Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Selasa, 2 Mei 2017

Fitnah dan Dedah Aib

Artikel tulisan Bahrain Samah ini terbit dalam Sinar Harian pada 20 November, 2016.

Sebagai penulis berasaskan info, penulis kerap menggunakan enjin carian bagi mendapatkan bahan-bahan yang sesuai untuk ditulis. Dalam artikel kali ini penulis memulakan perbincangan terhadap hasil carian penulis setelah menaip what to call someone who accuses you of being a liar di Google. 
    
Setelah memilih setiap tajuk yang dipaparkan penulis membaca dan memahamkan pos bertajuk word-choice – What to call someone who falsely accuse you (laman sawang stack-exchange.com). Maksud tajuk tersebut dalam Bahasa Melayu ialah pilihan istilah – Apakah gelaran untuk seseorang yang menuduh anda secara palsu (tidak benar).

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
     data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

</script>
     
Tajuk tersebut ialah ringkasan kepada isi (maksud Bahasa Melayu) yang berbunyi seseorang yang menuduh secara palsu tanpa bukti sahih melakukan sesuatu misalnya dalam bentuk kenyataan atau perbuatan. Penuduh melakukannya kerana ketiadaan bukti atau kerana mempunyai niat/tujuan tertentu.

Pandangan ahli falsafah Inggeris, John Stuart Mill (1806 - 1873) mengenai LIBERISM: 'People understand their own bussiness, and their own interest better, and care for them more, than the government does and can be expected to do' 
     
Berikut ialah beberapa istilah berdasarkan pandangan dan alasan-alasan yang berbeza-beza yang dicadangkan oleh beberapa orang pengunjung bertaraf pakar di laman tersebut.

Slanderer, Libeler, Perjurer dan Famacide

Empat istilah yang berbeza-beza dicadangkan iaitu slanderer, libeler, perjurer dan famacide. Tiga istilah iaitu slanderer, libeler dan perjurer meliputi maksud penipu. Istilah slanderer merujuk kepada seseorang yang menyampaikan info pembohongan secara sengaja atau dengan tujuan tertentu yang boleh merosakkan reputasi seseorang. Istilah Bahasa Melayu untuk slander ialah fitnah.
    
Libeler pula merujuk kepada seseorang melakukan aktiviti memfitnah secara bertulis (termasuk kenyataan bercetak atau gambar dan sebagainya).
     
Perjurer pula ialah seseorang yang melakukan pemfitnahan secara bersumpah atau di bawah takrifan undang-undang khusus. Istilah keempat iaitu famacide merujuk kepada seseorang yang memusnahkan reputasi orang lain.

Defamer
     
Istilah yang hampir sama maksudnya dengan famacide ialah defamer. Takrif defame menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP (PRPMDBP) ialah memfitnah. Sinomim-sinonim lain untuk fitnah ialah memburuk-burukkan, menghitamkan atau merosakkan.
     
Menyentuh mengenai istilah slanderer lagi, seorang pakar dalam laman tersebut berpendapat bahawa jika fitnah dilakukan kerana tiada pengetahuan terhadap bukti (penulis: tanpa bukti), pemfitnah itu digelar sebagai slanderer atau defamer. Sebaliknya, jika dilakukan dengan sengaja untuk merosakkan reputasi orang lain, pemfitnah itu digelar sebagai caluminiator.

Fabricator
     
Seorang pakar lain berpendapat bahawa seseorang yang mengada-ngadakan (fabricating) rancangan bertujuan menjatuh/merosakkan seseorang layak digelar sebagai fabricator. Ia bercakap bohong atau mereka-reka (mengada-ngadakan cerita) sesuatu bertujuan untuk menipu.
     
Orang Barat menggunakan istilah-istilah yang berbeza-beza terhadap istilah slander menurut konteks yang sesuai. Orang Melayu pula hanya biasa dengan istilah fitnah. Takrif fitnah menurut kamus PRPMDBP ialah tuduhan (khabar, kisah, dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
     data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

</script>
     
Fitnah biasa berlaku di mana-mana sahaja samada dalam alam nyata atau media baru termasuk media sosial. Sebahagian fitnah yang direka oleh pemfitnah di media sosial penulis dapati dilakukan berdasarkan logik batu (stone logic) di mana terdapat argumen yang digunakan adalah merapu atau dibentuk berdasarkan perkara-perkara zahir yang belum pasti kebenarannya.

Mencipta Penyebab Palsu
    
Penggunaan logik batu dan sengaja membentuk argumen berdasarkan Non Causa Pro Causa (maksud literal: bukan sebab untuk penyebab). Pemfitnah mencipta penyebab/punca palsu atau mendahulukan prasangka. Argumen dan kesimpulan yang dibentuk menghasilkan kekeliruan logik (logical fallacy).
    
