Pandangan Herbalis. Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) terhadap langkah Angelina Jolie membuang kedua-dua belah payudara hanya kerana doktor mengesahkan beliau memiliki gen BRCA1 yang bermasalah. Artikel ini tersiar dalam Sinar Harian edisi KL/Selangor pada Mei 28, 2013. Sebahagian besar berita dengan tajuk serupa adalah berita dalam bentuk salin dan tampal, namun tulisan Dr. Bahrain mengorak corak yang berbeza dari beberapa segi.....
Artikel penuh
PADA awal Mei, Angelina Jolie mendedahkan bahawa beliau telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya.
Sesetengah peminat percaya beliau melakukannya kerana telah disahkan menghidap kanser payudara.
Yang benar ialah beliau tidak menghidap kanser tersebut.
Beberapa hari selepas pengakuan Jolie seorang rakyat Britain seperti
dilaporkan dalam artikel IBtimes merupakan lelaki pertama membuang
prostat secara pembedahan hanya kerana disahkan sebagai pembawa gen
BRCA2!
Dalam kes Jolie, doktor yang merawat Jolie telah mengesan beliau adalah ‘pembawa gen BRCA1’.
Beliau dikatakan berisiko menghidap kanser payudara sebanyak 87 peratus
bersama-sama risiko menghidap kanser ovari sebanyak 50 peratus.
Menurut Jolie, lampiran fakta dari Institut Kanser seperti terkandung
dalam surat berita Stanford Medicine (milik Stanford School of Medicine,
University of Stanford) wanita yang mempunyai gen BRCA1 dikaitkan
dengan peningkatan risiko kanser payudara sepanjang hayat sebanyak 65
peratus bersama-sama peningkatan risiko menghidap kanser tersebut pada
umur lebih muda.
Jolie berumur 37 tahun. Adakah dengan mempunyai gen BRCA1 seseorang
wanita dapat dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara?
Sebenarnya setiap orang memiliki gen BRCA.
BRCA ialah singkatan kepada breast cancer.
Setakat ini dua jenis BRCA ditemui iaitu BRCA1 dan BRCA2. Gen BRCA1 ditemui lebih awal dari BRCA2.
Kedua-dua gen BRCA1 dan BRCA2 terdapat pada sel payudara dan tisu lain termasuk pada ovari.
Gen BRCA membantu memperbaiki DNA yang rosak. Ia juga memusnahkan DNA yang tidak boleh diperbaiki.
Jika gen BRCA mengalami kerosakan maka DNA tidak dapat diperbaiki
secara sempurna dan ini dipercayai meningkatkan risiko kanser.
BRCA bermutasi
Gen BRCA yang bermutasi atau bermasalah dikatakan meningkatkan risiko kanser iaitu kanser payudara dan kanser ovari.
Gen BRCA1 yang bermutasi juga meningkatkan risiko kanser prostat pada kaum lelaki.
Manakala gen BRCA2 yang bermutasi pula meningkatkan beberapa jenis
kanser lain seperti kanser pankreas, prostat, larynx, perut, dan
melanoma.
Angelina Jolie memiliki kedua-dua gen BRCA1 dan BRCA2 seperti mana orang lain.
Namun, secara umum media seluruh dunia melaporkan Jolie adalah pembawa gen BRCA1.
Yang benar ialah beliau dikesan mempunyai gen BRCA1 yang bermasalah.
Gen BRCA yang bermutasi atau terubahsuai tidak berfungsi secara
sempurna.
Kedua-dua gen BRCA1 dan BRCA2 yang bermutasi dikatakan dipindahkan
daripada ibu bapa yang mengalaminya kepada anak secara genetik.
Ibu Jolie sendiri iaitu Marcheline Bertrand meninggal ketika berusia 56
tahun setelah menghidap kanser ovari selama lapan tahun.
Menurut Jolie, kanser yang dihidapi ibunya merupakan salah satu sebab
beliau mengambil keputusan membuang kedua-dua payudaranya.
