Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Khamis, 26 Mac 2020

COVID-19: Kes Jangkitan Sifar bila akan Tercapai?


PANDANGAN

Pada Mac 25, 2020 YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga April 14, 2020. Menurut beliau perlanjutan tempoh PKP dilakukan kerana kes-kes jangkitan baru COVID-19 masih berlaku pada setiap hari sedangkan sasaran kerajaan ialah untuk melihat kes jangkitan baru pada tahap sifar.

Langkah kerajaan melakukan lockdown spara di seluruh negara amat dialu-alukan oleh semua pihak. Dengan penutupan premis tidak perlu dan premis perlu dibenarkan beroperasi berasaskan garis panduan, ia dilihat sebagai langkah wajar dan bijaksana dalam mengurangkan kadar kes-kes jangkitan baru.

Langkah perlaksanaan PKP lambat-laun akan berjaya. Mungkin sehingga April 14, 2020 kes-kes jangkitan baru akan mencapai paras sifar. Kemungkinan lain ialah peningkatan kes jangkitan baru berlaku pada kadar purata 200 sehari (anggaran) hingga tarikh tersebut. Kemungkinan terakhir ialah kes jangkitan baru akan terus dicatatkan untuk satu tempoh yang mungkin sukar dijangka berapa lama ia akan berterusan. Sudah tentu apabila berlaku kemungkinan kedua dan ketiga, tempoh PKP akan dilanjutkan lagi untuk beberapa waktu lagi sehingga tiada lagi berlaku jangkitan kes baru.

Penurunan kes jangkitan baru dipercayai akan berlaku lebih pantas apabila setiap individu yang bergaul rapat atau berada bersama-sama seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 datang ke hospital untuk menjalani ujian pengesahan. Kerajaan misalnya memanggil para peserta perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling akhir Februari lalu.

Walau pun sebahagian besar sudah pun menjalani ujian namun masih terdapat saki-baki peserta yang masih belum tampil untuk menjalani ujian. Selain peserta tempatan, sebahagian besar saki-baki tersebut dikatakan merupakan peserta berketurunan Bangladesh dan Rohingya. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah memberi jaminan bahawa tiada sebarang yuran akan dikenakan untuk ujian COVID-19. Kerajaan juga tidak akan menangkap mereka yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Golongan sebegini dibimbangi akan menjadi punca COVID-19 sukar dibendung kecuali jika telah ditakdirkan tidak seorang pun daripada mereka dijangkiti virus tersebut. Tiada siapa tahu takdir apa yang akan dialami oleh golongan tersebut samada ada antara mereka yang dijangkiti atau tidak. Jadi, dengan tampil menjalani ujian ia menepati usaha pencegahan - mencegah lebih baik daripada berubat.

Golongan lain yang dibimbangi akan menjadi punca jangkitan ialah seseorang atau sekelompok individu yang menjalani rawatan penyakit tertentu di hospital namun tidak memberitahu pihak hospital mereka berhubung dengan seseorang yang terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19. Keadaan ini benar-benar terjadi di sebuah hospital swasta di Alor Star. Seorang wanita demam selepas melahirkan anak dan baru ketika itu beliau mengaku beliau dengan keluarga yang hadir ke perhimpunan Tabligh Sri Petaling hujung Ferbruari lalu. Pihak hospital segera menutup hospital selama dua hari dan menjalankan langkah pembasmian virus.

Golongan yang ini juga dipercayai akan menyebar COVID-19 secara senyap-senyap. Sedia diketahui terdapat sebilangan orang yang dijangkiti COVID-19 mengalami simtom/gejala ringan. Selepas beberapa hari dijangkiti mereka sekadar mengalami sakit tekak, batuk dan demam paras sederhana. Mereka mungkin sekadar pergi ke klinik biasa dan selepas beberapa hari simptom yang dialami hilang.

