Pengumuman Penting - Saya bukan TSM

Assalaamu3alaikum.... Terimakasih atas kunjungan anda ke blog ini. Saya dapati beberapa saliran internet seperti forum dan facebook telah tersalah menyampaikan maklumat mengenai artikel saya berjudul RUMPAI LAUT TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN. Foto yang disiarkan adalah keratan akhbar mengandungi semuka penuh artikel tulisan saya dengan judul seperti dinyatakan di atas namun isi yang ditampal ialah isi dari sebuah artikel berjudul TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT. Sesungguhnya saya tiada kena-mengena dengan blogger yang menulis artikel tersebut dari sebarang segi. Harapan saya kepada pencinta ilmu agar berhati-hati apabila ingin berkongsi maklumat agar berlaku adil iaitu meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Terimakasih. Herbalis Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) www.gayahidupholistik.blogspot.com April 20, 2013

Jumaat, 3 April 2020

COVID-19 Amerika Syarikat: Terburuk dengan 1,480 kematian sehari



April 4, 2019
Amerika Syarikat (AS) mencatat hampir 1.500 kematian akibat COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam terakhir pada Kamis hingga Jumaat (3/4/2020). Ia merupakan rekod angka kematian terburuk dalam 24 jam secara global sejak pandemik muncul di Wuhan, China, pada Desember lalu.

"Telah berlaku 1.480 kematian antara pukul 8:30 malam Khamis waktu setempat hingga waktu yang sama di hari Jumaat," menurut data Johns Hopkins University, sebagaimana dilaporkan AFP.


Sementara itu Sabtu pagi pukul 08:30, jumlah kes jangkitan COVID-19 di Negeri Uncle Sam telah mencapai 276.995 menurut data universiti tersebut. Bilangan meninggal dunia 7.406 manakala yang sembuh 9.772 orang.



Jumlah kes yang tinggi menjadikan AS sebagai negara dengan kes COVID-19 terburuk di dunia. Setakat ini dalam skala global angka kes telah mencapai 1.097.909 dengan 59.131 kematian dan 225.942 orang yang sembuh.



Akibat kes yang kian meningkat, pihat otoriti kesihatan di AS telah mencadangkan penggunaan topeng muka bagi orang yang berada di khalayak ramai. Saranan itu bertujuan mencegah penyebaran yang lebih luas, apatah lagi sekarang ini dikatakan terdapat banyak kes yang dilaporkan tidak menunjukkan gejala, kata Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).



"Ia bertujuan saya melindungi anda dan anda melindungi saya. Apabila kita berkumpul sebagai komuniti dan jika seseorang secara sukarela memilih untuk memakai topeng muka, mereka memakainya untuk melindungi tetangga mereka," kata Ahli bedah umum Jerome Adams.

Disesuaikan dari CNBC Indonesia