makanan yang sesuai dengan jenis metabolism anda. Anda lebih mengetahui jika anda: boleh makan serba-serbi, sesuai makan makanan berlemak dan berprotein tinggi atau sesuai makan makanan tinggi sayur-sayuran dan buah-buahan, protein sederhana dan rendah lemak. Makanan yang sesuai dengan jenis metabolism bantu ke arah tahap kesihatan baik sebaliknya makanan yang tidak sesuai mengundang masalah misalnya kerap kembung perut dan diarea. Inflamasi berpanjangan dipercayai merencat atau melambatkan proses peredaan.

7.   Elakkan merokok Jika merokok cuba berhenti secara beransur-ansur dan ramai yang mengalami manfaat yang baik daripada segi kesihatan fizikal dan mental. Anda bukan sahaja bakar duit malah anda membawa mala-petaka ke dalam tubuh. Untuk peroses pemuliharaan sel dan komponennya berjalan lancar, molekul kategori tar buat jalan-raya dan molekul radikal bebas daripada asap rokok (penghisap dan terpakai) sepatutnya dielakkan sama-sekali. Asap rokok mengurangkan paras banyak jenis antioksidan dengan ketara. Mengapa anda mesti membazir dan mendedahkan diri kepada bahan yang berbahaya dan tidak bermanfaat kepada kesihatan tubuh?

8.   Kurangkan makanan bergoreng secara terendam lama. Jika benar-benar teringin makan ayam goring bersalut tepung yang digoreng warna keemasan, makanlah dengan kadar berpada-pada. Sesekali cuba makan dengan buang kulit yang garing itu.

9.   Elakkan sembelit – simpan najis lebih daripada dua hari. Kekerapan sembelit menjadikan racun akibat sembelit dikitar dalam tubuh dan membebankan fungsi organ hati. Penulis kenal dengan seseorang yang membiarkan dirinya sembelit selama bertahun-tahun mengalami kanser otak.

10.Bersenam secukupnya. Lain ahli/pakar/pengamal lain saranannya. Jika berlari 30 min sehari 3 kali seminggu tidak mampu dilakukan, anda hanya perlu berjalan kaki biasa samada dalam pasaraya ketika membeli-belah (bersiar-siar), dalam taman, tepi tasik, dalam kawasan perumahan atau hutan lipur. Berjalan sekurang-kurangnya 30 min setiap kali, 3 kali seminggu. Bersenam secukupnya antara lain bantu anda mudah tidur tidur lebih lena, libido lelaki dan wanita lebih baik (misalnya terhadap sentukan dan gesekan kulit), mengharmoni sistem imiun dan menenangkan fikiran. Sesekali amalkan mandian belentara ‘forest bathing’ di mana haruman daripada flora dalam hutan dapat merehatkan emosi, tubuh dan sosialisasi (jika anda ditemani seseorang atau berinteraksi dengan orang lain).

11.    Elakkan daripada minum arak Minum arak haram dan  
      berdosa besar bagi orang Islam. Jika ada yang guna premis wain                           tinggi antioksian, anda katakan kepadanya bahawa antioksidan yang             serupa boleh didapati dengan makan anggur hitam atau merah.   

12.   Urus stres dengan baik dan bijak. Jika misalnya punca stres anda dalam bentuk kewangan, carilah jalan untuk mengatasinya misalnya dengan mengecilkan perbelanjaan. Kerja diberhentikan, maka berusahalah mencari perkerjaan. Stres kerana kematian seseorang, anda beritahu diri, aku harus move on, aku doakan moga ALLAH ampuni semua dosanya dan akan ditemukan disyurga nanti. Mengamalkan hidup dalam sejarah setiap hari hanya akan mengundang bala termasuk kemuruangan dan keresahan.

            Allah nyatakan dalama uran bahawa wali Allah (orang beriman) tidak

            khuatir (gusar dan sebangsanya) dan bersedih hati)

13.Mendekatkan diri dengan ALLAH dengan bertakwa dan sholat lima waktu secara tetap. Sentiasa berdoa mohon kebaikan kehidupan dunia dan akhirat. Jika mengalami musibah berdoa kepadaNya mohon diangkat musibah atau diberi jalan penyelesaian dan jangan lupa meminta kepada-Nya terus dibekalkan dengan perasaan sabar dalam menghadapi sebarang ujian. Luangkan masa untuk membaca dan mendengar bacaan uran dan dengar kuliah-kuliah agama. Ia bagi membantu hati anda menjadi lembut dan bersedia mengalami atau melakukan perubahan.

