Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Jumaat, 20 Mac 2020

Covid-19: Coronavirus cepat Berjangkit dan kadang-kadang Sebeleum seseorang Mengalami Simtom, kajian


Ringkasan

Para penyelidik penyakit berjangkit di Universiti Texas di Austin yang menjalankan penyelidikan terhadap coronavirus telah mengenal pasti betapa pantasnya virus itu menyebar, satu faktor yang boleh membantu pegawai kesihatan awam dalam usaha mereka membendung penularan. Mereka mendapati masa antara kes-kes dalam rantai pengjangkitan kurang dari seminggu dan lebih daripada 10% pesakit dijangkiti oleh seseorang yang dijangkiti virus tetapi belum mempunyai gejala/simtom.

Sebuah penyelidikan yang dilaporkan dalam jurnal Emerging Infectious Disease menunjukkan pasukan saintis dari Amerika Syarikat, Perancis, China dan Hong Kong telah berjaya mengira sesuatu yang dikenali sebagai selang bersiri virus. Untuk mengukur selang bersiri, ahli sains menyukat masa yang diperlukan untuk simptom muncul pada dua individu yang dijangkiti virus ini: orang pertama menginfeksi orang lain manakala orang kedua yang dijangkiti coronavirus.

Penyelidik mendapati bahawa selang bersiri purata untuk coronavirus di China adalah kira-kira empat hari. Ini juga merupakan antara kajian pertama untuk menganggarkan kadar pengjangkitan asimptomatik (tanpa simtom). Kelajuan wabak bergantung kepada dua perkara – bilangan orang yang menghidap dalam setiap kes dan tempoh yang diambil oleh pengjangkitan antara orang tersebar.

Kuantiti pertama dipanggil nombor pembiakan; yang kedua ialah selang bersiri. Selang bersiri pendek COVID-19 bermakna wabak baru muncul akan berkembang dengan cepat dan sukar untuk dihentikan, kata para penyelidik. "Ebola, dengan selang bersiri beberapa minggu, lebih mudah dihentikan daripada influenza, dengan selang bersiri hanya beberapa hari. Para pegawai kesihatan awam yang menangani wabak Ebola mempunyai lebih banyak masa untuk mengenal pasti dan mengasingkan kes sebelum mereka menjangkiti orang lain," kata Lauren Ancel Meyers, profesor biologi integratif di UT Austin.

"Data menunjukkan bahawa coronavirus ini berkemungkinan menyebar seperti flu. Ini bermakna kita perlu bergerak dengan cepat dan agresif untuk mengekang ancaman yang muncul." Meyers dan pasukannya memeriksa lebih daripada 450 laporan kes jangkitan dari 93 bandar di China dan mendapati bukti kukuh bahawa individu tanpa gejala mampu menyebarkan virus, yang dikenali sebagai pengjangkitan pra-gejala.

Menurut laporan tersebut lebih daripada 1 dalam 10 jangkitan adalah dari orang yang mempunyai virus tetapi belum mengalami gejala. Sebelum ini, para penyelidik berhadapan dengan ketidakpastian berhubung pengjangkitan tanpa-gejala coronavirus. Bukti baru ini dipecayai boleh dijadikan panduan oleh pegawai kesihatan awam tentang bagaimana untuk menghentuikan penyebaran penyakit.

"Kajian ini membuktikan bahawa langkah-langkah kawalan yang luas termasuk perngasingan dan
kuarantin, penutupan sekolah, sekatanperjalanan dan pembatalan perhimpunan besar-besaran mungkin diperlukan,"kata Meyers.



"Pengjangkitan tanpa-gejala pasti menjadikan usaha pembendungan lebih sukar." Meyers menegaskan bahawa dengan beratus-ratus kes baru yang muncul di seluruh dunia setiap hari, data mungkin menawarkan gambaran yang berbeza dari masa ke masa. Laporan kes jangkitan adalah berdasarkan pengakuan seseorang ke mana mereka pergi dan siapa yang mereka hubungi.



Sekiranya pegawai kesihatan bergerak dengan cepat untuk mengasingkan pesakit, ia juga boleh merosakkan data. "Penemuan kami disokong oleh contoh pengjangkitan senyap dan peningkatan jumlah kes di ratusan bandar raya di seluruh dunia," kata Meyers. "Ia menunjukkan wabak COVID-19 sukar difahami dan memerlukan langkah yang ekstrem."

Zhanwei Du dari Universiti Texas di Austin, Lin Wang dari Institut Pasteur di Paris, Xiaoke Xu dari Universiti Dalian Minzu, Ye Wu dari Universiti Normal Beijing dan Benjamin J. Cowling dari Hong Kong University juga menyumbang kepada penyelidikan. Lauren Ancel Meyers memegang Denton A. Cooley Profesor Centennial dalam Zoologi di The University of Texas di Austin. Penyelidikan ini dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan A.S. dan Yayasan Sains Asli Negara China.

Rujukan jurnal:

  1. Zhanwei Du, Xiaoke Xu, Ye Wu, Lin Wang, Benjamin J. Cowling, Lauren Ancel Meyers. Serial Interval of COVID-19 from Publicly Reported Confirmed Cases. Emerging Infectious Diseases, April 2020; DOI: 10.3201/eid2606.200357

Hakcipta Terpelihara di www.gayahidupholistik.blogspot.com