Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Isnin, 11 Mei 2020

COVID-19: Sanggahan terhadap cerita Hypoxia dan Hemoglobin


Nota: maksud ventilator dalam keseluruhan tulisan ini ialah ventilator mekanikal

Pandemik COVID-19 masih sukar untuk dijangka bila benar-benar akan berakhir. Di celah-celah kesibukan banyak negara mengambil langkah tertentu bagi mengekang penularannya, timbul sebuah pandangan yang menyatakan bahawa penghidap yang mengalami pneumonia atau ARDS bukan mengalaminya tetapi mengalami masalah kesihatan yang berbeza sama sekali.

Setakat ini terdapat dua pandangan mengenai kesesakan nafas yang dialami oleh penghidap COVID-19. Yang pertama percaya bahawa penghidap sebenarnya mengalami hypoxia iaitu sesak nafas berlaku kerana kekurangan oksigen di altitude tinggi. Yang kedua percaya bahawa SARS-CoV-2 mencuri atau mengeluarkan ion ferum daripada hemoglobin lalu menyebabkan kekurangan oksigen.

Dr.Cameron Kyle-Sidell iaitu seorang doktor yang merawat pesakit COVID-19 di Metropolitan New York memenuhi kriterea golongan pertama. Berliau berkata, “Para pesakit tersebut sepertimana yang saya perhatikan sebenarnya tidak mengalami kelemahan respiratori. Ia kelihatan lebih kepada kegagalan hypoxia. [ … ] simtom-simtom kelihatan menggambarkan penyakit penyahmampatan pulmonari atau penyakit altitud tinggi.”

Jadi, beliau berpendapat bahawa para pesakit memerlukan oksigen bukan tekanan. Ventilator yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan paru-paru kerana tekanan. Perkara ini harus segera diselidik, ujarnya.

Hypoxia merupakan keadaan di mana bekalan oksigen tidak mencukupi untuk organ-organ tubuh berfungsi secara normal manakala hypoxemia pula merujuk kepada keadaan bekalan oksigen dalam arteri rendah – dalam sesetengah tulisan kedua-dua istilah diguna secara bertukar-ganti.

Artikel berikut yang dipercayai ditulis oleh anak seorang doktor dan laporan berbentuk surat kepada editor yang menyusul berikutnya pula memenuhi kriterea golongan kedua.

Laporan berbentuk surat kepada editor berjudul Covid-19 Does Not Lead to a “Typical” Acute Respiratory Distress Syndrome menerangkan fenomena serupa.

* Kebanyakan orang awam dan pengamal perubatan alternatif mudah terjebak  dengan kedua-dua pandangan tersebut. Penulis sedang menulis sanggahan terhadap kedua-kedua pandangan tersebut berdasarkan saintis/doktor yang jauh lebih arif berkaitan ilmu patofisiologi, biokimia dan biologi molekul berbanding ilmu yang penulis ada. Apabila sudah siap InsyaAllah penulis akan muatnaik di blog ini….

Sambungan......... dimuatnaik pada 18 Mei 2020, 3:00 pm

Tindakan yang dilakukan oleh doktor-doktor  yang disebutkan dalam sambungan tulisan ini menunjukkan terdapat doktor yang bersetuju dengan pandangan Dr. Kyle iaitu tekanan mekanikal ventilator harus dikurangkan pada (sebahagian) pesakit.


Pengudaraan mekanikal selalu berisiko: tiub mesti dimasukkan ke saluran udara pesakit untuk menyampaikan oksigen ke badan mereka apabila paru-paru mereka gagal mengepam masuk udara. Ia adalah bentuk sokongan yang invasif, dan kebanyakan doktor menganggapnya sebagai jalan terakhir.


AP melaporkan
bahawa secara umum, 40 – 50% pesakit yang mengalami masalah pernafasan mati
ketika menerima sokongan ventilator. Di metropolitan New York misalnya, 80%
atau lebih pesakit COVID-19 yang menerma sokongan ventilator telah meninggal
dunia, menurut pegawai negeri dan metro.

Doktor seperti Kyle-Sidell berpendapat bahawa angka kematian tersebut terlalu tinggi memberi ventilasi kepada pesakit seolah-olah mereka mempunyai keadaan yang disebut sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS), sedangkan mereka sebenarnya mempunyai masalah paru-paru yang berbeza yang mungkin tidak bertindak balas dengan baik terhadap mekanikal ventilator.

Sekumpulan doktor Eropah menyerahkan sepucuk surat kepada American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine, yang diterbitkan pada 30 Mac, memperincikan perbezaan COVID-19 dengan ARDS. Mereka menggesa para doktor untuk mengelakkan daripada menggunakan ventilasi mekanikal yang tidak perlu.