14.   Jika anda seorang yang cerewet, maka belajarlah banyak

bersabar. Memang sifat cerewet bantu kehidupan dan perniagaan seseorang menjadi maju. Belajar terima hakikat bahawa terlalu cerewet menyusahkan diri sendiri dan orang sekeliling. Guna teknik atau strategini lain untuk mencapai matlamat. Teknik alternatif sentiasa ada. Tepuk dada tanya selera. Terlalu cerewet  bukan sahaja buat anda stres dan memburukkan lagi simtom yang dialami  malah ia melambatkan proses peredaan.

15.   Berinteraksi dengan orang tersayang dan orang sekeliling. Mengadu masalah tertentu dengan teman karib juga langkah bijak. Anda  

   melakukan aktiviti positif untuk psiko-emosi, fizikal dan kerohanian

   (jaga silaturrahim moga ALLAH limpahkan rezeki termasuk kesabaran

   yang tinggi menghadapi dugaan dan kesembuhan.

16.   Dedahkan diri kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya 10 minit sehari. Sungguh pun kita tinggal di negara yang keamaatan cahaya matahari tinggi namun ramai yang samada tinggal di rumah atau bekerja di pejabat tidak sempat mendedahkan diri kepada sinaran matahari. Jika dapat sinaran matahari pagi lebih baik. Jika tidak sesekali keluarlah waktu makan tengah hari dengan berjalan kaki menuju tempat makan (selain bulan puasa). Ultraungu amat penting bagi membantu penjaanaan vitamin D daripada kolesterol. Vitamin D pula amat penting dalam membantu kelancaran ekpresi gen dan fungsi enzim serta hormon.

17.   Sentiasa bersedia dan menerima perubahan yang berlaku dalam hidup. Contohnya jika setelah berkali-kali anda berusaha berjumpa doktor namun nasihat dan prespriksi yang diberikan kurang membantu meredakan sindrom pasca COVID19 maka bukalah hati untuk mencari kaedah peredaan alternatif dengan berbekalkan diri anda sebagai ‘informed citizen’ untuk menjadi lebih educated. Ia akan membekalkan anda pengetahuan baru yang dapat membantu anda untuk melakukan keputusan yang tepat.

KEDUA: Penokok diet

Makanan tambahan makanan berperanan sangat penting dalam meredakan hypocortisolism dengan membantu memulihara pituitari dan/atau kelenjar adrenal.

Pertimbangkan untuk menambah penokok diet yang dicadangkan ke dalam diet harian anda. Pastikan anda berjumpa dengan doktor anda sebelum anda memulakannya bagi menentukan dos yang sesuai.

Kepentingan dan fungsi masing-masing penokok diet akan dijelaskan secara ringkas kerana anda perlu memahami mengapa ia disertakan sebagai sebahagian daripada program mengembalikan paras kortisol anda ke tahap normal dan keperluan pengambilannya secara berkala.

Vitamin C

Sebenarnya, kelenjar adrenal anda adalah salah satu organ dengan kepekatan vitamin C tertinggi dan memanfaatkan vitamin ini untuk menjalankan tugasnya. Sifat antioksidan dan antiradang vitamin C dipercayai dapat membantu ekspresi gen secara umum menjalankan tugas secara sempurna. Inilah sebabnya mengapa penulis meletak vitamin C di bahagian paling atas dalam senarai pemuliharaan hypothalamus, pituitari dan adrenal.

Vitamin C digunakan oleh kelenjar adrenal dalam penghasilan semua hormon adrenal, terutama kortisol. Apabila anda menghadapi situasi tertekan, vitamin C anda cepat habis dalam penghasilan kortisol dan hormon tindak balas tekanan yang berkaitan. Selain memulihara dengan mengambalikan kesihatan asal hypoyhalamus, pituitari dan adrenal, vitamin C dipercayai membantu tindakan epigenetik yang baik pada pituitari dan adrenal, masing-masing dalam menghasilkan ACTH dan kortisol.

Cadangan untuk dos vitamin C 

    2,000 – 4,000 mg untuk orang dewasa.

Ia diambil dalam dos berasingan hingga mencecah toleransi. Untuk menguji toleransi anda ambil 500 mg untuk peringkat awal. Ambil 500 mg lagi 4 jam selepas itu dan 500 lagi 4 jam berikutnya. Jika anda tidak mengalami diarea, maka cuba gandakan kepada 1,000 setiap kali ambilan. Jika katakan anda mula mengalami diarea untuk ambilan 1,500 (sekali ambil), maka dos maksimum yanhg sesuai dan ‘boleh diserap’ oleh tubuh anda ialah di bawah 1,500 untuk setiap ambilan iaitu maksimum 1,000 mg setiap ambilan.

