Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Khamis, 26 Mac 2020

COVID-19: Kes Jangkitan Sifar bila akan Tercapai?


PANDANGAN

Pada Mac 25, 2020 YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga April 14, 2020. Menurut beliau perlanjutan tempoh PKP dilakukan kerana kes-kes jangkitan baru COVID-19 masih berlaku pada setiap hari sedangkan sasaran kerajaan ialah untuk melihat kes jangkitan baru pada tahap sifar.

Langkah kerajaan melakukan lockdown spara di seluruh negara amat dialu-alukan oleh semua pihak. Dengan penutupan premis tidak perlu dan premis perlu dibenarkan beroperasi berasaskan garis panduan, ia dilihat sebagai langkah wajar dan bijaksana dalam mengurangkan kadar kes-kes jangkitan baru.

Langkah perlaksanaan PKP lambat-laun akan berjaya. Mungkin sehingga April 14, 2020 kes-kes jangkitan baru akan mencapai paras sifar. Kemungkinan lain ialah peningkatan kes jangkitan baru berlaku pada kadar purata 200 sehari (anggaran) hingga tarikh tersebut. Kemungkinan terakhir ialah kes jangkitan baru akan terus dicatatkan untuk satu tempoh yang mungkin sukar dijangka berapa lama ia akan berterusan. Sudah tentu apabila berlaku kemungkinan kedua dan ketiga, tempoh PKP akan dilanjutkan lagi untuk beberapa waktu lagi sehingga tiada lagi berlaku jangkitan kes baru.

Penurunan kes jangkitan baru dipercayai akan berlaku lebih pantas apabila setiap individu yang bergaul rapat atau berada bersama-sama seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 datang ke hospital untuk menjalani ujian pengesahan. Kerajaan misalnya memanggil para peserta perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling akhir Februari lalu.

Walau pun sebahagian besar sudah pun menjalani ujian namun masih terdapat saki-baki peserta yang masih belum tampil untuk menjalani ujian. Selain peserta tempatan, sebahagian besar saki-baki tersebut dikatakan merupakan peserta berketurunan Bangladesh dan Rohingya. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah memberi jaminan bahawa tiada sebarang yuran akan dikenakan untuk ujian COVID-19. Kerajaan juga tidak akan menangkap mereka yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Golongan sebegini dibimbangi akan menjadi punca COVID-19 sukar dibendung kecuali jika telah ditakdirkan tidak seorang pun daripada mereka dijangkiti virus tersebut. Tiada siapa tahu takdir apa yang akan dialami oleh golongan tersebut samada ada antara mereka yang dijangkiti atau tidak. Jadi, dengan tampil menjalani ujian ia menepati usaha pencegahan - mencegah lebih baik daripada berubat.

Golongan lain yang dibimbangi akan menjadi punca jangkitan ialah seseorang atau sekelompok individu yang menjalani rawatan penyakit tertentu di hospital namun tidak memberitahu pihak hospital mereka berhubung dengan seseorang yang terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19. Keadaan ini benar-benar terjadi di sebuah hospital swasta di Alor Star. Seorang wanita demam selepas melahirkan anak dan baru ketika itu beliau mengaku beliau dengan keluarga yang hadir ke perhimpunan Tabligh Sri Petaling hujung Ferbruari lalu. Pihak hospital segera menutup hospital selama dua hari dan menjalankan langkah pembasmian virus.

Golongan yang ini juga dipercayai akan menyebar COVID-19 secara senyap-senyap. Sedia diketahui terdapat sebilangan orang yang dijangkiti COVID-19 mengalami simtom/gejala ringan. Selepas beberapa hari dijangkiti mereka sekadar mengalami sakit tekak, batuk dan demam paras sederhana. Mereka mungkin sekadar pergi ke klinik biasa dan selepas beberapa hari simptom yang dialami hilang.

