Oleh: Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG), terbit dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor pada 13 November 2012.
Sesetengah orang yang mengalami masalah penghadaman akan mudah mengalami
simptom tertentu seperti perut buncit, sendawa, buang angin, kembung,
sukar buang air besar, kurang rasa lapar dan cirit-birit selepas
beberapa jam mereka mengambil sesuatu jenis makanan.
Sesetengah simptom pula sukar dikaitkan dengan makanan tertentu kerana
tubuh bertindak balas beberapa hari selepas makanan tertentu diambil.
Gandum termodifikasi secara genetik (GM, genetically modified)
dikatakan mengandungi gluten sehingga tujuh kali ganda dibandingkan
dengan gandum bukan GM. Mereka yang sensitif kepada gluten akan
mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah penghadaman yang
akan menimbulkan keradangan kronik dalam perut dan usus.
Lebih buruk lagi vili dan mikrovili iaitu permukaan usus yang berfungsi
menyerap makanan yang dicerna dikatakan akan rosak akibat pengambilan
gandum tinggi gluten secara berpanjangan. Ia seterusnya menyebabkan
seseorang akan mengalami penyakit yang mereka tidak terfikir akan
menghidapnya contohnya masalah auto imun.
Masalah auto imun
Artritis ialah sejenis masalah kesihatan yang dikaitkan dengan masalah
auto imun di mana jentera sistem imun menyerang sel tubuh lalu
menyebabkan keradangan. Kerosakan vili dan mikrovili menyebabkan tubuh
dipenuhi toksin dan kekurangan nutrien. Jadi, jangan pandang remeh jika
anda telah mengalami masalah penghadaman selama bertahun.
Lebih buruk lagi apabila sel yang sering mengalami keradangan terutama
sel usus dikatakan mudah berubah kepada sel kanser! Sifat sel kanser
tidak serupa dengan sel normal.
Ini kerana kadar pertambahan bilangan sel kanser amatlah pantas
berbanding sel normal. Sel normal berkomunikasi. Jika sesuatu sel normal
didapati akan menambah bilangan melebihi kadar biasa, jirannya akan
menegur dan ia tidak akan melakukannya. Tidak seperti sel normal, sel
kanser tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Yang lebih buruk bukan sahaja bilangan sel kanser bertambah pada kadar
yang amat pantas malah ia tidak mati! Pemvaksinan juga dikaitkan dengan
masalah penghadaman. Bagaimana pemvaksinan boleh menyebabkan tindak
balas makanan? Tindak balas makanan ialah tindak balas tubuh terhadap
sesuatu jenis makanan dan menyebabkan simptom yang tidak menyenangkan
termasuk masalah penghadaman. Alahan makanan dikategorikan oleh ramai
pakar pemakanan sebagai sejenis tindak balas makanan. Untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai tindak balas makanan sila baca buku saya berjudul
Kawal Berat Badan (terbitan ALAF 21).
Vaksin
Hari ini penyediaan vaksin tidak lagi menggunakan keseluruhan sel virus. polio lemah seperti yang digunakan di India.
Sebaliknya serpihan protein virus tertentu digunakan. Ramai yang tidak
tahu buah-buahan mengandungi asid amino tertentu. Protein dibina
daripada gabungan beberapa jenis protein.
Sesetengah orang mendapati dirinya mengalami tindak balas termasuk
mengalami masalah penghadaman serta mengalami simptom tertentu yang
tidak menyenangkan. Buah-buahan lazat yang pada suatu ketika dahulu
tidak mendatangkan masalah didapati menyumbang masalah kesihatan
tertentu.
Puncanya? Asid amino buahbuahan yang mempunyai berat molekul yang
serupa dengan berat molekul serpihan virus vaksin dikatakan sebagai
punca! Salah satu punca alahan susu juga dikaitkan dengan pemvaksinan.
Sila baca di HYPERLINK: http://www.medpagetoday.
com/MeetingCoverage/AAAAI/25520. Pemvaksinan polio di India bawa
malapetaka.
