Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Jumaat, 25 November 2022

PARU-PARU BERDARAH DAN LONG COVID

Lebah berpendapat Diffuse Alveolar Hemorrhage (DAH) yg dialami sebahagian penghidap Long COVID berkemungkinan serupa seperti kesimpulan saintis kajian berikut (sila klik link berkaitan - hyperlink no. 2: The Perfect Storm.....) 

The authors of the study cited by WHO conclude: We hypothesize that our patient likely developed DAH because the infection led to ANCA-associated vasculitis that manifested as DAH rather than directly damaging her pulmonary blood vessels.

Maksud:

Saintis penyelidik mengetengahkan hipotesis bahawa infeksi SARS-COV-2 mengakibatkan saluran darah mengalami KERADANGAN (inflammation: berpunca dpd tindakan beberapa cytokine dan juga figositosis) dan seterusnya menyebabkan DAH. Infeksi tidak merosakkan saluran darah paru2 secara langsung.

Bacaan lanjut berkaitan DAH:

1. Moo Suk Park et al. Diffuse Alveolar Hemorrhage. Tuberculosis and respiratory diseases, 

Evidence-Based Critical Care. 2019 Jul 24 : 253–257.

Published online 2019 Jul 24.

HYPERLINK:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3651925/

2. Wang E. et al. The  Perfect Storm: Diffuse Alveolar hemorrhage after SAR-COV-2 Infection. Chest, 2021 Oct; 160(4): A1212–A1213.

Published online 2021 Oct 11. doi: 10.1016/j.chest.2021.07.1114

HYPERLINK:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8503401/


Lebah

Copyright2022@gayahidupholistikblogspotcom