JANGAN LUPA

Ambil vitamin C anda dengan bioflavonoid misalnya dengan sirap pekat delima Turki, 1 camca teh dibancuh dengan secawan air mineral dan diambil dengan sukatan vitamin C yang sesuai dengan anda.

PERINGATAN, jika anda mengalami gout elak daripada mengambil vitamin C dos tinggi. Secara umum, walau bagaimana pun, 1 sudu cuka epal/tamar ditambah ke dalam air yang ditambah sirap pekat Turki di atas dipercayai berupaya mencegah daripada pembentukan asid urik.

Vitamin C memperkuat kesan ubatan moden bersifat mencairkan darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Jika anda mengambil ubat-ubaan tersebut anda dinasihatkan mengambil vitamin C sekurang-kurangnya 1 jam atau sebelum mengambil ubat-ubatan tersebut.

ELAKKAN daripada mengambil vitamin C dos tinggi jika anda mengalami masalah buah pinggang.

Aktiviti biologi vitamin C: anioksidan, antiradang, antivirus, antibakteria, antiflu, immunomodulatori (memodulasi sistem imiun), vulnerari (merawat luka), antistres.

Sediaan vitamin C yang baik 

  • Tablet yang mengandungi vitamin C dan bioflavonoid
  • b. Tablet pelepasan perlahan (slow release) bagus untuk mereka yang tidak tahan dengan makanan berasid
  • c.  Liposomal vitamin C (vitamin C yang dibaur dengan lecithin menggunakan mesin altrasonik. Penyerapannya lebih baik daripada vitamin C biasa . Dos pengambilan jenis ini dicadangkan pada 1,000 – 1,500 mg sehari. Vitamin jenis ini dikatakan dapat mengelakkan sakit perut dan diarea.

Sariawan

Jika anda ingin berhenti daripada mengambil vitamin, kurangkan dos secara berperingkat, misalnya daripada 1,000 mg kepada 500 setiap ambilan. Berhenti mendadak mendedahkan anda kepada simtom pengunduran dalam bentuk sariawan dalam mulut (putih berlopak dan pedih).

Vitamin B kompleks

Kekurangan vitamin B boleh mempengaruhi kesihatan keseluruhan malah boleh menyebabkan kelesuan adrenal. Banyak jenis vitamin B penting untuk kesihatan yang optimum namun vitamin B tertentu, vitamin B5 (asid pantotenik), sangat penting untuk kesihatan adrenal. Berikut adalah beberapa vitamin B yang perlu anda amalkan ketika anda menghadapi tekanan dan kelesuan adrenal

Tiamin (vitamin B1)

Vitamin B1 (tiamin) penting untuk sel berfungsi dengan cekap dan fungsi saraf dan otot yang mencukupi. Ia berperanan bukan sahaja dalam membantu sel menghasilkan tenaga tetapi juga membantu tubuh anda memproses glukosa. Paras glukosa yang tinggi atau rendah dapat menyebabkan masalah pada penderita kelesuan adrenal, kekurangan vitamin B1 sangat merisaukan.

Sesetengah orang menganggap kekurangan vitamin B1 hanya berlaku pada orang yang menyalahgunakan alkohol; namun ramai orang terutama mereka yang menghidap penyakit kronik dikhuatiri mengalami kekurangan vitamin ini.

Sekiranya anda pernah berada di hospital misalnya kerana menjalani rawatan COVID19 terutama dalam rawatan kritikal, kemungkinan besar anda mengalami kekurangan vitamin B1.

Sejumlah masalah kesihatan dikaitkan dengan kekurangan vitamin B1. Kekurangan vitamin B1 yang ketara dapat mempengaruhi fungsi jantung yang boleh menyebabkan kegagalan jantung dan kematian.

Kekurangan vitamin B1 yang teruk boleh merangkumi keadaan yang disebut ensefalopati Wernicke, yang merangkumi kekeliruan akut dan kesukaran berjalan. Keadaan ini biasa dilihat pada orang yang mempunyai sejarah alkohol.

Perhatikan bahawa ramai orang mempunyai tahap vitamin B1 yang rendah tanpa mengalami gejala akut. Sekiranya doktor anda mengesyaki anda mungkin kekurangan vitamin B1 anda boleh menjalani ujian darah. Walau pun begitu, ujian biasanya tidak diperlukan dan selalunya pengamal yang bijak anda akan mencadangkan mengenai perubagan diet anda atau menggunakan suplemen. Makanan yang tinggi vitamin B1 termasuk ikan, kacang, dan biji.

