Nota: maksud ventilator dalam keseluruhan tulisan ini ialah ventilator mekanikal
Pandemik COVID-19 masih sukar untuk dijangka bila benar-benar akan berakhir. Di celah-celah kesibukan banyak negara mengambil langkah tertentu bagi mengekang penularannya, timbul sebuah pandangan yang menyatakan bahawa penghidap yang mengalami pneumonia atau ARDS bukan mengalaminya tetapi mengalami masalah kesihatan yang berbeza sama sekali.
Pandemik COVID-19 masih sukar untuk dijangka bila benar-benar akan berakhir. Di celah-celah kesibukan banyak negara mengambil langkah tertentu bagi mengekang penularannya, timbul sebuah pandangan yang menyatakan bahawa penghidap yang mengalami pneumonia atau ARDS bukan mengalaminya tetapi mengalami masalah kesihatan yang berbeza sama sekali.
Setakat
ini terdapat dua pandangan mengenai kesesakan nafas yang dialami oleh penghidap
COVID-19. Yang pertama percaya bahawa penghidap sebenarnya mengalami hypoxia
iaitu sesak nafas berlaku kerana kekurangan oksigen di altitude tinggi. Yang
kedua percaya bahawa SARS-CoV-2 mencuri atau mengeluarkan ion ferum
daripada hemoglobin lalu menyebabkan kekurangan oksigen.
Dr.Cameron Kyle-Sidell
iaitu seorang doktor yang merawat pesakit COVID-19 di Metropolitan New York memenuhi
kriterea golongan pertama. Berliau berkata, “Para pesakit tersebut sepertimana
yang saya perhatikan sebenarnya tidak mengalami kelemahan respiratori. Ia
kelihatan lebih kepada kegagalan hypoxia. [ … ] simtom-simtom kelihatan
menggambarkan penyakit penyahmampatan pulmonari atau penyakit altitud tinggi.”
Jadi,
beliau berpendapat bahawa para pesakit memerlukan oksigen bukan tekanan.
Ventilator yang digunakan boleh menyebabkan kerosakan paru-paru kerana tekanan.
Perkara ini harus segera diselidik, ujarnya.
Hypoxia
merupakan keadaan di mana bekalan oksigen tidak mencukupi untuk organ-organ
tubuh berfungsi secara normal manakala hypoxemia pula merujuk kepada keadaan
bekalan oksigen dalam arteri rendah – dalam sesetengah tulisan kedua-dua
istilah diguna secara bertukar-ganti.
Artikel
berikut yang dipercayai ditulis oleh anak seorang doktor dan laporan berbentuk
surat kepada editor yang menyusul berikutnya pula memenuhi kriterea golongan
kedua.
Artikel
yang dimaksudkan berjudul Covid-19 had us all fooled, but now we might have finally found
its secret. (sekarang dipadam,
salinannya di sini.
Laporan
berbentuk surat kepada editor berjudul Covid-19
Does Not Lead to a “Typical” Acute Respiratory Distress Syndrome menerangkan
fenomena serupa.
* Kebanyakan orang awam dan pengamal perubatan alternatif
mudah terjebak dengan kedua-dua
pandangan tersebut. Penulis sedang menulis sanggahan terhadap kedua-kedua pandangan tersebut berdasarkan saintis/doktor yang jauh lebih arif berkaitan
ilmu patofisiologi, biokimia dan biologi molekul berbanding ilmu yang penulis
ada. Apabila sudah siap InsyaAllah penulis akan muatnaik di blog ini….
Sambungan......... dimuatnaik pada 18 Mei 2020, 3:00 pm
Tindakan yang dilakukan oleh doktor-doktor yang disebutkan dalam sambungan tulisan ini menunjukkan terdapat doktor yang bersetuju dengan pandangan Dr. Kyle iaitu tekanan mekanikal ventilator harus dikurangkan pada (sebahagian) pesakit.
Sambungan......... dimuatnaik pada 18 Mei 2020, 3:00 pm
Tindakan yang dilakukan oleh doktor-doktor yang disebutkan dalam sambungan tulisan ini menunjukkan terdapat doktor yang bersetuju dengan pandangan Dr. Kyle iaitu tekanan mekanikal ventilator harus dikurangkan pada (sebahagian) pesakit.
Pengudaraan mekanikal selalu berisiko: tiub mesti
dimasukkan ke saluran udara pesakit untuk menyampaikan oksigen ke badan mereka
apabila paru-paru mereka gagal mengepam masuk udara. Ia adalah bentuk sokongan
yang invasif, dan kebanyakan doktor menganggapnya sebagai jalan terakhir.
AP melaporkan bahawa secara umum, 40 – 50% pesakit yang mengalami masalah pernafasan mati ketika menerima sokongan ventilator. Di metropolitan New York misalnya, 80% atau lebih pesakit COVID-19 yang menerma sokongan ventilator telah meninggal dunia, menurut pegawai negeri dan metro.
Doktor seperti Kyle-Sidell berpendapat bahawa angka
kematian tersebut terlalu tinggi memberi ventilasi kepada pesakit seolah-olah
mereka mempunyai keadaan yang disebut sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS),
sedangkan mereka sebenarnya mempunyai masalah paru-paru yang berbeza yang
mungkin tidak bertindak balas dengan baik terhadap mekanikal ventilator.