Terdapat 47,500 kes dilaporkan pada 2011 di mana penghidap mengalami
simptom lumpuh bukan jangkitan polio (non-polio paralysis). Simptom yang
dialami serupa dengan jangkitan polio. Para pemerhati berpendapat
pemvaksinan virus polio punca mangsa mengalaminya. Usaha pemvaksinan
tersebut ditaja oleh Bill and Melinda Gates Foundation. Bill Gates
pernah mengumumkan bahawa pemvaksinan mampu mengurangkan penduduk dunia
sebanyak 15 peratus. Sila baca lebih lanjut di HYPERLINK:
http://www.infowars.com/paralysis-cases-spike-in-wake-of-bill-gatespolio-vaccination-effort-in-india/.
Jika anda ialah penghidap masalah penghadaman dan mengamalkan gaya
hidup sihat termasuk mengatur jenis makanan namun masih terdapat simptom
yang tidak menyenangkan, langkah paling baik ialah bincang dengan
doktor yang merawat anda.
Jika anda sering mengalami diarea, berat badan berkurangan tanpa dapat
difikirkan puncanya, sakit perut yang tidak terperi sakitnya, sering
demam dan berdarah ketika membuang air besar maka segeralah berjumpa
doktor. Ia kerana simptom yang disebutkan mempunyai pelbagai
kemungkinan.
Mungkin sel usus atau perut anda mengalami keradangan lebih buruk.
Mungkin juga sel kanser telah terbentuk lalu memanifestasikan simptom
yang disebutkan. Pemeriksaan awal oleh doktor terlatih dipercayai boleh
memanjangkan umur anda jika anda benar-benar menghidap sebarang
penyakit serius atau kanser usus.
Sesuatu jenis penyakit secara zahir tidak terbentuk tanpa sebab.
Masalah penghadaman yang dibiarkan berlarutan dan kaedah tertentu tidak
diamalkan secara sempurna akan bermanifestasi kepada pelbagai jenis
penyakit.
Sesungguhnya mencegah lebih baik dari berubat.
Nutrien
Makanan yang kaya probiotik seperti makanan yang diperam sesuai untuk
mengembalikan keseimbangan kehidupan flora usus. Tempoyak, tairu, susu
segar, teh kombucha dan kimchi amat sesuai diambil oleh mereka yang
mengalami masalah penghadaman.
Mereka yang sering mengambil ubat-ubatan moden termasuk antibiotik dan
sering makan makanan terproses dikatakan sebagai antara punca
ketidakharmonian flora usus. Probiotik dalam bentuk makanan tambahan
contohnya suplemen acidophilus bifidus boleh dibeli dari kedai farmasi
tertentu.
Masalah penghadaman berpanjangan dikaitkan dengan pembentukan beberapa
jenis penyakit usus seperti ulser usus, sindrom usus besar merengsa
(irritable bowel syndrom), penyakit Crohn dan diverticulitis.
Pengambilan satu sudu besar pelepah aloe vera segar setiap hari
dikatakan membantu meredakan penyakit yang disebutkan.
Aloe vera dan jusnya tidak sesuai kepada mereka yang sering mengalami
diarea. Ulser usus atau perut boleh dirawat dengan mengambil minyak
kelapa dara.
Pemuliharaan kesihatan usus memerlukan zink. Ia boleh diambil dalam
bentuk suplemen satu tablet setiap hari. Ambil setengah camca teh garam
ni dibancuh dengan setengah cawan air mineral setiap pagi. Garam gunung
Himalaya dikatakan membantu mengembalikan paras pelbagai jenis mineral
yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.
Tips. Kekerapan pengambilan satu sudu madu asli digabungkan dengan
seperempat camca teh minyak habatus sauda, seperlapan camca teh serbuk
oregano dan secubit serbuk lada hitam diambil pagi dan petang didapati
berupaya bukan sahaja merawat pelbagai jenis masalah penghadaman malah
mencegahnya dari berlaku.
Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com
Pengumuman Penting - Saya bukan TSM
Assalaamu3alaikum....
Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini.
Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN.
Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT.
Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi.
Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya.
Terimakasih.
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com
April 20, 2013
Rabu, 14 November 2012
Menangani Masalah Penghadaman
Label:
alahan,
Aloe Vera,
gandum,
makanan GMO,
minyak kelapa dara,
perut buncit,
ulser ususmpenyakit Crohn,
Vaksin