Contoh kekeliruan logik lain yang biasa berlaku ialah faulty generalization iaitu memasukkan sesuatu ke dalam kelompok yang sudah dikenalpasti memiliki sifat-sifat tertentu. Hakikat yang berlaku ialah ia belum tentu benar.
    
Kenyataan berdasarkan kekeliruan logik memang boleh diterima akal atau diterima benar secara superfisial padahal ia mengandungi kecacatan atau unsur perdayaan. Kecatatan dikesan oleh individu yang mahir berfikir dan akan menganggap pencipta logik keliru sebagai seorang yang tidak cerdik, ada muslihat atau berbohong!

Water Logic tidak Selalu Benar
   
Menurut Edward de Bono, terdapat dua jenis logik: stone logic dan water logic (logik air, melihat dari pelbagai sudut/perspektif). Orang yang mahir berfikir biasanya menggunakan logik air untuk meneliti/memperhalusi sesuatu perkara apabila ia mengesan terdapat kekeliruan pada sesuatu kesimpulan terhadap perkara/isu tertentu.
    
Selain menabur fitnah dengan mengada-mgadakan cerita (berbohong), golongan pemfitnah atau sebahagian pengguna media baru suka mendedahkan aib seseorang dan mengintip atau sengaja mencari-cari kesalahan/aib seseorang. Berita-berita yang mengandungi unsur keaiban diri seseorang terutama melibatkan tokoh tertentu atau individu berpengaruh hasil dari usaha mencari-cari kesalahannya juga mudah menjadi viral dan dikongsi ke seluruh pelusuk dunia dengan pantas.  

<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<ins class="adsbygoogle"
     style="display:block; text-align:center;"
     data-ad-layout="in-article"
     data-ad-format="fluid"
     data-ad-client="ca-pub-8314261211617381"
     data-ad-slot="4035104541"></ins>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

</script>
    
Amat menyedihkan jika individu yang suka menyebarkan info berunsur fitnah, mendedahkan aib dan mencari-cari kesalahan seseorang adalah seorang Muslim – lebih menyedigkan apabila mangsanya ialah bangsa sendiri yang juga seorang Muslim!

Ghibah
    
Berdasarkan penerangan para ulama berasaskan Quran dan Sunnah, memfitnah, mendedahkan aib dan mencari-cari kesalahan seseorang adalah haram dan dikategorikan sebagai dosa besar -  perbuatan di sisi ALLAH SWT yang menyebabkan seseorang masuk neraka. Mendedahkan aib orang lain termasuk kategori ghibah – menurut Rasulullah SAW dosanya lebih berat daripada zina.
    
Dr. Wahbah Zuhaili dalam Al-Tafsir Al-Munir berpendapat bahawa tajassus (mencari-cari kesalahan orang) termasuk dalam dos-dosa besar iaitu mencari keaiban yang tersembunyi dan rahsia.
    
Pada pandangan penulis, sebelum melakukan sesuatu perkara sungguh pun dengan niat dan tujuan baik dalam perkara-perkara berkaitan hubungan manusia/masyarakat, seseorang harus mengelakkan dari mendahulukan akal. Sebaliknya selidiklah dahulu perbuatan yang akan dilakukan dari sudut hukum samada mubah (boleh dilakukan) atau ditegah di sisi agama Islam.    

Jahil Hukum-hakam Agama
    
Antara punca seseorang beragama Islam melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti dibincangkan di atas ialah mungkin kerana jahil hukum-hakam agama, gangguan personaliti antisosial (sociopath), narcissist atau menjalani kehidupan berdasarkan sekularism atau liberism. 

NOTA: Walau pun sistem pendidikan di sekolah dan institusi pengajian tinggi menerapkan cara ‘berfikir diluar kotak,’ namun masih ramai graduan dipercayai terperangkap dengan pemikiran berasaskan logik batu berdasarkan argumen yang dibentuk dari bukti yang belum tentu betul. Golongan ini mudah mempercayai mesej tiada nilai/kualiti, berunsur fitnah dan menyebarnya tanpa selidik – amat digemari pemfitnah.


Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata dalam kitab Raudhah Al-‘Uqala (hal.131), ”Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri dan melupakan kejelekan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa capai. Setiap kali dia melihat kejelekan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat kejelekan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan kejelekan orang lain dan melupakan kejelekannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan kejelekan dirinya”.
Beliau juga berkata pada hal.133, “Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”. Sumber: https://almanhaj.or.id/3196-hukum-berburuk-sangka-dan-mencari-cari-kesalahan.html

Hakcipta Terpelihara @ GayaHidupHolistik.blogspot.com