Riboflavin (vitamin B2)

Vitamin B2 (riboflavin) penting untuk fungsi mitokondria (pusat tenaga / tenaga sel) dan kelenjar adrenal. Para penyelidik percaya bahawa vitamin B2 berfungsi dengan vitamin C, pada dasarnya meningkatkan fungsi sel-sel di kelenjar adrenal. Vitamin B2 juga merupakan kunci untuk mengekalkan sistem saraf yang sihat.

Tanda-tanda kekurangan B2 yang teruk boleh merangkumi kelemahan, sakit tekak, keretakan kulit (terutama di sudut luar mulut), dan lidah yang bengkak. Mata boleh terjejas terutamanya; simptom termasuk penglihatan kabur, penglihatan berganda, dan fotofobia (kepekaan terhadap cahaya). Perhatikan bahawa seperti vitamin lain, tahap yang lebih rendah daripada biasa tidak menyebabkan gejala ini.

Sayuran hijau, ikan, dan bijirin yang diperkaya adalah sumber vitamin B2 yang sangat baik.

Niacin (vitamin B3)

Niacin adalah vitamin B yang membantu meningkatkan kadar HDL. Ia juga penting dalam fungsi kelenjar adrenal dengan bertindak sebagai bahan penting dalam penghasilan hormon adrenal.

Penurunan niasin yang ketara boleh menyebabkan keadaan yang disebut pellagra. Gejala pellagra termasuk tiga: dermatitis, cirit-birit, dan kemurungan. Walau bagaimanapun, tahap vitamin ini yang lebih rendah daripada biasa jarang menyebabkan gejala ini berlaku.

Makanan yang tinggi vitamin B3 termasuk ikan, unggas, dan kacang-kacangan.

Asid pantotenik (vitamin B5)

Daripada semua vitamin B, vitamin B5 (asid pantotenik) mungkin yang paling penting untuk fungsi kelenjar adrenal. Kajian berasaskan makmal yang berbeza-beza menunjukkan bahawa ia dapat meningkatkan suplemen hormon adrenal termasuk kortisol dan progesteron.

Di samping itu, ia dapat membantu mengatur tindak-balas reseptor kelenjar adrenal dan mencegahnya daripada menjadi sangat responsif. Tanpa suplemen B5 yang betul, seseorang yang mengalami keletihan adrenal berisiko mengalami keletihan adrenal; kelenjar adrenal tidak akan dapat memenuhi permintaan metabolik badan. Seperti vitamin B yang lain, vitamin B5 penting untuk pemprosesan karbohidrat dan juga sokongan sistem saraf.

Gejala kekurangan vitamin B5 termasuk peningkatan perasaan mudah marah,  masalah kualiti tidur, kelesuan, dan kemurungan.

Makanan yang dapat membantu meningkatkan kadar B5 termasuk sayur-sayuran hijau (seperti brokoli dan asparagus) serta yogurt dan telur.

Pyridoxine (vitamin B6)

Vitamin B6 (pyridoxine) penting untuk fungsi kelenjar adrenal dan ia merupakan salah satu vitamin B yang penting dalam penghasilan hormon adrenal.

Paras vitamin B6 yang rendah dapat mempengaruhi fungsi saraf dan merupakan faktor risiko untuk kemurungan. Kekurangan sepenuhnya vitamin ini sangat jarang berlaku di negara perindustrian. Gejala umum kekurangan B6 adalah neuropati periferal, yang menyebabkan mati rasa (kebas) dan kesemutan di tangan dan kaki. Perhatikan bahawa ubat-ubatan tertentu dapat menghalang pengeluaran B6; contoh yang biasa ialah isoniazid (isonicotinylhydrazine, atau INH), yang digunakan untuk merawat batuk kering.

Makanan dengan kandungan vitamin B6 tinggi termasuk ikan, kacang, dan biji.

Cyanocobalamin (vitamin B12)

Vitamin B12 (cyanocobalamin) penting untuk fungsi saraf dan kesihatan sel. Seperti semua vitamin B yang lain, vitamin B12 penting untuk sintesis hormon adrenal.

Penyebab kekurangan B12 termasuk anemia yang merosakkan (keadaan autoimun di mana tubuh membentuk antibodi terhadap sel-sel perut tertentu yang bertanggungjawab untuk pengeluaran dan penyerapan B12) dan ubat-ubatan tertentu; contoh biasa adalah metformin (Glucophage) iaitu ubat yang paling biasa dipreskripsi doktor untuk penghidap diabetes.

