Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Isnin, 4 Mei 2020

COVID-19: Seseorang Sembuh COVID-19 boleh Relapse atau Dijangkiti Semula?


Tentu ramai yang menganggap bahawa apabila seseorang telah pernah dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik COVID-19 akan kebal kepada sebarang serangan virus tersebut pada masa akan datang. Anggapan ini berpunca daripada ilmu biologi asas yang diketahui oleh ramai orang iaitu seseorang yang pernah dijangkiti sesuatu jenis virus akan menjadi kebal/imun kerana tubuh mereka telah membentuk antibodi.


Tanggapan atau kepercayaan tersebut disangkal oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 18 April 2020 dengan menegaskan bahawa setakat ini tiada bukti apabila seseorang yang sembuhdaripada COVID-19 dan memiliki antibodi tercegah daripada jangkitan kedua virus tersebut.

Dalam kenyataannya, WHO dipetik sebagai berkata memberi amaran terhadap pemberian paspot kekebalan atau sijil risiko bebas (daripada COVID-19) kepada mereka yang telah dijangkiti. Badan tersebut tersebut seterusnya menegaskan bahawa perbuatan tersebut hanya akan meningkatkan risiko penyebaran yang berpunca daripada tidak mengendahkan cadangan pencegahan piawai sedia ada.


Washington Post melaporkan pada 21 April 2020 bahawa Chile yang sedang melaksanakan lockdown, telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membenarkan pesakit yang sembuh COVID-19 untuk bekerja semula di mana mereka akan diberi paspot kekebalan fizikal atau digital.

Pengumuman tersebut sebenarnya bertentangan dengan kebimbangan rama doktor dan saintis, di mana mereka memberi amaran bahawa banyak perkara berkaitan kekebalan terhadap COVID-19 yang masih belum diketahui.

Kerajaan Chile menggunakan alasan bahawa penghidap tidak lagi menjangkit selepas 14 hari mengalami simtom-simtom  yang direkodkan atau pada kes yang lebih serious setelah mereka dibenarkan keluar dari hospital. Bagi mereka yang mengalami sistem imiun lemah, mereka dikatakan tidak lagi menjangkiti orang lain selepas 28 hari.

Setakat 26 April 2020 Chile dilaporkan tetap akan melaksanakan pemberian paspot kekebalan kepada mereka yang telah sembuh COVID-19 sungguh pun telah diberi amaran daripada WHO. Pada tarikh sama juga Timbalan Menteri Kesihatan Chile, Puan Paula Daza dipetik sebagai berkata suatu perkara yang kami ketahui adalah bahawa seseorang yang pernah mengalami penyakit (berjangkit) terdedah kepada kebarangkalian yang rendah untuk mengalaminya semula.  

Beliau menambah bahawa sijil yang berikan bukanlah pengesahan seseorang kebal terhadap COVID-19 tetapi menunjukkan mereka telah sembuh daripada penyakit tersebut dan telah menjalani pengasingan pada tempoh yang ditetapkan.

Positif kali kedua

Pada 13 April 2020 lebih 100 penghidap COVID-19 di Korea Selatan yang telah sembuh didapati positif virus yang serupa. Saintis menyuarakan pandangan yang berbeza-beza mengenai perkara tersebut.

Kebimbangan paling ketara ialah jika berlaku jangkitan kedua (re-infection) kerana implikasinya terhadap pembentukan kekebalan pada manusia. Namun, Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC) berkata ia tidak mungkin berlaku sedemikian (jangkitan kedua). Sebaliknya, KCDC berkata terdapat kepada kecenderungan berlakunya relapse (kambuh) atau pengaktifan semula  virus.

Jangkitan kedua pula bermaksud penghidap sesuatu penyakit berjangkit yang telah sembuh dan mempunyai antibodi dijangkiti kalai kedua oleh patogen yang serupa.



Kambuh bermaksud virus menjadi aktif semula selepas ia dorman (aktiviti bilogi
berkurangan) untuk beberapa waktu. Ia juga boleh berlaku kerana sesetengah
pesakit memliki sistem imiun lemah atau sedang mengalami penyakit lain yang
juga boleh menyebabkan sistem imiun lemah.

Kajian terkini yang dijalankan oleh doktor di China dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa virus SARS-CoV-2 boleh merosakkan makrofaj dan limfosit T (juga dikenali sebagai sel T) dengan menjangkiti sel-sel tersebut. Sel T merupakan jentera sistem imiun yang memainkan peranan utama dengan keupayaannya melawan jangkitan. Cytokine storm yang menyebabkan hiper-keradangan yang berlaku pada sesetengah pesakit COVID-19 juga dipercayai boleh merosakkan kedua-duanya.

Seol Dai-wu, pakar pembangunan vaksin dan professor di Universiti Chung-Ang dipetik sebagai berkata bahawa pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan masih belum menerima kes di mana pesakit 'jangkitan kali kedua' menyebarkan virus kepada orang lain, itu pun jika penjangkitan benar-benar terbukti.

Apa pandangan beberapa saintis lain mengenai perkara ini? Sila jenguk semula ke sini kerana saya akan sambung tulisan ini dengan info tambahan.

