Dikemaskini pada: 30 Mei, 2020, 10:26 am
Secara umum,
tulisan ini tidak sesuai untuk dibaca oleh golongan orang awam. Ia juga tidak sesuai untuk peminat/pelajar/pengamal (B. Inggeris: practioner) perubatan alternatif/moden (maaf) yang ‘tidak sampai’
Artikel ini ditulis bertujuan
menyampaikan dan berkongsi ilmu dengan para sahabat pengamal perubatan
tradisional. Penulis adalah pengamal/pendidik bidang perubatan alternatif dan
isi yang disampaikan adalah dalam nada perubatan alternatif. Sila baca Penafian
di bahagian kanan blog ini sebelum meneruskan pembacaan anda. Tulisan ini termasuk
kaedah dan agen yang dbincangkan tidak bermaksud untuk mendiagnos atau mengganti nasihat/preskripsi
doktor anda. Penulis tidak bertanggung-jawap sekiranya berlaku sebarang kerosakan/kecelakaan
pada sesiapa yang mengamalkan kaedah atau agen yang dibincangkan.
Ramai yang resah apabila golongan
perubatan moden memberitahu setakat ini tiada ubat khas untuk menyembuhkan
COVID-19. Yeah. Beberapa jenis ubatan moden yang digunakan oleh para doktor
untuk merawat pesakit COVID-19 bukanlah ubatan yang direka khas untuk mengatasi
virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik COVID-19.
Menurut sebuah artikel dalam sebuah
akhbar tempatan (Star, 9 Apr 2020) beberapa jenis ubatan sedang digunakan di
hospital-hospital tempatan termasuk Remdesivir, Chloroquine, Hydroxychloroquine,
Ritonavir/Lopinavir dan Inteferon-beta. Ia merupakan usaha yang dipelopori
Badan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana ujian klinikal bagi mengesan keberkesanan
dan keselamatan ubat-ubatan tersebut dilakukan serentak di negara-negara
terpilih di seluruh dunia.
Penulis tidak akan membincangkan latar-belakang setiap sejenis
ubatan tersebut di mana ia boleh didapati misalnya dengan melayari
medicinenet.com atau mayoclinic.com (sebuah laman web info perubatan yang mempunyai kekuatan dan tarikan tersendiri). Penggunaan ubat-ubatan tersebut dikatakan bergantung kepada
simtom yang dialami penghidap COVID-19. Lopinavir dan Ritonavir (kedua-duanya
digunakan untuk merawat HIV) misalnya dikatakan digunakan untuk penghidap yang
mengalami masalah pernafasan. Untuk simtom tertentu sebahagian doktor juga dikatakan akan mengpreskripsi
dua ubatan lain iaitu Chloroquine
(digunakan untuk merawat malaria) dan Oseltamivir (digunakan untuk merawat flu
khinzir) bersama-sama kombinasi dua ubatan HIV tersebut.
Ujian klinikal yang dijalankan di China menggunakan Lopinavir dan
Ritonavir dikatakan menghasilkan kesan positif. Ujian tersebut menunjukkan
pesakit-pesakit yang dipilih secara rawak untuk menerima Lopinavir-Ritonavir
didapati bebas COVID-19 lebih pantas.
Mereka yang menerima dua kombinasi ubatan tersebut didapati mengalami
keadaan kesihatan yang lebih baik pada tempoh lebih pendek berbanding pesakit
yang menerima rawatan biasa. Untuk bacaan lanjut sila baca Positives in first published clinical
trial of COVID-19 treatment.
Infusi intravena Vitamin C
Di celah-celah
penggunaan teknik perubatan moden terdapat juga doktor mengaku menggunakan kaedah infius intravena vitamin C terhadap 50 pesakit COVID-19 di
China. Artikel berjudul Hospital
Treatment of Serious and Critical covid-19 infection with high-dose Vit C yang ditulis oleh Dr Richard Cheng, MD, PHD,
Shamghai menyatakan dalam artikel tersebut bahawa Dr. En Qiang Mao yang merupakan ahli Pakar Kanan
Pasukan di Pusat Kesihatan Awam Shanghai telah menggunakan infusi
intravena vitamin C sejak 10 tahun yang lalu
terhadap antara lain penghidap penyakit pancreas, bengkak akut (acute
pancreatitis), sepsis (keracunan pada bahagian badan tertentu akibat perbakan
bakteria atau toksin yang dirembis olehnya dari pusat infeksi) dan penyembuhan
luka pembedahan.
Artikel tersebut seterusnya menyatakan usaha Dr Mao
telah berjaya memendekkan tempoh infeksi COVID-19 pada kesemua 50 pesakit yang
menerima infusi intravena vitamin C 3-5 lebih awal berbanding pesakit daripada
keseluruhan pesakit. Kesemua pesakit termasuk seorang yang mengalami
kemerosotan tahap kesihatan yang teruk kekal hidup pada akhir intervensi
tersebut.