Paras vitamin B12 yang rendah adalah faktor risiko untuk kemurungan. Gejala kekurangan B12 boleh merangkumi cirit-birit, mati rasa (kebas) dan kesemutan di tangan dan kaki (neuropati), demensia, dan masalah dengan keseimbangan dan koordinasi.

Makanan yang tinggi kandungan B12 termasuk ikan, unggas, dan telur.

Tablet

Jika anda dapati diri anda tidak mungkin berupaya mendapatkan kesemua vitamin-vitamin B tersebut daripada makanan yang anda makan, maka anda disaran untuk mengambil tablet yang mudah dibeli di kedai farmasi atau atas talian,

Dos dan cara pengambilan

 1 tablet setiap hari

Zink

Berbanding dengan mineral lain, zink merupakan zat yang sangat difahami oleh ramai pengamal dan orang awam kategori informed citizen di luar komuniti perubatan dan saintifik. Penghidap keletihan harus menyedari sifat penting bekalan zink tubuh dan keletihan serta gejala lain yang boleh menyertai kekurangan zink.

Simtom-simtom utama kekurangan zink termasuk:

  • ·       kehilangan tenaga (lesu)
  • ·       kehilangan selera makan
  • ·       kemurungan
  • ·       mudah mengalami jangkitan namun lambat pulih.
  • ·       berat badan berkurangan
  • ·       keguguran rambut  
  • ·       kekurangan libido
  • ·       ereksi disfungsi
  • ·       fungsi neuropsikologi bermasalah - menyebabkan masalah dengan fokus, rentang perhatian dan kemahiran motor. Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada kesan tersebut.
  •  

Sindrom usus bocor (leaky gut syndrome) yang dihadapi oleh ramai orang yang mengalami kelesuan juga boleh disebabkan oleh paras zink. Ia boleh menyebabkan masalah dengan penyerapan pelbagai nutrien, suatu keadaan membatasi kemampuan tubuh untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

Zink AMAT PENTING untuk kesihatan tubuh kerana ia membantu pertumbuhan, pembinaan dan pembahagian sel. Selain itu ia terlibat secara langsung dengan ekspresi gen. Ekspresi gen yang cekap amat diperlukan tubuh dalam proses penjagaan dan pemuliharaan kesihatan secara keseluruhan dan dalam kes anda ialah membaikpulih dan mengembalikan perembesan ACTH oleh pituitari serta kortisol dan aldosterone yang dirembes oleh kelenjar adrenal korteks kepada paras normal.  

Mengesahkan kekurangan zink

Doktor berilmu dan bijak terutama yang mengamal perubatan intergratif berupaya mengesan kekurangan zink melalui pemeriksaan fizikal pesakit dan diagnosis klinikal berdasarkan gejala atau simtom. Doktor biasanya mendeduksi kekurangan zinc  apabila mengesan simtom seperti tindak-balas imun yang lemah, kemurungan, deria rasa dan bau berkurangan/hilang, keguguran rambut, cirit-birit dan sudah tentu keletihan. Kemahiran ini sebenarnya dimiliki juga oleh ramai pengamal perubatan alternatif terlatih, berpengalaman dan mahir.

Kuantiti zink yang perlu diambil

Sebahagian pakar menyarankan 15 mg (elemental) setiap hari memadai. Antara jenama utama yang penulis sendiri sering guna untuk diri dan keluarga ialah jenama Solaray. Zink ini dalam bentuk sebatian zinc picolinate yang dikapsul dalam kapsul berasaskan tumbuhan. Penyerapannya lebih cekap dengan pengambilan secara bersama dengan vitamin B6 (daripada makanan tertentu atau yang terdapat dalam suplemen B kompleks yang anda ambil.

ADAPTOGEN

Herba bersifat adaptogen merupakan sekumpulan herba kategori luas yang terkenal dalam membantu tubuh dengan pelbagai cara terutama meningkatkan cara kita bertindak balas terhadap tekanan. Ia meningkatkan dan mengatur kemampuan tubuh untuk menahan tekanan dengan meningkatkan fungsi adrenal.

Adaptogen berfungsi dengan melaras paksi hypothalamus-pituitari-adrenal (HPA: otak dan adrenal anda berkomunikasi) dalam membantu mengimbangkan pengeluaran kortisol anda. Herba adaptogen ini biasa digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina, Ayruvedic, dan ubat-ubatan tradisional yang lain untuk jangka masa yang lama untuk meningkatkan kesuburan, stamina, sokongan kekebalan tubuh dan melambatkan penuaan.

