Saintis aliran perdana dan golongan perubatan moden percaya kepada teori yang menyatakan bahawa paras kolesterol tinggi sebagai punca arteri jantung tersumbat. Sebuah teori aliran perdana yang amat popular menyatakan bahawa plak berlemak berkumpul pada bahagian dinding arteri jantung yang rosak. Keradangan dikatakan sebagai punca utama kerosakan dinding arteri jantung.
C-reactive
protein (CRP) ialah sejenis bahan yang terdapat dalam darah telah
dikenalpasti sebagai penanda (marker) untuk keradangan. Paras CRP akan
meningkat sebagai isyarat terhadap
sebarang jenis keradangan yang berlaku. Paras CRP tinggi dikaitkan dengan
peningkatan risiko penyakit jantung manakala paras rendah pula dikaitkan dengan
risiko rendah.
Ramai saintis dan doktor percaya bahawa
LDL yang juga dikenali sebagai kolesterol jahat adalah penanda utama bagi
menentukan risiko penyakit jantung. Namun pada masa sama terdapat beberapa
bukti menunjukkan CRP dapat dijadikan penanda risiko penyakit jantung yang
lebih baik berbanding LDL.
LDL
atau CRP?
Sebuah kajian yang diketuai oleh Paul
Ridker, MD. yang melibatkan 29,939 wanita telah menunjukkan keadaan tersebut.
Lebih dari separuh wanita yang terlibat dalam kajian mengalami paras CRP
tinggi. Mereka didapati telah mengalami penyakit jantung walau pun paras LDL
mereka rendah. Kajian ini telah dilaporkan dalam New England Journal of Medicine pada 14 November 2002.
Beberapa tahun kemudian kajian yang dijalankan di Cleveland
Clinic mendapati arteri tersumbat yang dialami oleh 502 orang pesakit tidak
menjadi semakin buruk setelah mereka berjaya mengurangkan paras CRP. Kajian ini
telah dilaporkan dalam New England Journal
of Medicine pada 6 Januari 2005.
Jurnal keluaran yang sama juga melaporkan keputusan seuah kajian lain yang
dijalankan oleh Dr. Ridker di mana ia menunjukan penurunan paras CRP
menggunakan ubatan statin mengurangkan risiko kejadian serangan jantung kali
kedua.
Statin
ialah nama generik kepada sejenis ubat moden bagi membantu mengawal paras
kolesterol. Ia berfungsi menghalang pembinaan kolesterol. Ia dipreskirpsi oleh
doktor kepada mereka yang mengalami paras kolesterol tinggi dan penyakit
jantung koronari. Statin memiliki beberapa kesan sampingan termasuk gangguan
mood, memori, libido (mati pucuk), merosakkan sel dan mengurangkan pembinaan
coenzyme Q10.
Kekurangan
kolesterol menyebabkan hormon-hormon reproduktif seperti testoterone juga
terganggu. Ia bukan sahaja memberi kesan negatif kepada selera seks tetapi ia
dipercayai menyebabkan seseorang mudah mengalami penuaan pra-matang. Ini kerana
salah satu fungsi testoterone ialah melambatkan proses penuaan.
Sel
membran juga terdiri dari 20 peratus kolesterol. Kekurangan kolesterol
mengganggu pelbagai fungsi sel dan ini juga mempercepat proses penuaan. Gangguan
pembinaan kolesterol juga mengurangkan pembinaan vitamin D. Kekurangan vitamin
D dikaitkan dengan pelbagai ketidakseimbangan fisiologi. Ini juga mempercepat
proses penuaan.
Kesan sampingan statin
Sebuah
kajian yang dilaporkan dalam British Medical
Journal (2010) mendapati statin meningkatkan risiko katarak, otot lemah, hati tidak
berfungsi dan kegagalan buah pinggang! Pada tahun sebelumnya Dr.
Janet L. Stanford melaporkan dalam American
Journal of Epidemiology bahawa statin didapati meningkatkan risiko kanser
prostat sebanyak 50 peratus pada lelaki obes. Ia juga meningkatkan risiko
diabetes sebanyak 80 peratus pada golongan sama.
Sebuah kajian yang dijalankan beberapa
tahun kemudian seperti dilaporkan dalam jurnal Archives of
Internal Medicine (2012) mendapati statin meningkatkan
risiko diabetes sebanyak 50 peratus pada wanita berumur melebihi 45 tahun
apabila mereka mengambil statin.
