Assalaamu3alaikum
Zaman dahulu tidak terdapat pokok burger, pokok kerepek kentang dan pokok air berkarbonat. Hari ini pun tidak terdapat pokok-pokok yang disebutkan. Namun produk-produk tersebut dikeluarkan oleh kilang dengan cara diproses secara keterlaluan.
Makanan-makanan terproses amat berbeza dari segi rasa dan nilai nutrisi. Namun kepada mereka yang sejak lahir telah biasa mengambil makanan-makanan terproses maka lidah mereka menerima makanan-makanan tersebut sebagai makanan yang paling lazat.
Orang dulu-dulu menerima makanan-makanan bersunber dari tanaman yang ditanam sendiri di sekeliling rumah atau di kebun seperti beras, pegaga, petola, kacang panjang dan kelapa. Ayam itik pun mereka pelihara sendiri. Pendek kata sebelum baja moden digunakan secara meluas, mereka menggunakan baja organik contohnya baja kompos.
Sebab itulah orang dulu-dulu tahan nyawa mereka. Beberapa dekad kebelakangan ini saintis mendapati flora usus mempunyai kaitan dengan keutuhan sistem imiun. Makanan-makanan yang orang dulu-dulu makan membantu memulihara flora usus dengan baik. Sebaliknya makanan yang dimakan oleh kebanyakan orang moden hari ini dipercayai mengganggu kehidupan flora usus.
Ramai juga yang takut makan santan. Mereka ditakut-takutkan konon santan meningkatkan paras kolesterol. Padahal tidak makan santan dan menjauhi minyak kelapa menyebabkan kehidupan flora usus terganggu. Lebih buruk lagi jika gangguan teruk berlaku. candida albicans iaitu sejenis kulat akan meningkat bilangannya.
Jenis makanan yang dimakan oleh orang dulu-dulu dipandang kuno oleh sebahagian orang moden. Namun itulah sebab mengapa orang dulu-dulu tidak mudah mengalami penyakit-penyakit seperti yang dialami oleh orang moden. Mereka minum air perigi (telaga), air yang turun dari gunung dan air sungai.
Semuanya kaya dengan zat galian walau pun ia dilihat oleh sebahagian orang moden sebagai minuman yang tidak terjamin kebersihannya. Pernah suatu ketika seorang wartawan 'tidak habis baca' (tidak cukup ilmu, kurang mengkaji) membuat kesimpulan konon kanak-kanak di Kelantan mengalami kerosakan gigi berpunca dari air di beberapa daerah di negeri Kelantan yang tidak dirawat secara sempurna.
Selain makanan, mereka tidak takut terdedah kepada cahaya matahari. Kita pula bak putri lilin baik yang lelaki atau perempuan. Cahaya matahari amat penting untuk pembinaan vitamin D di bawah kulit. Orang putih pakai losyen bagi mengelakkan pancaran ultra ungu kita pun buat sama. Hasilnya, kita yang dapat kanser.
Orang dulu-dulu mahir dalam menjalani kehidupan. Ini kerana sejak kecil mereka terdedah kepada pelbagai hal dan kebanyakan tugas dilakukan sendirian. Ketiadaan teknologi moden menyebabkan mereka menjadi manusia kreatif. Jadi, kebiasaan menyelesaikan masalah dan menangani tugas secara inovatif menyebabkan mereka bersifat mandiri.
Tugas-tigas yang dijalankan samada hasil didikan orang tua atau ketika menjalani hidup sendiri menyebabkan mereka cekal dan kebal. Apabila menghadapi sesuatu rintangan atau kecelakaan mereka tidak mudah putus harapan.
Kepada yang menyerahkan diri kepada ALLAH dengan beribadah secara ikhlas sifat-sifat tersebut menjadi semakin terserlah dari hari ke hari. Kerana kebiasaan menggantungkan harapan hanya kepada ALLAH setelah berusaha maka usaha-usaha yang mereka jalankan dalam kehidupan menjadi lebih sempurna.
Orang dulu-dulu boleh dikatakan menjalani gaya hidup holistik. Menjalani hidupan dengan mengintegrasi elemen-elemen fizikal, psiko-emosi dan kerohanian dipercayuai dapat membantu mereka mencapai kesihatan yang lebih cemerlang. Bilangan mereka yang obes tidak seramai yang dialani oleh orang moden. Begitu juga dengan bilangan yang menghidapi kencing manis.
Kematian mereka mungkin berpunca dari faktor usia (wear and tear) bukan sebab serangan jantung. Penyakit-penyakit yang mereka alami bukan kerana makan secara berlebihan atau makan ubat-ubatan moden sepanjang hayat. Mereka mengalaminya mungkin kerana kesusahan hidup yang menyebabkan keseimbangan nutrien menjadi tidak harmoni.
Orang sekarang mudah mengalami penyakit seperti sakit perut (pelbagai jenis) yang berpanjangan. Ia mungkin berpunca dari makanan-makanan mengarut/merapu yang diambil ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Ia dipercayai menyebabkan ketidakseimbangan kehidupan flora usus. Vaksin dan makanan termodifikasi secara genetik juga dipercayai boleh mencetus keadaan serupa.
Tiada salahnya kita hidup pada zaman moden yang serba maju dari segi serba-serba ini. Yang penting kita berupaya berfikir untuk memilih perkara yang paling sesuai untuk kesejahteraan diri kita samada dari segi keutuhan mental, kesihatan fizikal dan kesempurnaan dalam beribadah kepada-Nya.
Apa yang kita alami hari ini dan esok berpunca dari kegiatan gaya hidup kita suatu ketika dahulu.
Bahrain, RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com
Pengumuman Penting - Saya bukan TSM
Assalaamu3alaikum....
Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini.
Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN.
Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT.
Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi.
Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya.
Terimakasih.
Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG)
www.gayahidupholistik.blogspot.com
April 20, 2013