Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Jumaat, 25 November 2022

PARU-PARU BERDARAH DAN LONG COVID

Lebah berpendapat Diffuse Alveolar Hemorrhage (DAH) yg dialami sebahagian penghidap Long COVID berkemungkinan serupa seperti kesimpulan saintis kajian berikut (sila klik link berkaitan - hyperlink no. 2: The Perfect Storm.....) 

The authors of the study cited by WHO conclude: We hypothesize that our patient likely developed DAH because the infection led to ANCA-associated vasculitis that manifested as DAH rather than directly damaging her pulmonary blood vessels.

Maksud:

Saintis penyelidik mengetengahkan hipotesis bahawa infeksi SARS-COV-2 mengakibatkan saluran darah mengalami KERADANGAN (inflammation: berpunca dpd tindakan beberapa cytokine dan juga figositosis) dan seterusnya menyebabkan DAH. Infeksi tidak merosakkan saluran darah paru2 secara langsung.

Bacaan lanjut berkaitan DAH:

1. Moo Suk Park et al. Diffuse Alveolar Hemorrhage. Tuberculosis and respiratory diseases, 

Evidence-Based Critical Care. 2019 Jul 24 : 253–257.

Published online 2019 Jul 24.

HYPERLINK:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3651925/

2. Wang E. et al. The  Perfect Storm: Diffuse Alveolar hemorrhage after SAR-COV-2 Infection. Chest, 2021 Oct; 160(4): A1212–A1213.

Published online 2021 Oct 11. doi: 10.1016/j.chest.2021.07.1114

HYPERLINK:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8503401/


Lebah

Copyright2022@gayahidupholistikblogspotcom

Khamis, 22 September 2022

REAKSI LEBAH: SEBAHAGIAN PAKAR PERCAYA SPIKE S PROTEIN DIBINA VAKSIN PFIZER DAN BOOSTER SEBABKAN KEMATIAN

PERHATIAN:  Sungguh pun Pakcik Lebah pengamal dan pendidik bidang Perubatan Alternatif namun pandangan Lebah tidak semestinya serupa dgn majoriti pengamal bidang serupa. Lebah sering merujuk kpd literatur (laporan kajian) dan membaca pendapat saintis/pakar untuk memahami, nenganalisa atau memberi pandangan terhadap perkara/isu tertentu. Berikut adalah contoh pandangan Pakcik Lebah tidak serupa dgn pandangan seorang pensyarah sebuah unvirsiti. Ia merupakan chat antara Pakcjk Lebah dan seorang sahabat berkecimpung dalam bidang perubatan alternatif. Nama pensyarah dan universiti Pakcik Lebah padam bertujuan untuk memberi reaksi terhadap isu secara umum.


Pakcik Lebah

23 Sep, 2022

----_------------------------------

CHAT BERLANGSUNG ANTARA PAKCIK LEBAH DAN SAHABAT PADA

24 Ogos 2021

SAHABAT:

Bang, yang ni ke abg cerita hari tu psl spike protin dlm MRNA Vax tu ke? 

Ini yg dia tampal dalam chat.

👇🏻👇🏻👇🏻


Dr XYZ, Phd Kromosom Universiti ABC


Jawapan kenapa lapar teruk lepas Vaksin?


Ringkasan dari video :


Penjanaan spike protein yang tiada off button 

Keradangan salur darah

Heart attack

Stroke 

Kenapa sesak dada

Boleh mati 

Kes mati selepas Vaksin


"Spike protein menatang apa? Duri duri covid.


Ribosome tu bidang saya


Ribosome kilang protein. Masalah dia kita boleh on tapi kita tak boleh off dia.


Wallahi inilah masalah utama yang saintis semua takut. Spike protein jadi time bomb.


Sapa sapa hat Pfizer la ni nampak sihat lagi sebab dia time bomb boleh sampai 2 tahun baru jem seluruh sistem badan 😭


Ada saintis kata 5 bulan ja habis.


Bergantung ketahanan badan dan banyak dak makanan anti radang anti oksidan.


Sebab tu dia time bomb. Ada yang akan mati segera, sederhana atau jangka panjang."


XYZ, Assoc. Prof. of Food and Biochemical Toxicology, University ABC


RESPONS PAKCIK LEBAH


Yeap. S spike glycoprotein dikaitkan dgn pembentukan keradangan n blood clot

Sbb tu abg advocate be4 dan selepas biasakam mkn mknn n suplemen antioksidan.