Mekanisme bagaimana statin meningkatkan
risiko diebetes jenis 2 (type 2) tidak diketahui. Kekurangan kolesterol
berpunca dari pengambilan statin menyebabkan gangguan secara fisiologi pada
membran sel. Ia dipercayai menyebabkan
reseptor insulin tidak sensitif terhadap hormon insulin atau reseptor-reseptor
insulin menjadi semakin kurang bilangannya kerana berlaku proses down regulation.
Pengambilan statin secara berpanjangan berkemungkinan
menyebabkan pembinaan insulin oleh sel-sel beta pankreas semakin berkurangan.
Sel-sel beta juga mempunyai membran. Kekurangan kolesterol dipercayai
menyebabkan pintu/laluan Kalsium pada membran sel menjadi rosak atau tidak
berfungsi secara normal.
Kalsium memang diperlukan oleh sel-sel
beta untuk membina insulin. Namun pintu/laluan Kalsium yang tidak berfungsi
secara normal menyebabkan terlalu banyak Kalsium masuk ke dalam sel beta
melebihi had sepatutnya. Ini menyebabkan insulin dirembis melebihi had normal
dan ia akan menyebabkan resptor-reseptor insulin pada membran sel menjadi tidak
sensitif kepada kehadiran insulin.
Proses ketidaksensitifan reseptor insulin,
kekurangan resptor insulin dan berlebihan ion Kalsium dalam sel beta pankreas
ialah punca kepada kekebalan insulin. Jika tidak ditangani terutama dari segi
pola pemakanan seseorang yang mengalami keadaan ini mudah menghidap diabetes
jenis 2.
Apakah
alternatif untuk statin? Jawapannya ialah menjalani gaya hidup holistik. Makan
makanan yang sesuai untuk kesihatan jantung seperti mengurangkan produk
bijiran. Kurangkan pengambilan gula. Elakkan merokok dan minum arak. Elakkan
dari makan berlebihan. Seboleh-bolehnya elakkan dari makan makanan yang
dipanggang (hingga sebahagian menjadi arang) dan digoreng secara terendam lama.
Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Guna garam gunung dalam
masakan. Ambil ubat-ubatan moden ketika keadaan yang memerlukan sahaja. Urus
stres dengan bijak.
Saya
tidak menggunakan teori plak berlemak punca kerosakan arteri. Teori yang saya
anuti ialah pintu/laluan Kalsium yang rosak menyebabkan Kalsium masuk pada
jumlah tinggi ke dalam sel endotelia jantung. Ini menyebabkan arteri jantung
buncit. Pada pandangan saya pintu/laluan Kalsium boleh diperbetulkan dengan
mengamalkan pemakanan di atas beserta pengambilan bahan-bahan yang akan saya
sebutkan di bawah.
Kajian
mendapati delima berupaya mencegah keradangan dan juga pembentukan plak dalam
arteri. Bahan-bahan seperti cuka epal
(atau cuka kurma) diambil bersama minyak zaitun perahan sejuk (extra virgin),
vitamin C membantu delima secara sinergi.
Kesemua bahan ini bukan sahaja dipercayai membantu memulihara
pintu/laluan Kalsium pada membran sel tetapi ia juga mencarikan darah dengan
mengawal profil lipid iaitu tirigliserida, LDL, HDL dan jumlah kolesterol
(total kolesterol).
Vitamin
B6, B9 (asid folik) dan B12 yang terdapat pada B kompleks menyumbang 'methyl'
yang diperlukan oleh pelbagai jenis bahan kimia dalam tubuh bagi mempastikan
organ sistem tubuh berfungsi secara harmoni termasuk memelihara kesihatan
jantung. Selain itu Magnesium yang terdapat pada sayuran hijau penting untuk
pembinaan tenaga dalam sel serta bagi mengimbangi Kalsium. Suplemen L-arginine
juga penting. Dalam tubuh ia diubah kepada nitrik oksida. Ia berfungsi menutralkan
radikal bebas superoxide iaitu bahan yang dipercayai
punca keradangan dan merosakkan sel-sel endotelia arteri.
Sila baca artikel membincangkan topik yang serupa iaitu Khasiat Delima
Hakcipta Terpelihara
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)