Sekumpulan doktor Eropah menyerahkan sepucuk surat kepada
American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine, yang diterbitkan
pada 30 Mac, memperincikan perbezaan COVID-19 dengan ARDS. Mereka menggesa para
doktor untuk mengelakkan daripada menggunakan ventilasi mekanikal yang tidak
perlu.
Doktor lain mengatakan pengudaraan mekanikal dapat membantu
beberapa pesakit, namun apabila doktor menggunakannya sebagai sokongan terlalu
cepat ia berpotensi menyebabkan pesakit mendapat rawatan trauma yang tidak
perlu (bukan tempatnya). Mereka
sepatutnya boleh menggunakan alat bantuan pernafasan yang kurang invasif seperti
topeng pernafasan dan saluran hidung.
Dr. David Hill, seorang doktor penjagaan paru dan
kritikal yang merawat pesakit COVID-19 di Waterbury, Connecticut dan berkhidmat
sebagai jurucakap sukarela perubatan untuk Persatuan Paru-paru Amerika berkata
bahawa kekurangan ventulator berlaku kerana kebanyakan hospital yang hampir
penuh menjadikan penyelesaian terakhir sebagai penyelesaian pertama.
Fenomena yang berlaku di Amerika Syarikat, di China dan
United Kingdom ini yang mungkin juga berlaku di negara lain di seluruh dunia
adalah berpunca daripada kaedah berkerja para doktor yang terlalu mengikut SOP
dan tiada ruang fleksibiliti untuk melakukan tindakan berdasarkan keadaan
klinikal sebenar. Akibatnya ialah pesakit yang didiagnos sebagai pneumonia atau
ARDS sedangkan paru-parunya berupaya mengepam masuk dan keluar uadara secara
normal diberi sokongan ventilasi mekanikal. Inilah yang disebut sebahagian
doktor bantuan sokongan yang tidak perlu.
Dr. Roger Alvarez, pakar paru-paru dari Sistem Kesihatan
Untiversiti Miami mengutamakan penggunaan nitrik oksida untuk mengelak
penggunaan ventilator selama mana yang mungkin. Beliau berkata bahawa
ventilator bukan bersifat terapeutik sebaliknya ia hanya langkah keselamatan
sementara menunggu tubuh pesakit kembali pulih.
Nitrik oksida berfungsi merehatkan kapilari dan paru-paru.
Jadi, penggunaan nitrik oksida terhadap pesakit yang mengalami ARDS/pneumonia
dipercayai membantu paru-paru pesakit berfungsi dengan lebih sempurna untuk
bernafas. Namun, kajian
menunjukkan oksigenasi hanya bersifat sementara dan tidak menurunkan kadar kematian.
Prognosis untuk penghidap COVID-19 yang mengalami ARDS/pneumonia tidak
diketahui.
Sebahagian pakar profesional kesihatan masih
tertanya-tanya samada ventilator boleh menyebabkan keadaan kesihatan semakin buruk
pada sesetengah pesakit. Menurut mereka ia berlaku dengan mencetus atau
memburukkan tindak-balas sistem imiun yang berbahaya.
Nota: Mungkin apa yang mereka maksudkan ialah ventilasi
mekanikal akan menyebabkan sistem imiun bertindak-balas lalu mencetus hiper-inflamasi
(hasil tindakan beberapa jenis interleukin dan interferon pro-keradangan) terhadap
paru-paru yang sedang mengalami inflamasi berpunca daripada ARDS/pneumonia.
Ia dikatakan hanya spekulasi. Walau bagaimana pun, pakar
berkata ventilator mekanikal memang boleh merosakkan paru-paru pesakit kerana
oksigen bertekanan tinggi dipaksa masuk ke dalam alveoli paru-paru pesakit. Dr.
Eddy Fan, pakar rawatan respiratori di Hospital Besar Toronto misalnya berkata
bahawa ventilasi mekanikal bukan tidak berbahaya (benign). Beliau selanjutnya
berkata bahawa salah satu penemuan beberapa dekad terakhir menunjukkan
ventilasi mekanikal boleh menyebabkan kecederaan paru-paru menjadi semakin
buruk – jadi, para doktor harus berhati-hati ketika mengendalikannya. Dr. Fan
menyarankan pelarasan harus dilakukan pada mesin iaitu mengurangkan tekanan dan
saiz pernafasan bagi mengelak bahaya.
Yang Dr. Fan maksudkan ialah mesin ventilator mekanikal
harus dilaras berdasarkan keadaan klinikal pesakit yang mengalami
ARDS/pneumonia. Tekanan dan saiz pernafasan mesin harus dikurangkan pada
pesakit yang didapati tidak mengalami sesak nafas yang keterlaluan.
Kaedah penggunaan ventilator yang berubah-ubah pada
peringkat awal SARS-CoV-2 melanda seluruh dunia menunjukkan bahawa (ketika itu)
para doktor sedang cuba mencari kaedah terbaik untuk merawat penghidap COVID-19.
Mereka bergantung kepada anekdot, data masa-sebenar di tengah-tengah semakin
ramai pesakit yang nazak.
bersambung akan datang...... akan sentuh pandangan pakar/doktor yang menyanggah cerita Hypoxia dan Hemoglobin. Penulisan ambil masa sedikit kerana menyibukkan diri dengan hal lain walau pun sentiasa stay home amidst lock-down....