Terdapat pelbagai jenis herba adaptogen termasuk antara lain Ashwagandha, Amalaki (amla), Ginseng Siberia, Dang Shen, Likoris, Ruku-ruku (varian Tulasi), Rhodiola, Ganoderma dan  Schizandra, Pegaga, Goji dan Burdock.

Artikel ini hanya mencadangkan dua jenis adaptogen iaitu Ashwagandha dan Pegaga. Untuk menggunakan herba lain dalam senarai di atas anda harus melakukan kajian dengan mencari maklumat mengenai kegunaan tradisionalnya, aktiviti biologi, keberkesanan sebagai adaptogen (ada yang berkesan cepat ada yang lambat), cara mengambil, dos dan masa pengambilan, interaksi dengan ubatan moden (jika ada) dan keselamatan.

PEGAGA

Ayurveda menggunakan herba ini untuk membantu menguatkan fungsi otak. Teks Sanskrit kuno memuji penggunaan jus gotu kola secara kerap (juga disebut brahmi dan pennywort) dengan faedah kognitif yang ajaib termasuk memori kategori fotografi.

Kajian awal menyokong banyak dakwaan perubatan tradisional terhadap manfaat pegaga dalam meningkatkan fungsi mitokondria, bertindak sebagai neuroprotektif, nootropik (agen pintar), antioksidan, anti-radang, mendorong pertumbuhan semula saraf dan mengurangkan kesan negatif plak beta amiloid (bantu cegah atau memperlahan Alzheimer).

Keselamatan

Secara umum penggunaannya untuk perubatan secara tradisional boleh diterima dan selamat samada untuk untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Namun, ia boleh menghalang konsepsi dan harus dielakkan semasa kehamilan. Kebimbangan mengenai ketoksikan hati berpunca dari tiga kajian kes pada wanita Amerika Latin yang melibatkan suplemen penurunan berat badan berasaskan pegaga yang menunjukkan ia berpunca kerana mencampurkan herba lain atau masalah kualiti (biasa berlaku pada suplemen penurunan berat badan). Ia bukan masalah keselamatan pegaga itu sendiri.

Sebenarnya pegaga tidak sesuai dijadikan ramuan penurunan berat badan. Sebatian terpencil dalam pegaga dilaporkan mendorong pertumbuhan tumor pada tikus, namun kajian-kajian lain mengenai pegaga dan konstituennya mendapati aktiviti anti-tumor, anti-barah (sila semak kajian mengenai asiaticosides dan kajian mengenai asid asiatik). Sila dapatkan nasihat doktor kesihatan sebelum mengambil makanan tambahan.

Cara Menggunakan Pegaga

Teh: 1 sudu teh herba kering per 1 cawan air 5 minit selepas mendidih, tutup cawan selama 10 min, Minum 1-3 cawan setiap hari. Dicampur dengan halia, kayu manis, teh hijau, atau ruku-ruku – setiap satu ada fungsinya, sila kaji.

Kapsul: 500 hingga 1000 mg setiap hari, untuk kapsul standard ikut arahan pada label:

ASHWAGANDHA

Ashwagandha (Withania somnifera) yang juga mendapat jolokan ginseng India merupakan salah satu adaptogen yang diketahui dapat mengimbangkan tahap kortisol dengan baik. Ia telah digunakan selama berabad-abad dalam perubatan Ayurveda. Ia dianggap sebagai 'Rasayana' - sediaan herba yang membantu dalam menjaga kesihatan dan melambatkan penuaan.

Withanolides adalah sebatian aktif utama yang terdapat dalam ashwagandha yang menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Akar, daun, bunga dan biji biasa digunakan untuk sifat terapeutiknya. Ia mempunyai sifat anti-kelesuan, tindakan anti-stres, aktiviti anti-keresahan disamping melindungi kesihatan seksual dan imun.

Kemampuannya dalam menyokong sistem saraf membantu memulihkan keseimbangan metabolism — terutama ketika telah mengalami kegemukan, kekurangan gizi atau sangat tertekan. Ashwagandha mendorong tenaga berkualiti sepanjang hari, tidur nyenyak di malam hari, dan menghasilkan fikiran tenang dan fisiologi yang seimbang.

Analgesik

Ekstrak akar Ashwagandha didapati bertindak sebagai analgesik penghilang (analgesik) semula jadi. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Behavioral Pharmacology, 2016 menunjukkan bahawa ekstrak ashwagandha melegakan kesakitan dengan mengatur sistem opioidergik dan sistem glutaminergik pada model haiwan. Sistem glutaminergik merujuk kepada laluan otak yang diatur secara dominan oleh neurotransmitter, glutamat.