Penjanaan tiada off button abg x setuju, mRNA tu habis sampai  waktu tertentu, mungkin beberapa jam je. Yang bertahan lama ialah protein yg dihasilkan ekspresi gen utk bina S spike protein, bertahan beberapa minggu. Protein ni habis x de lagi S spike protein dihasilkan.

Semua mRNA akan mengalami decay iaitu terurai. Kalau modified mRNA vaksin Pfizer dipercayai resists decay, tunjukkan mekanism yg terlibat. Biochemical apa yg buat ia resists decay.

Tunjukkan jika modified mRNA Pfizer resists deadenylation, decapping dan degradasi.

Mereka harus tunjuk bahan n mekanism yg mereka dakwa the production of S spike tu infinite. Lagi mereka leciturer/prof harus kena tunjuk yg abg sebut tu. Cakap x de basis, x guna.

Jika ada possibility lncRNA blocks miRNA dan bantu mRNA terus-menerus stabil dan tidak mengalami degradasi (akan terus lakukan ekspresi gen utk bina S spike protein) mereka kena buktikan berpunca dpd   apa ie biomolecules yg terlibat disertakan dgn mechanism of action.

Maaf ye, M. Abg boleh faham sedikit sebanyak perkara yg melibatkan molecular n cell biology.

Pembetulan: half-life mRNA kedua2 vac Pfizer n Moderna antara 8-10 jam. Jadi, the the rest akn menjalani degradasi  (oleh mRNAase) dlm beberapa hari. <== Ini dari chat juga

DAN YG 👇🏻👇🏻

Yang bertahan lebih lama ialah pembinaan S spike kerana protein ekspresi (hasil ekspresi gen oleh mRNA) half-life nya lebih lama, namun bertahan utk beberapa minggu shj.


SAHABAT bertanya lagi dalam chat serupa.

Saya lagi pening bang, not into technical. Saya boleh faham about 15% yg abg explain sebelum ini. Baca Dr. XYZ ni faham lagi 25% itu yang cuba connecting the dots utk lebih clear picture.

Adakah booster 3 jabs tu akan tambah MRNA dari degrade?


RESPON PAKCIK LEBAH

3rd and next dose ialah mRNA utk instruct S spike protein     varian virus beza dpd yg mula2 tular, alfa kalau x silap. Mcm abg sebut be4 maybe they design utk Delta atau special design dlm bentuk kombinasi delta, gamma dan what not. Apa2 pun ia tetap create partial immunity. Betul tambah mRNA tapi nasib dia sama je, akn degrade.

CHAT ENDED


Sungguh pun Pakcik Lebah pengamal dan pendidik bidang Perubatan Alternatif namun pandangan Lebah tidak semestinya serupa dgn majoriti pengamal bidang serupa. Lebah sering merujuk kpd literatur (laporan kajian) dan membaca pendapat saintis/pakar untuk memahami, nenganalisa atau memberi pandangan terhadap perkara/isu tertentu. 

Berikut adalah contoh pandangan Pakcik Lebah tidak serupa dgn pandangan seorang pensyarah sebuah unvirsiti. Ia merupakan chat antara Pakcik Lebah dan seorang sahabat berkecimpung dalam bidang perubatan alternatif. Nama pensyarah dan universiti Pakcik Lebah padam bertujuan untuk memberi reaksi terhadap isu secara umum.

KOMEN TAMBAHAN:

Hari ini virus C O V I D 1 9 ini dipercayai semakin lemah. Ia kerana semakin ramai ia menjangkiti manusia semakin pantas ia berevolusi kpd subvarian yg lemah. Ia menjangkiti manusia tetapi peratusan yg mengalami simtom buruk adalah rendah berbanding pandemik dahulu.

Hari ini juga kesan2 sampingan hasil suntikan vaksin jadi sejarah.

Pada pandangan Lebah kesan sampingan S spike protein dibina dpd pemvaksinan vaksin Pfizer tidak seburuk kesan sampingan beberapa jenis sebatian kimia termasuk polyerhylene glycol pada 2[(polyethylene glycol (PEG))-2000]-N,N-ditetradecylacetamide yang berfungsi sebagai pembawa vaksin (membentuk membran bersama dua sebatian kimia organik lain serta kolesterol (<== mungkin berfungsi mengukuh membran sebagaimana ia berfungsi pada membran sel manusia?) ke dalam sel. Individu yg hipersensitif kpd PEG tersebut dipercayai akan mengalami INFLAMASI (radang) yg teruk.


