Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Selasa, 30 Ogos 2022

Mengapa Makan Sateh harus Makan Bawang dan Timun?

 ==> Sila baca postingan Lebah berkenaan bawang putih sebelum ini


Sebab itulah penting utk ambil makanan tinggi antioksidan.


Bawang putih dan bawang digoreng dgn minyak tu hanya mewakili sebahagian dpd proses masakan ramai orang.


Biasanya selain bawang dan bawang putih, halia dan cili juga digunakan.


Apabila ditambah sayuran , serbuk kari,  atau rempah sup maka sebatian2 kimia bersifat antioksidan pada rencah tersebut dipercayai akan meningkatkan keseluruhan aktiviti antioksidan hasil masakan!


Kalau makan sateh misalnya, jangan lupa utk minta dan makan BAWANG MENTAH dan TIMUN.


Sateh terutama ada bahagian yg hangus mengandungi PAHs yg tinggi. Ia juga mengandungi heterocyclic amines (HAs: protein terdedah suhu tinggi). Antioksidan dari kunyit, serai, lengkuas, bawang, timun, cili (kuah) semuanya bertindak secara aditif mengatasi sifat2 oksidan PAHs, HAs, acryl amides, dan furan/furanones yg terbentuk akibat sateh dipanggang.


Disediakan oleh:

Pakcik Lebah

Copyright2022@Gayahidupholistikblogspot.com