وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِنْ دَابَّةٍ وَهُوَ عَلَىٰ جَمْعِهِمْإِذَا يَشَاءُ قَدِيرٌ [٢٩]وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ [٣٠]وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ[٣١]
Terjemahan
Dan di antara
tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia
biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa
menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya). Dan apa jua
yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah
disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan
berdosa); dan (dalam pada itu) Allah
memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Dan kamu tidak akan dapat
melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun
kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu
juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung
atau pemberi pertolongan.
Dan antara tanda kekuasaan Allah ialah Dia biakkan haiwan yang melata (sin:merayap). SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik COVID-19 walau pun dikategerikan sebagai bukan benda hidup namun ia 'bergerak' atau berpindah tempat menggunakan sarana tertentu misalnya titisan halus berpunca daripada bersin atau batuk. Ia juga boleh berpindah kepada bahan atau orang lain melalui air liur.
Kemudian Allah meberitahu kita bahawa setiap sesuatu yang menimpa kita dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia berpunca daripada apa yang kita lakukan sendiri iaitu samada kerana perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa atau kedua-duanya sekali.
Dalam kes COVID-19, melanggar panduan yang digariskan seperti tidak melakukan penjarakan sosial, tidak rajin mencuci tangan dan menyentuh mulut dan hidung merupakan kesalahan yang mendedahkan diri seseorang kepada penjangkitan. Ini kesalahan diri sendiri dalam bentuk fizikal iaitu zahir.
Dalam pada ditimpa musibah itu Allah tetap memaafkan sebahagian besar dosa seseorang.
Allah Maha berkuasa menimpakan musibah kepada sesiapa sahaja dan tiada siapa boleh melarikan diri daripada ditimpa bencana. Pada ayat ke 31 Allah memberitahu Dia Maha Pelindung, jadi kita sebagai hambaNya yang memang sentiasa memerlukan perlindunganNya harus meinterporeksi diri sepanjang masa, di samping berusaha cara yang betul agar kita tidak dijangkiti dan berdoa kepadaNya agar pandemik ini tempohnya tidak berpanjangan, Aaaaaamiin.