Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Jumaat, 13 September 2024

Kompleks Keunggulan (Superiority complex) dan Contoh Realiti

Kompleks keunggulan merujuk kepada seseorang percaya keupayaan atau pencapaian mereka lebih baik daripada orang lain. Orang yang mempunyai kompleks keunggulan biasanya sombong dan mudah merendah-rendahkan orang lain yang ridak setuju dengan sesuatu tindakan mereka.

Ada pihak yang percaya punca kepada kompleks keunggulan ialah jati diri - kepercayaan terhadap keupayaan diri - rendah. Namin, pada masa sama ada pihak ;ain yang percaya ia juga boleh berpunca daripada jati diri tinggi.

Mereka yang mempunyai jati diri rendah bertindak membesar-besarkan pencapaian atau keupayaan mereka di hadapan orang lain bertujuan menutup kelemahan mereka. Yang benar adalah pencapaian atau keupayaan mereka tidak seberapa tetapi sengaja perbesar-besarkan. 

Pakcik Lebah ingin berkongsi pengalaman Pakcik L:ebah sendiri yang pernah berhadapan dengan seseorang yang  mengalami kompleks keunggulan. Seorang juruteknik Telekom pada tahun 90an telah datang ke rumah Pacik Lebah untuk membetulkan litar talian telefon yang rosak. Pakcik Lebah tidak bercakap banyak sedangkan jueuteknik tersebut membebek tak tentu hujung pangkal sejak masuk ke rumah Pakcik Lebah. Antara lain beliau berkata beliau boleh je beli kereta mahal dan canggih tetapi tak mahu walau pun pendapatan lumayan.

Pakcik Lebah tidak berkata apa-apa sejak awal dan tidak cetus perbualan pun bercerita hal kereta.

#superiotycomplex #komplekskeunggulan
#perasanbest #jatidirirendah 
#lowselfesteem