Oleh: Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG), terbit dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor pada 29 Januari 2013.
Lemak dan kotoran ialah punca kuman seperti bakteria dan bakteria melekat pada kulit. Air yang merupakan pelarut universal tidak mampu menyah kotoran dan lemak pada tahap maksima. Penggunaan sabun atau detergen bersama-sama air dikatakan berupaya membuang sebahagian besar lemak dan kotoran.
Menurut Harvard Health Letter (2007) mencuci
tangan dengan sabun dan air selama lima belas saat mampu menyah kuman sebanyak
80 peratus. Menurut laporan yang sama, keupayaan
penyahan kuman oleh sabun biasa ini sama dengan keupayaan sabun/detergen
antibakteria.
Selepas pandemik H1N1
yang melanda seluruh dunia, pengeluar-pengeluar sabun antibakteria sibuk
mempromosi produk pembasmi kuman terutama pembersih tangan jenis pembasmi kuman
(hand sanitizer). Sebahagian pengeluar mendakwa detergen mereka mampu
memusnahkan 99.9 peratus mikrob (bakteria dab virus).
Perbezaan fungsi
Sabun dan detergen
biasa iaitu dari jenis yang tidak ditambah bahan antibakteria membuang kuman
dari permukaan kulit bersama-sama kotoran dan lemak. Manakala sabun/detergen
antibakteria bukan sahaja mampu membuang kuman bersama-sama kotoran dan lemak
malah dikatakan mampu mencegah pembiakan kuman pada permukaan kulit.
Aktiviti pencegahan
pembiakan berlaku kerana bahan antibakteria melekat pada permukaan kulit walau pun
kulit sudah dibilas dengan bersih. Bau
bahan pembasmi kuman yang digunakan mudah dikesan oleh deria bau kita. Selagi
masih ada bau bahan tersebut maka selagi itulah masih terdapat bahan
antibakteria tersebut pada permukaan kulit.
Kebanyakan orang
terutama orang Melayu akan tertanya-tanya apakah perbezaan sabun dan detergen.
Sebenarnya istilah sabun bukan istilah yang sesuai untuk produk-produk
pembersihan seperti untuk mandian dan mencuci tangan. Istilah yang tepat ialah
detergen kerana bahan pengemulsi asas yang digunakan ialah detergen.
Perbezaan utama antara sabun dan detergen
ialah bahan yang digunakan. Sabun diperbuat dari lemak yang disafonifikasi
dengan alkali. Bahan asas sabun buku dan sabun mandi bentuk ketulan diperbuat
dari lemak contohnya lemak sayuran atau lemak haiwan yang ditambah dengan
larutan natrium hidroksida.
Sebaliknya detergen
bukanlah sejenis lemak tetapi sejenis bahan kimia yang disintesis dari
petroleum. Sepertimana sabun ia juga direka agar memiliki kepala besifat
hidrofilik (suka dan larut air) dan ekor bersifat hidrofobik (benci dan tidak
larut air). Aktiviti sabun dalam melarutkan kotoran dan lemak tidak secekap
detergen.
Biasanya ia tidak
bersifat alkali sebagaimana sabun. Namun penambahan bahan-bahan kimia tertentu
membantu menyelaras pH produk pada paras tertentu bergantung kepada keperluan
dan jenis penggunaan. Istilah detergen yang digunakan dalam artikel ini merujuk
kepada cairan pembersih diperbuat dari kimia sintetik.
Sebahagain pakar
menyatakan bahawa sabun/detergen antibakteria merupakan bahan pembersih paling
baik. Alasan mereka ialah ia bukan sekadar mampu membuang kotoran dan lemak
malah mampu memusnahkan bakteria dan virus. Selain itu sifat bahan aktibakteria
yang melekat pada permukaan kulit membantu kulit bebas dari pembiakan mikrob.
Adakah kebaikan-kebaikan
tersebut boleh diterima pakai dan diamalkan begitu sahaja tanpa mengetahui
kesan-kesan sampingan?