Pada (kebanyakan) pengamal perubatan alternatif ia
bukan sesuatu fenomena yang mengejutkan. Pada sebahagian besar pengamal
perubatan moden pula keputusan intervensi tersebut MUNGKIN dianggap tidak akan mengubah
apa-apa. Mungkin kerana ia hanya sebuah kajian kes, Ia bukan ujian klinikal yang berbentuk double-blind plasebo
terkawal. Bagi pengamal perubatan moden ubat-ubatan yang digunakan ke atas
pesakit adalah ubat yang telah disahkan oleh badan otoriti tertentu untuk
dipreskripsi kepada pesakit. Sudah tentu sebelum disahkan setiap ubat perlu
menjalani ujian klinikal yang direka khas berasaskan panduan dan kaedah
tertentu bagi memenuhi syarat kelulusan.
Tidak
hairan
Intervensi menggunakan infusi vitamin C seperti yang
dikongsi di atas dikatakan sama sahaja seperti kaedah yang diamalkan oleh
(sebahagian) pengamal perubatan alternatif iaitu sebahagian agen yang digunakan
sebagai bahan untuk meredakan masalah kesihatan tertentu adalah berdasarkan kajian
in vitro (tabung uji) atau in vivo (pada tikus atau haiwan tertentu yang
memiliki ciri persamaan daripada beberapa segi dengan manusia) atau kajian kes. Jadi, para
pengamal perubatan alternatif memang tidak hairan jika para doktor perubatan
moden tidak menoleh apatah lagi untuk pandang dengan sebelah mata terhadap keputusan
ujian seperti intervensi yang dijalankan oleh Dr Mao tersebut.
WHO pula tidak
perlulah hendak disebut untuk membuka peluang kepada intervensi sebegini kerana
ia bukan dalam bentuk ujian klinikal plasebo terkawal kerana ia tidak dinyatakan demikian oleh Dr. Cheng dalam tulisannya (apabila laporan rasmi kajian dierbitkan maka akan diketahui jenis ujian terbsebut). Lagi pun vitamin C yang digunakan walau pun gred farmasi, pengeluar ubatan manalah yang hendak mengeluar dan membekalnya. Dari segi harga mungkin ia tidak berbaloi untuk dikeluarkan maklumlah ia mungkin jauh lebih murah dibanding dengan ubatan moden yang boleh dipaten. Bila jual murah mana boleh untung lebih dan kalau tiada lebihan untung bagaimana hendak sumbang pada WHO?
Jadi, setakat ini WHO hanya menyarankan
penggunaan ubat-ubatan tertentu yang selama ini pernah digunakan untuk penyakit-penyakit
seperti HIV dan malaria untuk merawat penghidap COVID-19. Kesemua ubatan
tersebut telah disahkan oleh badan otoriti tertentu untuk preskripsi oleh
doktor kepada pesakit. Anda fikir sendiri mengapa WHO serius mencadangkan penggunaan ubat-ubatan tersebut.
Pada hemat penulis, para pengamal perubatan
alternatif yang merasakan pelbagai jenis herba dan nutrien tertentu yang
dijangka boleh diambil sebagai ‘suplemen untuk mengurangkan gejala infeksi’
COVID-19 dan berkobar-kobar untuk menyebarkan info mengenainya kepada publik
eloklah simpan untuk kegunaan sendiri sahaja.
Ia kerana kalau silap gaya tulis kena pula dicaj
sebagai sebar berita palsu. Bagi penulis pula, tulisan ini bukan bermaksud
untuk mempengaruhi orang ramai agar mengamalkan kaedah yang biasa digunakan
oleh pengamal perubatan alternatif (bukan semua pengamal jenis ini,
sesetengahnya amalkan ilmu salin tampal dan angguk-angguk geleng-geleng) yang
dibincangkan di sini. Ia hanya pandangan berdasarkan pemerhatian dan
pengetahuan.
Untuk pengetahuan para pembaca, penulis memahami ilmu biologi termasuk cabangnya iaitu biokimia dan biologi sel dan molekul. Kepada yang biasa mengikuti
tulisan penulis dalam Sinar Harian suatu keika dahulu pasti anda dapati dalam
sebahagian artikel, penulis menulis berdasarkan pemahaman penulis terhadap
kedua-dua ilmu tersebut. Jika anda berpeluang mendekati setiap seorang pengamal
perubatan alternatif terutama yang menerima pendidikan formal (tidak kira
samada melalui kelas sepenuh masa atau jarak jauh), penulis jangka sangat
sedikit bilangan mereka ini yang faham apatah lagi menguasai kedua-dua ilmu
tersebut.
Pada hemat penulis ilmu sebegini amat penting dipelajari kerana
sekiranya pengamalan perubatan alternatif hanya berdasarkan ilmu biologi asas
maka akan banyak cabang ilmu biologi yang sebenarnya berguna untuk digunapakai
sukar untuk mereka fahami. Hasilnya apabila mereka mengamalkannya
berkemungkinan sebahagian ilmu yang diamalkan akan menghasilkan keputusan yang tidak positif atau kurang
berkesan. Apabila menyampaikan ilmu kepada orang lain dan publik maka ilmunya apabila dinilai oleh mereka yang berlmu akan mendapatinya sebagai
ilmu bertaraf ketinggalan zaman. Kemudian, akan dikatakan salin
tampal.
Imunolgi Moden
Di sini, penulis bawakan contoh pemahaman ilmu
imunologi yang dipercayai dianuti sebahagian besar golongan perubatan moden. Ia
juga dipercayai menjadi anutan sebahagian besar pengamal perubatan alternatif.