Seseorang yang dijangkiti COVID-19 tetapi belum mengalami sebarang simtom juga boleh menjangkiti orang lain. Kajian yang dijalankan oleh Zanwei Du dan rakan-rakan berjudul Serial Interval of COVID-19 from Publicly Reported Confirmed Cases seperti dilaporkan dalam jurnal Emerging Infectious Diseases (April 2020) meunjukkan lebih 10 peratus jangkitan adalah dari orang yang dijangkiti virus tetapi belum mengalami simtom.

Jadi, selain penghidap yang mengalami gejala terdapat juga tiga golongan yang mengalami jangkitan dan dipercayai dapat menjangkiti orang lain iaitu:
  1. dijangkiti tetapi tidak mendedahkan sejarah pergaulan dengan mereka yang dijangkiti ketika mendapatkan rawatan di hospital. Mereka ini mungkin mengalami gejala atau seperti golongan b atau c. 
  2. bergejala ringan
  3. golongan tanpa gejala
Contoh golongan a.:

Jadi, saranan KKM agar memakai topeng muka jika mengalami gejala seperi demam, batuk dan bersin; menjarakkan diri 1 meter atau lebih dari orang lain ketika berada di tempat awam dan menggunakan cecair pembasmi kuman (tambahan penulis: sebelum dan selepas masuk ke premis perniagaan seperti kedai runcit dan pasaraya) adalah langkah bijak dalam melindungi diri sendiri dan menghindari daripada kemungkinan menjangkiti orang lain. Jadi, cepat atau lambat terdapat kemungkinan kerajaan perlu melanjutkan PKP kepada beberapa fasa lagi bagi mencapai kes baru paras sifar – berdasarkan inkubasi maksimum COVID-19 ialah 14 hari.

Dalam satu kenyataan, ketua pengarah Kementerian Kesihatan menganggar jumlah kes baru akan mencapai 6,000 orang pada akhir fasa 2 PKP. Jadi, jika pada penghujung fasa 2 PKP kes baru menunjukkan peningkatan ke arah angka anggaran beliau, penulis mengandaikan bahawa sebelum fasa 2 PKP berakhir KKM akan mengumumkan perlunya menyambung PKP fasa ketiga.

Ya, jika beberapa fasa lagi ditambah kita semua harus menjalani kehidupan Stay at Home sambil menjaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan keluarga. Makan minumlah secara berpada-pada. Amalan makan makanan yang seimbang yang terdiri daripada pelbabgai nutrien berbeza-beza adalah langkah bijak.

Pada hemat penulis Stay at Home akan memberi manfaat kepada setiap orang kerana:
  1. duduk di rumah akan dapat menghindari pendedahan  COVID-19 kepada diri sendiri dan orang lain. Keluar rumah hanya untuk memenuhi keperluan asas untuk membeli makanan atau keperluan asas yang digariskan oleh kerajaan dengan menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain ketika berada di tempat awam. Di Amerika Syarikat setiap orang harus menjarakkan diri sekurang-kurangnya 6 kaki daripada orang lain. Jarak yang lebih jauh berbanding Malaysia ini mungkin kerana CDC mereka tidak mewajib/menggalakkan pemakaian topeng muka. 6 kaki penjarakan mungkin berasaskan aerosol mengandungi mikrob apabila seseorang bersin boleh pergi sejauh 6 meter. Setiap negara ada garis panduan masing-masing dengan sebab musabah tersendiri
  2. Menghindarkan diri daripada berkumpul beramai-ramai. Ia bertujuan menghindari daripada kemungkinan menjangkiti orang lain atau dijangkiti. Contoh ketara ialah semakin hari semakin ramai peserta perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling hujung Februari di dapati positif COVID-19. Setakat artikel ini ditulis, hampir setiap hari didapati sebahagian daripada jumlah kematian (kadang-kadang kadarnya lebih tinggi berbanding bukan kluster) COVID-19 adalah kluster Tabligh. Sebab itulah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan agar umat Islam di Malaysia tidak perlu pergi sholat Jumaat sehingga (setakat ini) Mac 31, 2020. Berita terkini (Sinar Harian, Mac 25, 2020): Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan supaya aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ditulis oleh Pakcik Herba

Hakcipta Terpelihara di www.gayahidupholistik.blogspot.com