Menurut sedutan daripada laporan media, Jolie berharap tindakannya
ditiru oleh orang ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka mungkin
menjalani kehidupan dengan risiko menghidapi kanser.
Beliau selanjutnya berharap mereka menjalankan ujian ke atas gen dan
jika mereka didapati berisiko tinggi maka membuang payudara adalah
pilihan yang paling munasabah.
Sebenarnya terdapat beberapa artis lain yang membuat keputusan sama seperti Jolie.
Beberapa selebriti terkenal yang telah menjalani pembedahan membuang
kedua-dua belah payudara ialah Sharon Osbourne, Giuliana Rancic,
Christina Applegate dan Kathy Bates.
Selebriti kaya-raya
Seorang guru tadika di New Jersey, Debbie Gentile-Abbood berpendapat
bahawa tindakan Jolie hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kaya-raya.
Beliau berkata dalam sebuah artikel New York Post, “Tindakan beliau
memang sesuai dengan kedudukannya kerana menerima penjagaan kesihatan
terbaik berpunca daripada kemewahan wang ringgit. Jolie tidak perlu
risau tentang cuti (Jolie cuti tiga bulan).
Beliau tidak perlu risau untuk menjaga keluarga, memasak dan mencuci di
mana ia adalah rutin yang dilakukan oleh orang kebanyakan.”
Gentile-Abbood juga berkata, ibu-ibu bekerja tidak mempunyai wang
berlebihan seperti dinikmati oleh Jolie yang menggunakannya untuk kos
pembedahan membina semula payudara dan pembedahan kosmetik. Ibu-ibu
bekerja juga tidak akan mampu untuk bercuti selama berbulan-bulan bagi
menjalani prosedur tersebut.
Sebaliknya Jolie mampu membiayai berjuta-juta dolar untuk prosedur tersebut semata-mata untuk ditayangkan di layar perak.
Beliau amat tidak setuju dengan kempen Jolie yang telah menakutkan
ramai wanita bahawa payudara yang mereka miliki akan membunuh mereka.
“Apakah yang harus saya lakukan? Sekadar duduk setiap hari dan berasa bimbang bahawa saya akan menghidap kanser?”
Adakah benar setiap orang yang memiliki gen BRCA bermutasi atau
bermasalah akan menghidap kanser payudara dan ovari serta beberapa jenis
kanser lain? Institut Kanser Kebangsaan (National Cancer Institute)
Amerika Syarikat menyentuh mengenai mutasi BRCA1 dan BRCA2 dan ia secara
terbuka mengaku bahawa risiko kanser payudara dan ovari boleh berpunca
daripada faktor genetik dan persekitaran.
Tiada sebarang indikasi dalam kenyataan NCI bahawa ia mengaitkan faktor genetik semata-mata untuk kedua-dua kanser tersebut.
Sila semak kenyataan NCI di www.
cancer.gov/cancertopics/factsheet/Risk/BRCA. Doktor konvensional akan
memberitahu anda risiko kanser payudara meningkat secara ketara apabila
mendapati ahli keluarga mengalami kanser yang sama.
Sebaliknya, menurut statistik hanya 20 hingga 30 peratus wanita yang
didiagnosis dengan kanser payudara mempunyai sejarah keluarga mengalami
kanser yang serupa.
Sila semak ‘US Breast Cancer Statistic’ di http://www. breastcancer.org/symptoms/understand_bc/ statistics.
Faktor gaya hidup
Apa yang benar ialah tiada siapa terperangkap dengan keadaan dialami oleh gen.
Dari perspektif epigenetik, gen tidak mempengaruhi kesihatan seseorang.
Tahap kesihatan sebaliknya dipengaruhi oleh ekspresi gen.
Setiap orang berupaya meningkatkan ekspresi gen yang positif dengan menjalani gaya hidup holistik.