Ilmu asas imunolgi yang biasa difahami di mana-mana
ialah berasaskan innate immune system (sistem imiun bawaan) dan adaptive/acquired immune system
(sistem imiun penyesuaian). Berdasarkan ilmu asas ini terutama dengan memfokus
kepada sistem imiun penyesuaian yang membentuk antibodi apabila tubuh terdedah
kepada sesuatu antigen baharu maka ia dipercayai mengapa golongan perubatan
moden hanya memfokus kepada kekebalan terhadap infeksi virus/bakteria
berdasarkan pemvaksinan.
Untuk mengetahui bagaimana sesuatu
vaksin bertindak membantu sistem imiun penyesuaian membentu antibodi sila baca How Vaccines Work.
Ilmu imunologi moden bukan hanya memfokuskan fungsi sistem imiun bawaan dan sistem imiun
penyesuaian semata-mata namun ia menitikberatkan saling
-interaksi antara beberapa sistem dan paksi.
- Sistem Imiun Bawaan (SIB)–Sistem Interferon (SI)–Sistem
Imiun Penyesuaian (SIP)
Nota: tanda – bermaksud dua arah (ke hadapan dan ke belakang).
SIB berinteraksi dengan SIP menggunakan
pengantara SI. Begitu juga SIP berinteraksi dengan SIB menggunakan pengantara SI
- Paksi Usus Besar (kolon yang dihuni mikrobiota,
PUB)-Otak
Mikrobiota usus besar berinteraksi
dengan otak melalui saraf vagus dan otak juga sudah pasti berinteraksi dengan
mikrbiota usus besar. Di tengah-tengah paksi PUB-Otak terdapat SIB, IS dan SIP
yang menjadi pengantara interaksi PUB-Otak dalam dua arah.
Maka,
jika setakat dideduksi pun dapatlah disimpulkan betapa penting aspek pemakanan
sihat untuk menghasilkan kecekapan tindakan imiun optima. Sebalknya, makan
makanan ‘karut’ secara berpanjangan misalnya akan mengganggu keseimbangan
kepelbagaian koloni miktobiota.
Kesihatan
mikrobiota bukan sahaja penting untuk memelihara keseimbangan sistem imiun
malah ia penting untuk kesihatan kesihatan otak. Pada masa sama, kesihatan otak
juga penting untuk menjaga keseimbangan sistem imiun dan keseimbangan
mikrobiota usus besar.
Penulis bukan kaki taklid sebaliknya merupakan
seorang yang ittiba’ iaitu seorang yang mengikuti perkataan seseorang yang diketahui keshahihannya
berdasarkan bukti yang memenuhi kriterea tertentu. Bukti yang
dimaksudkan termasuk daripada hasil kajian sains sungguh pun hanya kajian in
vitro dan in vivo atau kajian kes. Kalau wujud dalam bentuk kajian plasebo double-blind ia adalah bonus besar.
Tidak dinafikan sesetengah kaedah adalah hasil deduksi terhadap pemerhatian/pengalaman umum, contoh sesuatu herba boleh digunakan untuk meredakan infeksi virus/bakteria berdasarkan premis ia pernah digunakan untuk infeksi virus/bakteria tertentu dan peredaannya didapati berjaya. Sebahagian kaedah ada yang telah dibuktikan benar dalam in vitro, in vivo atau kajian kes.
Pengalaman tidak semestinya dialami sendiri oleh seseorang pengamal tetapi didengari atau disampaikan oleh pengamal lain yang bersifat boleh dipercayai kebenarannya termasuk kelayakan dan taraf pengamal dan kebenaran setelah diteliti daripada beberapa segi.
Compassionate use
Golongan perubatan moden dengan segala kepakaran dan kelengkapan menguji coba lopinavir-ritonavir (direka untuk HIV) dan remdesivir (direka untuk malaria walau pun malaria dikatakan berpunca daripada protozoa, ia antivirus spektrum luas) di mana di Amerika Syarikat digunakan untuk COVID-19 sebagai 'compassionate use.' Virus HIV, herpes, cengkering dan lain-lain adalah nama khusus. Namun, setelah ditimbang-tara oleh pihak tertentu misalnya remdisivir yang pernah menjalani ujian in vtro untuk ebola, virus MERS dan SARS serta berdasarkan beberapa kriterea lain maka ia dibenarkan oleh pihak berwajib kesihatan untuk digunakan untuk penghidap COVID-19. Untuk mengetahui maksud 'compassionate use' sila baca pencerahan oleh Dr. Timothy J. Moynihan di Mayoclinic.com terhadap soalan berikut:
Begitulah juga golongan pengamal perubatan alternatif modaliti herba atau nutrisi holistik misalnya menggunakan sesuatu jenis herba atau nutrien yang diketahui berupaya meredakan sesuatu infeksi virus/bakteria (atau lebih) untuk infeksi virus/bakteria yang baru dialami yang tidak pernah diketahui wujud sebelumnya. Ia digunakan berdasarkan kaedah jika sesuatu agen didapati mampu meredakan sesuatu penyakit di mana dalam kes yang sedang dibincangkan ialah infeksi virus/bakteria maka keupayaan tersebut dapat dijadikan keumuman untuk meredakan penyakit lain yang berpunca daripada infeksi virus/bakteria.