Doktor lain mengatakan pengudaraan mekanikal dapat membantu beberapa pesakit, namun apabila doktor menggunakannya sebagai sokongan terlalu cepat ia berpotensi menyebabkan pesakit mendapat rawatan trauma yang tidak perlu (bukan tempatnya).  Mereka sepatutnya boleh menggunakan alat bantuan pernafasan yang kurang invasif seperti topeng pernafasan dan saluran hidung.

Dr. David Hill, seorang doktor penjagaan paru dan kritikal yang merawat pesakit COVID-19 di Waterbury, Connecticut dan berkhidmat sebagai jurucakap sukarela perubatan untuk Persatuan Paru-paru Amerika berkata bahawa kekurangan ventulator berlaku kerana kebanyakan hospital yang hampir penuh menjadikan penyelesaian terakhir sebagai penyelesaian pertama.

Fenomena yang berlaku di Amerika Syarikat, di China dan United Kingdom ini yang mungkin juga berlaku di negara lain di seluruh dunia adalah berpunca daripada kaedah berkerja para doktor yang terlalu mengikut SOP dan tiada ruang fleksibiliti untuk melakukan tindakan berdasarkan keadaan klinikal sebenar. Akibatnya ialah pesakit yang didiagnos sebagai pneumonia atau ARDS sedangkan paru-parunya berupaya mengepam masuk dan keluar uadara secara normal diberi sokongan ventilasi mekanikal. Inilah yang disebut sebahagian doktor bantuan sokongan yang tidak perlu.

Dr. Roger Alvarez, pakar paru-paru dari Sistem Kesihatan Untiversiti Miami mengutamakan penggunaan nitrik oksida untuk mengelak penggunaan ventilator selama mana yang mungkin. Beliau berkata bahawa ventilator bukan bersifat terapeutik sebaliknya ia hanya langkah keselamatan sementara menunggu tubuh pesakit kembali pulih.

Nitrik oksida berfungsi merehatkan kapilari dan paru-paru. Jadi, penggunaan nitrik oksida terhadap pesakit yang mengalami ARDS/pneumonia dipercayai membantu paru-paru pesakit berfungsi dengan lebih sempurna untuk bernafas. Namun, kajian menunjukkan oksigenasi hanya bersifat sementara dan tidak menurunkan kadar kematian. Prognosis untuk penghidap COVID-19 yang mengalami ARDS/pneumonia tidak diketahui.

Sebahagian pakar profesional kesihatan masih tertanya-tanya samada ventilator boleh menyebabkan keadaan kesihatan semakin buruk pada sesetengah pesakit. Menurut mereka ia berlaku dengan mencetus atau memburukkan tindak-balas sistem imiun yang berbahaya.

Nota: Mungkin apa yang mereka maksudkan ialah ventilasi mekanikal akan menyebabkan sistem imiun bertindak-balas lalu mencetus hiper-inflamasi (hasil tindakan beberapa jenis interleukin dan interferon pro-keradangan) terhadap paru-paru yang sedang mengalami inflamasi berpunca daripada ARDS/pneumonia.

Ia dikatakan hanya spekulasi. Walau bagaimana pun, pakar berkata ventilator mekanikal memang boleh merosakkan paru-paru pesakit kerana oksigen bertekanan tinggi dipaksa masuk ke dalam alveoli paru-paru pesakit. Dr. Eddy Fan, pakar rawatan respiratori di Hospital Besar Toronto misalnya berkata bahawa ventilasi mekanikal bukan tidak berbahaya (benign). Beliau selanjutnya berkata bahawa salah satu penemuan beberapa dekad terakhir menunjukkan ventilasi mekanikal boleh menyebabkan kecederaan paru-paru menjadi semakin buruk – jadi, para doktor harus berhati-hati ketika mengendalikannya. Dr. Fan menyarankan pelarasan harus dilakukan pada mesin iaitu mengurangkan tekanan dan saiz pernafasan bagi mengelak bahaya.

Yang Dr. Fan maksudkan ialah mesin ventilator mekanikal harus dilaras berdasarkan keadaan klinikal pesakit yang mengalami ARDS/pneumonia. Tekanan dan saiz pernafasan mesin harus dikurangkan pada pesakit yang didapati tidak mengalami sesak nafas yang keterlaluan.


Kaedah penggunaan ventilator yang berubah-ubah pada peringkat awal SARS-CoV-2 melanda seluruh dunia menunjukkan bahawa (ketika itu) para doktor sedang cuba mencari kaedah terbaik untuk merawat penghidap COVID-19. Mereka bergantung kepada anekdot, data masa-sebenar di tengah-tengah semakin ramai pesakit yang nazak. 

bersambung akan datang...... akan sentuh pandangan pakar/doktor yang menyanggah  cerita Hypoxia dan Hemoglobin. Penulisan ambil masa sedikit kerana menyibukkan diri dengan hal lain walau pun sentiasa stay home amidst lock-down....