Faktor pemakanan, gerakan fizikal, emosi stabil, kesihatan mental,
cahaya matahari (vitamin D) dan keharmonian rohani dipercayai mampu
membuka atau menutup suis gen termasuk gen BRCA!
Sesetengah pakar perubatan alternatif percaya seseorang yang menjalani
gaya hidup holistik secara konsisten berupaya mencegah 90 peratus
kejadian kanser payudara.
Jadi, berdasarkan kenyataan NCI iaitu kanser payudara dan kanser ovari
tidak semestinya berpunca daripada faktor genetik semata-mata malah
faktor persekitaran juga memainkan peranan, maka punca 20 hingga 30
peratus penghidap kanser payudara di mana ahli keluarga mereka menghidap
kanser yang serupa tidak semestinya berpunca daripada gen BRCA yang
bermasalah.
Tidak dinafikan sebahagian daripada mereka mungkin mempunyai gen BRCA
bermutasi atau bermasalah namun gaya hidup yang dijalani tidak berupaya
membantu gen BRCA1 menjalani ekspresi secara positif.
Beberapa jenis nutrien telah dikenal pasti melalui kajian sains dalam
membantu pembinaan gen BRCA sihat atau memodifikasi gen BRCA yang
bermutasi iaitu vitamin D, Selenium dan omega-3.
Artikel ini juga disiarkan juga secara online di portal Sinar Harian di HYPERLINK http://www.sinarharian.com.my/angelina-jolie-buang-payudara-1.164842
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
©www.gayahidupholistik.blogspot.com
Pengumuman Penting - Saya bukan TSM
Assalaamu3alaikum....
Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini.
Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN.
Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT.
Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi.
Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya.
Terimakasih.
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com
April 20, 2013
Rabu, 5 Jun 2013
Angelina Jolie buang Payu Dara
Selasa, 4 Jun 2013
Asid Maleic dalam Teh Bubble
Analisa dan pandangan Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) yg terbit dalam akhbar Sinar Harian edisi KL-Selangor pada Jun 4, 2013 berkaitan asid maleic yang digunakan sebagai aditif makanan dalam pembuatan bebola kanji ubi kayu buatan Taiwan. Bebola kanji ini digunakan sebagai bahan daya penarik (penyedap tekak) dalam penyediaan teh bubble yang dikenali juga sebagai pearl tea (teh mutiara).
Minggu lepas Malaysia digemparkan dengan
berita iaitu Kementerian Kesihatan menngantung pengimpotan 11 produk berasaskan
kanji ubikayu buatan Taiwan. Langkah Kementerian Kesihatan tersebut berikutan
langkah pihak berkuasa Singapura mendapati sesetengah bebola kanji ubi kayu
buatan Taiwan yang digunakan dalam minuman teh bubble didapati mengandungi asid
maleic.
Menurut pengarah Kanan Jabatan Keselamatan
dan Kualiti Makanan, puan Noraini Datuk Mohamad Othman penggunaan asid maleic
sebagai aditif (bahan tambahan) dalam makanan adalah dilarang menurut
Undang-undang Makanan 1985. Pengambilan acid maleic pada dos tinggi pada tempoh
yang lama akan menyebabkan kegagalan buah pinggang.
Puan Noraini juga dipetik sebagai berkata
bahawa mereka yang telah memakannya (teh bubble mengandungi asid maleic) tidak
perlu bimbang kerana pengambilan secara sekali sekala pada dos rendah tidak
berbahaya.
Pihak berkuasa Singapura pula iaitu
Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) telah menjalankan ujian ke atas 66
produk berasaskan kanji dari Taiwan dan mendapati 11 produk mengandungi asid
maleic. Menurut AVA lagi bahawa sebahagian besar produk yang dikesan
mengandungi asid maleic merupakan bebola kanji yang digunakan dalam penyediaan minuman
teh bubble.
