Ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia
membenarkan pengimpotan makanan terubahsuai secara genetik (GM, genetically
modified) namun mewajibkan pelabelan pada bungkusan yang mengandunginya. Pelabelan makanan GM membantu konsumer membuat
pilihan antara makanan yang berasal dari makanan terubahsuai secara genetik, konvensional
dan organik.
Makanan GM merujuk kepada makanan yang berasal
dari tanaman dimana benihnya terubahsuai secara genetik. Mengapa makanan GM (istilah
GMO juga digunakan) amat ditakuti oleh golongan yang dikatakan bersikap skeptik?
Sesungguhnya penyelidikan benih-benih
tanaman GM dipelopori oleh Monsanto. Pada awal abad kedua puluh Monsanto
menumpukan pengeluaran terhadap dua produk bertoksik utama iaitu Agen Oren dan
PCB (polychlorinated buphenyl) selama lima puluh tahun.
Apabila penggunaan PCB diharamkan pada tahun
70an, Monsanto beralih kepada pengeluaran bahan kimia untuk kegunaan pertanian.
Ia mengeluarkan racun rumpai Roundup pada tahun 80an. Kemudiam ia merekacipta
benih terubahsuai secara genetik agar tanam-tanaman kebal kepada racun rumpai
ciptaannya
Monsanto sebagai pelopor
Benih kacang soya pertama rekaannya diluluskan
oleh di Amerika Syarikat pada tahun 1996.
Monsanto merekacipta benih-benih tanaman lain yang kebal kepada Roundup antara
lain seperti jagung, tomato, tebu, betik, squash (sejenis labu), padi, gandum,
chicory, jagung manis, kacang pea. lobak gula, kapas, rapeseed (canola) dan
kentang.
Antara tahun 1995 - 2005, Monsanto
dikatakan membeli lima puluh buah syarikat pembekal benih tanaman di seluruh
dunia. Setakat tahun 2009 jagung GM dikatakan ditanam
di sebelas buah negara termasuk Amerika Syarikat (85 %), Argentina (83%),
Brazil (36%) Afrika Selatan (57%). Kanada (84%), Filifina (19%) dan Sepanyol
(20%). 95 peratus kacang soya yang ditanam di
Amerika Syarikat dikatakan adalah kacang soya GM. 80 peratus betik yang ditanam
di Hawaii dikatakan adalah dari benih GM. China merupakan negara terbesar
penanam tanam-tanaman GM.
Terkini Monsanto mengeluarkan benih jagung
GM menggabungkan gen memiliki kod Bt
toxin (bakteria Bacillus
thuringiensis). Ia dikatakan nampu mengeluarkan bahan bertoksik bagi
melindungi tanaman jagung dari serangan makhluk perosak seperti bakteria dan
serangga. Benih jagung hibrid GM yang kebal kepada kedua-dua racun rumpai dan
serangga makhluk perosak juga telah dihasilkan.
Sebaliknya sebuah penyelidikan yang dijalankan
di Switzerland seperti dilaporkan dalam jurnal Environmental Sciences Europe mendapati sejenis ulat
kumbang ladybird (Adalia bipunctata
L.) mengalami kadar kematian yang lebih tinggi apabila terdedah kepada Bt toxin
berbanding dengan ulat yang tidak didedahkan kpd Bt toxin. Berdasarkan hasil
kajian ini, para pengkritik menyatakan bahawa Bt toxin boleh memudaratkan
organism yang bukan dalam kumpulan sasaran termasuk manusia.
Pelbagai jenis emping sarapan pagi terutama
milik syarikat dari Amerika Syarikat dibimbangi mengandungi bijiran GM
The American Academy of Environmental Medicine merupakan antara badan
yang percaya bahawa makanan GM tidak selamat untuk dimakan. Beberapa kajian melibatkan
haiwan mendapati ia menyebabkan risiko kesihatan yang serius termasuk kemandulan,
masalah sistem imiun, penuaan awal, masalah pengawalan insulin dan perubahan
besar kepada organ-organ utama serta sistem penghadaman.
Beberapa orang saintis FDA sendiri telah berulang-kali memberi amaran bahawa
makanan GM boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak dijangka dan
sukar dikesan. Ia termasuk alahan, keracunan, penyakit-penyakit baru dan
masalah berkaitan pemakanan. Mereka mencadangkan kajian jangka panjang tetapi
ia tidak diendahkan.