Penilaian dan timbang-tara yang digunakan oleh golongan perubatan moden sudah tentu berdasarkan bukti dan fakta sains. Penilaian dan timbang-tara pengamal herba atau nutrisi holistik (yang berilmu dan mahir sahaja ye) mungkin tidak sama dalam banyak perkara jika nak dibandingkan dengan yang dilakukan oleh golongan perubatan moden, namun apabila sesuatu keputusan berdasarkan timbang-tara digunakan untuk kes tertentu ia juga menghasilkan keputusan samada berjaya atau tidak dan jika ada kesan sampingan ia akan dicatat. Ayat yang dihilight hijau juga berlaku dengan 'compassionate use' ubat-ubatan yang sedang diuji seperti lopinavir-riponavir dan remdesivir.
Dua perkara (antara lain) yang harus anda tahu mengenai ubat-ubatan yang diuji (seperti digariskan oleh Dr. Timothy J. Monihan dalam jawapannya kepada soalan di atas) ialah
- Manfaatnya tidak dijamin: Ubat-ubatan yang sedang diuji belum mendapat kelulusan penggunaannya oleh badan otoriti tertentu misalnya FDA atau lain-lain. Lagi pula keberkesanannya belum terbukti
- Risiko ubat tidak diketahui: Ubat-ubatan yang sedang diuji belum diuji sepenuhnya, jadi (tambahan penulis: jenis) dan julat kesan sampingan tidak diketahui
Lihat, dua perkara tersebut iaitu manfaat agen (tidak memerlukan kelulusan pihak otoriti tertentu asalkan ia bukan dadah terkawal atau agen beracun atau diketahui boleh memudaratkan kesihatan) tidak dijamin dan risiko agen tidak diketahui juga wujud pada herba/agen/kaedah hasil timbang-tara seperti diterangkan di atas yang dijadikan amalan pengamal perubatan alternatif berilmu dan berpengalaman untuk meredakan sesuatu infeksi.
Amalan tersebut berbeza dengan pengamal perubatan alternatif (maaf) gila yang pernah penulis dengar ceritanya suatu ketika dahulu. Dengan kos RM30,000, pengamal memberi 30 jenis agen terdiri daripada herba dan nutrien yang perlu dimakan setiap hari untuk diambil oleh pesakit kanser otak tahap 4. Dua minggu kemudian pesakit tersebut meninggal dunia. Tidak diketahui apa punca kematian tersebut.
Namun, pada hemat penulis 30 jenis herba/nutrien dimakan serentak dalam sehari untuk beberapa minggu boleh menyebabkan keracunan dan kerosakan oksidatif pada hati dan organ-organ lain akibat peningkatan paras radikal bebas yang tinggi. Apatah lagi pesakit yang mengambilnya sedia menbgalami paras radikal bebas yang tinggi akibat kanser, tekanan emosi (bertambah buruk jika baru menjalani kemoterapi atau radioterapi). Jenis dan dos tidak diketahui, namun, pada hemat penulis perbuatan pengamal tersebut adalah langkah ridiculous.
Kalau ada masa bacalah laporan berikut:
COVID-19
boleh menjangkiti sesiapa sahaja
Ya. COVID-19 dikatakan boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Yang berbeza ialah tahap keterukan simtom atau gejala. Ramai yang dijangkiti terapi tidak mengalami simtom. Ada yang mengalami simtom sederhana dan ada yang menghidap smtom yang teruk.
Tahap keterukan gejala berpunca
daripada sesuatu infeksi berbeza antara seorang dengan yang lain. Dua orang
adik-beradik kembar misalnya dikatakan tidak mengalami tahap keterukan yang
serupa apabila mengalami jangkitan daripada mikrob yang serupa.
Jadi, ada pakar termasuk masih ramai golongan perubatan moden yang percaya bahawa gen memainkan peranan. Menurut mazhab ini, kita tidak boleh mempengaruhi fungsi gen dengan apa cara sekali pun. Mereka percaya semua jenis gen berfungsi sendiri tanpa boleh dipengaruhi oleh elemen apa pun. Hari ini, ia dikatakan kefahaman terhadap gen yang ketinggalan zaman.
Berdasarkan perspektif perubatan alternatif, gaya
hidup seperti pemakanan, pengurusan stres, tidur, makan ubatan moden apabila
memang sangat diperlukan (tidak boleh elak untuk meredakan sesuatu penyakit
atau menyembuhkannya kerana tiada pilihan lain) sahaja, kekerapan buang air
besar, pendedahan kepada cahaya matahari, hubungan dengan Allah, hubungan
dengan alam dan orang sekeliling dipercayai juga penting dalam mempengaruhi fungsi
sistem imiun.
Semua elemen yang disebutkan ini dipercayai mempengaruhi sistem imiun secara epigenetik.
Adik-beradik kembar seiras walaupun secara genetik memiliki genome (jumlah DNA dalam sel) yang serupa dan biasanya dijangka akan mengalami tindak-balas fisiologi yang serupa dalam banyak perkara. Namun, apabila misalnya dalam kes infeksi mereka tidak serupa, maka gen yang dituding. Seorang bernasib baik kerana gen melindunginya daripada mengalami simtom buruk. Seorang lagi tidak bernasib baik kerana gen yang ada tidak melindungi dan menyebabkan ia mengalami simtom teruk.