Seseorang yang dijangkiti COVID-19 tetapi belum mengalami sebarang simtom juga boleh menjangkiti orang lain. Kajian yang dijalankan oleh Zanwei Du dan rakan-rakan berjudul Serial Interval of COVID-19 from Publicly Reported Confirmed Cases seperti dilaporkan dalam jurnal Emerging Infectious Diseases (April 2020) meunjukkan lebih 10 peratus jangkitan adalah dari orang yang dijangkiti virus tetapi belum mengalami simtom.

Jadi, selain penghidap yang mengalami gejala terdapat juga tiga golongan yang mengalami jangkitan dan dipercayai dapat menjangkiti orang lain iaitu:
  1. dijangkiti tetapi tidak mendedahkan sejarah pergaulan dengan mereka yang dijangkiti ketika mendapatkan rawatan di hospital. Mereka ini mungkin mengalami gejala atau seperti golongan b atau c. 
  2. bergejala ringan
  3. golongan tanpa gejala
Contoh golongan a.:

Jadi, saranan KKM agar memakai topeng muka jika mengalami gejala seperi demam, batuk dan bersin; menjarakkan diri 1 meter atau lebih dari orang lain ketika berada di tempat awam dan menggunakan cecair pembasmi kuman (tambahan penulis: sebelum dan selepas masuk ke premis perniagaan seperti kedai runcit dan pasaraya) adalah langkah bijak dalam melindungi diri sendiri dan menghindari daripada kemungkinan menjangkiti orang lain. Jadi, cepat atau lambat terdapat kemungkinan kerajaan perlu melanjutkan PKP kepada beberapa fasa lagi bagi mencapai kes baru paras sifar – berdasarkan inkubasi maksimum COVID-19 ialah 14 hari.

Dalam satu kenyataan, ketua pengarah Kementerian Kesihatan menganggar jumlah kes baru akan mencapai 6,000 orang pada akhir fasa 2 PKP. Jadi, jika pada penghujung fasa 2 PKP kes baru menunjukkan peningkatan ke arah angka anggaran beliau, penulis mengandaikan bahawa sebelum fasa 2 PKP berakhir KKM akan mengumumkan perlunya menyambung PKP fasa ketiga.

Ya, jika beberapa fasa lagi ditambah kita semua harus menjalani kehidupan Stay at Home sambil menjaga hubungan kita dengan ALLAH SWT dan keluarga. Makan minumlah secara berpada-pada. Amalan makan makanan yang seimbang yang terdiri daripada pelbabgai nutrien berbeza-beza adalah langkah bijak.

Pada hemat penulis Stay at Home akan memberi manfaat kepada setiap orang kerana:
  1. duduk di rumah akan dapat menghindari pendedahan  COVID-19 kepada diri sendiri dan orang lain. Keluar rumah hanya untuk memenuhi keperluan asas untuk membeli makanan atau keperluan asas yang digariskan oleh kerajaan dengan menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain ketika berada di tempat awam. Di Amerika Syarikat setiap orang harus menjarakkan diri sekurang-kurangnya 6 kaki daripada orang lain. Jarak yang lebih jauh berbanding Malaysia ini mungkin kerana CDC mereka tidak mewajib/menggalakkan pemakaian topeng muka. 6 kaki penjarakan mungkin berasaskan aerosol mengandungi mikrob apabila seseorang bersin boleh pergi sejauh 6 meter. Setiap negara ada garis panduan masing-masing dengan sebab musabah tersendiri
  2. Menghindarkan diri daripada berkumpul beramai-ramai. Ia bertujuan menghindari daripada kemungkinan menjangkiti orang lain atau dijangkiti. Contoh ketara ialah semakin hari semakin ramai peserta perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling hujung Februari di dapati positif COVID-19. Setakat artikel ini ditulis, hampir setiap hari didapati sebahagian daripada jumlah kematian (kadang-kadang kadarnya lebih tinggi berbanding bukan kluster) COVID-19 adalah kluster Tabligh. Sebab itulah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan agar umat Islam di Malaysia tidak perlu pergi sholat Jumaat sehingga (setakat ini) Mac 31, 2020. Berita terkini (Sinar Harian, Mac 25, 2020): Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan supaya aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah ditangguhkan sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ditulis oleh Pakcik Herba

