Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Rabu, 2 Oktober 2024

SEL STEM aka. SEL BELUM MATANG (STEM CELL) - INFO UMUM

Pengenalan

Beberapa dekad kebelakangan ini sibuk diperkatakan mengenai stem cell yang dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai sel belum matang. Dari semasa ke semada kajian-kajian terbaru berkaitan sel belum matang ditemui.

Tidak ketinggalan suplemen termasuk produk herba yang mendakwa ia sesuai untuk menjaga sel tersebut tumbuh bagai cendawan. Berikut adalah penerangan umum dan asas berkaitan sel belum matang yang diharapkan bermanfaat untuk para pengunjung blog ini.

Sel belum matang pada manusia

Embrio berkembang daripada telur yang disenyawakan. Sel pada peringkat awal perkembangan embrio dikenali sebagai sel stem atau sel belum matang. Ia adalah sel yang tidak mengalami diferensiasi iaitu sel yang belum menjadi sebarang sel khusus.

Sel yang dikeluarkan daripada embrio boleh menjalani diferensiasi kepada sebarang jenis sel. Ia dipanggil sel embrio belum matang. 

Sesetengah sel belum matang kekal dalam tubuh orang dewasa sebagai sel belum matang dewasa.

Sel belum matang dewasa boleh ditemui dalam bilangan terhad di beberapa kawasan tubuh termasuk:

  • mata
  • darah
  • hati
  • jantung
  • otak
  • sumsum tulang
  • kulit
  • otot

Sel belum matang dewasa boleh menjalani diferensiasi kepada jenis sel yang berkaitan sahaja, contohnya sel sumsum tulang boleh diferensiasi kepada sel darah dan sel sistem imun tetapi bukan jenis sel lain.

Menggunakan sel belum matang manusia

Sel belum matang boleh membahagi untuk menghasilkan sel baru yang kemudiannya boleh membahagi kepada jenis sel yang berbeza. Oleh itu, mereka berpotensi untuk dipindahkan kepada pesakit untuk merawat penyakit tertentu. Ia dikatakan boleh digunakan untuk menggantikan sel yang telah rosak atau musnah contohnya:

•  pada penghidap diabetes jenis 1

• pada kes multiple sclerosis

• pada kes saraf tunjang atau kecederaan otak yang telah menyebabkan lumpuh

Sel belum matang yang boleh digunakan untuk setiap tujuan tersebut :

• sel embrio belum matang

• sel  belum matang dewasa

Sel  belum matang embrio boleh menjalani diferendiasi kepada pelbagai jenis sel namun ia sukar diperoleh. Sumber terbaik ialah embrio berusia lima hari.

Sel belum matang dewasa menjalani diferensiasi kepada beberapa jenis sel dengan julat lebih sempit berbanding sel embrio belum matang. Pemindahan sumsum tulang adalah contoh pemindahan sel belum matang dewasa. Sel-sel sumsum tulang akan menjalani diferensiasi kepada sel darah. Pemindahan sumsum tulang dilakukan:

• pada kes kanser sel darah contohnya leukemia dan limfoma

• apabila sel darah telah dimusnahkan contohnya semasa rawatan kanser

Faedah dan risiko yang berkaitan dengan penggunaan sel belum matang dalam perubatan

Sel belum matang mempunyai potensi yang besar contohnya dalam merawat pesakit dengan keadaan yang tidak boleh dirawat pada masa ini, pembesaran organ untuk pemindahan dan penyelidikan. Faedah menggunakan sel belum matang anda sendiri termasuk:

• tiada penolakan (rejection)

• tidak perlu mencari penderma

• tidak perlu melapah tisu

Tetapi terdapat isu klinikal, etika dan sosial yang berkaitan dengan penggunaannya. Isu-isu ini berbeza untuk pertumbuhan dan pemindahan sel stem dewasa, embrio atau klon terapeutik. Mereka juga akan bergantung kepada sama ada sel stem akan digunakan untuk terapi atau penyelidikan.

Isu klinikal

• Tidak ada jaminan sejauh mana kejayaan terapi ini contohnya, penggunaan sel tidak matang dalam menggantikan sel saraf yang hilang pada penghidap Parkinson

• Kesukaran mendapatkan penderma sel tidak matang yang sesuai

• Kesukaran untuk mendapatkan dan menyimpan sel embrio belum matang. Ia perlu dikumpulkan sebelum kelahiran - sesetengah klinik menawarkan untuk menyimpan darah dari tali pusat apabila bayi dilahirkan

• Mutasi telah didapati pada sel belum matang yang dikultur selama beberapa generasi, dan beberapa sel belum matang yang bermutasi telah didapati bersifat seperti sel kanser

• Sel belum matang yang dikultur boleh tercemar oleh virus yang akan memdaratkan apanila dipindahkan kepada pesakit

Isu etika

• Satu-satunya sumber sel embrio belum matanh adalah embrio yang tidak digunakan yang dihasilkan oleh persenyawaan in vitro (IVF) - persenyawaan tabung uji

• Untuk pengklonan terapeutik adakah mencipta embrio semata-mata untuk tujuan terapi dan memusnahkannya ketika pemprosesan tidak menyalahi etika?

• Embrio boleh dianggap sebagai komoditi dan bukan sebagai embrio yang boleh berkembang menjadi manusia

• Pada peringkat manakah perkembangan embrio harus dianggap sebagai dan ditangani sebagai peringkat awal manusia?

Isu sosial

• Mendidik orang ramai tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh sel belum matang adalah penting

• Lakukan pertimbangan sama ada faedah penggunaan sel belum matang melebihi risikonya

• Kebanyakan penyelidikan sedang dijalankan oleh klinik komersial, jadi kejayaan yang dilaporkan tidak tertakluk kepada semakan pier review - panelis berkelayakan

• Pesakit boleh dieksploitasi dengan membayar rawatan yang mahal dan diberi harapan palsu untuk sembuh kerana terapi sel belum matang hanya dalam peringkat awal pembangunan 

Maksud istilah

Diferendiasi: Dalam biologi, menggambarkan proses di mana sel-sel yang belum matang menjadi sel-sel matang dengan fungsi-fungsi tertentu

COPYRIGHT 2024 @gayahidupholistikblogspot

#stemcell #stemcelltherapy #selstem #terapiselstem #seltidakmatang #definasiselstem #selsteminfo