BACAAN LANJUT:

1. Overview of COVID-19 Vaccines

HYPERLINK:

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/different-vaccines/overview-COVID-19-vaccines.html

2. When Getting Your Vaccine

HYPERLINK:

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/expect.html

3. The role and impact of polyethylene glycol on anaphylactic reactions to COVID-19 nano-vaccines

HYPERLINK:

https://www.nature.com/articles/s41565-021-01001-3


Pakcik Lebah

Copyright2022@gayahidupholistikblogspot

 











Selasa, 30 Ogos 2022

Mengapa Makan Sateh harus Makan Bawang dan Timun?

 ==> Sila baca postingan Lebah berkenaan bawang putih sebelum ini


Sebab itulah penting utk ambil makanan tinggi antioksidan.


Bawang putih dan bawang digoreng dgn minyak tu hanya mewakili sebahagian dpd proses masakan ramai orang.


Biasanya selain bawang dan bawang putih, halia dan cili juga digunakan.


Apabila ditambah sayuran , serbuk kari,  atau rempah sup maka sebatian2 kimia bersifat antioksidan pada rencah tersebut dipercayai akan meningkatkan keseluruhan aktiviti antioksidan hasil masakan!


Kalau makan sateh misalnya, jangan lupa utk minta dan makan BAWANG MENTAH dan TIMUN.


Sateh terutama ada bahagian yg hangus mengandungi PAHs yg tinggi. Ia juga mengandungi heterocyclic amines (HAs: protein terdedah suhu tinggi). Antioksidan dari kunyit, serai, lengkuas, bawang, timun, cili (kuah) semuanya bertindak secara aditif mengatasi sifat2 oksidan PAHs, HAs, acryl amides, dan furan/furanones yg terbentuk akibat sateh dipanggang.


Disediakan oleh:

Pakcik Lebah

Copyright2022@Gayahidupholistikblogspot.com

Bawang Putih Goreng: Aktiviti Antioksidan

Berikut adalah kajian menunjukkan bawang putih mentah dan yg direbus lebih baik dpd segi aktiviti antioksidan berbanding yg digoreng.


Fitosterol merupakan sebatian kimia dgn struktur kimia asas serupa dgn kolesterol haiwan dan kajian menunjukkan ia berpotensi dalam membantu manusia dgn beberapa aktiviti biologi positif termasuk sebagai antioksidan, antiradang dan antikanser. Kandungan fitosterol meningkat pada bawang putih yg digoreng.


Namun, produk2 tindak-balas Maillard didapati meningkat. Produk2 ini dipercayai memgurangkan aktiviti antioksidan pada bawang goreng. Semakin garing maka semakin tinggi produk2 tindak-balas Maillard terbentuk. Hasilnya, semakin rendah aktiviti antioksidan bawang putih goreng.


Dalam posting terakhir berkenaan bawang putih Lebah mengetengahkan hipotesis bahawa memggoreng bawang putih pada suhu tinggi menghasilkan aldehyde (reaktif) - tindak-balas suhu tinggi dgn minyak masak. Aldehyde juga mengurangkan aktiviti antioksidan bawang goreng kerana antioksidan digunakan utk menutral aldehyde yg terbentuk. 


Selain aldehyde, acrylamide, sebatian furan dan/atau furanone dan polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) juga terbentuk. Semua itu juga dipercayai mengurangkan aktiviti antioksidan.


👇🏻👇🏻👇🏻


==> Bioactive compounds, in vitro antioxidant capacity and Maillard reaction products of raw, boiled and fried garlic (Allium sativum L.) <==


HYPERLINK:


https://www.researchgate.net/publication/279773065_Bioactive_compounds_in_vitro_antioxidant_capacity_and_Maillard_reaction_products_of_raw_boiled_and_fried_garlic_Allium_sativum_L


Baca juga:


Changes in PAHs levels in edible oils during deep-frying process


HYPERLINK:


https://www.researchgate.net/publication/295098712_Changes_in_PAHs_levels_in_edible_oils_during_deep-frying_process


Disediakan oleh:

Pakcik Lebah

Copyright2022@Gayahidupholistikblogspot.com