Hakcipta Terpelihara di www.gayahidupholistik.blogspot.com

Sabtu, 21 Mac 2020

COVID-19 China: Kesemua 50 penghidap pulih selepas doktor di Hospital Shanghai guna Vitamin C IV dos tinggi


Sila tonton video:

Isi: 
Those treated with High Dose iv Vit. C: Patients were given: 10 gr or 20 gr all recovered no one died 3 - 5 days shorter hospital stay 50 gr of Vit C. over a period of 4 hours brought a patient who was deteriorating rapidly back to wellness.

Komen: Alangkah baik jika doktor seluruh dunia boleh merawat covid-19 menggunakan kaedah serupa.......Jika benar ia efektif tentu lebih ramai penghidap yang akan dapat diselamatkan dan mungkin boleh mengurangkan kadar kematian. Hanya doktor perubatan moden sahaja yang boleh menjalankan infus intravena (dikenali juga sebagai drip) ke atas pesakit dan mereka mempunyai kelengkapan mencukupi untuk monitor keadaan kesihatan pesakit.... 

Sebuah kajian klinikal sedang dijalankan yang melibatkan 140 peserta. Separuh guna IV vitamin C dan separuh plasebo. Tempoh kajian antara Februari 14 - September 30, 2020. Lihat: Vitamin C Infusion for the Treatment of Severe 2019-nCoV Infected Pneumonia: a Prospective Randomized Clinical Trial


Baca juga: 

FDA: Approve High Dose IV Vitamin C for Coronavirus Patients!


NOTA: Kaedah yang disampaikan dalam video dan teks tidak sesuai diamalkan oleh orang awam dan pengamal perubatan alternatif tidak kira jensi modaliti.


NOTA 2: Pemilik blog ini hanya berkongsi berita di atas yang difikirkannya bermanfaat kepada kesihatan manusia sejagat. Perkongsian berita ini tidak bermaksud penulis mengajak orang awam untuk mengambil (makan) vitamin C dos tinggi bagi meredakan (istilah perubatan alternatif, istilah perubatan moden pula ialah merawat) seseorang yang dijangkiti covid-19.

NOTA 3: Pemilik blog bukan seorang doktor perubatan moden hanya seorang marhaen yang dahagakan ilmu dan penemuan terbaru. Sila baca PENAFIAN di sisi kanan blog ini.


Hakcipta Terpelihara @ www.gayahidupholistik.blogspot.com

Jumaat, 20 Mac 2020

Covid-19: Coronavirus cepat Berjangkit dan kadang-kadang Sebeleum seseorang Mengalami Simtom, kajian


Ringkasan

Para penyelidik penyakit berjangkit di Universiti Texas di Austin yang menjalankan penyelidikan terhadap coronavirus telah mengenal pasti betapa pantasnya virus itu menyebar, satu faktor yang boleh membantu pegawai kesihatan awam dalam usaha mereka membendung penularan. Mereka mendapati masa antara kes-kes dalam rantai pengjangkitan kurang dari seminggu dan lebih daripada 10% pesakit dijangkiti oleh seseorang yang dijangkiti virus tetapi belum mempunyai gejala/simtom.

Sebuah penyelidikan yang dilaporkan dalam jurnal Emerging Infectious Disease menunjukkan pasukan saintis dari Amerika Syarikat, Perancis, China dan Hong Kong telah berjaya mengira sesuatu yang dikenali sebagai selang bersiri virus. Untuk mengukur selang bersiri, ahli sains menyukat masa yang diperlukan untuk simptom muncul pada dua individu yang dijangkiti virus ini: orang pertama menginfeksi orang lain manakala orang kedua yang dijangkiti coronavirus.