Para pengamal yang sentiasa menambah ilmu akan faham apabila dikatakan epigenetik dipercayai memainkan peranan terhadap kedua-dua pasangan kembar di atas. Adik-beradik pasangan kembar memiliki genome serupa TETAPI mereka memiliki epigenome yang berbeza. Maksudnya terdapat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi epigenome mereka.
Peranan Epigenome
Dengan memahami ilmu epigenetik dan bagaimana faktor-faktor luaran boleh mempengaruhi epigenome, maka seseorang pengamal akan lebih faham bagaimana elemen-elemen gaya hidup mampu mencegah (dalam kes infeksi virus demam selsema atau flu, mencegah tidak bermaksud seseorang terhindar sama sekali daripaa dijangkiti tetapi ia sebaliknya merujuk kepada mencegah penghidap daripada mengalami simtom teruk) dan meredakan sesuatu infeksi. Aspek epigenetik dan epigenome ini merupakan aspek penting dalam menerapkan amalan gaya hidupo sihat termasuk pengambilan nutrien tertentu seperti diterangkan pada bahagian akhir tulisan ini.
Tidak merokok boleh
dimasukkan ke dalam gaya/cara hidup yang menyihatkan. Perokok tegar misalnya menyebabkan
paras kortisol tinggi dan seterusnya mengganggu kecekapan fungsi sistem imiun.
Pelbagai jenis vitamin dan mineral mudah berkurangan dalam tubuh dan seterusnya
menyebabkan perokok mudah mengalami jangkitan malah apabila mengalami infeksi
akan mudah mengalami cytokine storm (keradangan teruk dan
merosakkan sel-sel tubuh).
Dr. Siva Ayyadurai, saintis kejuruteraan biologi MIT dipetik sebagai berkata cytokine storm berlaku berpunca daripada tindak-balas (sistem) imiun keterlaluan akibat gangguan sistem imiun. Dr. Hugh Rosen pula berkata cytokine storm ialah gangguan tindakan (sistem imiun) hos atau tindakan sistem imiun secara keterlaluan. Penulis akan menulis mengenai cytokine storm dan akan dimuatnaik dalam blog akan datang, InsyaAllah.
Namun, terdapat pandangan bahawa cytokine storm ialah punca kepada immunoparalysis iaitu fungsi sistem imiun tidak berfungsi dengan sempurna, cekap atau berkesan.
Dalam kesimpulan kajian berbentuk semakan berjudul Impacts of
cigarette smoking on immune responsiveness: Up and down or upside down?, saintis penyelidik mendapati bahawa asap rokok bukan sahaja melemahkan
fungsi sistem imiun malah ia mencetus autoimun di mana sel-sel sistem imiun
menyerang sel-sel tubuh seseorang yang mengalami infeksi dan membentuk cytokine
storm (bentuk keradangan teruk, paras radikal meningkat, kerosakan sel
meningkat).
Stres
sebabkan Sistem Imiun cepat Tua
Pengurusan stres merupakan salah satu elemen gaya hidup. Mereka yang
mengalami stres terutama stres kronik dikatakan mudah terkena infeksi. Stres
kronik menyebabkan paras kortisol meningkat. Peningkatan kortisol pula
dikaitkan dengan fungsi sistem imiun menjadi kurang cekap. Punca stres banyak
termasuk antara lain tidak cukup tidur (seseorang perlu tidur 6-7 jam sehari),
masa bekerja terlalu panjang dalam seminggu, kemurungan, kerisauan
berpanjangan, mengalami masalah tertentu yang masih belum dapat diselesaikan
atau berpunca daripada keperibadian diri sendiri yang sukar mengendalikan
situasi/isu yang mudah diselesaikan oleh kebanyakan orang lain.
Kajian menunjukkan disfungsi sistem imiun berpunca daripada stres kronik
yang berlaku pada golongan tua didapati memberi kesan kepada kesihatan di mana
bukti berdasarkan kajian menunjukkan stress kronik boleh menyebabkan sistem
imun mengalami penuaan pra-matang (cepat tua). Sila baca Immune Dysregulation and ChronicStress Among Older Adults: A Review.
Apabila bercerita mengenai pengaruh gen terhadap
kesihatan, (maaf cakap) bukan sahaja sebahagian besar golongan pengamal
perubatan moden (maaf sekali lagi, termasuk ramai saintis) malah sebahagian
besar golongan pengamal perubatan alternatif yang percaya seseorang tidak boleh
berbuat apa-apa mengenai gen-gen yang telah tersedia direka Allah untuk
menjalankan tugasnya.
(Maaf lagi ye) Sebahagian besar daripada golongan di
atas juga tidak pernah tahu bahawa bahawa elemen-elemen luaran seperti gaya
hidup kita sehari-hari termasuk pemakanan, pengawalan stres, sikap, tidur,
cahaya matahari dan hubungan kita dengan Allah sebenarnya mampu mempengaruhi
tindakan gen tertentu dan seterusnya menentukan expresinya (gene expression
yang bermaksud proses melibatkan penggunaan info dari gen yang digunakan untuk
mensintesis produk gen berfungsi). Pada DNA produk yang dihasilkan adalah
protein.