Kajian lain menunjukkan ashwagandha mampu menjaga dan menguatkan fungsi memori pada manusia. Kajian juga menunjukkan ashawagandha dapat meredakan kemurungan dan keresahan. Kajian juga mendapati ia mampu memperbaiki mutu tidur. Sifat antioksidannya didapati dapat membantu memperbaiki pergerakan tubuh pada mereka yang mengalami fibromyalgia (sakit otot seluruh tubuh disertai kelesuan).

Keselamatan

Kajian ketoksikan menunjukkan ashwagandha selamat. Bukti anekdot menunjukkan ia sukar dicerna kerana itu ia harus dielakkan sekiranya anda mengalami gangguan pencernaan atau refluks asid yang serius. Ashwagandha harus dihindari oleh individu dengan Pitta dosha atau mereka yang cenderung mengalami refluks asid. Dalam kes seperti itu, lebih baik berunding dengan pengamal Ayurveda mengenai penggabungannya dengan herba lain.

Kajian menunjukkan menggunakan dos 300mg ekstrak dua kali sehari dilaporkan menimnilkan kesan sampingan ringan seperti kesesakan hidung, sembelit, mengantuk, penurunan selera makan, batuk, dan selsema. Kajian lain melaporkan kesan sampingan pada dos tinggi (750mg, sekali ambil) seperti peningkatan selera makan, libido, halusinasi, dan vertigo. Tidak ada banyak data untuk mengulas keselamatan penggunaan asgwagandha semasa kehamilan dan menyusui. Jadi elak daripada  mengambilnya ketika anda mengalami keadaan itu. Sila dapatkan nasihat doktor kesihatan sebelum mengambil makanan tambahan.

PERHATIAN: Jika anda ingin memandu elakkan daripada mengambil ashwagandha bersendirian kerana ia bersifat merehatkan otak dan saraf yang menjadikan anda mudah mengantuk.

Dos dan Cara Pengambilan

Ashwagandha boleh didapati dalam bentuk seperti kapsul dan akar kering.

Julat dos selamat suplemen ashwagandha standard ialah 300-500mg, 1-2 kali sehari.

 

Rebusan: 3 sudu teh akar kering (ditumbuk separuh lumat) direbus dengan 1 liter air hingga air berkurang kepada 750 ml. Asingkan serdak dan minum air rebusan 1 cawan setiap kali, 3 X sehari.

SARANAN: Tambah beberapa hiris halia atau cebisan kayu manis bagi mengurangkan kesan sedatif ashwagandha.

NOTA: Kedua-dua pegaga dan asgwagandha boleh disediakan secara bersama. Misalnya dengan merebus 1.5 camca teh herba kering masing-masing pegaga dan ashwagandha dengan kaedah penyediaan yang serupa seperti digariskan di atas.

Jika ambil kapsul: ambil 300 mg pegaga dan 300 mg ashwagandha serentak, 3 X sehari. Jenama yang disyor penulis ialah Gotu Kola dan Ashwagandha (kedua-duanya kapsul vege.) keluaran Himalayan Herbal Heathcare.

Untuk pengetahuan, penulis sama sekali tiada kena mengena daripada sebarang segi dengan pengeluar jenama Solaray dan syarikat Himalayan Herbal Heathcare. Penulis mencadangkan kedua-duanya kerana penulis biasa menggunanya di samping ia mudah didapati termasuk pembelian atas talian.

Gabungan Ashwagandha, Pegaga dan Tulasi dan lain-lain herba

Gabungan tiga jenis herba ini dipercayai dapat mempercepat proses pemulihan meningkatkan paras kortisol dan meredakan kabut otak di samping bertindak sebagai antioksidan dan antiradang. Himalayan Herbal Heathcare menawarkan produk mengandungi ketiga-tiga herba tersebut dengan panggilan StressCare.

Menurut deskripsi (pinjam) ia membantu:

 

  • ·        meredakan tekanan berasaskan tumbuhan tanpa merasa mengantuk
  • ·      Projek Bukan GMO disahkan dengan Ashwagandha, Holy Basil, Gotu Kola dan ramuan herba lain
  • ·        Meningkatkan tenaga anda dan menurunkan tahap tekanan anda
  • ·        merehatkan minda dan badan
  • ·    Memelihara fungsi adrenal anda dan menyokong tahap normal hormon stres kortisol
  •      Menyokong sistem saraf pusat anda untuk mencapai kerehatan dan ketenangan yang normal

Jangan Lupa Berdoa

Sebelum melakukan sebarang kaedah yang dicadangkan anda disarankan agar baca Bismillah penuh diikuti dengan doa misalnya (dalam Bahasa Melayu pun baik), “Ya, Allah, Sesungguhnya Engkau yang memberi penyakit dan Engkau juga yang memberi kesembuhan. Aku bermohon kepadaMu agar disembuhkan masalah kesihatanku ini. Aaaaaamiin” Lebih baik jika dmulai dengan ayat memujinya diikuti dengan selamat ke atas Rasulullah SAW dan keluarganya dan ditutup dengan selawat kepada Rasulullah SAW dan keluarganya dan diikuti dengan ayat memujinya (semua dalam bahasa Arab seperti diajarkan oleh ustaz dan ulamak.