Kebanyakan orang tidak
tahu bahawa bahan antibakteria yang digunakan contohnya chloroxylenol
adalah bahan bertoksik. Bahan asas bahan kimia ini ialah xylene. Xylene pula ialah
merupakan sejenis bahan yang memiliki stuktur asas benzena. Chloroxybenzyol ialah xylene yang ditambah satu atom klorin. Kesemua
bahan ini adalah amat bertoksik kepada sel.
Menurut beberapa Lampiran Data Keselamatan
Bahan (MSDS, Material Safety Data Sheet) dari internet, chloroxylenol boleh merengsa kulit, mata dan saluran pernafasan. Merengsa
bermaksud ia merosakkan sel-sel kulit. Begitu juga ia boleh merosakkan sel-sel
mata dan saluran pernafasan. Sifat mensensitiza (sensitizing) inilah mengapa ia
digunakan sebagai bahan antibakteria oleh sesetengah pengeluar bahan pembersih mengandungi
antibakteria.
Tidak mesra
Seseorang yang sering menggunakan
sabun/detergen antibakteria ini sebenarnya telah menggunakan bahan yang tidak
mesra tubuh sendiri dan alam. Mengapa? Sila baca selanjutnya.
Sesetengah orang akan menjadi kurang cermat
dalam membersihkan diri ketika mandi atau mencuci tangan. Kerana terlalu
percaya kepada kekesanan pembasmian kuman sabun/detegen antibakteria, mereka
mungkin melakukannya secara teregesa-gesa iaitu pada tempoh yang singkat.
Pergerakan mekanikal tangan iaitu proses gosokan pun mungkin dilakukan secara
sambil-lewa.
Bahan-bahan mengandungui bahan antibakteria
didapati membantu pembiakan keturunan bakteria yang kebal bahan antibakteria
(antibacterial-resistant strains). Walau pun tiada bukti (hasil kajian
saintifik) ia dipercayai akan menyemarak pembiakan bakteria yang kebal terhadap
bahan-bahan antibakteria.
Lebih buruk dari itu ialah bakteria kebal
ini juga dipercayai akan kebal terhadap pelbagai jenis ubatan antibiotik! Masalah
ini akan ditanggung oleh penghidap di mana mereka terpaksa membayar harga
antibiotik khas pada harga yang jauh lebih tinggi dari antibiotik biasa.
Antibitotik khas ini dikatakan jauh lebih berbahaya dari antibiotik biasa! Antibakteria
kebal antibiotik ini dikatakan telah dikesan pada individu yang biasa makan
daging lembu komersil yang biasa disuntik antibiotik.
Merosakkan alam dan hidupan
Kerana sukar lupus seacara biologi, sesetengah
agen/bahan antibakteria ini akan berada dalam alam sekitar. Ia akan memusnahkan
dan membunuh organisme yang bermanfaat kepada alam sekitar. Organisme ini pula
tidak berbahaya kepada manusia dan hidupan lain.
Sesetengah bahan antibakteria ini akan berada
pada tubuh ikan dan pelbagai jenis haiwan mamalia laut pada kepekatan tinggi.
Apabila paras mencapai paras bertoksik, ikan dan haiwan laut akan mengalami
kemandulan atau mati.
Deduksi ini boleh diterimapakai dengan memerhatikan
masalah ubatan-ubatan yang tidak lupus secara biologi didapati dalam air
kumbahan Di Amerika Syarikat. Sumber ubat-ubatan ini ialah dari air kencing dan
najis manusia. Adakah Malaysia bebas dari perkara-perkara sebegini?
Kesimpulannya ialah sistem imiun kita
sepatutnya didedahkan kepada mikrob yang memang hidup secara semulajadi samada
pada kulit tubuh atau pun alam sekitar. Maksudnya ialah mandi dan mencuci
tangan sepatutnya dilakukan secara berpada-pada. Sebahagian besar virus dan
bakteria yang hidup secara simbiosis pada permukaan kulit adalah rakan kita.
Memandangkan masalah-masalah yang
dipercayai akan timbul hasil penggunaan sabun/detergen antibakteria, penulis
berpendapat bahawa penggunaan sabun dan detergen (yang tidak bertoksik) adalah
lebih wajar kerana ia akan membantu memulihara sistem imiun diri disamping
memelihara kesejahteraan alam sekitar.
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com