Proses tersebut yang
dikenali sebagai epigenetik melihatkan sesuatu bahan/elemen yang menyebabkan perubahan
pada ekspresi gen (boleh diwarisi) namun tidak meibatkan sebarang perubahan
pada DNA. Ramai atau tidak para pengamal perubatan alternatif yang memahami
konsep epigenetik tersebut? Jika anda seorang pengamal perubatan alternatif
anda tanyalah diri sendiri.
Berdasarkan teori epigenetik
banyak faktor luaran yang boleh mempengaruhi ekspresi gen. Ssesuatu gen boleh
kita ON atau OFF dia secara epigenetik. Elemen-elemen gaya hidup seperti
pemakanan, pengawalan stres, pendedahan kepada cahaya matahari dan hubungan
manusia dengan Allah semuanya merupakan elemen yang dikatakan dapat mengubah
ekspresi gen.
Pelbagai fitokimia bersifat
antioksidan seperti karotenoid (yang paling dominan beta karotena), limonoid
(misalnya liminene dari sitrus), bioflavonoid kesemuanya didapati dari semasa
ke semasa oleh kajian demi kajian menunjukkan ia bersifat epigenetik.
Zinc dan Sistem Imiun
Zinc dipandang penting oleh
para pengamal perubatan alternatif yang faham akan manfaatnyua kepada tubuh.
Ia yang merupakan mineral
penting kepada tubuh kerana ia diperlukan sebagai pemangkin pelbagai
tindak-balas kimia, diperlukan oleh enam kategori enzim, digunakan untuk
melipat protein bagi membentuk motif jari zinc bertujuan menstabilkan struktur
beberapa jenis protein.
Kajian menunjukkan zinc
adalah faktor bersama untuk lebih daripada 300 enzim. Ia juga didapati penting
untuk kekukuhan membran sel, sintesis DNA dan plofilerasi sel. Jadi, ia amat
diperlukan untuk pertambagan bilangan sel pada kadar tinggi terutama sel imiun
sistem.
Selain itu zinc didapati
memainkan peranan penting dalam mengawal tindakan imiun terutama fungsi sel
perantara T (T cell-mediated).
Dalam kesimpulan kajian, saintis
penyelidik yang menjalankan kajian berbentuk pemerhatian tersebut di samping
menganalisa kajian-kajian lain yang berkaitan menunjukkan bahawa kekurangan
zinc boleh meningkatkan risiko pneumonia pada warga tua. Jadi, suplemen zinc
untuk warga tua yang didapati rendah dengan kepekatan zinc dipercayai boleh mendapat
manfaat zinc bukan sahaja untuk mengurangkan jumlah (maksudnya belum menghidapi
pneumonia) dan tempoh pneumonia, jumlah dan penggunaan antibiotik digunakan
untuk merawat pneumonia namun ia juga boleh mengurangkan semua jenis kematian
warga tua. Seterusnya saintis penyelidik menyatakan bahawa berdasarkan semakan
cermat terhadap pelbagai jurnal iaitu had selamat penngambilan 30 mg elemen
zinc per hari dipercayai cukup untuk memperbaiki fungsi sistem imiun dan
mengurangkan risiko infeksi.
Para pengamal perubatan alternatif
misalnya yang mengamal modaliti nutrisi holistik biasanya mengamalkan
sepertimana adanya yang disebut setakat habisnya perenggan di atas. Jika kami
harus (wajib) mengikut kaedah yang digunakan oleh perubatan moden sudah tentu
lebih baik kami belajar mendapatkan ijazah ilmu kedoktoran moden daripada
belajar dan mengamalkan perubatan alternatif (Zaman penulis lepas SPM dahulu, dengan
keputusan SPM gred 1 aliran sains dengan distinction dalam biologi dan kimia
boleh melayakkan penulis untuk memohon belajar jurusan perubatan malah ke
Universti Malaya juga boleh). Yang kami pilih ialah untuk mengamalkan ilmu
perubatan alternatif, di mana setiap pengamal mengamalkan modaliti tertentu
atau kombinasi beberapa modaliti.
Golongan perubatan moden
perlu terima hakikat bahawa selagi ilmu/kaedah perubatan alternatif dinilai
dari sudut/perspektif maka ia tak akan ke mana di mana hasilnya tetap dikatakan
bahawa sebahagian besar ilmu yang para pengamal alternatif adalah ‘palsu’ atau ilmu
pseudoscience yang tidak ada pembuktian. Kalau kami harus tunggu keputusan kajian
double blind placebo terkawal maka sampai bila pun kami tidak boleh mengamalkan
kaedah atau modaliti perubatan alternatif.
Jangan salahkan kami dan menilai kami daripada
sudut perubatan moden dan metodologi yang biasa digunakan saintis iaitu
pengambilan zinc seperti dicadangkan dengan tujuan yang disebutkan harus ada keputusan
kajian double-blind placebo terkawal yang telah berjaya dan disahkan mendapatkan
kelulusan badan otoriti tertentu.
Hanya berdasarkan hasil kajian in vitro atau in vivo pun sebahagian besar agen yang kami gunakan untuk mencegah/meredakan sesuatu masalah kesihatan banyak yang menghasilkan keputusan positif juga. Sesetengah keadaan kami tidak tahu pun bahawa telah terdapat kajian dijalankan samada in vitro atau in vivo mungkin kerana terlepas pandang atau sesetengahnya memang tidak pernah bergantung kepada hasil kajian sebegitu (mereka guna kaedah tradisioanal tertentu) namun kesannya (sebahagian) tetap positif.