Penyelidik mendapati bahawa selang bersiri purata untuk coronavirus di China adalah kira-kira empat hari. Ini juga merupakan antara kajian pertama untuk menganggarkan kadar pengjangkitan asimptomatik (tanpa simtom). Kelajuan wabak bergantung kepada dua perkara – bilangan orang yang menghidap dalam setiap kes dan tempoh yang diambil oleh pengjangkitan antara orang tersebar.

Kuantiti pertama dipanggil nombor pembiakan; yang kedua ialah selang bersiri. Selang bersiri pendek COVID-19 bermakna wabak baru muncul akan berkembang dengan cepat dan sukar untuk dihentikan, kata para penyelidik. "Ebola, dengan selang bersiri beberapa minggu, lebih mudah dihentikan daripada influenza, dengan selang bersiri hanya beberapa hari. Para pegawai kesihatan awam yang menangani wabak Ebola mempunyai lebih banyak masa untuk mengenal pasti dan mengasingkan kes sebelum mereka menjangkiti orang lain," kata Lauren Ancel Meyers, profesor biologi integratif di UT Austin.

"Data menunjukkan bahawa coronavirus ini berkemungkinan menyebar seperti flu. Ini bermakna kita perlu bergerak dengan cepat dan agresif untuk mengekang ancaman yang muncul." Meyers dan pasukannya memeriksa lebih daripada 450 laporan kes jangkitan dari 93 bandar di China dan mendapati bukti kukuh bahawa individu tanpa gejala mampu menyebarkan virus, yang dikenali sebagai pengjangkitan pra-gejala.

Menurut laporan tersebut lebih daripada 1 dalam 10 jangkitan adalah dari orang yang mempunyai virus tetapi belum mengalami gejala. Sebelum ini, para penyelidik berhadapan dengan ketidakpastian berhubung pengjangkitan tanpa-gejala coronavirus. Bukti baru ini dipecayai boleh dijadikan panduan oleh pegawai kesihatan awam tentang bagaimana untuk menghentuikan penyebaran penyakit.

"Kajian ini membuktikan bahawa langkah-langkah kawalan yang luas termasuk perngasingan dan
kuarantin, penutupan sekolah, sekatanperjalanan dan pembatalan perhimpunan besar-besaran mungkin diperlukan,"kata Meyers.



"Pengjangkitan tanpa-gejala pasti menjadikan usaha pembendungan lebih sukar." Meyers menegaskan bahawa dengan beratus-ratus kes baru yang muncul di seluruh dunia setiap hari, data mungkin menawarkan gambaran yang berbeza dari masa ke masa. Laporan kes jangkitan adalah berdasarkan pengakuan seseorang ke mana mereka pergi dan siapa yang mereka hubungi.



Sekiranya pegawai kesihatan bergerak dengan cepat untuk mengasingkan pesakit, ia juga boleh merosakkan data. "Penemuan kami disokong oleh contoh pengjangkitan senyap dan peningkatan jumlah kes di ratusan bandar raya di seluruh dunia," kata Meyers. "Ia menunjukkan wabak COVID-19 sukar difahami dan memerlukan langkah yang ekstrem."

Zhanwei Du dari Universiti Texas di Austin, Lin Wang dari Institut Pasteur di Paris, Xiaoke Xu dari Universiti Dalian Minzu, Ye Wu dari Universiti Normal Beijing dan Benjamin J. Cowling dari Hong Kong University juga menyumbang kepada penyelidikan. Lauren Ancel Meyers memegang Denton A. Cooley Profesor Centennial dalam Zoologi di The University of Texas di Austin. Penyelidikan ini dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan A.S. dan Yayasan Sains Asli Negara China.

Rujukan jurnal:

  1. Zhanwei Du, Xiaoke Xu, Ye Wu, Lin Wang, Benjamin J. Cowling, Lauren Ancel Meyers. Serial Interval of COVID-19 from Publicly Reported Confirmed Cases. Emerging Infectious Diseases, April 2020; DOI: 10.3201/eid2606.200357

Hakcipta Terpelihara di www.gayahidupholistik.blogspot.com