AKHIR BICARA

Penulis sudahi artikel dengan doa yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang sahih: وروينا في كتابي أبي داود والنسائي بإسنادين صحيحين عن أنس – رضي الله عنه – : أنَّ النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يقول اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ ، والجُنُونِ ، والجُذَامِ ، وَسَيِّيءِ الأسْقَامِ. رواه أَبُو داود بإسناد صحيحٍ Maksudnya, “Diriwayatkan kepada kami di kitab Abu Dawud dan An-Nasa’i dengan sanad yang baik dari Anas ra., Nabi Muhammad SAW berdoa, ‘Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari lepra, gila, kusta, dan penyakit-penyakit buruk.’ (HR Abu Dawud dengan sanad sahih.


BACAAN LANJUT:

1.   Long-term effects of coronavirus (long COVID)

HYPERLINK: https://www.nhs.uk/conditions/coronavirus-covid-19/long-term-effects-of-coronavirus-long-covid/

2.   Post-COVID Syndrome (Long COVID)

HYPERLINK: https://www.england.nhs.uk/coronavirus/post-covid-syndrome-long-covid/

3.   NICE, SIGN and RCGP set out further details about the UK guideline on management of the long-term effects of COVID-19

HYPERLINK: https://www.nice.org.uk/news/article/nice-sign-and-rcgp-set-out-further-details-about-the-uk-guideline-on-management-of-the-long-term-effects-of-covid-19

4.    Coronavirus damages the endocrine system 

HYPERLINK: https://translate.google.com/?sl=en&tl=ms&text=insufficiency&op=translate

5.   Ashley Barry Grossman et al, The Impact of SARS-Cov-2 Virus Infection on the Endocrine System. Journal of the Endocrine Society, 2020; DOI: 10.1210/jendso/bvaa082

6.   Agnieszka Siejka et al., Adrenal insufficiency in the COVID19 era. Am J Physiol Endocrinol Metab. 2021 Apr 1;320(4):E784-E785. doi: 10.1152/ajpendo.00061.2021.

7.   Is adrenal fatigue “real”? - Harvard Health Blog

 HYPERLINK: https://www.health.harvard.edu/blog/is-adrenal-fatigue-real- 

 2018022813344. Dilihat pada 1 Mei, 2021.

8.     Ann Kearns. Adrenal fatigue: What causes it? (Is there such a thing as adrenal fatigue? Mayo Clinic HYPERLINK: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/addisons-disease/expert-answers/adrenal-fatigue/faq-20057906. Dilihat pada 1 Mei 2021.  

9.   How does COVID-19 impact the adrenal gland? Baylor college of Medicine

22 April, 2021. 

HYPERLINK: https://blogs.bcm.edu/2021/04/22/how-does-covid-19-impact-the-adrenal-gland/ Dilihat pada 3 Mei 2021

10.COVID-19 (coronavirus): Long-term effects. Mayo Clinic

HYPERLINK: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/in-depth/coronavirus-long-term-effects/art-20490351

Dilihat pada 4 Mei 2021.

11.Doctors Scramble to Understand Long COVID, but Causes and Prognosis Are Elusive. Medscape.com

HYPERLINK: https://www.medscape.com/viewarticle/949800 Dilihat pada Mei 4 2021.

12.Symptoms of Low Cortisol, High Cortisol and Aldosterone Issues. Paulrobinsonthyroid.com

      HYPERLINK: https://paulrobinsonthyroid.com/symptoms-of-low-cortisol-high-cortisol-and-aldosterone-issues/ Dilihat pada 4 Mei 2021.

13.Alessandro Orru et al., Withania somnifera (L.) Dunal root extract alleviates formalin-induced nociceptio;27(1):57-68.doi: 10.1097/FBP.0000000000000195. n in mice: involvement of the opioidergic system.  Behav Pharmacol, 2016 Feb


Disediakan oleh:

Bahrain Samah, MD (Alt. Med.), AHG

Hakcipta 2021 @ blogGAYAHIDUPHOLISTIK