Maksudnya kami nampak keputusan penggunaan misalnya herba atau nutrien tertentu mebuahkan hasil positif atau negatif depan mata. Herba dan nutrien yang digunakan bukan sahaja kami tahu dari segi manfaat malah juga kesan sampingan jika ada interaksi dengan herba/nutrien/ubatan moden dan kontraindikasi. Dah nama pun perubatan tradisional, jadi kaedah yang kami gunakan untuk menilai kesan sesuatu agen itu adalah berdasarkan penilaian 'mudah' begitu.
Jika katakanlah suatu hari
nanti benar-benar kajian double blind plasebo terkawal telah dijalankan dan
kaedahnya disahkan oleh badan otoriti tertentu agar boleh digunapakai, maka
yang paling beruntung ialah golongan perubatan moden terutama yang menggunakan kaedah
perubatan intergratif.
Kajian lain menunjukkan
status zinc rendah membentuk nyahpengawalan tindakan imiun. Pengambilan zinc
didapati meningkatkan fungsi sel T pada warga tua. Jadi, kekurangan zinc didapati
sebagai faktor risiko kekurangan fungsi sistem imiun dan mudah untuk dijangkiti
mikrob pada warga tua. Pelbagai kajian terhadap pengambilan suplemen zinc oleh
warga tua mendapati kepekatan zinc dalam aliran darah bertambah. Selain itu
status keimiunan bertambah di mana tindakan keimiunan perantara sel juga
didapati meningkat. Di samping peningkatan interleukin-2 (IL2) dan tindakan kepada DTH (delayed-type
hypersensitivity response atau delayed hypersensitivity reactions.
Suplemen zinc dipercayai penting untuk penghidap diabetes kerana paras gula tinggi menyebabkan stres oksidatif berpunca daripada peningkatan paras radikal bebas. Zinc penting untuk setiap orang kerana ia bertindak sebagai faktor bersama (cofactor) untuk enzim superoxide dismutase, mengawal metabolism glutathione dan ekspresi metallothionen. Jadi, supplemen zinc bukan sahaja dapat bertindak membantu sistem imiun berfungsi dengan cekap antara lain dengan pertambahan sel T dan sel-sel fagosit pada penghidap diabetes malah ia membantu mengurangkan keradangan akibat serangan radikal bebas ketika berlaku infeksi kerana antioksidan tubuh bertindak dengan lebih cekap.
Sila baca kajian berbentuk semakan berjudul Antioxidant role of zinc in diabetes mellitus.
Mungkin ada antara yang
meninggal dunia akibat COVID-19 adalah peminum akohol, mungkin peminum tegar atau
sekali sekala. Individu sebegiri juga terdedah kepada kekurangan zinc. Minum alcohol
menyebabkan zinc disingkir melalui tinja atau air kencing seperti disebutkan
dalam kajian berjudul Vitamin A and
zinc metabolism in alcoholism.
Minum alcohol juga
menyebabkan paras zinc rendah pada organ-organ seperti paru-paru, hati, usus
dan otak seperti dinyatakan dalam laporan kajian berjudul Zinc deficiency as a
mediator of toxic effects of alcohol abuse. Sepert dinyatakan di atas
zinc yang mencukupi adalah penting dalam membantu pertambahan bilangan sel
temasuk sel-sel sistem imiun.
Kekurangan zinc pada paru-paru iaitu organ utama yang mempunyai banyak reseptor ACE 2 yang
membantu virus SARS-CoV-2 lebih mudah berlabuh pada kuantiti tinggi pada
permukaan sel alveoli paru-paru dipercayai kerana ketidakcekapan sistem imiun.
Ketidakcekapan sistem imiun mencetus cytokine storm yang menyebabkan keradangan. Kekurangan antioksidan tubuh dan antioksidan daripada makanan akibat gaya hidup kurang sihat diparcayai membercepat dan memburukkan lagi tahap keradangan. Cytokine storm dan kekurangan antioksidan dipercayai menyebabkan pneumonia yang dikatakan biasanya terbentuk pada bahagian bawah paru-paru. Apabila gagal dirawat kerosakan paru-paru merebak ke bahagian atas dan menyebabkan penghidap pneumonia semakin sukar bernafas.
Kekurangan antioksidan yang sekali gus biasanya dikaitkan dengan pembentukan keradangan dipercayai berpunca daripada daripada gaya hidup yang tidak menumpukan kepada pengambilan makanan sihat dan tinggi kandungan antioksidan, merokok, minum alkohol stres kronik.
Sesetengah orang tua memang sering makan tinggi antioksidan seperti sayur dan buah-buahan namun munkin kerana jumlah makanan yang diambil terlalu sedikit akan menyebabkan kuantiti antioksidan yang diambil adalah rendah. Fenomena yang dialami oleh warta tua adalah antioksidan yang dibina dalam tubuh seperti asid alfa lipoik, glutathione juga semakin berkurangan apabila usia mereka semakin bertambah.
Pembentukan pneumonia yang boleh menyebabkan kematian akibat jangkitan COVID-19 dialami oleh bukan sahaja orang tua berumur 60 tahun ke atas.
