Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Sabtu, 22 Jun 2024

Menghidap Flu harus Uji Darah setiap hari?

Ini kisah benar.

Seoarng wanita disahkan doktor menghidap flu. Doktor tmmeberitahu flu tiada ubat dan flu yang dihidapinya akan reda sendiri.

Wanita tersebut bertindak pergi buat ujian darah setiap hari bagi  di sebuah klinik bagi mempastikan paras virus (?) dalam darah. Beliau membelanjakan RM40 ringgit setiap hari untuk tambang Grab di samping caj yang harus dibayar kepada klinik.

Berbaloi ke langkah sedemikian?aspek pemakanan. Ambil makanan

Tidak diketahui samada doktor menyarankan amalan gaya hidup termasuk aspek pemakanan dan pengurusan stres. Pada hemat Pakcik Lebah jika seseorang mengalami flu apa yang harus dilakukan ialah memerhatikan makanan yang dimakan setiap hari. 

Jika ada selera makanlah makanan yang tinggi antioksidan. Sayur-sayuran dan buah-buahan memang sedia maklum tinggi dengan kandungan antioksidan. Antioksidan membantu memodulasi sistem imiun. Apabila sistem imuin berfungsi dengan sempurna maka temoh flu biasanya akan menjadi pendek.

Pada masa sama  elakkan daripada memakan makanan yang mengorbankan antioksidan seperti makanan bergoreng secara terendam lama, makanan/minuman mengandungi pewarna tiruan dan karbohidrat proses. NElakkan daripada mengamnil asi dan minuman bergula secara berlebihan.Dua jenis makanan ini jika diambil berlebihan akan menyebakan peningkatan molekul radikal bebas dalam tubuh dan seterusnya mengakibatkan keradangan kerana ia mengirbankan atioksidan daripada makanan dan antioksidan tubhh - melambatkan proses peredaan flu.

Cuba ni:

Minum jus jambu batu asli tanpa ais dan tanpa gula, 2-3 ge;las sehari.

ATAU

Jus epal hijau/merah yang ditambah 1/2 perahan lemon atau sebiji oren. Tanpa gula. Ambil 2-3 gelas sehari.

ATAU

Teh cengkih digabung dengan halia. Rendam 10 kuntum cengkih dan 5 hirisan halia dengan secawan air panas. Tutup cawan selama 10 minit dan minum teh ketika masih suam. Ambil 2-3 cawan sehari.

Moga bermanfaat

Pakcik Lebah

HAKCIPTA TERPELIHARA 2024 @ Bloggayahidupholistik