Rantau Asia bimbang
Beberapa akhbar dari negera China seperti
Shanghai Daily dan People's Daily Online (29 Mei, 2013) melaporkan bahawa pihak
berkuasa Shanghai telah menguji produk-produk dua buah syarikat Taiwan yang
menjual minuman dan pencuci mulut di Shanghai. Ujian mendapati produk-produk
kedua-dua syarikat tersebut mengandungi asid maleic.
Namun ia dinafikan oleh kedua-dua syarikat.
Pengusaha The Meet Fresh (Xian Yu Xian) menunjukkan laporan
agensi yang menjalankan ujian yang menunjukkan produk mereka bebas dari asid
maleic manakala pengusaha kedai Yu Gui Ren di Huaihai Road memberitahu mereka
menerima bekalan kanji dari Wilayah Gansu, China.
Adakah kerajaan Taiwan membenarkan asid maleic digunakan seabagai aditif
dalam produk makanan? Jawapannya ia dilarang. Sebuah berita yang disiarkan
dalam Want China Times (14 Mei, 2013) menyatakan bahawa pihak berkuaa kesihatan
Taiwan telah merampas lebih kurang 25 ton produk dan bahan ramuan mengandungi
asid maleic dari dua buah kilang. Rampasan dilakukan berikutan aduan yang
menyatakan bahawa sesetengah pengilang menambah asid maleic dalam produk
keluaran mereka.
Bebola kanji dalam teh bubble memiliki sifat tersendiri yang menyebabkan
teh bubble digemari ramai. Bebola kanji bukan sahaja lembut namun ia juga
bersifat anjal. Rasa unik bebola apabila berada dalam mulut disertai rasa teh
dengan pelbagai pilihan perisa menjadikan teh bubble minuman yang laris. Bahan
yang dicampurkan ke dalam bebola kanji ubi-kayu untuk mendapatkan keanjalan
tidak lain tidak bukan ialah asid maleic.
Apabila berita mengenai asid maleic disiarkan oleh media cetak dan media
elektronik, maka ramai peminat teh bubble tertanya-tanya mengenai bahaya asid
maleic. Sebahagian besar peminat teh bubble termasuk pelajar-pelajar universiti
yang penulis temui menyatakan mengapa asid maleic tidak dibenarkan digunakan
dalam makanan sebagai aditif sedangkan bukankah ia wujud secara semulajadi
dalam buah-buahan tertentu seperti anggur dan epal.
Meluruskan kekeliruan
Kekeliruan timbul kerana sebutan asid maleic
hampir sama dengan sebutan asid malic. Kedua-duanya ialah asid dikarboksilik
(mengandungi dwi COOH, disebut sebagai C ikatan ganda dua OH) di mana setiap
sebatian terdiri dari empat atom karbon. Namun dari segi struktur kedua-duanya
berbeza: asid maleic mengandungi ikatan ganda dua manakala asid malic
mengandungi hiroksil (OH). Sila semak diagram.
Asid malic samada bentuk semulajadi asid L - malic (bentuk semulajadi
terdapat dalam buah-buahan tertentu), atau DL - malic (sintetik) memang diakui
oleh FDA Amerika Syarikat sebagai bahan yang secara umum diketahui selamat
(GRAS, generally recognised as safe). Sebaliknya asid maleic digunakan sebagai
pelembut plastik (plasticizer).
Sebaliknya, seperti telah dinyatakan di atas pengusaha-pengusaha bebola kanji ubi kayu Taiwan menambah asid maleic bertujuan melembutkan bebola bagi mendapatkan sifat anjal.
Sebaliknya, seperti telah dinyatakan di atas pengusaha-pengusaha bebola kanji ubi kayu Taiwan menambah asid maleic bertujuan melembutkan bebola bagi mendapatkan sifat anjal.
Sesetengah orang tidak terliur langsung walau pun ditawarkan minum teh
bubble secara percuma. Pertama kerana sebahagian besar kios-kios yang menjual
teh bubble boleh dikatakan tidak mempunyai logo halal. Jadi, ketika pertama
kali melihat bebola perang/ungu mereka ragu-ragu ia mengenai status kehalalannya.