Mereka yang sedang mengalami penyakit iaitu tekanan darah tinggi dan diikuti oleh penghidap diabetes dan penyakit jantung merupakan antara golongan yang mudah dijangkiti COVID-19. Turutan penyakit didapati berbeza-beza berdasarkan kajian berbeza. Sila baca laporan kajian berjudul Hypertension and COVID-19.
Penghidap diabetes dipercayai mudah dijangkiti COVID-19 kerana virus SARS-CoV-2 masuk ke dalam sel pada kadar tinggi selain tindak imiun bermasalah. Fenomena ini disentuh oleh saintis kajian berjudul Diabetes in COVID-19: Prevalence, pathophysiology, prognosis and practicalconsiderations.
Ko-morbiditi tingkat risiko kematian
Kajian menunjukkan seseorang yang mengalami penyakit bukan sahaja mudah dijangkiti COVID-19 malah lebih mudah meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut. Sila baca kajian berjudul Preliminary Estimates of the Prevalence of Selected Underlying Health Conditions Among Patients with Coronavirus Disease 2019 - United States, February 12-March 28, 2020.
Golongan warga tua yang memang sedia mengalami ketidak cekapan sistem imun dan kekurangan antioksidan tubuh (dari tabat makanan di mana puncanya seperti diterangkan di atas) dipercayai semakin mudah mengalami mengalami cytokine storm dan paras keradangan tinggi yang (dipercayai ye) meningkatkan risiko kematian akibat pneumonia.
Kajian berbentuk semakan berjudul Prevalence of Underlying Diseases in Hospitalized Patients with COVID-19: a Systematic Review and Meta-Analysis yang dilakukan dengan menjalankan meta-analisa ke atas 10 artikel jurnal melibatkan 76,933 pesakit menunjukkan kes paling ramai yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 adalah mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, penyakit jantung, diabetes, merokok, chronic ovstructive pulmonary disease (COPD iaitu emphysema dan bronkitis kronik; salah satu punca bronkitis dipercayai kerana kuat/kerap o n a n i - tiada kajian namun kuat/kerap onani dikaitkan dengan pembentukan keradangan, kekurangan zinc yang seterusnya dipercayai menyebabkan ketidakseimbangan fungsi imun); salah satu punca emphysema ialah merokok), kanser dan penyakit buah pinggang kronik.
Amalan (sebahagian) pengamal perubatan alternatif
Sebahagian pengamal perubatan alternatif yang faham akan kepentingan zinc akan
membiasakan diri mengambilnya dalam bentuk suplemen terutama apabila telah
berusia secara berterusan. Manfaatnya telah sedikit sebanyak disentuh di atas.
Selain zinc,
sebahagian pengamal perubatan alternatif juga memahami kepentingan pelbagai
jenis antioksidan seperti A (dan kateronoid dari tumbuh-tumbuhan yang bersifat
pro-vitamin A), D3 dan K2 (terdapat pada haiwan dan makanan yang diperam
misalnya kimchi dan jeruk sayuran buahan tidak menggunakan pengawet).
Mikronutrien
yang ditemui beberapa dekad lalu misalnya pelbagai bioflavonoid yang terdapat
pada pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan juga dianggap penting oleh
pengamal perubatan alternatif.
Pengamal
perubatan alternatif yang biasa mengamalkan pengambilan zinc (dos rendah jangka
panjang 10 mg elemen zinc per hari bersama makanan tinggi vitamin C
seperti Amla (kaya dengan bioflavonoid, ada juga yang mengambil liposomal vitamin C kerana ia lebih banyak diserap berbanding vitamin C biasa) minyak hati ikan kod (terdapat
kandungan vitamin A dan D selain minyak poli tak tepu DHA bersifat antioksidan).
Terdapat juga yang mengamalkan pengambilan asid alfa lipoik untuk bukan sahaja meningkatkan parasnya dalam tubuh malah asid ini dikatakan membantu sintesis glutahione.
Jika mereka demam misalnya mengalami flu atau demam selsema mereka pada masa
sama selain bahan-bahan di atas mereka juga mengambil herba anti virus seperti
neem (daun mambu), cengkih atau kayu manis.
Amalan seperti
dicontohkan di atas dipercayai dapat mengawal keradangan dan mengelak
pembentukan cytokine storm dan sekaligus membantu sistem imiun berfungsi secara
berkesan.
Hasilnya sesuatu
jangkitan bakteria/virus dipercayai akan dialami samada tanpa gejala atau gejala tahap rendah serta tempoh infeksi menjadi singkat. Sebahagian daripada golongan berisiko tinggi untuk mengalami gejala teruk apabila dijangkiti (orang tua, mereka yang sedang mengalami penyakit tertentu, peminum alkohol dan perokok seperti disentuh di atas) dipercayai akan mengalami gejala yang lebih ringan dan kemungkinan risiko kematian akan berkurangan.
Kalau nak dibincangkan satu persatu mengenai
manfaat setiap mikronutrien penulis boleh tulis sebuah buku untuk membincangnya.
Namun begitu, tulisan ini pun sudah cukup panjang dan penulis minta maaf kalau
ada antara pembaca yang sukar untuk memahaminya.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hakcipta Terpelihara di blog Gaya Hidup Holistik