Kesan negatif
Beberapa
penemuan dan pemerhatian terhadap kesan negatif GMO antara lain beribu kambing
biri-biri, kerbau dan kambing di India mati selepas makan pokok kapas
mengandungi Bt toxin. Tikus yang makan jagung GM secara berpanjangan
menghasilkan bilangan bayi yang berkurangan dan bersaiz lebih kecil. Lebih
saparuh dari bayi tikus di mana ibunya diberi makan kacang soya GM mati dalam
masa tiga minggu selain bersaiz kecil. Sel-sel buah zakar tikus yang makan
kacang soya GM berubah secara signifikan.
Hamsters
yang diberi makan kacang soya GM kehilangan keupayaan melahirkan anak pada generasi
ketiga. Roden yang diberi makan kacang soya dan jagung GM menunjukkan tndakan
sistem imiun dan tanda-tanda ketoksikan. Kacang soya yang dimasak mengandngi
alergen kacang soya sebanyak tujuh kali ganda. Tikus yang diberi makan kentang
GM menunjukkan pertumbuhan sel secara berlebihan iaitu sejenis keadaan yang
dipercayai boleh membentuk kanser.
Beberapa
kajian menunjukkan pengambilan makanan GM mencederakan organ, mengubah sel
hati, mengubah sel pankreas dan mengubah paras enzim. Baru-baru ini para doktor
dari Hospital Universiti Sherbrook di Kanada mendapati Bt toxin berada dalam
tubuh 93 peratus dari tiga puluh wanita mengandung. Kajian sama juga mendapati
ia terdapat pada 80 peratus dalam tali pusat anak-anak subjek yang serupa.
Di
Perancis pula, saintis mendapati tikus yang mengambil makanan GM didapati
menghidap kanser dan mati lebih awal berbanding dengan tikus kawalan. Kajian
ini ditentang oleh ramai saintis yang menyatakan penyelidikan yang dijalankan
memiliki kelemahan dalam beberapa segi termasuk dikatakan tidak sah dari segi
statistik, beberapa faktor tidak dkawal dan jenis tikus yang digunakan.
Mereka
mendakwa tikus yang digunakan dalam kajian memang mudah menghidap kanser.
Sebaliknya para saintis yang menyokong kajian tersebut berkata tikus yang digunakan
tidak sama jenisnya dengan tikus yang dimaksudkan oleh pengkritik iaitu jenis
tikus yang pernah digunakan dalam kajian lain yang dikatakan mudah menghidap
kanser.
Ramai yang tidak tahu bahawa Bill Gates merupakan antara orang penting
yang menentukan hala tuju Monsanto. Untuk mengetahui mengenai Bill Gates dan
usahanya dalam mengurangkan penduduk dunia sila baca dua buah artikel saya
dalam Sinar Harian edisi KL/Selangor keluaran 13 Mac 2012. Artikel berjudul Di
sebalik Bill Gates dan Vaksin ini boleh dibaca secara atas talian di HYPERLINK:
http://www.sinarharian.com.my/rencana/di-sebalik-bill-gates-dan-vaksin-1.31792.
Untuk mengetahui
muslihat Bill Gates melabur
dalam Monsanto sila baca artikel tulisan saya juga yang berjudul Bill
Gates
mempromosi Benih GMO? yang terbit dalam akhbar Sinar Harian pada 26 Mac
2012.
Ia boleh dibaca secara atas talian di weblog saya di HYPERLINK:
http://gayahidupholistik.blogspot.com/2012/10/bill-gates-mempromosi-benih-gmo.html.
Untuk
mengetahui bagaimana seorang saintis Monsanto, Alex Blaine Layder yang
mengaku
dalam temubual telefonnya dengan pakar pemakanan Amerika Syarikat yang
terkenal, Mike Adams, bahawa makanan GM menyebabkan kanser dan
menyebabkan
kemandulan seterusnya dapat mengawal penduduk dunia sila lawati
HYPERLINK: http://www.naturalnews.com/037382_Monsanto_scientists_interview.html.
Herbalis Bahrain Samah, RH (AHG)