Mereka mengsyaki ia diperbuat dari bahan-bahan haram seperti gelatin. Jika bebola
tidak diperbuat dari bahan-bahan haram, mereka mengesyaki mungkin terdapat
bahan-bahan lain yang digunakan untuk menyediakan teh bubble mengandungi
bahan-bahan tidak halal.
Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin Ali bin Abu Thalib, cucu Rasulullah SAW
dan kesayangan beliau RA telah berkata : "Aku telah menghafal (sabda) dari
Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, gantilah dengan apa
yang tidak meragukan kamu."
[HR. Tirmidzi no 2518 dan Tirmidzi berkata: Ini adalah Hadis Hasan Shahih, an-Nasai no.5711,8/327-328, Ibn Hibban dan al Hakim].
[HR. Tirmidzi no 2518 dan Tirmidzi berkata: Ini adalah Hadis Hasan Shahih, an-Nasai no.5711,8/327-328, Ibn Hibban dan al Hakim].
Tinggalkan
syubhah
Tiada siapa boleh salahkan golongan di atas. Dalam Islam sifat warak bermaksud
sikap berhati-hati
terhadap sesuatu perkara syubhah kerana takut terjerumus kepada perkara haram.
Warak bukanlah seperti difahami oleh sesetengah orang yang mengganggap seorang
yang warak sebagai seorang yang merendah diri, berjalan tunduk atau agak
kelihatan naif.
Sesungguhnya meninggalkan perkara syubhah dan mengambil yang
halal akan melahirkan sifat warak. Mereka yang terlalu bermudah-mudah dalam
soal hukum dengan meremehkan bimbingan agama dan berjinak-jinak dengan perkara
syubhah akan berani melakukan perkara haram.
Tambahan pula, seorang mukmin yang berakal jernih dan kuat imannya tidak
mudah-mudah untuk minum atau makan barangan buatan negara-negara bukan Islam
kecuali sesuatu produk keluaran negara-negara tersebut benar-benar disahkan halal
oleh badan Islam yang berautoriti sebagaimana JAKIM di Malaysia.
Sebelum teh bubble buatan Taiwan atau negara-negara lain bukan Islam membanjiri pasaran mereka (golongan tidak terliur) hidup sihat dan bahagia juga dengan minum pelbagai jenis air yang menyihatkan seperti teh, kopi dan mungkin teh herba.
Sebelum teh bubble buatan Taiwan atau negara-negara lain bukan Islam membanjiri pasaran mereka (golongan tidak terliur) hidup sihat dan bahagia juga dengan minum pelbagai jenis air yang menyihatkan seperti teh, kopi dan mungkin teh herba.
Secara keseluruhan teh bubble kaya dengan gula. Tidak pula diketahui samada
gula yang digunakan ialah sukros atau glukos. Kedua-duanya tidak baik untuk
kesihatan jika diambil pada kuantiti tinggi apatah lagi minum minuman manis
dijadikan kelaziman sepanjang masa. Kajian sains menunjukkan fruktos dari sirap
jagung tinggi fruktos lebih berbahaya dari sukros.
Huffington Post (21 September, 2012) melaporkan bahawa sekumpulan
penyelidik German dari University Hospital Aaachen telah menemui kelumit
bahan-bahan kimia karsinogen (menyebabkan kanser) dalam sampel-sampel bebola
ubi kayu. Semua sampel bebola telah diambil dari kedai-kedai di barat daya
German yang berasal dari Taiwan. Para saintis tersebut telah menemui styrene,
acetophenone dan bahan-bahan mengandungi bromin di mana ia tidak sepatutnya
berada dalam makanan.
Mungkin teh bubble juga kaya dengan bahan
pewarna tiruan. Gula tinggi dan pewarna tiruan dikaitkan dengan sifat degil dan
sukar fokus.
Langgan:
Catatan (Atom)