Assalaamu3alaikum, semua
Pakcik Lebah sedang menyemak ebook berjudul Disfungsi Ereksi yang Pakcik Lebah telah tulis. Ebook ini sesuai bukan sahaja untuk lelaki yang mengalami mati pucuk, namun ia juga sesuai dimiliki oleh lelaki yang mengalami ereksi normal yang ingin tahu cara untuk sentiasa terus mengalami ereksi mantap.
Selain itu, isteri dan wantia yang belum berkahwin juga boleh membacanya. Para isteri boleh mendapatkan pelbagai info berkaitan punca suami masing-masing boleh mengalami disfungsi ereksi. Adakah puncanya adalah saluran darah arau saraf bermasalah? Adakah kerana kekurangan testosteron? Atau kerana kuat dan kerap m a s t u r b a s i ? Atau kerana ketagih pornografi? Terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan disfungsi ereksi dibincangkan.
Amalan gaya hidup sihat yang sesuai dicadangkan selain herba yang dapat membantu memperbaiki ereksi.
Pada bahagian awal ebook Pakcik Lebah menerangkan beberapa topik teknikal berkaitan ereksi. Jangan bimbang kerana Pakcik Lebah menggunakan bahasa penyampaian yang mudah untuk difahami. Yang penting, bacalah keseluruhan isi ebook bertujuan memudahkan anda untuk memahami kaitan antara topik-topik yang dibincangkan.
Ebook ini dijangka terbit selewat-lewatnya Julai 7, 2024
Updated: Nov 4, 2024
Masih lagi dalam semakan, pinda beberapa perkara
Pakcik Lebah