Ujian Positif Palsu

Kita lihat pula pandangan berikut dan sejauh mana kebenarannya. Sebahagian saintis percaya ujian positif tersebut bukan berpunca daripada jangkitan kedua atau pengaktifan semula virus tetapi berpunca daripada keputusan positif palsu. Maksud yang mudah difahami untuk positif palsu ialah keputusan ujian yang secara tidak benar menunjukkan kehadiran sesuatu keadaan atau punca.

Dr. Oh Myoung-don, doktor di Hospital Universiti Kebangsaan Seoul seperti dilaporkan oleh The Korea Herald (30 April 2020), beliau berkata pada sidang media bahawa kaedah yang digunakan untuk mengesan kehadiran virus yang dikenali sebagai polymerase chain reaction (PCR) tidak dapat membezakan antara bahan genetik (RNA atau DNA) virus jangkitan dan serpihan virus ‘mati’ yang berada dalam tubuh pada tempoh tertentu selepas seseorang pulih.

Menurut beliau, ujian PCR yang berfungsi menyalin molekul gen virus digunakan di Korea untuk menguji COVID-19 dan kes pengaktifan semula adalah berpunca daripada kelemahan teknikal ujian PCR.


Beliau menegaskan bahawa sel epitelium respiratori mempunyai hayat separuh sehingga 3 bulan di mana virus RNA dalam sel boleh dikesan menggunakan ujian PCR 1-2 bulan selepas penyingkiran sel.

Carol Shoshkes Reiss, professor Biologi dan Sains Neuron di Universiti New York memberitahu Live Science yang tidak terlibat menjalankan ujian tersebut berpendapat bahawa ujian menggunakan kaedah PCR tersebut merupakan ujian yang sangat asas. Beliau berkata iaitu sungguh pun seseorang telah sembuh dan tidak menjangkiti orang lain, namun masih terdapat serpihan-serpihan kecil terdiri daripada RNA virus (tidak aktif) yang menyebakan ujian menghasilkan keputusan positif.

Menurutnya lagi ia kerana sungguh pun virus telah dikalahkan sepenuhnya, namun masih terdapat sampah-sarap sel-sel (virus) rosak yang belum dibersihkan (oleh misalnya makrofaj). Beliau merujuk kepada bangkai sel-sel (pelbagai sel tubuh) yang dibunuh oleh virus. Dalam sel-sel rosak tersebut terdapat serpihan partikel virus yang tidak lagi berjangkit.

Ujian Kultur Negatif

Untuk mengenalpasti samada seseorang sedang dijangkiti virus atau telah dijangkiti kedua kali ujian yang sama sekali berbeza dengan PCR harus dijalankan, menurut beliau lagi. Petugas makmal harus mengkulturnya atau meletakkan virus dalam piring makmal di bawah keadaan ideal bagi melihat jika ia boleh ‘hidup.’

The Korea Herald melaporkan KCDC dalam berita sama menegaskan pesakit di Korea Selatan yang didapati positif setelah menjalani ujian memiliki keupayaan amat rendah atau langsung tidak berkeupayaan untuk menyebarkan COVID-19. KCDC merujuk kepada keputusan ujian kultur virus yang menunjukkan tiada virus hidup pada pesakit yang sembuh.

Reiss juga dipetik sebagai berkata bahawa konsensus umum komuniti saintifik berdasarkan semua info yang ada setakat ini berkaitan coronavitrus baru ini bahawa pesakit yang didapati positif dua kali selepas menjalani ujian yang juga berlaku di Jepun dan China selain Korea Selatan, tidak dijangkiti kali kedua tetapi sebenarnya duji sebagai positif palsu.

Berbeza berbanding HIV dan Cengkering

Dari sisi lain, Myoung-don berkata ketika sidang media seperti dilaporkan The Herald bahawa proses bagaimana coronavirus menghasilkan virus baru hanya dalam sel-sel hos tanpa menembusi nukleus iaitu teras sel.  Sesetengah virus seperti HV dan chengkering berupaya bersatu dengan genome hos dengan memasuki nukleus sel manusia. Di situ, ia tinggal pendam (tidak aktif) untuk tempoh beberapa tahun dan kemudian ia akan aktif semula. Sebaliknya coronavirus bukan begitu sifatnya di mana ia tinggal di luar nukleus sel hos sebelum keluar dari sel dan menceroboh sel lain.

Menurut Myoung-don lagi ia bermaksud coronavirus tidak menyebabkan jangkitan kronik atau pengaktifan semula. Dengan lain perkataan kemungkinan untuk coronavirus menjadi aktif semula  dalam tubuh sebaik-baik sahaja selepas pulih daripada jangkitan adalah tipis.

Menurut Reiss, secara terori jangkitan kali kedua boleh berlaku pada masa akan datang. Ia kerana tiada siapa yang dapat menilik perkara yang boleh berlaku pada masa hadapan.

Kesimpulannya, hanya perubahan genetik hasil mutasi yang ketara dipercayai akan mengakibatkan antibodi tidak dapat mengesan virus SARS-CoV-2 keturunan bermutasi. Sebaliknya, perubahan genetik yang amat kecil sebaliknya tidak akan menjejaskan sistem imiun untuk mengesan kehadirannya. 


Hakcipta terpelihara 2020 di Gaya Hidup Holistik